Anda di halaman 1dari 3

Masalah Disiplin Pekerja

1. Datang Lewat Ke Tempat Kerja.


Hal ini terjadi mungkin disebabkan fakor kesesakan jalan raya, tak ada
kenderaan dan bangun lambat ke tempat kerja.

2. Tidur Di Tempat Kerja


Waktu lepas kerja tak digunakan sebaiknya malah sering melepak
selepas waktu kerja sehingga lewat malam.

3. Bergaduh Dengan Pekerja Lain


Bergaduh yang berlaku mungkin dari faktor tekanan kerja dan sering
tidak puas hati dengan pekerja lain dalam skop tugas yang dijalankan.
4. Mencuri Barang Di Tempat Kerja
Pekerja yang tidak amanah akan melakukan perbuatan ini mungkin
faktor kekurangan wang untuk menampung keluarga.

5. Penampilan Selekeh
Sambil lewa dengan perwatakan sebagai seorang pekerja seperti rambut
tak terurus dan baju yang kedut ketika sedang bekerja
Penyelesaian Masalah Disiplin

1. Majikan perlulah menyediakan pinjaman pengangkutan sementara


bagi pekerja yang kurang berkemampuan untuk membeli kenderaan
sendiri. Selain itu, majikan perlu memberi nasihat dan amaran kepada
pekerja yang suka datang lambat ke tempat kerja.

2. Memberi teguran keras dan nasihat untuk mengikut waktu tidur


dengan betul serta gunakan waktu lepas kerja untuk perkara yang tidak
memenatkan.

3. Temukan pegawai kaunseling dengan pekerja yang terlibat untuk


membincangkan masalah yang dihadapi bersama agar masalah dapat
diselesaikan sama adil. Selain itu, majikan mengadakan kursus yang
membawa kesedaran kepada pekerja mengenai pergaduhan.

4. Majikan perlu menyoalkan pekerja sebab mengapa dia sanggup


bertindak demikian lalu memberi nasihat serta amaran berdasarkan
sebabnya bagi mengelakkan perkara sama berulang.

5. Pegawai bertugas perlu menegur dan memberi nasihat mengenai


pemakaian dan sikapnya yang akan memburukkan imej majikan.