Anda di halaman 1dari 25

Cara Letak Bid Ketika Membuat Fb Ads :

Kadangkala ada diantara kita keliru untuk meletakkan harga Bid ketika membuat iklan fb ads.
Berikut merupakan informasi yang boleh dijadikan panduan.
1. Mula bid CPC 0.09MYR
- Ini merupakan standard SifuFbAds. Bagi memulakan fb ads letak harga ini sebagai permulaan
untuk Bid. Dengan cara ini juga membuatkan iklan anda mudah di"approve" oleh fb.
2. Ikut minimum suggested bid
- Letakkan harga minimum yang di"suggest"kan.
3. Ambil mid suggested bid
- Letak harga yang pertengahan diantara maxixmum suggestion Bid Price dan minimum suggestion
Bid price.
4. Ikut maximum suggested bid
- Letak harga paling tinggi yang di'suggest"kan oleh fb.

3 Jenis Bidding Untuk FB Ads

Anda sudah lama menggunakan FB Ads Marketing tapi masih tidak tahu jenis-jenis bidding yang
ada? Baiklah, terdapat 3 jenis bidding yang ada di dalam FB Ads Marketing sebenarnya
Nota : Penting untuk anda ketahui jenis-jenis Teknik Bidding yang ada sebelum anda menggunakan
FB Ads.
Sebelum saya nak bermula, ingin saya ingkatkan bahawa kesemua 3 jenis bidding ini mempunyai
kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Jom kenali 3 jenis Bidding ini…

#1 Jenis Bidding CPC (Cost Per Click)


Jenis bidding ini adalah yang paling selamat digunakan jika anda masih baru dalam FB Ads
Marketing. Iklan jenis ini akan dicaj mengikut setiap satu klik. Teruskan membaca untuk ketahui
cara mengunakan teknik ini :-
Pada bahagian Bidding anda perlu memilih Bid for clicks. Kemudian, anda perlu meletakkan nilai bid
kos per klik pada bahagian Pricing.

Pilih pada ‘Manually set up bid’ kemudian letakkan nilai bid yang anda inginkan. Mulakan dengan
RM0.09 dahulu dan tingkatkan nilai bid sekiranya iklan anda masih tak berjalan. Jika iklan anda
masih tak berjalan juga maka ikut sahaja suggested bid dari Facebook.

#2 Jenis Bidding CPM (Cost Per Impressions)


jenis bidding ini jarang-jarang digunakan orang. Anda disarankan untuk menguasai Teknik CTR
dahulu sebelum menggunakan jenis bidding ini kerana iklan jenis ini akan dicaj per
1000 impressions. Jenis bidding ini boleh menjadi sangat murah dan juga boleh jadi sangat mahal.
Ianya bergantung pada keunikan gambar anda dan pemilihan audiens yangtargeted.
Pada bahagian Bidding sila pilih Bid for impressions kemudian anda perlu letakkan nilai bid per 1000
impressions.

Mulakan dengan nilai bid RM0.50 untuk setiap 1000 impressions. Tingkatkan nilai bid 2x ganda jika
iklan anda masih tak berjalan. Jika iklan masih tak berjalan juga ikut suggested biddari Facebook.

#3 Jenis Bidding OCPM (Optimized Cost Per Impressions) – biasa


Terdapat 2 jenis untuk bidding OCPM ini, OCPM biasa & OCPM boost post.

Ini adalah jenis bidding yang paling cepat & digemari ramai pengguna FB Ads. Jenis bidding ini
mampu menghasilkan results yang pantas. Iklan jenis ini akan dicaj mengikut kos per 1000
impressions yang telah di optimized oleh Facebook.
Untuk menggunakan jenis bidding ini anda perlu memilih Bid for clicks di ruangan Bidding.

Pilih ‘automatically optimized your bid to get more clicks’ . Jenis bidding ini anda tidak boleh
meletakkan nilai bid untuk setiap kos per impressions, anda hanya boleh meletakkan daily
budget semasa membina Ad Set. Untuk permulaan letakkan bajet harian RM5 sahaja.
Jenis bidding ini tidak sesuai digunakan pada Placement Sidebar, anda dilarang sama sekali
menggunakannya pada Sidebar!

OCPM (Optimizied Cost Per Impressions) – Boost Post


Ini adalah jalan paling pantas dalam semua jenis bidding yang ada. Namun, anda disarankan agar
mempunyai post yang berkualiti yang pernah menghasilkan result yang bagus sebelum
menggunakan boost post ini. Dan pastikan anda pernah menggunakan kesemua jenis bidding di
atas sebelum menggunakan boost post ini.
Di fanpage anda terdapat butang boost post di setiap bawah post anda pada bahagian kanan. Klik
pada butang tersebut kemudian pilih targeting dan budget anda. Kos permulaan yang disarankan
ialah RM30 sahaja.
Boost Post ini sesuai digunakan pada waktu siang sahaja, dan iklan anda akan dipaparkan pada
Placement Desktop Newsfeed & Mobile.
Bagaimana Dapatkan Kos Per Klik 1 – 5 sen

Kos Per Klik 1 – 5 sen? Boleh dapat ke? Mudah ke? Sabar dulu, saya akan explain..

Kos Per Klik, adalah kos bagi mendapatkan setiap klik pada iklan yang dijalankan, tak kiralah anda
menggunakan jenis bid CPC, CPM atau OCPM. Setiap iklan yang dipaparkan, pasti akan menerima
klik. Iklan yang dijalankan sememangnya bertujuan untuk dapatkan klik. Apabila audiens klik pada
iklan, barulah mereka berpotensi untuk membaca mesej iklan sepenuhnya.
Sebagai contoh, katakana anda sudah berbelanja RM30 untuk dapatkan 1000 klik. Kos per klik
boleh dikira mengikut formula berikut;

= Jumlah belanja iklan (total spent) / jumlah klik yang diperolehi = RM30/1000 klik = RM0.03 per klik

Kadar klik biasanya dikira bersama dengan jumlah impression (berapa kali iklan dipaparkan/dilihat).
Sebagai contoh, katakan satu iklan dipaparkan 1000 kali, dan katakan ianya telah menerima 100
klik! Ini bermakna, dari 1000 kali iklan dipaparkan/dilihat, terdapat 100 klik pada iklan tersebut.
Keberkesanan iklan tersebut untuk menarik perhatian audiens, boleh dikira:

= (jumlah klik / jumlah impression) x 100% = (100/1000) x 100% = 10% %

Ini dipanggil CLICK THROUGH RATE (CTR)!

Ianya digunakan sebagai indicator (pengukur) keberkesanan iklan anda menerima klik..

Bagaimana? Anda dah faham tentang CTR & kos per klik ? Jika dah faham, barulah anda boleh
teruskan bacaan, dan ketahui bagaimana untuk dapatkan kos per klik yang murah, iaitu serendah
0.01 – 0.05MYR.

Ianya bakal melibatkan;

 Penghasilan iklan yang berpotensi hasilkan CTR yang tinggi


 Pemilihan paparan (placement) iklan yang dibuat
 Jenis bid yang digunakan
Teruskan kepada langkah pertama..

Langkah 1: Sediakan imej yang berpotensi hasilkan CTR (click trough rate) yang tinggi!
CTR memainkan peranan yang besar dalam usaha mendapatkan kos per klik yang murah. Dan
untuk dapatkan CTR yang tinggi, imej post memainkan peranan yang sangat penting. Tahukah
anda, gambar yang digunakan mampu menyumbang penghasilan CTR yang tinggi lebih 70%
berbanding textdan juga audiens yang dipilih.

Di sini, sifufbads kongsikan beberapa tips penggunaan imej post bagi hasilkan CTR yang tinggi.

A) Imej Yang Relevan Dengan Audiens


Bagaimana tu? Mudah saja! Imej yang anda pilih, perlu berkaitan dengan audiens. Lihat contoh di
bawah;
Katakan anda menjual baju T-shirt superhero. Interest yang telah anda pilih adalah mereka yang
minat Superman! Jadi, anda boleh gunakan gambar logo superman untuk menarik perhatian
audiens yang telah dipilih, iaitu interest – superman..

Anda jual buku resepi masakan, dan audiens yang dipilih adalah mereka yang suka memasak.
Imej wanita sedang memasak sambil pegang buku resipe masakan antara yang dicadangkan.
B) Imej Close Up face
Tahukah anda? Lelaki suka pada gambar wanita cantik, dan wanita pula suka pada gambar wanita
cantik dan juga gambar anak-anak kecil! Anda boleh gunakannya! Gunakan gambar close up face!
Dan bonus lagi, jika model di gambar tersebut ‘tersenyum’ memandang tepat ke arah audiens.
Dinasihatkan, anda menggunakan imej produk berserta dengan gambar close up face ini untuk
mendapatkan kesan yang lebih baik. Jom lihat contoh;
Menggunakan gambar paparan wajah si anak kecil beserta produk yang ingin dijual. Sasaran – si
ibu yang memiliki anak kecil!

Paparan wajah wanita cantik memakai spek cegah silau digunakan bagi mengiklankan spek cegah
silau kepada audiens lelaki.

Nak iklankan berus gigi baby? Mungkin anda boleh cuba gambar si comel yang sedang memberus
gigi memandang tepat kepada audiens?
C) Imej berwarna merah, oren, kuning
Ianya juga dipanggil warna panas! Iaitu gambar yang terang, bersinar dan lebih menonjol dari warna
facebook. Anda boleh gunakan warna-warna ini pada imej iklan, ataupun pada background nya.
Atau, anda boleh gunakannya sebagai frame pada imej iklan yang digunakan. Warna-warna ini
memang menarik perhatian audiens! Lihat contoh-contoh dibawah..
Menggunakan imej produk berwarna merah, dengan background kuning.

Memaparkan imej paada T-Shirt secara zoom in, dengan warna utama merah dan kuning!
Gunakan gambar produk di hadapan background merah dan kuning. Dan sebagai penambah resepi,
gambar terkeluar dari frame merah!
Langkah 2: Bina headline yang “mencangkuk” perhatian audiens dan membuatkan mereka
ingin terus membaca mesej iklan page post anda.
Dan dalam penulisan headline, iaitu tajuk ayat post anda, anda boleh ikuti tips-tips berikut;

A) Tajuk ringkas, mudah difahami, dan menarik perhatian.


Cuba anda lihat contoh ayat di bawah, yang mana satu lebih anda sukai ?
Tajuk 1 – ” AJAIB! HILANG 5KG DLM 5 HARI”

Tajuk 2 – ” BAGAIMANA HILANGKAN 5KG DALAM MASA 5 HARI DENGAN BERKESAN”


Saya jamin anda pasti lebih menyukai tajuk yang pertama. Ianya lebih ringkas, mudah difahami dan
menarik. Tajuk yang bagus perlu menarik perhatian audiens dalam masa 5 saat, dan kaedah ini
dijamin berkesan!
B) Gunakan huruf besar..
Penggunaan huruf besar dapat membantu audiens membezakan di antara tajuk dan juga isi
kandungan mesej iklan. Sebaiknya, tajuk yang ditulis huruf besar ini disediakan dalam satu baris
saja, atau maksima 2 baris jika terpaksa.
Dan selepas tajuk ditulis, berikan ruang kosong di antara tajuk dan juga ayat iklan yang pertama.
Ianya bertujuan untuk memudahkan audiens membaca tajuk dengan mudah lagi jelas! Anda boleh
lihat lihat preview headline ini mengikut paparan iklan anda, samada di desktop newsfeed, mobile
newsfeed ataupun di right column. Lihat contoh di
bawah;

C) Berkaitan dengan gambar..


Gambar yang anda gunakan akan pengaruhi headline yang anda tulis. Tulis headline berdasarkan
gambar yang dipilih! Pastikan ianya relevan dengan gambar yang dipilih! Lihat gambar di bawah.
Fanpage ni menjual produk kecantikan wajah wanita.
Headline yang digunakan adalah berkaitan dengan gambar yang dipaparkan, di mana ianya
menerangkan hasil selepas gunakan produk kecantikan tersebut. Gambar wanita cantik dengan
wajah yang licin! Jadi, ayat ” 4 HARI SUDAH NAMPAK KESANNYA WOW! ” sudah semestinya
memang bersesuaian.
D) Relevan dengan audiens yang dipilih
Headline yang ditulis juga perlu relevan dengan audiens yang telah dipilih berdasarkan jantina,
umur, lokasi geografi, bangsa, pekerjaannya, status perkahwinannya , dan juga minatnya (interest).
Gunakan ayat bahasa yang bersesuaian!
Contoh 1 – Mengiklan kursus grafik iklan buat mereka yang meminati mungkin terdiri dari golongan
usahawan
kecil.

Contoh 2 – Mengiklan Jam Azan Dinding kepada mereka yang beragama islam yang tinggal di
Sabah dan
Sarawak.

Langkah 3: Ayat intro menimbulkan rasa ingin tahu.


Apabila menulis ayat intro, wujudkan rasa ingin tahu yang lebih lagi pada audiens dengan
menanyakan soalan pada audiens pada paparan terakhir iklan dipaparkan. Ianya berbeza mengikut
paparan iklan yang telah anda pilih. Anda disarankan untuk lihat dulu preview iklan page post anda.
Ada beberapa kaedah yang boleh menimbulkan rasa ingin tahu audiens terhadap post iklan anda.
Antaranya, anda boleh;

A) Letakkan tanda soalan ( ? )


Anda boleh gunakan ayat soalan di barisan terakhir ayat paparan iklan. Ini mampu menimbulkan
rasa ingin tahu audiens, dan membuatkan mereka tertanya-tanya. Sebagai solusi untuk cari
jawapan bagi pertanyaan mereka, mereka akan klik pada iklan

anda!
B) Buat ayat tergantung.
Ayat tergantung, ataupun ayat tak habis, juga mampu membuatkan audiens bertindak klik iklan
anda. Mereka rasakan info mereka tak cukup, dan mereka perlu klik iklan anda untuk mendapatkan
baki informasi yang diperlukan.
C) Ayat arahan
Dan anda juga boleh gunakan ayat berbentuk arahan pada barisan terakhir ayat paparan iklan
(anda perlu lihat preview iklan mengikut paparan iklan yang telah dipilih terlebih dahulu)
..”KLIK GAMBAR UNTUK TAHU”
..”TERUSKAN BACAAN”
..”KETAHUI LANJUT DI…”

Langkah 4: Bina post!


Bina post tersebut di page, dan cuba lihat preview iklan tersebut terlebih dahulu dengan
menggunakan fb ads creator. (hanya untuk lihat preview iklan tersebut pada mobilefeed dan desktop
feed)

Langkah 5: Tekan boost post.


Pilih people you choose through targeting, dan masukkan pilihan interest yang benar-benar relevan
dengan gambar, dan tajuk headline, seperti yang dibincangkan sebelum ini. Letakkan bajet RM30,
dengan jumlah audiens sasaran lebih kurang 6 –

20k.
Apabila iklan boost post anda telah dijalankan, sila masuk ke FB Ads Manager
dihttp://facebook.com/ads/manage. Buka kempen iklan boost post tadi, dan delete iklan yang
hanya terdapat nombor saja. Biarkan iklan boost post yang menyasarkan audiens fans dan juga
others.
Selepas beberapa jam, iklan anda akan mula menunjukkan datanya. Anda boleh perhatikan CTR
iklan anda! Jika CTR iklan anda memberikan bacaan 10% ke atas selepas 100 klik, insyallah anda
boleh memperolehi kos per klik dari 0.01MYR – 0.05MYR! Biasanya, CTR melebihi 20% berikan
jaminan anda boleh dapat kos per klik
0.01MYR!

Anda boleh kira Cost Per Click yang diperolehi dari iklan Boost Post ini:

Kos Per Klik = Jumlah Kos Iklan / Jumlah Iklan Iklan

Hanya oCPM dan CPM saja akan berikan kos per klik serendah 0.01MYR, dan ianya bergantung
kepada samada anda mampu mencapai CTR yang tinggi ataupun tidak!AMARAN: Kos per klik
anda akan menjadi mahal jika CTR anda tak mampu mencapai 5% ke atas! Itulah risiko
menggunakan BOOST POST oCPM! Ianya boleh menjadikan kos per klik anda sangat murah,
ataupun menjadi sangat mahal! Di bawah, sifufbads berikan lagi tips bagaimana nak dapatkan CTR
tinggi yang mana mampu bantu kurangkan kos iklan anda.
1) Pilih gambar yang jelas, lain dari lain, menarik perhatian! Gambar yang terbalik, mungkin boleh
digunakan? Yang penting ianya berkaitan/relevan dengan produk, dan juga audiens!

2) Gunakan video! Ya, gunakan video yang diupload terus ke facebook juga membantu! Button play
yang terdapat pada imej iklan mampu tarik perhatian audiens untuk klik iklan tersebut, dan
seterusnya bantu dapatkan CTR yang tinggi.

3) Pilih paparan placement hanya di newsfeed. Paparan di mobile newsfeed antara penyumbang
CTR paling tinggi, sehingga mampu capai 40%! Tapi hati-hati, anda perlu memantau iklan ini. Silap
hari bulan, kos iklan murah, tapi jualan tiada!

4) Pilih audiens dari kalangan fans anda sendiri! Dijamin ianya bakal berikan CTR lebih tinggi
berbanding dengan audiens jenis lain.

5) Gabungkan kaedah-kaedah penghasilan gambar yang mampu hasilkan CTR tinggi dengan
penggunaan video! Dijamin hasilnya, mengkagumkan!
SEDIKIT NASIHAT: Semua yang menggunakan iklan FB, pasti mahukan kos yang murah, dengan
dapatkan CTR yang tinggi. Tapi, jangan lupa matlamat utama kita beriklan, iaitu untuk mendapatkan
jualan, dapatkan keuntungan. Kos iklan murah yang diperolehi tidak bermakna sekiranya anda tidak
memperolehi keuntungan dari iklan yang dibuat.
“Lebih baik kos iklan mahal, tapi anda dapat untung” berbanding “kos murah, tapi tiada untung”! Tapi
sebolehnya, cuba dapatkan “kos yang murah, untung yang besar”. Untuk mencapai untung yang
besar dengan kos yang murah, anda perlu sentiasa mengawal CR (conversion rate) dan ROI
(Return On Investment) dari masa ke semasa, terutamanya sewaktu iklan sedang berjalan di
peringkat awal.
7 LANGKAH DAPATKAN AKAUN MYR DI FB
ADS
1- Buka Akaun Profile Facebook
Bagi mereka yang pernah menjalankan iklan di facebook dengan fb ads, anda mestilah mencipta
sebuah akaun profile facebook yang baru. Ini kerana satu akaun profile facebook hanya boleh kita
set up matawang yang digunakan untuk facebook ads sekali sahaja.
Manakala bagi mereka yang belum pernah menjalankan sebarang iklan di facebook menggunakan
fb ads, anda boleh sahaja menggunakan akaun profile yang sedia ada. Jangan lupa untuk bina
email baru sebelum bina facebook profile yang baru ya…!

2- Add Friend dan Post


Sila add sesiapa sahaja sebagai friend di akaun profile facebook yang baru. Boleh sahaja jadikan
facebook anda yang sedia ada ketika ini sebagai friend ataupun isteri, kakak, abang atau pun adik
anda sendiri. boleh juga add diri sendiri! iaitu add profile facebook anda yang lama.
Jangan lupa untuk buat beberapa post. Ini sekadar untuk menunjukkan bahawa profile kita tidaklah
nampak seperti palsu ataupun fake.
3- Jadikan Akaun Profile Yang Baru Sebagai Admin Page
Ya, jadikan akaun profile facebook yang baru anda bina tadi sebagai admin untuk page anda yang
sedia ada. Jika tiada, boleh cipta Facebook Page yang baru. Klik di button “Edit Page” dan klik di
“Manage Admin Roles”.

Seterusnya masukkan nama atau email facebook profile yang anda baru bina sebentar tadi dan
jadikan sebagai “manager” atau “advertiser”.

4- Klik boost post


Pilih mana mana post di page anda dan klik di button “Boost Post” di bahagian sebelah kanan post
anda. Akan keluar borang untuk membuat iklan ataupun fb ads.
5- Set Up Iklan
Isi ruang kosong dan bina iklan. Klik “People who like your page and their friend” dan masukkan
budget rm15 atau pilih sahaja apa harga yang facebook cadangkan dan kita pilih yang paling
minimum.
Masukkan juga nombor kat debit anda tetapi INGAT…! sila gunakan kad debit yang masih belum
pernah digunakan untuk membuat Fb Ads. Ini kerana satu kad debit hanya boleh digunakan sekali
sahaja di facebook..!
Jika diperhatikan, ketika sedang “set up”, matawang atau currency untuk kita buat Boost Post ini
secara automatiknya telah menjadi “R” yang bermakna “Ringgit Malaysia”. Lihat gambar di atas
sebagai contoh.

6- Pantau Iklan Yang Baru Dibina


Selepas siap kita bina satu iklan dengan menggunakan teknik boost post, pantau iklan sehingga
approve. Tujuan pantauan ini untuk memastikan ads kita tiidak berjalan atau pun tidak terus berjalan
supaya kita dapat menjimatkan budget kita.

Lihat petak berwarna merah dalam gambar di atas, menunjukkan facebook sedang review Boost
Post dan status masih lagi dalam keadaan “Pending”.

7- Padam Iklan
Ya! Apabila iklan sudah di approve, padamkan sahaja iklan yanga dibuat sebagai langkah berjaga
jaga. Ini kerana bagi mereka yang masih tidak tahu atau mahir menggunakan teknik boost post,
ditakuti mereka akan mengalami kerugian kerana charge yang dikenakan facebook adalah tidaak
menentu dan tinggi ditambah pula dengan ketiadaan ilmu.
Perhatikan butang “Pending ” tadi telah bertukar menjadi warna hijau menandakan status iklan
tersebut sedang “Active”. Untuk memadam iklan, anda boleh sahaja delete iklan yang di bina ini
satu persatu seperti yang ditunjukkan di dalam gambar di bawah.

Ataupun anda boleh terus sahaja delete “Campaign” untuk terus padam kesemua yang dibina
sebentar tadi seperti yang ditunjukkan di dalam gambar di bawah.

SIAP…!
Kini anda boleh menggunakan akaun profile facebook anda yang baru dengan menggunakan
matawang Malaysia Ringgit ataupun MYR. Sebar-sebarkan maklumat ini ya…!

Anda mungkin juga menyukai