Anda di halaman 1dari 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

JURNAL REFLEKTIF MINGGUAN

JURNAL REFLEKTIF MINGGU PERTAMA

NAMA PELAJAR MOHAMAD AZAM BIN ABU BAKAR


OPSYEN / KUMPULAN MATEMATIK (SK) AMBILAN JUN 2015
NAMA SEKOLAH SK MEJAR JENERAL DATO IBRAHIM
TARIKH 30 JULAI HINGGA 3 OGOS 2018

1. Isu / Masalah / Peristiwa


Saya mempunyai masalah untuk menyesuaikan diri di sekolah baharu memandangkan
ini merupakan minggu pertama saya berada di SK Mejar Jeneral Dato Ibrahim. Saya
mencuba untuk menyesuaikan diri sepanjang berada di sekolah tersebut.

2. Pandangan dan Perasaan Terhadap Isu / Masalah / Peristiwa


Memandangkan minggu pertama saya berada di SK Mejar Jeneral Dato Ibrahim, saya
merasakan diri saya teruja untuk mengetahui dengan lebih lanjut suasana di sekolah
tersebut. Setiap guru pelatih yang berpraktikum mesti mempunyai perasaan pelbagai
seperti gementar, seronok dan teruja.

3. Analisis Isu / Masalah / Peristiwa


3.1 Punca / Sebab
Praktikum kali ini merupakan praktikum fasa dua untuk kami. Oleh hal yang
sedemikian, guru pelatih akan cuba untuk menerima budaya baru iaitu akan cuba
untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah.

3.2 Kekuatan / Kelemahan


Kekuatan saya ialah saya cepat untuk bergaul dengan guru-guru di sekolah tersebut.
Mereka banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada saya khususnya guru
pembimbing dari segi teknik pengajaran yang berkesan terhadap murid-murid.
Kelemahan yang saya rasakan ialah masih tidak dapat mengawal keadaan murid-
murid di dalam kelas dengan berkesan.
4. Cadangan Idea Untuk Menyelesaikan Isu
Cadangan saya adalah guru pelatih harus mesra dengan guru-guru yang lain
terutamanya dengan pihak pentadbir. Hal ini akan menyebabkan mereka selesa
berada di sekolah tersebut dan akan lebih banyak mempelajari daripada guru-guru
yang lain. Guru-guru di sekolah selalunya berasa kurang selesa sekiranya guru
pelatih kurang bersosial dengan guru-guru lain.
5. Tempoh Masa Yang Diberikan Untuk Menyelesaikan Isu
Saya dapat menyesuaikan diri untuk berada di sekolah tersebut dengan hanya
seminggu. Saya dapat bergaul dengan guru tidak kira bangsa ataupun umur mereka.
Gur di Sekolah Mejar Jeneral Dato Ibrahim mengamalkan budaya guru penyayang
dimana terdapat jadual bertugas guru untuk menyambut kedatangan murid di hadapan
laluan masuk ke sekolah. Guru-guru di SK MJDI sangat peramah dan sentiasa
menegur antara satu sama lain.

6. Penglibatan dan Sumbangan


Untuk menyesuaikan diri di sekolah, maka saya harus mengikuti apa-apa program
yang dilaksanakan oleh sekolah tersbut. Saya ada menolong guru-guru
mengendalikan program Guru Penyayang yang dilaksanakan setiap hari di laluan
masuk utama murid ke sekolah. Kami menjalankan pemeriksaan tapak tangan murid
bagi memastikan murid bebas daripada penyakit Hand, Foot and Mouth Disease
(HMFD). Selain itu, kami juga terlibat dengan persediaan awal bagi sambutan bulan
kebangsaan yang akan disambut tidak lama lagi. Di samping itu, kami juga terlibat
dengan program bacaan yassin yang diadakan setiap hari jumaat. Saya juga dilantik
sebagai ketua hakim bagi pertandingan pantun untuk tahun 2.

Pelajar Guru Pembimbing Pensyarah Penyelia

………………………… ………………………… ………………………….


( ) ( ) ( )