Anda di halaman 1dari 3

Kata Nama Khas

1) Kata nama khas terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu benda bernyawa dan benda tidak
bernyawa.
2) Benda bernyawa ialah manusia, binatang atau tumbuh-tumbuhan.
3) Benda tidak bernyawa ialah tempat, benda, judul buku, banguan dan sebagainya.
4) Contoh

Kata Nama Khas Contoh


Manusia John, Jack, Jeff, Azizah, Cikgu Roslan, Dr. Amir
Binatang Si Comel (kucing), Sang Belang (harimau), Lucky (anjing)
Bangunan Komtar, 1st Avenue, Mid Valley, KLCC, KL Suria
Negeri Pulau Pinang, Melaka, Kuala Lumpur
Tempat Georgetown, Taiping, Klang, Port Dickson
Judul Buku Dewan Pelajar, Dewan Siswa,
Benda Nokia (telefon bimbit), Honda (kereta), Sony (kamera)

5) Huruf pertama ditulis dengan huruf besar.

Latihan : Gariskan Kata Nama Khas dalam ayat-ayat berikut.


1. Lily menyambut harijadinya di Restoran Sugarbun.

2. Ali dan Mei Ling belajar di Sekolah Menengah Chung Hwa , Bandar Seri Begawan.

3. Ai Ling yang belajar di Darjah 3B sedang mengelap tingkap .

4. Kaki Ali berdarah kerana terpijak kaca.

5. Pada hari Isnin ini Hui Chu akan berkelah di Pantai Tungku bersama keluarganya.

6. Setiap hari Awang Roslan pergi bekerja dengan memandu sebuah kereta Mitsubishi.

7. Kim Chan berasal dari Kuala Lumpur , Malaysia dan kini dia bekerja di Bandar Seri
Begawan, Brunei.

8. Dia menamakan kucing kesayangannya Si Putih kerana bulunya berwarna putih.

9. Linda dan keluarganya tinggal di Jalan Tutong.

10. Abang Fatimah sedang belajar di Universiti Brunei Darussalam.


Latihan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas

1. Beberapa ekor ( ) berterbangan mengelilingi lampu.

A. lipas
B. tikus
C. burung
D. kelekatu

2. Setiap hari ( ) itu turun ke laut untuk menangkap ikan.


A. guru
B. penulis
C. nelayan
D. pengemis

3. ( ) seekor binatang yang pintar lagi bijak.


A. Kuda
B. Kancil
C. Buaya
D. Kucing

4. Siew Mei menanam pokok ( ) di halaman rumahnya.


A. buku
B. pasu
C. bunga
D. beg

5. Puan Tan memotong sayur dengan sebilah ( ) yang tajam.


A. pisau
B. kapak
C. parang
D. sabit

6. Ayah membaca akhbar ( ) di ruang tamu.


A. Utusan Malaysia
B. Kamus Dewan
C. Dewan Masyarakat
D. Majalah Didik

7. ( ) murid Tahun Empat Bestari.


A. Datuk Lim
B. Cikgu Tan
C. Han Meng
D. Doktor Danish

8. Projek perumahan ( ) siap dibina pada tahun lepas.


A. Perodua Myvi
B. Taman Aman
C. Muzium Negara
D. Zoo Melaka

9. Negeri yang paling besar di Malaysia ialah negeri ( ).


A. Sabah
B. Selangor
C. Sarawak
D. Perak

10. Suzana sekeluarga makan angin di ( ).


A. Si Comel
B. Bukit Tinggi
C. Proton Kelisa
D. Rempah Wangi

Anda mungkin juga menyukai