Anda di halaman 1dari 5

Bimbingan merupakan proses membantu orang lain membuat pilihan penting yang

akan meninggalkan kesan ke atas kehidupan mereka. Pilihan penting ini termasuklah
membuat pilihan cara atau gaya hidup yang dikehendaki. Bimbingan juga merujuk kepada
proses untuk membantu individu meningkatkan pemahaman dan kemahiran bagi menangani
isu-isu dan cabaran-cabaran dalam kehidupan secaran berkesan. Bimbingan merupakan
sejenis nasihat atau bantuan yang diberikan kepada individu terutamanya pelajar, mengenai
hal-hal seperti memilih kursus pengajian atau kerjaya, kerja atau persediaan untuk pekerjaan,
dari orang yang lebih unggul dalam bidang masing-masing atau pakar. Ia adalah proses
membimbing, mengawasi atau mengarahkan seseorang untuk tindakan tertentu. Proses ini
bertujuan untuk membuat pelajar atau individu menyedari tentang kebenaran atau kesilapan
pilihan mereka dan kepentingan keputusan mereka, di mana masa depan mereka
bergantung. Ia adalah perkhidmatan yang membantu pelajar dalam memilih kursus yang
paling sesuai untuk mereka, untuk mencari dan mengembangkan kebolehan dan cita-cita
psikologi dan pendidikan mereka. Bimbingan membantu seseorang untuk merancang masa
kini dan masa depan dengan bijak.

Selain itu, terdapat beberapa pendekatan di dalam bimbingan antaranya ialah


pendekatan perkembangan. Perkembangan bimbingan merujuk kepada program-program
yang direka untuk meningkatkan fungsi dan perkembangan potensi individu dan kumpulan
yang sihat. Fokus pendekatan ini adalah untuk membantu murid-murid memperolehi
pertumbuhan peribadi yang positif menerusi pelbagai peringkat dalam kehidupan mereka.
Bimbingan merangkumi kompetensi murid atau hasil yang perlu dicapai bagi setiap daripada
tiga domain perkembangan, iaitu, akademik, kerjaya dan peribadi/sosial. Ciri-ciri pendekatan
perkembangan ialah ia merupakan usaha jangka panjang, berbentuk kumulatif(terkumpul), ia
tertumpu kepada perkembangan individu secara menyeluruh dan seterusnya ia menekankan
tugasan kes individu, perundingan, koordinasi, memprogram, kaunseling dan kerja kumpulan
berkaitan.

Pendekatan seterusnya ialah pendekatan pencegahan. Pencegahan adalah berkaitan


dengan kemahiran mengenal pasti apa yang diperlukan sekarang atau yang diperlukan pada
masa akan datang serta cara memperolehi kemahiran tersebut. Tujuannya adalah untuk
menangani masalah pada masa depan dan untuk dialih bagi mencegahnya dengan
menyediakan individu atau kumpulan kemahiran yang diperlukan atau dengan menghasilkan
perubahan di persekitaran. Usaha mencegah berlaku sebelum sesuatu masalah dikenal pasti.
Pencegahan hanya berlaku apabila usaha dilakukan bagi memastikan masalah kecil tidak
menjadi semakin serius. Usaha bagi mencegah kesukaran belajar mempunyai matlamat iaitu
mengelakkan sepenuhnya dari masalah. Bimbingan pencegahan menekankan jangkaan
masalah akan datang dan menyediakan maklumat dan latihan kemahiran yang perlu bagi

1
mencegah masalah yang mungkin timbul. Pencegahan selalunya proaktif, iaitu langkah
permulaan, jangkaan, menghadapinya secara aktif dan sasaran adalah ditumpukan kepada
satu kumpulan besar manusia bukan secara individu, dalam menjangka masalah kehidupan
yang melemahkan. Sasaran kumpulan terhadap program pencegahan secara amnya
dianggap berisiko, atau mudah dipengaruhi dan kadang kala mengalami keadaan kecelaruan
dalam jangka masa terdekat. Objektif utama adalah untuk menyampaikan aktiviti-aktiviti dan
program-program yang boleh mencegah atau sekurang-kurangnya dapat meminimakan
insiden kecelaruan terhadap populasi yang berisiko ini. Sebagai contoh, program pencegahan
penagihan dadah untuk murid-murid di sekolah rendah.

Selain itu, pendekatan pendidikan pemulihan juga antara pendekatan di dalam


bimbingan. Pemulihan ia adalah satu proses yang diapplikasikan selepas penemuan masalah
yang bertujuan untuk mendorong modifikasikan tingkah laku yang bermasalah. Pendekatan
ini bergantung kepada diagnosis lengkap dan kajian terhadap individu dan masalahnya, diikuti
dengan membuat keputusan apakah bentuk kejadian yang dapat memperkukuhkan tingkah
laku yang dikehendaki dan memansuhkan tingkah laku yang tidak dikehendaki. Murid-murid
yang tidak boleh berfungsi semasa berada dalam keadaan sekolah yang normal boleh dibantu
untuk memodifikasikan tingkah lakunya melalui penggunaan teknik-teknik tertentu supaya
dapat kembali ke bilik darjah normal. Pemulihan adalah menyediakan perkhidmatan kepada
murid-murid yang menghadapi masalah yang spesifik. Rekabentuk program pemulihan
memfokuskan cara menggalakkan murid-murid membuat pilihan yang sihat dan bersesuaian
serta berkebolehan untuk menggunakan strategi yang berkesan. Guru pembimbing
menggunakan pendekatan pendidikan pemulihan terhadap murid-murid yang belum
berkembang atau mendemonstrasikan kemahiran membuat pilihan yang sihat dan untuk
mereka yang memerlukan bantuan dalam menangani situasi yang sukar.

Pendekatan yang terakhir ialah pendekatan krisis. Guru pembimbing juga terlibat
dalam perhubungan berorientasikan krisis dengan murid-murid dan keadaan ini
mengukuhkan proses permulaan yang terus dirujuk kepada mereka yang profesional dan
agensi-agensi lain di dalam komuniti. Pendekatan krisis selalunya berbentuk arahan dan
berorientasikan tindakan. Apabila murid-murid menghadapi krisis, guru pembimbing tidak
mempunyai masa yang banyak untuk membenarkan murid-murid membuat refleksi-kendiri,
penerokaan dalaman terhadap persepsi dan aspek tumpuan. Biasanya murid-murid yang
dilanda krisis memerlukan panduan, dan sehingga mereka berada dalam keadaan stabil serta
selamat maka mereka dianggap bertanggungjawab untuk membuat keputusan.
Tanggungjawab ini datang secara beransur-ansur, setelah pelan tindakan awal
diperkukuhkan dan murid-murid telah mengalami kejayaan peringkat awal.

2
Untuk menjadi seorang pembimbing yang berkesan terdapat beberapa ciri-ciri yang
perlu ada pada pembimbing tersebut. Antara ciri-ciri tersebut ialah pembimbing perlulah
memahami keadaan orang lain. Hal ini demikian kerana, untuk memberi rasa selesa kepada
klien untuk bercerita tentang masalah dan memberi keyakinan kepada mereka untuk percaya
bahawa seorang pembimbing itu boleh membantu mereka. Seterusnya, kemahiran
komunikasi juga tidak lari daripada ciri-ciri tersebut. Pembimbing yang mempunyai kemahiran
komunikasi yang baik akan menyebabkan sesi lebih lancar dan masalah klien dapat diterokai
dengan mendalam. Selain itu, pembimbing juga perlu bertanggungjawab dan amanah. Hal ini
kerana, pembimbing perlulah bersikap jujur dan sentiasa menjalankan tugas dengan penuh
bertanggungjawab tanpa mencuri tulang. Mengambil berat dan bertimbang rasa juga tidak
asing dalam ciri-ciri pembimbing yang berkesan. Ciri ini adalah penting kerana ciri ini boleh
menjalinkan perhubungan yang baik antara pembimbing dan klien. Secara tidak langsung, ini
juga dapat meringankan beban mereka kerana mereka rela berkongsi masalah dengan kita.
Pembimbingan yang berkesan juga perlulah kreatif dalam menyampaikan maklumat dan
berkebolehan mempengaruhi orang lain untuk menarik minat orang ramai untuk melakukan
sesi dan mendedahkan tentang sesi bimbingan ini supaya mereka mula berani untuk
melakukan sesi dengan pembimbing.

Kemahiran bimbingan yang dapat diaplikasikan dalam pelaksaan aktiviti ialah


kemahiran pendidikan pencegahan dadah, rokok, inhalan dan HIV/AIDS. Kemahiran ini dapat
membantu murid agar berupaya untuk berkata tidak serta mengetahui dan menjauhi rokok
dan dadah. Dalam kemahiran bimbingan ini, pelajar akan diberikan maklumat berkaitan
dengan dadah, rokok, inhalan dan HIV/AIDS. Maklumat yang diberikan akan menggambarkan
kepada pelajar tentang keburukan dadah, rokok, inhalan dan HIV/AIDS jika pelajar
mendekatinya. Kaunselor juga akan memberikan maklumat kepada pelajar mengenai
kegiatan dadah di Malaysia serta akibat buruk daripada mengedar ataupun menghisap dadah.
Pihak kaunselor akan mengadakan ceramah, pameran, forum, dan kempen tentang
pendedahan keburukan dan cara untuk mencegah perkara-perkara tersebut. Aktiviti-aktiviti
akan dijalankan dengan kerjasama pihak-pihak luar seperti AADK, Kementerian Kesihatan
Malaysia dan pelbagai lagi. Kaunselor akan menjadi orang perantara dengan agensi luar yang
berkaitan dengan aktiviti pencegahan dadah, rokok, inhalan dan HIV/AIDS. Melalui kerjasama
dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) pelajar akan didedahkan dengan bahaya
pengambilan dadah serta pengujian air kencing yang akan dilakukan oleh AADK. Perkongsian
maklumat dengan badan pencegahan dadah yang lain seperti PEMADAM, Kementerian
Kesihatan dan lain-lain agensi yang berkaitan adalah di bawah tanggungjawab kaunselor.
Kaunselor juga boleh melibatkan pelajar dengan program-program anjuran Pejabat Pelajaran
Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri serta Kementerian dengan mengambil bahagian dalam

3
acara-acara yang dipertandingkan di setiap peringkat seperti pertandingan melukis poster,
melukis kain rentang dan lain-lain lagi. Sebagai contoh, poster bertemakan tentang “Katakan
Tidak Pada Rokok”.

Natijahnya, sebagai pembimbing kita seyogianya memberi nasihat, memberi panduan


dan pengajaran kepada pelajar supaya selaras dengan matlamat seorang pembimbing.
Segala tugas-tugas sebagai seorang pembimbing haruslah dijalankan dengan amanah dan
bertanggungjawab agar dapat membantu pelajar bersikap lebih tegas, cekap menyesuaikan
diri dan memahami implikasi tindakan mereka. Hal ini demikian kerana, dengan menjalankan
segala tanggungjawab tersebut pembimbing dapat melahirkan pelajar yang baik akhlaknya
cemerlang, bijak urus diri dan pandai kawal emosi. Maka, di masa hadapan dapatlah kita
hasilkan pelajar yang mampu mencegah daripada terlibat dalam masalah-masalah sosial
seperti terlibat dengan dadah, arak dan buli.

4
Rujukan

http://binadiribinakerjaya.blogspot.com/2012/04/peranan-guru-kaunseling-di-sekolah.html

http://www.slideshare.net/kaktus89/bimbingan-dan-kaunseling?next_slideshow=1

http://umminessa.blogspot.com/2010/08/persepsi-pelajar-terhadap-perkhidmatan.html

http://studentsrepo.um.edu.my/2184/5/BAB_2.pdf

http://kaunselingsmkmi.blogspot.com/p/ibubapa.html

Anda mungkin juga menyukai