Anda di halaman 1dari 4

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Terima kasih diucapkan kepada pengerusi majlis. Yang dihormati barisan panel hakim yang
arif lagi bijaksana, penjaga masa, guru-guru dan rakan-rakan sekalian.
Mari mari marilah
Dengarkan kisah ini oh kawan
Kisah Luqman al-Hakim
Semoga mendapat pedoman
Rakan-rakan sekalian,
Luqman al-Hakim merupakan seorang lelaki biasa yang tinggal di sebuah perkampungan
terpencil pada zaman Nabi Daud. Luqman al-Hakim bermaksud Luqman yang bijaksana.
Kepintaran beliau disebut di dalam al-Quran, surah Luqman ayat ke-12

َ‫َولَقَ ۡد َءاتَ ۡينَا لُ ۡق َٰ َمنَ ۡٱل ِح ۡك َمة‬


Maksudnya:
Dan sesungguhnya telah kami berikan hikmah (kebijaksanaan) kepada Luqman..

Syukur, syukur, syukur ya Allah...


Syukur alhamdulillah
Ya kawan-kawan, nasihat Luqman al-hakim yang pertama kepada anaknya ialah supaya
bersyukur kepada Allah sepertimana yang telah dirakamkan melalui surah Luqman ayat 12
َ َ ‫َو َمن َي ۡش ُك ۡر َفإ َّن َما َي ۡش ُك ُر ل َن ۡفسهۦ َو َمن َك َف َر َفإ َّن ٱ‬
ٌّ ِ ‫ّلل َغ‬
‫ن َح ِميد‬ ‫ي‬ ِ ِ ِ ِ ِ
Sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu akan pulang pada dirinya sendiri, dan sesiapa
yang kufur maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.
Allah yang Maha Kaya sama sekali tidak mengharapkan apa-apa daripada kita hambaNya jauh
sekali akan rugi jika kita tidak bersyukur. Sebaliknya sudah tentu kitalah yang akan rugi. Telah
tular di media sosial facebook baru-baru ini mengenai kisah seorang pekerja buruh binaan
warganegara Bangladesh yang mempunyai sehelai wang kertas 5 ringgit dan sehelai wang
kertas 50 ringgit. Semasa menghampiri tabung masjid, dia telah mendermakan 50 rimggit dan
menyimpan 5 ringgit untuk perbelanjaannya.
Masya Allah. Tabaarakallah. Betapa besar hatinya dan tinggi taqwanya. Marilah kita
ringankan tangan untuk bersedekah ya.

Kawan-kawan tahu tak, Luqman al-Hakim juga merupakan seorang yang pakar dalam
mendidik anak-anaknya. Sebagai ayah, pastinya pendidikan wajib yang perlu diterapkan
dalam jiwa anak-anak ialah mengenai keesaan Allah. Sebagaimana nasihat Luqman al-Hakim
pada anaknya

َ ‫ظ ۡل ٌم‬
‫يم‬ٞ ‫ع ِظ‬ ُ َ‫ٱّللِ إِ َّن ٱلش ِۡر َك ل‬
ِۖ َّ ‫ي ََل ت ُ ۡش ِر ۡك ِب‬
َّ َ‫َٰيَبُن‬
Maksudnya :
Wahai anakku, janganlah kamu menyekutukan Allah, sesungguhnya syirik itu adalah satu
kezaliman yang zalim.
Surah Luqman, ayat 13.
Benar kawan-kawan. Perbuatan syirik merupakan ancaman terbesar buat ummat pada masa
kini. Lihat saja di laman sosial seperti facebook dan whatsapp. Begitu ramai yang
mempercayai ramalan-ramalan karut dan dengan bangganya berkongsi dengan umum. Tak
kurang juga yang mempercayai nasib baik atau malang dengan hanya menyebarkan mesej-
mesej berantai kepada orang ramai. Janganlah kita turut melakukannya ya kawan-kawan.
Pesanan Luqman penuh bijaksana
wasiat ditinggalkan bukannya harta
Hormat dan taat kedua ibu bapa
Tanpa mereka siapalah kita

‫سنَ بِ َٰ َو ِلدَ ۡي ِه‬ ِ ۡ ‫ص ۡينَا‬


َ َٰ ‫ٱۡلن‬ َّ ‫َو َو‬
Maksudnya:
Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya.
Surah Luqman, ayat 14.
Lihat pada diri kita kawan-kawan. Sejauh mana mampu kita taat dan patuh pada perintah ibu
ayah kita.
Selepas makan, kita pilih untuk membantu ibu mengemas atau mahu bergegas bermain
bersama rakan-rakan?
Semasa hari cuti, kita gemar bermalas-malas di katil atau mahu membantu ibu mencuci
pakaian?
Dan lihat juga di pasaraya atau mana-mana pusat rekreasi, kebanyakan orang muda berjalan
bersama pasangan atau memimpin tangan ibu ayah yang telah tua?
Ini realiti yang sedang berlaku dalam masyarakat milenia sekarang. Kita lebih gemar
menghabiskan masa bersama rakan-rakan sedangkan ibu ayah kita telah menghabiskan
seluruh usia dan tenaga mereka untuk kita.
Pengorbanan ibu ayah kita takkan terbalas dengan wang ringgit. Hendaklah kita meluangkan
masa bersama-sama mereka dan membahagiakan mereka sebagaimana mereka sentiasa
berusaha untuk menggembirakan kita.
Hadirin sekalian

َّ ‫ي أَقِ ِم ٱل‬
َ ‫صلَ َٰوة‬ َّ َ‫َٰيَبُن‬
Wahai anakku, dirikanlah solat
Demikian pesanan Luqman yang terkandung pada ayat 17 surah Luqman.
Solat
Tunaikanlah walau kau penat
Tekunlah dalam tiap rakaat
Kesempurnaannya mampu mencegah maksiat
Moga sentiasa dilimpahi berkat
Moga hidup dipenuhi rahmat
Lihat dunia sekarang kawan. Lihat di sekeliling kita. Maksiat berleluasa, murka Allah dimana-
mana. Manusia tanpa segan dan malu malah penuh bangga menukar jantina. fahaman
liberal makin menular dan berleluasa. Bersama-sama kita menjaga iman agar tidak mudah
terpesong.
Kawan-kawan,
Hebatkan insan bernama Luqman ini? Marilah kita sama-sama berusaha mendekatkan diri
dengan Allah supaya kita juga mampu menurut jejak langkah Luqman al-Hakim.
Setakat ini dahulu cerita saya pada pagi ini. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan
sempadan. Semoga berjumpa lagi di lain masa. Ma’as salaamah wa ilal liqa’.
Assalaamualaikum.

Anda mungkin juga menyukai