Anda di halaman 1dari 9

Penggunaan Aplikasi Notes To Go Memudahkan Murid Tahun 4 Mendapatkan

Maklumat Sejarah.

(dihasilkan oleh Rumiazi Binti Ariffin)

1.0 Pengenalan

Dunia pada masa kini semakin maju rentetan daripada arus globalisasi. Tidak ketinggalan
juga Malaysia mengalami perubahan teknologi yang semakin meluas dalam pelbagai
bidang. Menurut Nor Hazidah Awang (2010), keghairahan dalam mengejar atau
merealisasikan kehendak dalam dunia digital pada masa kini telah sedikit sebanyak
memberikan kesan kepada kaedah mendapatkkan maklumat. Bidang pendidikan amat
memerlukan perubahan dari segi kaedah pengajaran dan pembelajaran. kaedah pengajaran
dan pembelajaran haruslah mengikuti arus semasa ataupun trend. Trend pendidikan pada
masa kini haruslah lebih berkesan, pantas dan menjimatkan masa dengan menggunakan
internet. Pengguna inovasi digital akan lebih cenderung untuk mendapatkan maklumat yang
lebih pantas dengan mengguna teknologi tersedia dan maklumat tanpa batasan melalui
internet berbanding dengan kaedah mendapatkan maklumat secara tradisional. Maka, kajian
ini adalah untuk mengenalpasti penggunaan applikasi Notes To Go dalam memudahkan
murid mendapatkan maklumat Sejarah Tahun 4.

2.0 Objektif kajian

Teknologi dijadikan sebagai suatu bahan pengajaran yang digunakan dengan kaedah yang
berbeza (Garofalo et. al., 2000). Dengan berbantukan teknologi sebagai bahan bantu
mengajar, secara tidak langsung akan dapat meningkatkan kualiti pengajaran di dalam
kelas, serta meningkatkan minat dan motivasi pelajar. Oleh itu, penggunaan teknologi dalam
pendidikan boleh membawa kepada pengajaran yang lebih efektif dan meningkatkan
prestasi pelajar (Abbas K, 2006). Perisian dan aplikasi teknologi dapat digunakan dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran agar menjadi lebih aktif, bermakna dan mencabar
(Norasiah et el, 2013). Maka, Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti kelebihan
applikasi Notes To Go dalam memudahkan murid mencari maklumat Sejarah Tahun 4.

3.0 Kedudukan Sebelum Inovasi Dilaksanakan

Pada pratikum fasa satu yang lalu, saya bersama rakan saya iaitu Azura binti Hazmi telah
mengadakan satu perbincangan selepas pratikum fasa satu. Kami telah berbincang
mengenai masalah yang kami hadapi semasa menjalankan pratikum. Masalah utama kami
adalah murid lambat menyiapkan tugasan atau latihan kerja rumah yang diberikan. Alasan
yang diberikan oleh murid adalah tiada buku teks. Hal ini kerana, di sekolah berkenaan,
tidak semua pelajar mendapat bantuan buku teks. Bilangan murid yang terlalu ramai di
sekolah tersebut menyebabkan murid sukar melengkapkan tugasan yang diberikan oleh
guru kerana tiada buku teks. Murid sukar untuk membuat rujukan semasa hendak
menyelesaikan tugasan yang diberikan semasa di luar waktu persekolahan.

4.0 Pernyataan Masalah

Penggunaan applikasi Notes To Go adalah merupakan satu inovasi yang sesuai digunakan
dalam bidang pendidikan terutamanya untuk subjek Sejarah Tahun 4. Applikasi ini juga
sesuai dengan gaya pembayaan generasi kini untuk mendapatkan maklumat. Kemajuan
dalam bidang Teknologi Informasi dan Komunikasi telah membawa aliran baru dalam
kaedah pembacaan. Menurut Huang, Hsin-chou (2012) dalam Teknologi Dalam Pengajaran
Dan Pembelajara, pembacaan melalui layar komputer adalah merangkumi maklumat-
maklumat digital. Begitu juga dengan applikasi Notes To Go ini merangkumi maklumat-
maklumat digital yang akan memudahkan segala urusan pembelajaran di sekolah.

Berbeza dengan masa dahulu, di mana pembaca hanya terhad untuk membaca dan
mencari maklumat menggunakan buku sahaja. Kaedah tradisional ini menyebabkan murid
sukar untuk mencari maklumat dengan segera, dan sukar mendapatkan buku yang sesuai
untuk dijadikan rujukan mereka. Hasil kajian Azizi, Ahmad Zairi dan Isyanuddin (2003) telah
menyatakan bahawa pelajar tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk mengulang kali
di luar waktu persekolahan, sukar mendapatkan bahan rujukan dan kaedah pengajaran guru
yang membosankan menyebabkan murid menghadapi masalah dalam pembelajaran
mereka. Persoalannya, adakah applikasi ini mampu memudahkan murid mendapatkan
maklumat dalam mempelajari subjek Sejarah Tahun 4?

5.0 Kajian Literatur

Terdapat beberapa kajian lepas mengenai penggunaan teknologi dalam pendidikan.


Antaranya adalah kajian “ Tahap Keberkesanan Penggunan Buku Elektronok: E-Book
Network Security Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bagi Kelas DNS6B” oleh
Rosmawati Jaafar. Kajian ini menerangkan bahawa penggunaan buku elektronik merupakan
salah satu alat bahan bantuan mengajar (ABM) pada masa kini. Kaedah ini merupakan
salah satu proses dalam pengajaran dan pembelajaran. Hasil kajian mendapati bahawa
keberkesanan e-book dalam membantu pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran.
dapatan keseluruhannya menunjukkan bahawa tahap kefahaman dan penerimaan pelajar
mempengaruhi tahap penguasaan buku elektronik. Hasil tinjauan lepas membuktikan
bahawa penggunaan inovasi digital dapat membantu pelajar dalam pengajaran dan
pembelajaran. penggunaan aplikasi Notes To Go juga boleh dijadikan sebagai bahan bantu
mengajar untuk subjek Sejarah Tahun 4.
Selain itu, terdapat juga kajian lepas mengenai buku elektronik (e-book). Kajian tersebut
adalah “Buku VS E-Buku: Transformasi Era Digital” yang dihasilkan oleh Nor Hazidah
Awang. Teknologi mempunyai kesan polarisasi dan ia adalah sesuatu yang harus diterima.
Mereka yang berkemahiran akan terus bersaing seiring dengan pembangunan teknologi. E-
buku merupakan salah satu teknologi yang berupaya mengubah bentuk maklummat. Kajian
ini mengupas mengenai penggunaan buku dan e-buku. Hasil kajian mendapati bahawa
perkembangan e-buku dalam kepesatan pembangunan teknologi masih memberi ruang
kepada buku bercetak untuk terus berada di pasaran. Kesimpulannya, penggunaan buku
bercetak dan e-buku saling melengkapi antara satu sama lain kerana masing-masing
mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Hasil kajian ini turut menekankan
kelebihan e-buku iaitu interaktif serta mudah dibaca kerana pengguna boleh mengubah-suai
saiz tulisan atau gambar mengikut kesesuaian. Hanya perlu menaip kata kunci yang hendak
dicari atau membuat rujukan silang dengan pantas menggunakan hyperlink. Hasil tinjauan
lepas ini dapat dikaitkan dengan inovasi applikasi Notes To Go dimana, applikasi ini
berbentuk interaktif kerana saiz gambar dan perkataan dapat diubah mengikut kesesuaian
dan hanya perlu menekan kata kunci yang dikehendaki untuk membuat rujukan.

Hasil tinjauan kajian lepas bagi kajian “Keberkesanaan aplikasi Interaktive Stamping Tool
And Modelling Package (ISTAMP) terhadap visual, auditori dan kinestatik (VAK) pelajar
KKTM Balik Pulau telah menjelaskan bahawa pelajaran berbentuk interaktif merupakan satu
kaedah di dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PNP). Kajian ini telah mengkaji teknologi
informasi dan komunikasi yang diaplikasikan penggunaannya dengan penghasilan
Interakctive Stamping Tool and Modeling Pacakage (ISTAMP) berkonsepkan CD interaktif.
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa aplikasi ini boleh dijadikan rujukan bagi membantu
memahami pelajaran dengan lebih baik. Hal ini kerana aplikasi ini menekankan gaya
pembelajaran melalui visual, auditori dan kinestatik. Penggunaan aplikasi diterima pakai
oleh murid apabila sesuatu aplikasi ini mampu meransang gaya pembelajaran mereka.
setiap individu mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza. Aplikasi Notes To Go hampir
sama dengan aplikasi Interactive Stamping Tool and Modelling Package kerana kedua-dua
aplikasi ini menekankan gaya pembelajaran audio dan visual. Namun aplikasi Notes To Go
tidak menekankan gaya pembelajaran kinestetik.

Selain itu, terdapat hasil tinjauan lepas mengenai kajian “Persepsi Pelajar Terhadap Aplikasi
Perisian Multimedia Dalam Pembelajaran Komsas Bahasa Melayu Tingkatan 1” oleh Nur
Aisyah, Zamri Mahmod dan Mohamed Amin Embi. Kajian ini adalah untuk meninjau
persepsi murid Tingkan 1 terhadap perisian Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan
Komputer (PPBK) berasaskan multimedia. Bahan PPBK ini menggunakan pendekatan
model ASSURE sebagai model reka bentuk bagi mewujudkan proses pembelajaran novel.
Hasil kajian mendapati bahawa responden bersetuju aplikasi PPBK mampu memenuhi
keperluan mereka dalam proses pembelajaran novel. Kajian ini turut menjelaskan bahawa
penggunaan perisian mampu membantu murid dalam memahami isi kandungan, menarik
minat murid dan bersifat interaktif. Aplikasi Notes To Go juga merupakan salah satu
penggunaan media atau teknologi yang mampu membantu murid memahami isi kandungan,
menarik minat murid untuk belajar Sejarah. Malah aplikasi ini turut bersifat interaktif. Hasil
tinjauan lepas telah membuktikan bahawa penggunaan media membantu murid dalam
mendapatkan maklumat.

6.0 Metodologi Pelaksanaan


6.1 Strategi
Kajian ini menggunakan model ADDIE sebagai strategi perlaksanaan inovasi
digital. Model ADDIE terdiri daripada fasa analisis, reka bentuk, pembangunan,
perlaksanaan dan penilaian. Model ini merupakan salah satu model reka bentuk
pengajaran yang sistematik dalam penghasilan bahan pembelajaran
berkomputer yang berkesan dan mesra pengguna (Baharuddin et al., 2002).
Hasil kajian yang dilakukan oleh Johari, Nor Hasniza & Mohamad Yusof (2006)
menunjukkan bahawa perisian yang dibangunkan oleh mereka menggunakan
model ADDIE berjaya memberi impak yang positif sebagai alat pembelajaran
tambahan. Abd.Wahid & Mohammad Faizal (2010) turut mengaplikasikan model
reka bentuk ADDIE dalam perisian mereka. Hasil pengujian terhadap perisian
tersebut mendapati ianya memenuhi ciri-ciri multimedia interaktif serta memenuhi
objektif-objektif yang telah ditetapkan. Begitu juga kajian yang dijalankan oleh
Megat Aman & Nurul Shuhadah (2010). Model ADDIE yang digunakan berjaya
menarik minat pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.
6.2 Butir
Menurut Hall (1997), model ADDIE merupakan reka bentuk instruksi yang asas
yang boleh diintegrasikan dalam apa jua strategi pembelajaran. Model ADDIE
adalah model yang generik, mempunyai pendekatan yang sistematik untuk
proses mereka bentuk instruksi dan menyediakan pereka bentuk dengan satu
rangka kerja yang teratur untuk memastikan bahawa produk-produk pendidikan
yang dihasilkan adalah efektif dan proses-proses kreatif adalah sangat efisien.
Aplikasi Notes To Go ini melalui kesemua fasa model ADDIE.
6.3 Proses
Model ADDIE dimulakan dengan fasa analisis. Dalam fasa analisis, pengkaji
akan menyenaraikan permasalahan yang dihadapi. Contohnya, murid
menghadapi masalah sukar untuk mendapatkan maklumat mengenai subjek
Sejarah Tahun 4 selain daripada penggunaan buku teks. Setelah menyenaraikan
masalah, pengkaji haruslah menyelesaikan dan mengenalpasti masalah secara
keseluruhan.
Bagi fasa reka bentuk, fasa ini dilaksanakan setelah selesai menganalisis
permasalahan yang dinyatakan. Setelah itu, pengkaji akan memindahkan
maklumat daripada fasa analisis kepada lakaran fizikal yang akan digunakan
semasa proses pembinaan. Dalam fasa analisis, pengkaji akan menentukan
kandungan aplikasi berlandaskan kandungan yang telah dirangka pada fasa
analisis. Dalam konteks aplikasi Notes To Go, pengkaji memfokuskan topik-topik
Sejarah Tahun 4 sebagai isi kandungan. Kemudian, tentukan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran yang bersesuai dengan objektif pembinaan perisian. Aplikasi
ini boleh dijadikan sebagai bahan bantu mengajar dan rujukan kepada murid
untuk membuat latihan.
Fasa pembangunan inovasi melibatkan proses membangunkan atau
menghasilkan inovasi menggunakan aplikasi multimedia. Pembangunan inovasi
ini dibangunkan berdasarkan reka bentuk yang telah ditetapkan. Bagi
membangunkan inovasi aplikasi Notes To Go, pengkaji menggunakan laman
web appsgeyser. Laman web appsgeyser memudahkan pengkaji dalam
menghasilkan aplikasi mengikut kesesuaian yang dikehendaki oleh pengkaji.
Fasa perlaksanaan inovasi digunakan untuk melaksanakan aplikasi inovasi
Notes To Go. Kesemua elemen utama yang telah direka bentuk dalam fasa
sebelum ini perlulah digarapkan ke dalam perisian dengan bantuan laman web
appsgeyser. Proses kerja dalam fasa ini ialah membangunkan aplikasi Notes To
Go, menilai aplikasi mengikut aspek-aspek yang ditetapkan, menguji kestabilan
aplikasi dan pengubahsuaian dan membaik pulih aplikasi Notes To Go bagi
membaiki dan meningkatkan lagi kualiti perisian. Semasa fasa perlaksanaan
juga, pengkaji akan mendapat pandangan atau respon daripada beberapa orang
sampel kajian untuk memastikan sama ada aplikasi ini mendatangkan nilai
komersial atau sebaliknya. Malah, hasil daripada respon sampel kajian juga akan
memberi ruang kepada pengkaji untuk memperbaiki dan menambah baik aplikasi
Notes To Go.
Dalam fasa penilaian, pengkaji akan melakukan proses pengujian dan penilaian
perisian yang dibangunkan bagi memastikan isi kandungan, grafik, audio dan
video bersesuaian. Fasa ini juga akan menguji sama ada objektif aplikasi ini
tercapai ataupun tidak. Menurut Cozby, P.C (2001), bagi menjamin satu sistem
berjalan dengan lancar dan mencapai objektif, penilaian akan dilakukan. Uji lari
akan dilaksanakan di sebuah sekolah yang dipilih untuk menguji aplikasi
tersebut. Pengkaji menggunakan kaedah temu bual, pemerhatian dan soal
selidik. Kaedah temu bual akan ditranskripkan untuk proses trigulasi sumber.
Manakala kaedah pemerhatian akan dilakukan untuk melihat respon murid
semasa menggunakan aplikasi tersebut semasa proses uji lari. Pengkaji akan
menggunakan borang soal selidik yang telah diadaptasi dan diubah suai
berdasarkan kajian tindakan sains iaitu “Food Game- Meningkatkan Penguasaan
Kemahiran Mengelaskan Jenis Makanan Untuk Memberi Tenaga, Membesar dan
Mengekalkan Kesihatan”. Borang yang telah diadaptasi dan diubah suai akan
dijawab oleh responden kajian.
7.0 Penutup
Aplikasi Notes To Go merupakan aplikasi yang digunakan sebagai bahan rujukan
kepada pelajar dalam menyiapkan tugasan semasa di luar waktu persekolahan. Hal ini
kerana, murid masih belum boleh dibenarkan membawa telefon pintar semasa waktu
persekolahan. Penggunaan applikasi Notes To Go ini turut membantu guru dalam
pengajaran dan pembelajaran. guru boleh menjadikan aplikasi ini sebagai bahan bantu
mengajar subjek Sejarah Tahun 4.
8.0 Rujukan

Abdul Wahid & Mohammad Faizal. 2010. Pembangunan Perisian Multimedia Interaktif
Teknologi Automatif; Anti-Lock Brake System (ABS). Universiti Teknologi Malaysia.

Abbas. K., (2006). Media Dalam Pendidikan. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Azizi Hj Yahaya, Ahmad Zairi Hj Alias dan Isyanuddin Hussin. 2003. Permasalahan
Pembelajaran Dalam Mata Pelajaran Teknologi Kejuruteraan: Satu Tinjauan Di
Sekolah-sekolah Menengah Dalam Daerah Batang Padang, Perak Tengah Dan Hilir
Perak. National Seminar Memperkasakan Sistem Pendidikan.

Baharuddin Aris, Rio Sumarni Shariffudin dan Manimegalai (2002). “Reka Bentuk Perisian
Multimedia”. Skudai: Penerbit UTM.

Cozby, P. C. (2001). Methods in behavioral research (7th ed.). Mountain View, California:
Mayfield Publishing Company. American Psychological Association.

Garofalo, J., Drier, H. S., Harper, S., Timmerman, M. A., & Shockey, T. (2000). Promoting
appropriate uses of technology in mathematics teacher preparation. Contemporary
Issues in Technology and Teacher Education.
http://www.citejournal.org/vol1/iss1/currentissues/mathematics/article1.htm

Hall, S. (1997). Representation: cultural representations and signifying practices. London:


Sage.

Johari Surif, Nor Hasniza Ibrahim & Mohamad Yusod Arshad. 2006. Pembangunan Dan
Keberkesanan Perisian Berdasarkan Teori Konstruktivisme Dalam Mempelajari
Konsep Traffic Sign, Pengajian Kejuruteraan Awam. Universiti Teknologi Malaysia.

Muhammad Ihfan Bin Suparman. 2012. Keberkesanan Aplikasi Interactive Stamping Tool
and Modelling Package (ISTAMP) terhadap Visual, Auditori dan Kinestatik (VAK)
Pelajar KKTM Balik Pulau. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Megat Zakaria, Megat Aman Zahiri, Abdul Rahman & Nurul Shuhadah. 2010. Pembangunan
Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) bagi Matematik TIngkatan 2
Berasaskan Teori Konstruktivisme. Universiti Teknologi Malaysia.

Modul EDU 3105. 2012 .Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. Program
Pensiswazahan Guru (PPG). Insittut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia:
Cyberjaya.

Norasiah Bt Abdullah, Nor Risah Jamilah Bt Mat Lazim, Rosnah Bt Ahmad Zain. 2013.
Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd: Selangor.
Nor Hazidah Awang. 2010. Buku VS E-Buku: Transformasi Era Digital. Universiti Malaya.

Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying. 2012. Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran.
Penerbit Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Rosmawati Bt. Jaafar. Tahap Keberkesanan Penggunaan Buku Elektronik: “E-Book Network
Security” Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bagi Kelas DNS6B Diploma Teknologi
Maklumat (Rangkaian) Di Politeknik Seberang Perai.
9.0 Lampiran
Carta gantt Aplikasi Notes To Go
Bulan Februari Mac April

Minggu 1 2 3 4 1 2 3 4 1
Butiran
Mengenal pasti masalah
Pemilihan masalah
Mengumpul dan menganalisis data
Menetapkan objektif
Cadangan penyelesaian
Pembangunan bahan inovasi
Perlaksanaan bahan inovasi
Penilaian bahan inovasi

Anda mungkin juga menyukai