Anda di halaman 1dari 3

Persetiaan Pandu Puteri Tunas

Dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia akan


Menjalankan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja dan Negara saya Malaysia
Menolong orang setiap hari terutama mereka di rumah, dan
Mematuhi Undang-undang Pandu Puteri Tunas

Dengan sesungguhnya saya berjanji


Ketika seorang pandu puteri tunas berjanji “dengan sesungguhnya”, ini bererti
dia akan menunaikan janji itu, walaupun tugas itu merupakan kerja yang sangat
rumit baginya.
Jadi setelah anda berjanji anda haruslah menunaikannya.

Menjalankan tugas saya kepada tuhan


Segala benda yang wujud di dunia ini adalah ciptaan Tuhan. Setiap kali kita
memandang atau menggunakan benda-benda yang ada di sekeliling kita, ini
menunjukkan kita telah menikmati segala ciptaan Tuhan.
Oleh sebab adanya segala ciptaan Tuhan itulah kita boleh hidup senang. Jadi,
janganlah lupakan Tuhan dan sentiasalah bersyukur kepada-Nya.
Kita mengingati Tuhan dengan mengamalkan ajaran agama.
Menjalankan kewajipan saya kepada Raja dan negara saya Malaysia.
Dalam pasukan Pandu puteri Tunas kita mematuhi peminpin dan undang-
undang pandu puteri tunas. Jika pandu puteri tunas tidak mematuhi arahan dan
undang-undang, apa akan berlaku dalam pasukan?
Dalam negara pula, kita mestilah mematuhi dan menyokong para peminpin dan
undang-undang negara kita. Jika rakyat tidak mematuhi undang-undang negara,
tentulah negara akan manjadi huru-hara.
Kita hendaklah menyokong dan melibatkan diri dalam semua kegiatan untuk
memajukan negara, iaitu dengan cara turut serta dalam usaha meningkatkan
keselesaan hidup rakyat.
Negara Malaysia mempunyai raja. Sebagai pandu puteri tunas, kita harus taat
dan setia kepada raja dan negara kita.

Menolong orang setiap hari


Dengan memberi pertolongan kepada orang lain, kita meringankan beban
mereka dan menjadikan mereka lebih gembira.
Di rumah, ibu sentiasa sibuk dengan kerja-kerja memasak, membasuh, menyapu
dan membersihkan kawasan rumah serta menjaga adik-adik. Menolong ibu,
misalnya menmbasuh pinggan-mangkuk selepas makan atau menyapu lantai,
tentu sekali akan menggembirakannya.
Bolehkah anda menolong bapa, datuk, nenek, kakak, abang dan adik anda?