Anda di halaman 1dari 5

1.

0 Pengenalan

Dalam tugasan EDUP 3083 ini, saya dikehendaki untuk menemu bual 3 orang guru atau
pensyarah. Oleh itu, saya telah memilih untuk menemu bual 3 orang pensyarah yang merupakan
pensyarah di Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang. Pensyarah pertama merupakan
Puan Arbakyah Binti Hassan yang merupakan pensyarah di Jabatan Bahasa Melayu, dan
pensyarah kedua merupakan Puan NorMawar Binti Ahmad Marzuki, pensyarah Jabatan Bahasa
Inggeris dan Encik Nazri, pensyarah Unit Kokurikulum.

2.0 Cabaran semasa sebagai pendidik

Menurut Kamus Dewan Edisi yang keempat, cabaran bermaksud sesuatu unsur atau
faktor yang menguji kemampuan seseorang atau sesuatu organisasi, yang menimbulkan
kesukaran.Menurut Patricia Gari (2014), masa depan generasi akan datang terletak di tangan
pendidik. Oleh itu, tugas warga pendidik hari ini lebih mencabar dan hanya yang benar-benar
berminat, bangga dan komited dengan tugas sebagai pendidik mampu melaksanakan
tanggungjawab ini dengan baik. Oleh itu, dalam era globalisasi ini, guru menghadapi pelbagai
cabaran semasa yang menguji ketahanan dan kesabaran guru di Malaysia.

Menurut Mohd.Mahzan Awang (2017), perkembangan pesat teknologi maklumat dan


komunikasi di negara ini turut memberikan cabaran besar kepada guru. Pelbagai maklumat yang
tersebar menerusi internet sering mencabar amalan harian kehidupan. Jika dahulu cukup sekadar
menentukan had sempadan tanpa banyak persoalan dan bantahan, tapi kini ia dipersoalkan
dengan pelbagai ragam kerana begitu mudah untuk mempersoalkan ketidakpuasahan hati
terhadap perkhidmatan keguruan yang kemudiannya menjadi tular dan menyebabkan
masyarakat mencemuh guru seperti contoh ibu bapa menulis tentang anaknya yang dimarah atau
didenda oleh guru di media sosial.

Menurut Haji Khaidir (2015), selain cabaran kandungan ilmu dan maklumat menerusi
internet, para guru turut berhadapan dengan pedagogi alaf baharu yang memerlukan
pengintegrasian pintar antara pengajaran semuka dengan penggunaan teknologi maklunat dan
komunikasi. Banyak sekali aplikasi -pembelajaran yang menuntut kemahiran pedagogi alaf
baharu. Hal ini memerlukan guru sentiasa kreatif dan sentiasa melakukan inovasi dalam
penyampaian ilmu.

Menurut Norafizah Abd Razak (2018), antara cabaran profesion guru di sekolah ialah
tugas seorang guru dalam menyampaikan pengajarannya dalam bilik darjah. Guru dikehendaki

1
menggunakan pendekatan, teknik dan kaedah yang terbaharu dalam sistem pendidikan yang
diperkenalkan. Cara ‘chalk and talk’ bukan lagi suatu kaedah yang sesuai. Guru mesti menguasai
kaedah pedagogi yang sinonim dengan pengetahuan sedia ada murid yang bersifat homogenius,
menggunakan bahan bantuan mengajar yang sistematik. Apabila bahan bantuan mengajar
digunakan guru terpaksa menggunakan teknologi terkini dengan sumber kewangan yang terhad.

3.0 Laporan temu bual : Cabaran yang dihadapi dan cadangan guru atau pensyarah bagi
mengatasi masalah-masalah tersebut

Pensyarah 1 : Puan Arbakyah Binti Hassan

Berdasarkan temu bual yang telah dijalankan dengan pensyarah pertama, iaitu Puan
Arbakyah menyatakan, antara cabaran utama yang dihadapi oleh pendidik adalah penerimaan
masyarakat tentang skop kerja warga pendidik. Semakin dibawa arus pemodenanisasi,
masyarakat semakin kurang rasa hormat terhadap profesion keguruan. Masyarakat memandang
profesion keguruan ini tidak serius dan tidak terbeban dengan tugas. Selain itu, sikap masyarakat
itu sendiri yang terlalu lantang dan terbuka untuk melontarkan pendapat mereka di mana-mana
medium, lebih-lebih lagi sekarang medium media massa yang semakin luas digunakan seperti
laman sesawang.

Oleh itu, beliau ada mencadangkan langkah bagi mengatasi cabaran tersebut. Menurut
beliau, setelah menceburi bidang keguruan ini, semua guru hendaklah mengambil langkah untuk
menyertai mana-mana persatuan atau organisasi bukan kerajaan untuk menjamin dan membela
kebajikan guru itu sendiri. Sebagai contoh, National Union for Teaching Profession (NUTP).
Objektif persatuan ini adalah untuk melahirkan Kesatuan Sekerja yang cekap dalam
memperjuangkan hak guru serta berupaya memberikan perkhidmatan yang cemerlang. Beliau
juga berpendapat bahawa guru yang melibatkan diri dengan kesatuan ini, maka kebajikan guru
akan terjaga sebagaimana kes yang berlaku terhadap Cikgu Azizan yang didakwa kerana
menampar anak muridnya itu, kesemua ahli kesatuan memberikan sokongan yang penuh
semasa perbicaraan berlangsung dan turut membantu dari segi kewangan. Beliau juga ada
meninggalkan pesanan supaya guru hendaklah sentiasa bersiap sedia dalam semua keadaan
dan berhati-hati atas tindak-tanduk sendiri. Tambah beliau lagi, kerjaya menyampaikan ilmu
haruslah disampaikan dengan ikhlas dan sepenuh hati.

2
Pensyarah 2 : Puan NorMawar Binti Ahmad Mazuki

Puan NorMawar ada menyatakan bahawa cabaran utama menjadi guru era ini adalah,
persepsi sikap pendidik itu sendiri yang mencerminkan tahap profesionalisme pendidik dalam
menjalankan tugas dengan penuh kredebiti dan menggalas teguh amanah yang diberikan
masyarakat dalam mendidik anak-anak mereka. Beliau ada menyatakan bahawa imej yang
dibawa oleh guru sangatlah penting dalam meyakinkan masyarakat. Selain itu, beliau juga
menyatakan bahawa profesionalisme guru telah melepasi tembok. Oleh itu, guru menerima
segala tugasan yang diberikan tanpa merungut seperti gotong-royong membersih dan menghias
kelas dihujung minggu tanpa merungut. Namun, atas dasar ini, masyarakat semakin lama
semakin merasakan bahawa sekolah sebagai pusat jagaan anak-anak mereka dan tidak
menganggap profesion keguruan sebagai profesion yang professional.

Beliau ada menyatakan langkah bagi mencegah sebarang masalah yang bakal terjadi
adalah dengan melibatkan atau mendaftarkan diri dalam mana-mana persatuan seperti NUTP
dalam memastikan kebajikan terbela dan dipelihara. Selain itu, beliau juga ada menyatakan
amatlah penting untuk guru mengetahui pekeliling yang telah ditetapkan dan mengetahui hak
sebagai guru.

Pensyarah 3 : Encik Nazri

Encik Nazri ada menyatakan bahawa, cabaran yang dihadapi oleh guru era ini adalah ibu
bapa tidak mempercayai guru dan lebih mempercayai anak mereka. Sebagai contoh, ibu bapa
akan datang menyerang guru andai anak mereka pulang kerumah dan mengadu didenda oleh
guru dan sebagainhya. Hal ini terjadi kerana adanya perbezaan sikap ibu bapa zaman sekarang
, yang lebih moden dan sikap ibu bapa zaman dahulu yang lebih tertutup dan tradisional dan
menyerahkan sepenuhnya tugas mendidik anak mereka kepada guru. Namun zaman ini, guru
tidak boleh menyentuh murid untuk mendenda dan sebagainya kerana andai diketahui oleh ibu
atau bapa murid, akan disalahertikan dan berkemungkinan didakwa.

Beliau ada menyatakan cadangan untuk mengelakkan hal Cikgu Azizan suatu ketika
dahulu kembali terjadi, guru hendaklah mematuhi peraturan sebagaimana yang telah ditetapkan
sebagai contoh, tidak boleh sewenang-wenangnya membawa murid dengan menggunakan
kenderaan persendirian untuk dibawa kemana-mana majlis atau pertandingan. Seterusnya,
beliau juga ada menyatakan supaya guru menjaga emosi agar tidak terbawa-bawa kedalam tugas
dan dilampiaskan kepada murid dan kerjaya dan untuk guru tidak bertindak melulu seterusnya
hendaklah sentiasa berfikir secara rasional dalam membuat apa jua keputusan.

3
4.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, sebagaimana para profesional dalam bidang lain, warga pendidik juga
perlu diberi pendedahan untuk menangani tekanan sebagai usaha bekerjasama
menyelesaikannya sendiri. Perlu disedari bahawa cabaran kehidupan merentasi zaman adalah
cabaran kepada profesion keguruan, bukan sahaja di Malaysia malah turut didepani oleh guru di
negara lain. Reaksi positif guru untuk sentiasa komited dalam mendidik anak bangsa biarpun
pelbagai cabaran melanda adalah bukti kemuliaan profesion ini sekali gus memartabatkan lagi
keprofesionalan kerjaya keguruan.

4
5.0 Rujukan

Awang, M. M. (2017, Mei 16). Utusan Online. Retrieved from Cabaran Guru Alaf Baru:
http://www.utusan.com.my/rencana/utama/cabaran-guru-alaf-baharu-1.481908

Gari, P. (2014, April 14). Utusan Borneo Online. Retrieved from Warga pendidik berdepan
cabaran baharu: https://www.utusanborneo.com.my/2017/04/14/warga-pendidik-
berdepan-cabaran-baharu

Khaidir, H. (2015, Februari 23). Guru Malaysia Kini : Isu & Cabaran Semasa. Retrieved from
Pembelajaran Abad ke 21: Adakah Kita Bersedia?:
https://gurumalaysiakini.wordpress.com/

Razak, N. A. (2018, Ogos 28). Majalah Pendidik. Retrieved from Guru SKM: Antara Cabaran
Dan Harapan: https://www.pendidik.com.my/2018/08/guru-skm-antara-cabaran-dan-
harapan/

Kamus Dewan Edisi Keempat