Skrip Sukan Tahunan 2019

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 11

MAJLIS PEMBUKAAN RASMI

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-45, TAHUN 2019


SEK MEN KEB SERI TANJONG, MELAKA

Tarikh : 28 FEBRUARI 2019


Hari : KHAMIS
Masa : 2.00 petang
Tempat : Padang SMK Seri Tanjong

CUE ANNOUNCEMENT
Diminta peserta-peserta perbarisan mengambil tempat dan bersedia untuk
upacara perbarisan lintas hormat.
Ketibaan YB Mengumumkan ketibaan

Yang Berbahagia
TUAN JUHARI BIN OSMAN
Penyelaras Dun Pantai Kundor
diiringi barisan pentadbir sekolah dan ahli jawatankuasa PIBG SMK Seri
Tanjong. Selamat datang kami ucapkan, ke Kejohanan Olahraga Tahunan SMK
Seri Tanjong kali ke-45.
Sukacita pihak majlis mempersilakan Yang Berbahagia Tuan Juhari bersama
barisan pentadbir untuk memeriksa Khemah Rumah-Rumah Sukan yang telah
pun dihias indah mengikut warna dan tema pilihan kali ini,
ADIWIRA/KEPAHLAWANAN.

Indah menawan sehijau Tuah PAHLAWAN PERANG KUNO JEPUN


Indah memukau seungu Lekiu PAHLAWAN ISLAM
Indah mempesona semerah Kasturi PAHLAWAN SARAWAK
Indah memikat sebiru Jebat PAHLAWAN MELAYU
Indah mengagumkan sekuning Lekir PAHLAWAN PERANG BRATHAYUDHA
Tahniah dan syabas diucapkan!
Jemput tuan jemput puan
Jemput jenguk teratak kami
Beri tuan beri puan
Beri markah tinggi-tinggi!
(Tetamu mengambil tempat)

Nyanyian 3 Mohon semua hadirin berdiri untuk bersama-sama menyanyikan 3 buah lagu:
buah lagu Lagu Negaraku, Lagu Melaka Maju Jaya, dan Lagu Sekolah
(Nyanyian lagu selesai)

Hadirin dipersilakan duduk.


Aluan Bismillahirrahmanirrahim.
pengacara
Yang Berbahagia
TUAN JUHARI BIN OSMAN
Penyelaras Dun Pantai Kundor

Yang Dihormati
En Jamil bin Mat
Pemangku Yang Dipertua PIBG Sek Men Keb Seri Tanjong

Yang Berusaha
Tuan Haji Borhan bin Md Nor
Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Merangkap Pengerusi Pengelola Kejohanan

Puan Hajah Sahreah binti Md Zin


Guru Penolong Kanan Kokurikulum

En Khalid bin Bujang


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Puan Zunita binti Zulkifli Stork


Guru Penolong Kanan Program Persediaan Universiti

Tn Haji Abd Aziz bin Ismail


Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas

Barisan guru kanan matapelajaran


Ahli Jawatankuasa PIBG
Guru-guru SMK Seri Tanjong,
Para peserta kejohanan,
Serta hadirin yang dikasihi.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam


perpaduan, salam Sayangi Malaysiaku, salam Melaka Berwibawa, Pintar, Hijau,
Bersih, dan Salam Seri Hebat.

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam atas junjungan besar Nabi
Muhammad saw, dapat kita bersama-sama berkumpul pada hari yang indah dan
penuh ceria ini bagi memeriahkan lagi Kejohanan Olahraga Tahunan SMK Seri
Tanjong kali ke-45 bagi sesi persekolahan 2019.

Bagi pihak warga SMK Seri Tanjong, kami merakamkan setinggi-tinggi


penghargaan atas kehadiran Yang Berbahagia Tuan Juhari bin Osman, atas
kesudian tuan melapangkan masa untuk bersama-sama warga Seri dalam majlis
pada petang ini.

Pihak majlis juga mengalu-alukan kehadiran jawatankuasa PIBG SMK Seri


Tanjong, serta semua hadirin ke MAJLIS PEMBUKAAN RASMI KEJOHANAN
OLAHRAGA TAHUNAN SMK SERI TANJONG KALI KE-45 bagi TAHUN 2019.
Perbarisan Hadirin hadirat yang dimuliakan, Kejohanan Olahraga Tahunan SMK Seri
masuk lintas Tanjong kali ke-45 pada petang ini dimulakan dengan perbarisan masuk
hormat kontinjen unit beruniform dan rumah sukan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Tuan Hj Borhan


bin Md Nor, selaku Pengerusi Pengelola Kejohanan, untuk menjemput dan
mengiringi Yang Berbahagia Tuan Juhari bin Osman, mengambil tempat untuk
menerima tabik hormat. Dipersilakan.

(anthem perbarisan)

1) Mengepalai perbarisan masuk lintas hormat ialah PEMBAWA BENDERA


KEJOHANAN oleh PASUKAN KADET POLIS, diketuai oleh SAUDARI NUR
DAMIA MAISARAH BINTI MD ROSDAN
2) Menyusul kini ialah PASUKAN KADET BERSATU MALAYSIA (PKBM)
diketuai oleh SARJAN NUR SUHAILA BINTI ISMAIL. Ketua guru penasihat
pasukan PKBM ialah MEJAR NORHASLIZA BINTI ZAHARI.

3) Seterusnya, perbarisan wakil atlet sekolah yang diketuai oleh


SAUDARA MUHAMMAD AMIRUL AFIQ BIN MASRAN, KAPTEN PASUKAN
RAGBI TANJONG VIPERS B18

4) Perarakan masuk yang berikutnya ialah PEMBAWA PANJI-PANJI MEWAKILI


RUMAH SUKAN SMK SERI TANJONG, oleh PASUKAN RAGBI TANJONG
VIPERS B15

5) Berikutnya, perarakan masuk BADAN PENGAWAS SEKOLAH, diketuai oleh


SAUDARI MAISARAH AZANI FADLI BINTI ABDUL HAQ. Ketua guru
penasihat BADAN PENGAWAS SEKOLAH ialah EN ISBAHUDDIN BIN
AWANG HALIM.

6) Berbaris masuk kini ialah PASUKAN KADET POLIS diketuai oleh SAUDARI
ZAHIDAH BINTI OMAR. Ketua guru penasihat KADET POLIS ialah PUAN
ROSMAWATI BINTI JUSOH, CIK ATHIRAH HANIS BINTI ARIFFIN, dan
………………………………………………………………………………….

7) Pasukan badan beruniform seterusnya ialah PASUKAN KADET BOMBA


diketuai oleh SAUDARA AHMAD HASIF BIN AMZAN. Ketua guru penasihat
KADET BOMBA ialah PN WAN HANITA BINTI WAN AHMAD, PN
AMINATULHUDA BINTI SULAIMAN, dan EN MUHAMMAD HAZIQ BIN
ROZMAN.

8) Seterusnya, perbarisan masuk PASUKAN KADET REMAJA SEKOLAH


diketuai oleh ……………………………………………………………………….
Ketua guru penasihat KADET REMAJA SEKOLAH ialah EN OSMAN BIN
JOHAN dan EN MOHD BISTAMMI BIN MOHAMED.

9) Berikutnya ialah PASUKAN PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA


diketuai oleh ……………………………………………………………………….
Ketua guru penasihat ialah PUAN ROHAYA BINTI OMAR dan PUAN
YUSLINA BINTI DAUD.

10) Seterusnya, perbarisan masuk PASUKAN PANDU PUTERI & RANGERS,


diketuai oleh ………………………………………………………………………
Ketua guru penasihat PANDU PUTERI & RANGERS ialah PN AZURA BINTI
ABD RAHMAN, PN NOR HAIZI BINTI AB MANAF, dan PN NORIHAN BINTI
HUSSAIN.

11) Berikutnya ialah PASUKAN PENGAKAP diketuai oleh SAUDARA AHMAD


MUHAIMIN BIN AZIMIN. Ketua guru penasihat ialah PN WAN
NORSYUHADA BINTI ABD JALIL, PN MAIJAS ANAK BASIR dan PN
NORHAYATI BINTI SHAMSUDIN.

12) Pasukan badan beruniform seterusnya ialah PASUKAN PERSATUAN


BULAN SABIT MERAH diketuai oleh ……………………………………………
Ketua guru penasihat PBSM ialah PN HJH NORHALIZA BINTI MUHD
KASIM, PN NADIATUL AZWA BINTI ABDUL AZIZ, dan PN NORHAYATI
BINTI MD HASSAN.

13) Berikutnya ialah PASUKAN SILAT CEKAK PUSAKA USTAZ HANAFI diketuai
oleh SAUDARA MUHD NOR AFZAN BIN EMRAN. Ketua guru penasihat
PASUKAN SILAT CEKAK PUSAKA USTAZ HANAFI ialah PN SITI FATIMAH
BINTI HASHIM, PN NURUL AINA BINTI ABD KARIM dan PN SURAYA HANI
BINTI SULAIMAN.

14) Pasukan unit beruniform yang terakhir ialah PASUKAN TAEK WON DO
diketuai oleh SAUDARI AUNI BINTI ABD RAHMAN. Ketua guru penasihat
TAEK WON DO ialah PN HASINAH BINTI MOHAMED dan EN MOHD
GHANI BIN BAKAR.

Kini, perbarisan masuk lintas hormat diteruskan lagi dengan kontinjen rumah-
Perbarisan rumah Sukan.
masuk rumah
Kalau mengail di lubuk dangkal
Olahraga
Dapat ikan sepenuh raga
Kalau kail panjang sejengkal
Jangan lautan hendak diduga

Dengan bertemakan PAHLAWAN PERANG KUNO JEPUN, Kontinjen Tuah


tampil dengan pakaian PAHLAWAN JEPUN bersama KONCO-KONCONYA.

PAHLAWAN PERANG KUNO JEPUN turut dikenali sebagai SAMURAI, satu


istilah yang biasa digunakan untuk menggelar perwira pada zaman sebelum
industri Jepun. SAMURAI akan memakai perisai dan topeng muka yang
menggetarkan musuh, bersama pedang lagenda warisan yang dikenali sebagai
KATANA yang diperbuat daripada besi.

Pahlawan SAMURAI dipilih kerana semangat setiakawan antara mereka, selain


sanggup berjuang bermati-matian sehingga ke titisan darah terakhir serta
sentiasa mempunyai strategi peperangan yang hebat.

Dibawah pimpinan En Muhamad bin Sidek selaku ketua guru penasihat,


“THE GREAT WARRIOR OF SAMURAI, BANZAI! BANZAI! BANZAI!”
KONTINJEN RUMAH TUAH!
********************************************************************************************
Patah rotan tali bersilang
Batang meranti rimbun berjejal
Langkah pahlawan di tengah gelanggang
Berpantang mati sebelum ajal

Membawa tema RENTAP PAHLAWAN SARAWAK, Kontinjen Kasturi membawa


semangat pahlawan Dayak yang sangat terkenal dalam sejarah Sarawak.
Rentap merupakan salah seorang pemimpin penentang kepada pemerintahan
Raja Putih James Brooke.

Gelaran RENTAP yang bermaksud ENSUMBAR dalam Bahasa Iban atau


MEMBUAT DUNIA BERGEGAR, diberikan kepada beliau selepas Berjaya
memenggal kepala musuh dalam perang pertamanya. Turut digelar Raja Darat
dan Raja Ulu, RENTAP terus berpegang kepada prinsip selagi nyawa di badan,
selagi itulah perjuangan diteruskan.

Dibawah pimpinan En Amiruddin bin Md Nor selaku ketua guru penasihat,


“AGI IDUP AGI NGELABAN, KASTURI JUARA”
KONTINJEN RUMAH KASTURI!

Lemaknya nasi bergulai udang


Lemak berbau santan kelapa
Rela kumati berputih tulang
Tidak kumahu berputih mata
Dengan bertemakan KEPAHLAWANAN ISLAM, Kontinjen Lekiu membawa
semangat SAIDINA UMAR ALKHATTAB, seorang Khulafa’ Arrasyidin paling
berpengaruh dalam sejarah Islam.

Peperangan dalam Islam bermaksud untuk mempertahankan diri,


memperteguhkan negara dan serta mempertahankan agama.
Kerana dalam Islam, peperangan melibatkan etika berperang hanya apabila
diperangi, tidak boleh membunuh kanak-kanak, wanita, orang tua atau pendeta,
tidak boleh memerangi mereka yang tidak mempunyai kekuatan, dan tidak boleh
merosakkan harta benda dan tanaman.

Seorang yang tegas dan adil, SAIDINA UMAR ALKHATTAB berfikiran terbuka
untuk menerima pendapat dan berpandangan jauh. Beliau merupakan sahabat
terdekat Rasulullah S.A.W yang digelar ALFAROOQ, pemisah antara kebenaran
dan kebathilan, Berjaya menawan Mesopotamia dan sebahagian empayar Parsi.
Dalam peperangan Yarmuk, seramai 40000 tentera Islam menewaskan 120,000
tentera Benzentin. SAIDINA UMAR ALKHATTAB berperibadi berani, ditakuti
ramai kerana kekentalan jiwa dan imannya terhadap Allah, serta tidak gentar
dalam menegakkan agama Islam.

Dibawah bimbingan Puan Chin Li Ling selaku ketua guru penasihat,


“KAMI SEMUA BERSATU, LEKIU TETAP NOMBOR SATU!”
KONTINJEN RUMAH LEKIU!
*******************************************************************************************
Biru pesona umpama lautan
Tabah meredah gelora menjelang
Jebat bangkit bersama harapan
Pastikan pingat di bawa pulang

Dengan tema KEPAHLAWANAN MELAYU, Kontinjen Jebat diketuai Saudara


Muhammad Emirul Haqim bin Mazlan dan dianggotai 46 peserta perbarisan,
bersama pembawa sepanduk, si cantik manis Saudari Nur Athirah binti Zuhairi,
yang juga membawakan watak Tun Teja, bergandingan bersama pahlawannya
Hang Jebat yang dibawakan oleh Saudara Muhammad Mazlan bin Mohamad.

Patah sayap bertongkat dada


Itulah semangat Jebat Hebat
Mengerah kudrat selagi ada
Kejuaraan pasti milik Jebat!

Dibawah pimpinan Puan Balqis bin Mustaffa selaku ketua guru penasihat,
“MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH, JEBAT HEBAT”
KONTINJEN RUMAH JEBAT!
*******************************************************************************************

Apa guna kepuk di ladang


Kalau tiada berisi padi
Apa guna keris di pinggang
Kalau ku tidak berani mati
Dengan bertemakan PAHLAWAN GATOT KACA, PAHLAWAN KERAJAAN
RAKSHASA. Kontinjen Lekir menyelami sejarah kecekalan dan keberanian
sebuah perjuangan PAHLAWAN DALAM PERANG BRATHAYUDHA dalam
wiracarita Mahabharata.

Gatotkaca merupakan putra Bima yang lahir dari seorang raksasa perempuan
penguasa sebuah hutan bernama Hidimbi. Gatotkaca dikisahkan memiliki
kekuatan luar biasa. Kesaktiannya dikisahkan mampu terbang di angkasa tanpa
menggunakan sayap, serta terkenal dengan jolokan “otot dawai tulang besi”.

Dibawah pimpinan Puan Suzana binti Zainuddin selaku ketua guru penasihat,
“LEKIR JUARA LEKIR HEBAT LEKIR MENYERLAH”
KONTINJEN RUMAH LEKIR!
*******************************************************************************************

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Juhari
bin Osman atas kesudian menerima tabik hormat sebentar tadi.

Upacara Seterusnya, sama-sama kita saksikan penyempurnaan upacara menaikkan


menaikkan bendera kejohanan.
bendera
kejohanan (drumroll - bendera dinaikkan)

Biar terik mentari memancar


Indah warna menceria suasana
Bendera dikibar teruslah berkibar
Semangat kesukanan membawa jaya
Bacaan Doa Majlis pada petang nan permai ini diteruskan dengan bacaan doa. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Abd Razak bin Ismail untuk
memimpin bacaan doa.

Terima kasih diucapkan kepada al-fadhil Ustaz atas pimpinan doa itu tadi.
Ucapan Meneruskan acara pada petang ini, majlis dengan segala hormatnya
Pengerusi mempersilakan Yang Berusaha Tuan Haji Borhan bin Md Nor, selaku Pengerusi
Pengelola Pengelola Kejohanan, untuk menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Haji Borhan bin
Md Nor atas ucapan sebentar tadi.
Ucapan Jalan lengkok redup berkalis
perasmi Damba pedoman menyongsong arah
Ucapan Tuan merasmi majlis
Tanda kejohanan berlangsung meriah

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan:


Yang Berbahagia Tuan Juhari bin Osman, Penyelaras DUN Pantai Kundor,
untuk memberikan ucapan, seterusnya merasmikan Kejohanan Olahraga
Tahunan SMKST kali ke-45 tahun 2019. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

(PKBM masuk padang)

Sempurna sudah perasmian Kejohanan Olahraga Tahunan SMK Seri Tanjong


kali ke-45 tahun 2019. Majlis merakamkan ucapan terima kasih.
Upacara (PKBM buka barisan – jemput YB check barisan)
Pemeriksaan
Barisan Hadirin dan hadirat yang dirahmati,

Majlis kini diteruskan lagi dengan upacara pemeriksaan barisan yang akan
dipimpin mula oleh PASUKAN KADET BERSATU MALAYSIA (PKBM).

Dengan itu, majlis mempersilakan Yang Berusaha Tuan Haji Borhan bin Md Nor,
menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia Tuan Juhari bin Osman, turun ke
arena bagi menyempurnakan upacara pemeriksaan perbarisan, dan
diperkenalkan kepada ketua-ketua Pasukan bagi setiap kontinjen yang
mengambil bahagian pada petang ini. Dipersilakan.
(YB periksa barisan)
(anthem perbarisan)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Juhari
kerana sudi memeriksa barisan kontinjen sebentar tadi.

Bacaan ikrar Seterusnya, upacara lafaz ikrar kejohanan.


kejohanan Untuk makluman hadirin, bacaan ikrar kejohanan pada tahun ini akan diketuai
oleh SAUDARA MUHAMMAD AMIRUL AFIQ BIN MASRAN dari 5 TEKNIKAL 1,
yang merupakan KAPTEN PASUKAN RAGBI TANJONG VIPERS B18 yang
telah memenangi gelaran NAIB JOHAN KEJOHANAN RUGBI KATEGORI CUP
PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2018, diiringi pembawa bendera bagi
setiap kontinjen rumah sukan.

(bacaan ikrar)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.


Penyampaian Hadirin dan hadirat sekalian,
cenderamata/
penghargaan Sebagai tanda penghargaan yang tidak terhingga daripada pihak pengelola,
majlis mempersilakan Yang Berusaha Tuan Haji Borhan bin Md Nor,
menyampaikan cenderamata kepada Yang Berbahagia Tuan Juhari bin Osman.
Dipersilakan.

(penyampaian cenderamata)

Sekali lagi majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima


kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Juhari bin Osman kerana sudi hadir
merasmikan Kejohanan Olahraga Tahunan SMK Seri Tanjong ke-45 kali ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada para jemputan, serta hadirin yang turut
memeriahkan majlis perasmian kita pada petang ini.
Perbarisan Kini, lintas keluar kontinjen unit beruniform dan rumah sukan.
keluar (anthem perbarisan)
Jamuan Majlis kini mempersilakan Yang Berbahagia Tuan Juhari bin Osman, diiringi
barisan pentadbir sekolah untuk menikmati jamuan yang telah disediakan di Bilik
Jamuan VIP di Educafe. Dipersilakan.

Kejohanan Selepas ini, sama-sama kita saksikan gerak lincah dan tangkas anak-anak Seri
bermula Tanjong yang bakal beraksi dalam acara akhir Kejohanan Olahraga Tahunan
SMK Seri Tanjong kali ke-45 bagi tahun 2019.
Mohon semua pegawai teknikal bertugas untuk bergerak ke arena masing-
masing bersama peralatan yang boleh anda dapatkan daripada unit sukan.

Berikut merupakan susunan acara yang akan berlangsung sebentar sahaja lagi:
(acara di tentatif)

Anda mungkin juga menyukai