Anda di halaman 1dari 3

TEKS DOA

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH
DAN
SALAM SEJAHTERA
.
Bagi Yang Bukan Beragama Islam Sila Bertafakur Manakala Yang
Beragama Islam Kita Mualai Dengan Umul Kita Al-Fatihah

ِِ ‫ن‬
ِ‫للا بِ ْس ِم‬ ِِ ‫الر ْح َم‬
َّ ‫الر ِحي ِِْم‬
َّ
ِ‫لل اَ ْل َح ْمد‬ ِِ ‫ ال َعالَ ِميْنَِ َر‬, ‫صالَة ِل ْلمت َّ ِقيْنَِ َوالعَاقِبَة‬
ِِ ‫ب‬ َّ ‫سالَمِ َوال‬ َّ ‫علَى َوال‬
َ
ْ َ‫أ َ ْج َم ِعيْنَِ َوأ‬
َ ِ‫ص َحا ِب ِِه آ ِل ِِه َو َعلَى م َح َّمد‬
‫س ِي ِدنَا‬
Ya Allah Ya Karim ,
Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul keranaMu Ya Allah, Ya Allah Ya
tuhan kami, tuhan yang menguasai langit dan bumi. Hanya padamu sahaja kami
panjangkan kesyukuran atas segala rahmat dan berkatMu.

Bersempena dengan majlis kami pada hari ini Majlis Permuafakatan KPM &
PDRM bagi Pelancaran Program Jom Ke Sekolah SMK Desa Perdana W.P Kuala Lumpur
kami mohon inayah dan taufikMu. Berkatilah usaha- usaha kami , mudah-mudahan
(dengan usaha-usaha kami) sekolah ini akan menjadi sekolah yang cemerlang,
terbilang , sekolah yang disegani dan dihormati, sekolah yang akan melahirkan
pelajar-pelajar yang berjaya di dunia mahupun di akhirat.

Kurniakanlah kesejahteraan dan kebahagian serta kesihatan jasmani dan


rohani. Bukakanlah hati-hati kami, lapangkanlah dada kami untuk menerima ilmu dan
pengetahuan serta bimbingan para guru-guru kami yang kami kasihi.

Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal’alamin ,


Jadikanlah kami orang-orang yang mendengar kebaikan lantas bersegera
melakukan kebaikan ,Dan jadikanlah kami orang yang mendengar dan mengetahui
keburukan lantas bersegera meninggalkan keburukan .
Ya Munzilar Rahmat wa Ya Fatihal Barakat ,
Kembangkanlah lembayung dan gelombang rahmatMu kepada kami, ibu bapa kami,
keluarga dan rakan-rakan kami, guru-guru kami , anak-anak didik disekolah ini, sahabat-
sahabat seperjuangan dalam bidang pendidikan serta semua yang terlibat didalam
mengembangkan institusi pendiidikan.

Ya Allah , Qaadhial Hajat ,


Sesungguhnya kami lemah dalam sendirian , maka kuatkanlah kami dan Islam
dalam amal jamai’e dan kolektif, Sesungguhnya kami amat cenderung untuk mengutamakan
diri kami , maka didiklah hati kami untuk mengutamakan keperluan saudara-saudara seagama
kami sebagaimana KekasihMu mendidik para sahabat baginda berbuat demikian;

Sesungguhnya hati kami juga sentiasa berbolak balik dan bercerai berai , maka
satukanlah hati-hati kami dan berikanlah kami ruang dan masa untuk bantu-membantu dalam
menegakkan amal makruf dan nahi mungkar .

ِ‫ل ِاَللَّه َّم‬ ِْ ‫َم ْعص ْو ًما تَفَ ُّرقِا ً بَ ْع ِدِِه ِم‬
ْ ‫ َم ْرح ْو ًما َج ْمعًا َه َذا َج ْمعَنَا‬، ‫ن َوتَفَ ُّرقَـَنَا‬
ِْ َ‫اجع‬
َ‫ل‬ ِِ َ‫لَ فِ ْينَا اللَّه َِّم ت َ ْجع‬
ِ ‫ل َو‬ ِ ‫لَ َمعَنَا َو‬ ِْ ‫ش ِقيًّا يَتْبَعنَا َم‬
ِ ‫ن َو‬ َ َ‫ل‬ ْ ‫لَ َم‬
ِ ‫طر ْودًا َو‬ ِ ‫ َم ْحر ْو ًما َو‬.

‫صلَّى‬ َ ‫سلَّ َِم َو‬


َ ‫ص ْحبِ ِِه َءا ِل ِِه َو َعلَى م َح َّمدِ َعلَى للاِ َو‬ َ ‫َو‬
َِِّ ِ ‫ب َو ْال َح ْمد‬
‫لِل‬ ِِ ‫ال َعالَ ِميْنَِ َر‬

Anda mungkin juga menyukai