Anda di halaman 1dari 5

PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

SIDANG AKADEMIK 2018/2019

JMS 211

SEJARAH POLITIK MALAYSIA TRADISIONAL

SOALAN TUGASAN :

Bincangkan bagaimana perebutan takhta dan Perang Larut di Perak membawa kepada

termeterainya Perjanjian Pangkor (1874). Apakah syarat dan kesan perjanjian tersebut?

PENGURUS KURSUS:

DR LOW CHOO CHIN

NAMA: MUHAMMAD FAIRUNIZAM BIN PUASA

NO. KP : RF/19

NO. MATRIK: JM/13372/1

PUSAT WILAYAH : IPOH


Perjanjian Pangkor yang dimeterai pada tahun 1874 diantara Raja Abdullah dan Sir

Andrew Clarke yang mewakili pihak British adalah perjanjian untuk memohon bantuan pihak

British untuk mengawal situasi huru hara yang dihadapi negeri Perak pada ketika itu.

perjanjian yang dimeterai pada tanggal 20 Januari 1874 di atas kapal H.M.S Pluto merupakan

perjanjian ekoran berlakunya Perang Larut dan perebutan takhta di negeri Perak pada ketika

itu. jika diimbas kembali, Perang Larut adalah melibatkan perbalahan diantara dua buah

kumpulan kongsi gelap Cina yang mempunyai penagruh di kawasan-kawasan lombong di

Larut. Perbalahan ini telah memberikan kesan terhadap aktiviti perlomobongan di kawasan

Larut dimana pergaduhan demi pergaduhan tercetu melibatkan dua kumpulan ini. Pergaduhan

ini bukan sahaja mengorbankan banyak nyawa malah turut memusnahkan harta benda dan ini

memaksa para pelabur mengambil langkah untuk memohon British campur tangan bagi

mengawal keadaan.

Perang Larut bukan sahaja melibatkan perebutan kawasan malah jika diteliti ia turut

dipengaruhi oleh masalah perebutan takhta di negeri Perak pada ketika itu. Perebutan takhta

diantara Raja Abdullah dan Sultan Ismail telah menyebabkan golongan para bangsawan

utnuk campur tangan di dalam Perang Larut. Perkara ini boleh dilihat apabila Raja Abdullah

memberikan sokongan kepada kumpulan Ghee Hin, ini adalah kerana pada ketika itu

kumpulan kongsi gelap Hai San telah dibantu oleh Ngah Ibrahim yang merupakan Orang

Kaya Larut. Perbalahan yang disokong oleh pembesar-pembesar negeri di dalam perebutan

takhta negeri Perak dilihat menjadi punca berlakunya kacau bilau yang semakin sukar

dikawal dengan terdapatnya sokongan daripada para pembesar negeri kepada kumpulan-

kumpulan kongsi gelap ini. Ekoran dari Perang Larut dan perebutan takhta maka Perjanjian

Pangkor telah dimeterai pada tahun 1874.1

1
W. G Maxwell (ed.), Treaties and Engagement affecting the Malay States and Borneo, London: JAS Truscott &
Son Ltd, 1988, hlm. 28-30.
Pada bulan Januari 1874, Andrew Clarke sebagai wakil kerajaan British telah

mengadakan rundingan di atas kapal H.M.S Pluto di perairan Pulau Pangkor. Persidangan

Pangkor melibatkan empat pihak, iaitu Andrew Clarke sebagai wakil British, Raja Abdullah,

pembesar-pembesar Melayu Perak, dan ketua kongsi gelap Ghee Hin dan ketua kongsi gelap

Hai San. Hasil dari perbincangan ini, mereka bersetuju menamatkan pertelingkahan melalui

perjanjian bertulis. Terdapat beberapa syarat-syarat yang telah ditetapkan di dalam perjanjian

ini antaranya ialah, Raja Abdullah diiktiraf sebagai Sultan Perak, Raja Ismail dtabal menjadi

sebagai Raja Muda, Sultan menerima seorang Residen British yang akan menasihati baginda

dalam semua perkara kecuali yang berkaitan dengan agama Islam, Residen berkuasa penuh

ke atas pungutan cukai di Perak, Residen, Penolong Residen,Sultan dan Pembesar-pembesar

dibayar gaji daripada pungutan hasil negeri Perak, Ngah Ibrahim kekal sebagai Menteri Larut

dan menerima seorang Penolong Residen dan Menteri Larut bertanggungjawab membiayai

segala usaha mengembalikan keamanan di Perak.

Pada 20 Januari 1874, maka termeterai satu perjanjian yang dikenali sebagai

Perjanjian Pangkor yang sekaligus telah merubah corak pemerintahan di dalam negeri Perak.

Perjanjian Pangkor menunjukan campur tangan British secara rasmi di dalam pentadbiran di

negeri-negeri Tanah Melayu. Dengan adanya perjanjian ini, British telah meluaskan

pengaruhnya ke negeri-negeri Melayu yang lain dan sekaligus mengukuhkan kedudukan

British di Tanah Melayu. Perjanjian Pangkor 1874 turut memberikan kesan kepada pelbagai

aspek seperti berlakunya perubahan system pentadbiran di perak pada ketika itu, diamana

Sultan Perak perlu menerima perlantikan seorang Residen British yang akan menasihati

sultan dalam semua aspek pentadbiran kecuali dalam hal-hal yang bersangkutan dengan

agama Islam dan adat istiadat Melayu.2

2Andaya Barbara Watson dan Andaya Leonard Y. 1983. Sejarah Malaysia. Petaling Jaya: Macmillan
Publisher (M) Sdn. Bhd. Hlm. 36.
Ini bermakna, pemerintahan negeri yang disusun oleh British ini dilaksanakan oleh

raja yang bertindak mengikut nasihat Residen yang bukan bertanggungjawab kepada baginda

tetapi kepada gabenor. Residen serta kakitangannya akan mentadbir segala pendapatan,

merangka serta menyusun polisi dan undang-undang negeri Perak yang akan dijalankan

dalam pelbagai aspek. Semua pentadbiran negeri termasuk pungutan dan kawalan cukai pula

akan dijalankan di atas nama sultan, tetapi disusun dan diatur menurut nasihat residen. Selain

daripada kesan kepada pentadbiran negeri, Perjanjian pangkor 1874 turut memberikan kesan

terhadap ekonomi terutama dari segi pungutan cukai. Pengenalan pelbagai cukai-cukai baru

menyebabkan rakyat tidak puas hati dan menjadi satu bebanan kepada rakyat. Dibebani

dengan pelbagai cukai cth Birch telah memperkenalkan cukai pajak, candu, arak, judi, permit

balak, perahu, senjata, padi, dan memotong atap malah telah ditambah lagi dengan cukai

pertanian dan penternakan. Perkara ini berbeza sebelum Perjanjian Pangkor 1874 dimeterai

sekaligus telah meningalkan kesan kepada ekonomi rakyat di negeri Perak pada ketika itu.3

Struktur sosial di negeri Perak pada ketika itu turut menerima kesan daripada

Perjanjian Pangkor yang ditandatangani pada 20 Januri 1874. Diamana, Perjanjian Pangkor

1874 telah membolehkan pihak Brtish menggalakkan kemasukan ramai buruh asing

terutamanya Cina dan India. Oleh itu, Sistem Residen yang diperkenalkan telah membawa

kepada pertambahan penduduk yang pesat di negeri-negeri Melayu. Pelaksanaan dasar buruh

yang longgar dan galakan British menyebabkan imigran Cina dan India secara beramai-ramai

datang ke Tanah Melayu. Kedatangan imigran ini menyebabkan terbentuknya masyarakat

majmuk di Tanah Melayu. Sistem perhambaan dan buruh paksa juga turut dihapuskan oleh

Sir Hugh Low di Perak pada tahun 1884.4

3
Haji Buyong Adil. 1975. Penentangan terhadap Penjajah British Abad ke 15-19. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 17.
4
Tregonning K.G. 1962. Malayan History. Singapore: Malaya Publishing House Ltd. Hlm. 46.
Selain dari itu, perubahan turut berlaku kepada infrastruktur diamana pihak British

telah membina jalan-jalan perhubungan yang baru seperti membina landasan kereta api di

Larut antara Port Weld (Kuala Sepetang) dan juga Taiping. Ini adalah bagi memudah pihak

British untuk mengeksport hasil bijih timah ke Britain sekaligus menunjukan kemapuan

British untuk mentadbir negeri dengan baik pada ketika itu.5 Secara kesimpulanya, Perjanjian

Pangkor pada tahun 1874 bukan sahaja untuk mengawal situasi huru hara yang berlaku di

negeri Perak semata-mata. Perjanjian ini dilihat sebagai permulaan penguasaan British

terhadap pemerintahan negeri-negeri Tanah Melayu. Akibat dari persengketaan sesame

sendiri dan prebutan kuasa telah memberikan peluang kepada kuasa asing seperti British

untuk menguasai pemerintahan walaupun terdapat beberapa kebaikan tetapi kesan yang

dirasai lebih memeritkan sekaligus telah merubah struktur ekonomi, sosial dan juga politik di

Tanah Melayu pada ketika itu.

Bibliografi

Andaya Barbara Watson dan Andaya Leonard Y. 1983. Sejarah Malaysia. Petaling

Jaya: Macmillan Publisher (M) Sdn. Bhd.

Frank Swettenham. 1983. About Perak. Singapore: National University of Singapore

Library.

Haji Buyong Adil. 1975. Penentangan terhadap Penjajah British Abad ke 15-19.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tregonning K.G. 1962. Malayan History. Singapore: Malaya Publishing House Ltd.

W. G Maxwell. 1988. Treaties and Engagement affecting the Malay States and

Borneo, London: JAS Truscott & Son Ltd.

5
Frank Swettenham. 1983. About Perak. Singapore: National University of Singapore Library. Hlm 16-17.

Anda mungkin juga menyukai