Anda di halaman 1dari 23

Pulau Jeju atau lebih dikenali sebagai Jejudo merupakan destinasi ideal buat para

pelancong yang minat alam semula jadi.

Selain daripada kaya dengan khazanah alam semula jadi yang memukau,
Pulau Jeju juga dikatakan antara tempat-tempat di dunia yang mendapat 3
pengiktirafan antarabangsa dari UNESCO World Heritage. Bukan itu
sahaja, ramai para pengunjung yang datang ke sini untuk menikmati
makanan-makanan menarik di sini seperti makanan laut, buah-buahan
segar serta coklat.

Dalam entri ini, aku kongsikan beberapa tips atau maklumat berguna buat
anda yang tengah planning nak ke Jeju. Maklumat di bawah ni adalah
berdasarkan pengalaman aku sendiri berkunjung ke Jeju selama 5 hari 4
malam serta serba sedikit research dalam Internet.

1. Penerbangan ke Jeju (CJU)

Kita fokus kepada perjalanan dari Malaysia ke Jeju saja ya. Ada pelbagai
penerbangan yang beroperasi dari Kuala Lumpur (KUL) ke Jeju (CJU) -
dengan transit dan melalui syarikat penerbangan yang berbeza.

Best option! Air Asia X sekarang terbang terus dari Kuala Lumpur (KUL) ke
Jeju (CJU). Dengan adanya penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Jeju,
maka makin mudah la untuk anda travel ke pulau ini.

Berikut merupakan maklumat penerbangan Air Asia X:


a. Ada 4 (EMPAT) penerbangan setiap minggu.
b. KUL - CJU dan CJU - KUL (Isnin, Selasa, Rabu dan Sabtu)

Untuk tahu lebih lanjut tentang penerbangan Air Asia X, sila klik sini.
Nota: Aiport tak buka 24 jam (tutup pada pukul 11 malam). So, make sure
jangan ada plan nak overnight kat airport. Nanti kena halau. Rujuk sini untuk
info lanjut.
2. Pengangkutan di Jeju

Hasil dari research yang aku buat kat Internet, ramai mereka diluar sana ingat
Jeju macam Seoul yang banyak kemudahan pengangkutan awam. Seoul dan
Jeju sangat berbeza ya dari segi pengangkutan awam. Di Jeju,
pengangkutan awam tu ada cuma agak sedikit limited dibandingkan
dengan Seoul.

Di sini ada pengangkutan bas awam dan lalu kat major tourist spots. Tapi,
perjalanan anda akan terhad kepada route bas sahaja dan mungkin
mengambil masa agak lama di atas jalan raya. Ada yang prefer naik bas
sebab sedikit murah, ada WiFi free dan senang tak perlu fikir nak drive.
Meanwhile ada juga yang prefer drive sebab mereka ada kebebasan nak
berhenti mana-mana sahaja mereka nak dan jimat masa.

It all depends dengan itinerary anda. Kalau rasa banyak tempat nak pergi dan
ada masa terhad, aku sarankan sewa kereta. Lagi mudah nak bergerak ke
satu tempat ke satu tempat.

Just in case korang nak study route bas di Jeju, boleh dapatkan info disini.
3. Cuaca dan waktu sesuai untuk melawat

Di Jeju, terdapat beberapa musim yang dikira popular dalam kalangan para
pengunjung dan setiap musim tentu la ada waktu-waktu terbaik untuk dilawati.
Berikut adalah waktu-waktu ideal untuk berkunjung ke Jeju:

a. Musim bunga sakura untuk rasa suasana romantik (hujung Mac hingga
pertengahan bulan April)
b. Musim panas dan cuaca agak lembab untuk view cerah (bulan Jun
hingga Ogos)
c. Musim luruh untuk pemandangan yang cantik (bulan Oktober sehingga
pertengahan November)
4. Internet

Untuk Internet, aku sarankan anda untuk sewa poket WiFi sahaja. Mudah
dan boleh kongsi ramai-ramai. Terdapat beberapa kioks WiFi rental di balai
ketibaan di Jeju International Airport. Harga pula 3,000 Won (RM12) / sehari
dengan data tanpa had dan boleh sambung up to 3 device.

Just in case anda nak pakai kad sim, boleh rujuk laman web ini untuk tahu
tentang pengunaan kad sim di Korea Selatan.

Kalau nak sewa poket WiFi dari Malaysia, boleh cuba Roaming Man MY.
Mereka juga menyediakan perkhidmatan sewa poket WiFi untuk ke Korea
Selatan. Harga MYR 15/sehari untuk 500mb sambungan 4G setiap
hari. Once dah exceed 500mb, akan secara automatik ke 3G unlimited
data.

Enjoy RM10 diskaun jika anda gunakan kod "POJIE10" semasa booking.
Jimat di situ!

5. Belajar bahasa Korea

Ini antara satu perkara yang aku menyesal tak buat sebelum ke Korea. Hmm, been busy with
back to back trips so tak sempat nak belajar bahasa Korea (alasan, alasan dan alasan. Ish).

Tapi kalau anda ada masa, cuba belajar bahasa diorang. Basic phrases je like terima kasih, apa
khabar, excuse me, sedap dan macam-macam lagi.

Okay la, let's give it a try. Aku ada search sikit kat Internet about their basic travel phrases. Here
we go:

a. Hello atau goodbye


An-nyeong-ha-se-yo

b. Nice to meet you


Ban-gap-sum-ni-da

c. Thank you
Kam-sa-ham-ni-da

d. Excuse me
Jam-shi-man-yo

e. I'm sorry
Chway-seong-ham-ni-da

f. Please
Ju-se-yo
Klik sini untuk belajar lebih banyak phrases.

6. Berapa lama nak pergi?

Aku sarankan pergi at least tiga hari.

Ada banyak aktiviti dan tempat-tempat menarik di Jeju. Kalau anda bercadang
ke sini cuma dalam sehari, anda akan rugi. Alang-alang dah invest your flight
atau transportation ke Pulau Jeju, apa kata gunakan peluang ke sini sebaik
mungkin. We never know bila lagi nak ke Jeju kan.

Anyway, ada juga yang tanya Pulau Jeju dengan Pulau Nami sama ke tak,
which means boleh explore dalam sehari je. The answer is it is
impossible. Untuk Pulau Nami, anda boleh explore dengan berjalan kaki
dalam sekitar 3 jam sahaja. Meanwhile Pulau Jeju yang besarnya tida
kali ganda daripada Singapura, rasa-rasanya boleh explore dalam sehari
tak? Boleh but tak banyak tempat anda boleh pergi.

So, kena bijak rancang perjalanan anda while di Korea Selatan, specifically
Jeju.
7. Memandu di Jeju

This is the tricky part sebab aku tak ada experience memandu dan sewa
kereta. Tapi, insyaAllah la aku dapat kongsikan info berguna hasil aku
research kat Internet.

First thing first, pastikan anda ada international driving license ya. Please
always remember. Jangan kata aku tak mention pula ya 😉

Second, macam mana nak sewa kereta?

Sama seperti negara-negara lain, anda boleh book kereta sewa melalui online
dan pick-up di lapangan terbang. Kalau di Jeju, terdapat beberapa syarikat
yang menawarkan servis sewa kereta ni antaranya ialah AJ Rent A
Car, Avis, Sixt dan Lotte Rent A Car.

Nampaknya AJ Rent A Car agak murah among all. Harga sewa untuk
kereta Kia Ray (5 seats) dalam 3 hari cuma RM453 berbanding dengan
yang lain. Lepas tu dengar cerita, anda boleh dapat diskaun lagi kalau register
sebagai ahli dengan AJ Rent A Car. Info lanjut di sini.

Untuk sistem navigasi pula, Waze dan Google Map is not really helpful.
Cuba Naver App (but in Korean) atau Kakao Map.

Tolong ambil maklumat that di South Korea, pemandu adalah disebelah


kiri.

Tip: Agak penting untuk tahu nama sesuatu tempat dalam bahasa Korea
(atau nombor telefon tempat yang nak dituju) sebab most tempat hanya ada
dekat waze dalam bahasa Korea. If key in nama English, mungkin akan bawa
ke tempat lain. Boleh sesat.

Klik sini untuk baca info lanjut tentang sewa kereta di Jeju.

8. Mata wang

Mata wang South Korea ialah WON. 1,000 Won = MYR 4.00 (roughly). Duit
mereka pula ialah ada empat jenis untuk duit kertas iaitu 1,000, 5,000, 10,000
dan 50,000. Meanwhile, duit syiling mereka terdiri daripada 500, 100, 50 dan
10.

Exchange rate semasa untuk Malaysian Ringgit (MYR) dengan South


Korean Won (KRW)ialah MYR 1 bersamaan dengan KRW 272 (as of 17 Mei
2018). Sumber: XE Currency Exchange
9. Food restriction

Ada terbaca bahawa South Korea adalah antara negara yang mempunyai
grocery agak mahal. If ada plan nak bawa makanan dari Malaysia dan masak
di Jeju nanti, make sure jangan bawa buah-buahan segar dan sayur-sayuran.
Or else, nanti leceh proses korang nak keluar dari kastam sebab kena declare
and quarantine lagi. Plus, barang-barang tu mungkin akan dirampas.

Info lanjut baca disini.

10. Restoran halal

Ada beberapa restoran halal dan Muslim-friendly yang aku sempat cuba
antaranya ialah Restoran Daewonga, Uribong Sikdang, Bagdad Cafe and
Restaurant Jeju, Restoran Jeju Onuii, Shabu-Shabu Restaurant dan Restoran
Chunsimine.

Simply put, restoran halal tak banyak lagi di Jeju. InsyaAllah, mungkin akan
ada banyak restoran halal nanti bila ramai Muslim traveller datang ke sini.
However, anda ada alternatif lain seperti hidangan makanan laut dan juga
restoran yang tak hidang pork.

Apa pun sentiasa peka dengan apa yang anda nak makan. Kalau tak pasti,
tanya atau search kat Internet ya?

Nota: Kalau anda book tour dengan travel agent tempatan, pastikan request
dan remind diorang untuk bawa ke restoran Halal atau yang menyediakan
hidangan seafood.
11. Tempat solat

Kemudahan untuk para pengunjung Muslim seperti tempat solat masih lagi
limited di Jeju. However, ada banyak tempat anda boleh singgah untuk solat
seperti di restoran halal yang menyediakan ruang solat. Jika anda memandu,
ada beberapa spot ideal untuk solat di kebanyakan kawasan tarikan utama di
Jeju.

Make sure sentiasa bawa botol air untuk ambil wuduk dan sejadah ke mana
saja anda pergi, ya?

12. Info tentang Jeju

Anda juga boleh dapatkan booklet atau pamplet tentang Jeju melalui
pejabat Korea Tourism Organisation Malaysia di Plaza Korea Menara Hap
Seng.

GOOD NEWS! Bagi sesiapa yang dah ada tiket untuk ke Jeju, anda bertuah
sebab Jeju Tourism Organization (JTO) ada tawarkan banyak diskaun kepada
backpacker macam kita ni. Contoh, ada tawaran sehingga 68% jika anda
sewa kereta di Lotte Rental Car dan juga 40% diskaun tiket persembahan
menarik “The Painters Hero” dan pelbagai lagi.

Caranya senang sahaja. Hanya daftar sebagai ahli di laman web KTO KL,
dan klik di siniuntuk dapatkan kupon ini.

Alamat:
Ground Floor, Menara Hap Seng, Jalan P. Ramlee, 50250, Kuala Lumpur,
Malaysia

Website:
www.visitkorea.com.my

13. Visa

Rakyat Malaysia tak perlu buat visa untuk ke Korea Selatan, termasuklah
Jeju. Yes, alhamdulillah!

14. International adapter


Lastly, Korea Selatan menggunakan power soket jenis C dan F. Standard
voltage ialah 220 V dan frequency ialah 60 Hz.

Jangan lupa bawa international adapter ya?

Itu saja maklumat yang dapat aku kongsikan untuk tips-tips mengembara di
Jeju, Korea Selatan. Kalau anda ada sebarang pertanyaan, jangan segan silu
tanya dalam ruangan komen di bawah atau simply shoot me e-mail.

Jumpa lagi dalam entri seterusnya dimana aku akan kongsikan aktiviti-
aktiviti yang kami lakukan selama 5 hari 4 malam di Pulau Jeju.
Dah hampir 3 bulan berlalu namun kenangan aku meneroka Pulau Jeju pada
musim bunga lepas masih lagi segar dalam ingatan. Manakan tidak, selain
dari musim bunga, sebab aku teruja ialah ini merupakan kali pertama aku
jejakkan kaki di bumi Korea Selatan. Alhamdulillah, akhirnya tercapai juga
impian untuk melihat keindahan negara ini dengan mata sendiri.

Aku pasti ramai antara korang (especially K-Pop fans) dah lama berhajat nak
melawat Korea Selatan, khususnya Pulau Jeju. Dikenali sebagai 'Hawai of
South Korea', Pulau Jeju sememangnya antara destinasi terkenal di
negara ini kerana keindahan alam semula jadinya yang memukau,
keunikan budaya mereka serta makanan-makanan laut yang pastinya
buat anda terliur.

Baca juga: 14 tip berkunjung ke Pulau Jeju, Korea Selatan

Apa tunggu lagi?


Terus baca pengalaman aku di sini selama 5 hari 4 malam pada musim
bunga bersama dengan Jeju Tourism Organisation (JTO) dan beberapa
kumpulan media dari Malaysia.
Penginapan

Playce Camp Jeju

Playce Camp Jeju merupakan salah satu penginapan yang boleh anda pilih
apabila berada di sekitar kawasan Seogwipo. Aku suka seni reka interior dan
exterior hotel ni sebab minimalist dan straight forward. Bilik dilengkapi dengan
keperluan basic dan ruang pun agak selesa. Sesuai untuk mereka yang plan
nak teroka bahagian selatan Pulau Jeju.
Maison Glad Hotel

Jika anda mencari hotel yang selesa dan mewah di tengah-tengah bandar
Jeju, boleh la cuba menginap di Maison Glad Hotel. Info lanjut boleh didapati
melalui laman web rasmi hotel ni. Penginapan yang sangat selesa dan
lokasinya juga agak strategik (berdekatan dengan Yeongdong Street).

Day 1

Penerbangan (KUL - CJU)

Alhamdulillah, bahagia sangat rasa bila tahu Air Asia X ada penerbangan
terus dari Kuala Lumpur ke Jeju. All this while travellers yang terbang dari
Malaysia selalu kena lalui transit dari Seoul dan ambil penerbangan domestik
ke Jeju, which is agak costly and time consuming.

Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Jeju mengambil masa sekitar 6 jam


lebih. But ours that day was more than that. Mungkin sekitar 9 jam kot due to
strong wind kat kawasan Jeju, hence our flight terpaksa berhenti and refuel
dekat lapangan terbang Busan before teruskan perjalanan ke Jeju.
Alhamdulillah, semuanya okay!
Sampai je di airport, masing-masing terus cari tempat nak sewa WiFi poket.
Aku ada cadangan nak sewa WiFi poket di Jeju Airport. Tapi kalau plan
nak sewa WiFi poket dari Malaysia, boleh cuba Roaming Man. Pakej WiFi
data tanpa had dengan harga RM12/sehari!
Makan malam di Restoran Daewonga

Lepas keluar dari airport, first thing yang kitaorang cari is MAKANAN. Apa la
agaknya yang bakal dihidangkan untuk kitaorang ya? Of course
la MAKANAN LAUT.

Restoran pertama yang kitaorang cuba ialah Restoran Daewonga, iaitu


restoran seafood yang menyediakan menu Muslim-friendly. Antara menu
yang kitaorang rasa ialah seafood steamboat (locally known as haemul
cheongbol) yang terdiri daripada abalone, ketam, sotong, sayur-sayuran,
mussels yang direbus dengan sup. Harga pula ialah KRW 60,000 (sekitar
RM220). Sounds like a lot untuk makanan but portion menu ni boleh dikongsi
untuk 3 atau 4 orang.

Menariknya tentang seafood di sini ialah ia merupakan hasil tangkapan Jeju


female diver atau lebih dikenali sebagai Haenyeo. Ini juga la antara sebab
mengapa makanan laut di Jeju agak istimewa.

Tip: Since Restoran Daewonga ni antara salah satu restoran Muslim-friendly


di Jeju, anda boleh request untuk solat di sini. Mereka sediakan ruang
khas untuk solat. Be sure untuk bawa kelengkapan sendiri la untuk lebih
selesa.

📍: 62-1 Donam-dong, Cheju, Jeju-do, South Korea (GPS: 33.491765,


126.527075)
😉: +82 64-753-3030
📍: 9AM - 9.30P
Day 2

Keliling Udo Island


Kitaorang mulakan hari kedua di Jeju dengan day trip ke Pulau Udo, iaitu
antara salah satu pulau terkenal yang berada di sekeliling Pulau Jeju. Di sini
biasanya orang pergi untuk enjoy some activities, merasai suasana yang lebih
tenang berbanding di kawasan utama (Jeju city centre) dan of course nak
merasa makanan sedap.

Bagaimana nak ke Udo Island?


■ Boleh ambil ferry ride dari Seongsan Port (GPS: 33.470621, 126.930975).
■ Harga tiket return ialah KRW 8,500 (RM30 something). Untuk beli tiket,
korang kena isi declaration form & tunjuk passport/ID di kaunter pembelian
tiket.
■ Ferry gerak setiap 30 minit dari 7.30AM hingga 6PM.
■ Note: Notis atau poster kat papan iklan semua dalam bahasa Korea tapi
jangan risau sebab orang-orang kat sini biasanya boleh cakap English at least
basic one.

Aktiviti pertama kitaorang ialah menaiki basikal sekitar pulau. Since para
pengunjung tidak dibenarkan membawa kenderaan ke Pulau Udo (kecuali
mempunyai permit khas), option terbaik untuk teroka Pulau Udo ialah dengan
menaiki basikal. Boleh bergerak ikut your own pace. Harga sewa basikal
ialah sekitar KRW 10,000 (RM35 something) untuk 3 jam. Kalau malas nak
jalan kaki atau naik basikal, boleh naik shuttle bus yang disediakan.
Selain itu, kitaorang sempat merasa peanut bread dan peanut latte
di Bongkkeurang Bakery. Banyak-banyak benda, why peanut? Sebab Jeju
terkenal dengan penghasilan peanut. That's why korang kena cuba
anything (especially dessert) yang diperbuat daripada peanut apabila berada
di Pulau Udo.

To top it off before anda gerak balik ke pulau utama, jangan lupa rasa peanut
ice cream sambil menikmati cliff view yang semestinya memukau. Perfect way
to beat that sunny day!
Melihat persembahan Haenyeo

Selepas sampai di Pulau Jeju dan makan tengahari, kitaorang terus ke


kawasan Seongsan Ilchulbong untuk melihat persembangan dari Haenyeo
Divers. Diiktiraf oleh UNESCO sebagai warisan budaya, Haenyeo
merupakan sebuah komuniti penyelam di provinsi Jeju yang terdiri
daripada golongan wanita dalam lingkungan umur 70-an dan ke atas.

Mereka cukup dikenali dengan sifat yang kuat dari segi fizikal, berdikari dan
juga sometimes dianggap sebagai ketua keluarga kerana mereka la yang
bertanggungjawab untuk mencari punca rezeki keluarga. Panjang ceritanya,
kalau korang nak baca lebih lanjut, boleh klik sini.

Aku kagum bila dengar cerita disebalik kehidupan sebagai salah seorang
Haenyeo ni. Ye la, diorang dive tanpa menggunakan topeng oksigen, tahap
fizikal masih lagi kuat untuk bekerja selama sekitar 5 jam sehari dan
menangkap hasil laut yang beratnya sekitar 70 - 80KG. Terus membuat aku
terfikir kalau nanti umur 70 tahun ke atas, mampukah aku nak buat semua ni?

Sepanjang persembahan tu nanti para Haenyeo akan menyanyikan sebuah


lagu menceritakan tentang kehidupan mereka. Terus terang, aku rasa terharu
dan dalam pada masa yang sama juga sebak sebab some of them tiada
pilihan lain selain menjadi female diver atas faktor keluarga dan sebagainya.
Hope mereka terus mendapat rezeki banyak & dapat bantuan dari banyak
pihak.

It is really an eye opening experience.


Seongsan Ilchulbong

Selesai menonton persembahan Haenyeo, kitaorang terus buat aktiviti


seterusnya iaitu naik puncak Seongsan Ilchulbong, iaitu antara tempat wajib
dikunjungi di Pulau Jeju. Tahukah anda Seogsan Ilchulbong Peak ni
terhasil daripada letupan gunung berapi yang dikatakan terjadi beberapa
ribu tahun yang lalu? Betul dan sebab itu la ia juga diiktiraf sebagai tapak
warisan budaya UNESCO.

In order to enjoy the panoramic view, you have no other option selain hike up
to the peak area which approximately will take around 20 - 30 minutes la
depending on your physical ability. For me, agak mencabar juga sebab dah
lama tak hike plus baru bantai makan seafood before pergi sini. HAHA. Don't
worry, take your time. Enjoy the view while on the way naik atas.

Bila dah sampai puncak nanti, rasa penat tu akan hilang sebab korang akan
disajikan dengan pemandangan 360 degree Pulau Jeju. I don't mind spending
hours of my time kat sini sebab view memang cantik. Buat aku rasa tenang je.

Tip: Kalau plan nak hike, pastikan korang pakai pakaian dan kasut yang
selesa ya
Seongsan Ilchulbong juga dikenali sebagai Seongsan Sunrise Peak. Why
sunrise peak? Well, probably sebab sunrise view from here lagi cantik kot but
hmmmmmm.. sunrise sounds like too early for most of us to hike kan? Don't
worry. Korang still boleh enjoy view cantik during anytime of the day.
Melihat sunset di Seopjikoji

Tempat terakhir kitorang visit untuk hari kedua ialah Seopjikoji, tempat yang
dikatakan banyak digunakan sebagai set pengambaran untuk filem, drama
atau program Korea seperti All in (SBS, 2003), My Girl (SBS, 2006) dan
Running Man. That's why tempat ni terkenal bukan sahaja dalam kalangan
pengunjung tempatan tapi juga mereka dari luar negara.

Memandangkan Seopjikoji ni terletak di bahagian hujung eastern shore Pulau


Jeju, anda semestinya akan menikmati pemandangan tepi pantai dan cliff
yang cantik terutamanya pada waktu matahari terbenam. Jangan lupa untuk
jalan sampai ke bahagian lighthouse untuk view yang lagi memukau.

😉: 107, Seopjikoji-ro, Seogwipo-si, Jeju-do (GPS: 3.423864, 126.929284)


😉: +82-64-782-0080
😉: Percuma
😉: Parking disediakan. Kereta jenis sedan (KRW 1,000) dan Van/bus (KRW
2,000)

Day 3
Cari jalan keluar di Maze Land

Teringin nak cuba cabaran maze for real? Dekat Jeju ada beberapa tarikan
maze yang anda boleh cuba antaranya ialah Maze Land. Akhirnya tercapai
juga hajat aku nak berjalan dalam kawasan maze sebenar sebab selama ni
cuma tengok dekat movie je.

Maze Land mempunyai tiga jenis maze iaitu Whinstone (berbentuk artifak
tradisional dikenali sebagai Stone Grandfather), Woman (berbentuk Haenyeo
iaitu woman diver Jeju) dan Wind (paling senang) maze. Setiap maze ni
mempunyai ciri-ciri dan cabaran tersendiri.
Aku spend nearly 1 jam lebih juga la kat dalam tu (plus ambil gambar &
video). Dengar cerita ada yang sangkut kat dalam sampai tahap surrender
minta bantuan staff. Memang betul agak tricky but kalau bijak dan pandai
tengok map, insyaAllah boleh survive. Well, at least dapat cabar otak tu.

Aha: Tahukah anda bahawa Maze Land ni merupakan antara salah satu
tempat pengambaran program Running Man? Yup!

Psst, kalau pergi dengan kawan-kawan lagi best. Boleh challenge each other.

😉: 2134-47, Bijarim-ro Gujwa-eup, Jeju-si (GPS: 33.489010, 126.800908)


😉: +82 64-784-3838
⌨️: www.mazeland.co.kr
📍: 9AM - 5.30PM to 7.00PM (waktu berbeza mengikut musim)
😉: 9,000 KRW/seorang
😉: Parking disediakan

Menikmati pemandangan cantik Woljeong-ri Beach


Dah penat cabar diri kat Maze Land, tiba masanya untuk cool off di pantai
Woljeong-ri. Selalunya pantai ramai orang masa musim panas. Mujurlah aku
datang sini musim spring. Less crowd & boleh enjoy the view dengan tenang.
One thing aku suka tentang pantai ni is air dia jernih dan warna pun cantik
(emerald). Anda boleh santai, minum dan makan di mana-mana café atau
restoran terletak di sepanjang pantai ni. Antaranya ialah Woodstock Cafe.
Banyak ruang untuk santai, Instagrammable interior design dan serve best
drinks!

Aha: Kalau datang masa musim panas, boleh la swim kat pantai!

😉: Woljeong-ri, Gujwa-eup, Jeju-si, Jeju-do (GPS: 33.556251, 126.796171)


⌨️: Laman Web Rasmi Visit Korea

Makan tengahari di Jeju Onuii

Terletak beberapa minit drive dari kawasan pantai Woljeongri, ada satu
restoran Muslim-friendly yang anda boleh visit for lunch. Restoran ini hanya
menghidangkan makanan laut dan tidak menggunakan alkohol sebagai
ingredient dalam masakan.

Jangan lupa untuk pesan hot stone rice, sliced abalone and other side dishes
like vegetables (kimchi & salad) and seafood (grilled mackerel, fermented
spicy squid & anchovies. Serius, sekali makan rasa nak tambah lagi. Tapi
kebetulan masa tu ramai orang, so aku ada la rasa malu nak tambah. BYE.
Melihat bunga canola

Next, time untuk tengok canola flowers. Ini semestinya sebab utama travellers
berkunjung ke Jeju pada musim spring. Masing-masing taknak lepaskan
peluang untuk datang ke Gasi-ri Wind Power Plant Park.

MasyaAllah, view dia cantik yang amat. Aku torn in between sama ada nak
duduk dan nikmati betapa indah ciptaanNya atau terus buat kerja ambil
gambar dan video.

Tip: Kalau anda pilih untuk memandu di sini, jangan lupa untuk slow down di
sepanjang jalan Noksan-ro (iaitu salah satu jalan tercantik di sini) menuju ke
Gasiri-Wind Power Plant untuk menyajikan mata anda dengan view bungan
canola dan cherry blossoms!

Pastikan anda semak kalendar tahunan festival di Jeju untuk menyertai Jeju
Canola Flower Festival yang menyediakan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik
untuk para pengunjung. Plus, IT'S FREE!

😉: 381-15, Noksan-ro, Seogwipo-si, Jeju-do (GPS: 33.387277, 126.709303)


⌨️: Jeju Canola Flower Festival

Cabar diri di Zipline Jeju

Betul apa yang orang sini kata. Jeju bukan sahaja tempat untuk menikmati
pemandangan cantik atau makanan best tapi ia juga tempat untuk anda
melakukan sukan outdoor seperti zipline.
Di kelilingi tanaman teh, Zipline Jeju menawarkan empat jenis course iaitu
Cedar Tree Forest Course (171m), Across the Green Tea (174m), Over the
Pond (52m) dan Horizon with the Sea (223m) yang sesuai untuk para
pengunjung dari pelbagai lapisan umur.

Tip: Untuk tujuan keselamatan, pastikan anda memakai pakaian sesuai untuk
aktiviti ni. Plus, anda boleh bawa mobile phone or camera but at your own
risk.

For me, it is less challenging sebab I've done something lagi adventurous
before but definitely Zipline Jeju ni sesuai untuk para beginner atau mereka
yang nak rasa bagaimana naik zipline. Plus point untuk Zipline Jeju is the
view is not bad!

😉: 117, Seongyo-ro, Seonheul-ri, Jocheon-eup, Jeju-si (GPS: 33.487113,


126.706723)
😉: +82 64-784-9030
⌨️: www.jejuzipline.co.kr
📍: 9AM - 5.40PM
😉: 28,000 KRW/seorang

Buffet halal di Restoran Shabu-Shabu

Kalau rasa-rasa nak makan hidangan buffet halal di Jeju, why not cuba
restoran Shabu-Shabu. Please be mindful that their buffet is agak pricey for
most of us but for those yang tak berkira bab-bab makanan masa travel ni,
this place is definitely for you!

Best thing pasal restoran ini ialah mereka hidangkan daging lembu dan ayam
halal (diiktiraf oleh Jeju Islamic Cultural Center). On top of that, banyak pilihan
seafood yang anda boleh nikmati seperti abalone, udang, ketam, crayfish dan
macam-macam lagi.

Tip: Perhatikan label/tanda halal pada setiap makanan ya ;)


Kegemaran aku of course Korean fried chicken (tteokbokki) dan their fresh
seafood!

😉: 25, Halladaehak-ro, Jeju-si, Jeju-do, South Korea (GPS: )


😉: +82-64-742-1101
⌨️: Facebook | @shabu1000jeju
📍: 11AM - 10.50PM
😉: 34,000 KRW/seorang

Day 4

Petik Buah Strawberi

Untuk hari keempat, aku sengaja tak makan banyak masa sarapan pagi
sebab nak reserve space lebih untuk aktiviti pertama kitaorang iaitu petik
buah strawberi. Buat para penggemar buah strawberi, anda wajib visit
Dongsan Strawberry Farm terletak di kawasan Jeojie.

Kenapa?
Sebab strawberi kat sini sedap, fresh dan yang penting organik (free from
chemical.

Dengan hanya perlu bayar sekitar 11 USD (12,000 KRW), anda boleh makan
sebanyak buah strawberi yang anda nak. Makan la sampai kenyang. Bukan
itu sahaja, anda juga akan diberikan satu bekas kecil untuk take away!

😉: +010-9838-2479 or 010-3119-2479 (e-mail at kth2479@invil.org).


⌨️: @strawberry2479

Soap making di Innisfree Jeju House

Buat para penggembar korean beauty products, trip di Jeju semestinya tak
lengkap kalau tak pergi ke Innisfree Jeju House iaitu syurga produk-produk
kecantikan jenama Innisfree.

Selain daripada melihat berbagai jenis produk, anda juga boleh lakukan
aktiviti buat sabun di sini. Simply beli kit sabun (green tea, volcanic atau
tangerine) yang berharga 15,000 KRW. Show your creativity by decorating
your own soap using the unique stamps provided.

😉: 425, Sinhwayeoksa-ro, Andeok-myeon, Seogwipo-si, Jeju-do (GPS:


33.307202, 126.290594)
😉: +82 64-794-5351
⌨️: www.innisfree.com (Korean only)
📍: 9AM - 6PM

O'sulloc Tea Plantation

Selain dari Innisfree Jeju House, tempat yang wajib anda kunjungi di Jeju
ialah O'Sulloc Tea Plantation. View ladang teh terbesar di Jeju ni
sememangnya cantik. Kalau pergi pada musim spring, warna daun lebih
menyerlah. Perfect spot untuk ambil gambar.

Selain itu, anda boleh visit O'Sulloc Tea Museum untuk mempelajari serba
sedikit tentang tea di Korea.

Before leaving, jangan lupa ke café di sini untuk cuba green tea roll cake
(5,000 KRW) dan aiskrim green tea (6,000 KRW). Para peminat green tea
semestinya WAJIB CUBA!
😉: 15, Sinhwayeoksa-ro, Andeok-myeon, Seogwipo-si, Jeju-
do (GPS: 33.306136, 126.289399)
😉: +82 64-794-5312
⌨️: www.osulloc.com
📍: 9AM - 6PM

Gunung Sanbangsan

Gunung Sanbangsan terhasil dari kejadian gunung berapi yang dikatakan


berlaku pada 700,000 ke 800,000 tahun lalu. Kini ia berdiri sebagai salah satu
tarikan menarik di Jeju.

Jika anda mempunyai banyak masa, boleh la explore gunung ni sebab ada
macam-macam kat sini seperti gua, temple dan pemandangan laut yang
memukau. Tapi jika tak ada banyak masa, boleh la visit salah satu taman
bunga kanola yang berlatarbelakangkan Gunung Sanbangsan.

😉: 218-10, Sanbang-ro, Andeok-myeon, Seogwipo-si, Jeju-


do (GPS: 33.237018, 126.310597)
😉: +82 64-752-3001
📍: 8AM-9PM

Day 5

Melawat Jeju Dongmun Traditional Market

On my last day in Jeju, pagi tu kitaorang visit Jeju Dongmun Traditional


Market. Mendekati orang tempatan merupakan antara salah satu essence
dalam travelling dan the best way to do it is by visiting the local traditional
markets.
Mula beroperasi pada tahun 1945, Dongmun Market merupakan antara pasar
terkenal di Jeju dimana para pengunjung akan melihat pelbagai jenis barang
dijual di sini dengan harga yang berpatutan (selari dengan kualitinya).
Antaranya ialah buah tangan tempatan, pakaian, makanan kering, snek dan
coklat, makanan basah seperti seafood dan banyak lagi.

Jangan lupa untuk cuba beberapa makanan local kat sini. Kalau nak beli
souvenirs pun this might be the best place too since most of them said that
harga kat sini not bad.

😉: 20, Gwandeok-ro 14-gil, Jeju-si, Jeju-do (GPS: 33.237018, 126.310597)


Brick Campus

Sebelum ke lapangan terbang, kitaorang sempat melawat ke Brick Campus,


iaitu brick art museum pertama di dunia. Siapa peminat tegar LEGO, anda
wajib ke sini.

Muzium ini mengambil masa kira-kira tiga tahun untuk dibina sepenuhnya. Di
sini anda boleh lihat sekitar 250 artworks yang diperbuat dari LEGO oleh
pelbagai pereka. Anda pasti kagum bagaimana semua artworks di sini
dihasilkan dengan hanya menggunakan LEGO.
Don't forget to decorate your own LEGO artwork kat wall ni.

Aha: Tahukah anda bahawa Brick Campus juga telah digunakan sebagai
salah satu set penggambaran untuk rancangan Running Man? Yup!

😉: 3045 1100(Cheonbaek)-ro, Nohyeong-dong, Cheju, Jeju-do, South


Korea (GPS: 33.458669, 126.485510)
😉: 064-712-1258
⌨️: www.brickcampus.com
📍: 10AM - 9PM
😉: 12,000 KWON untuk dewasa dan kanak-kanak

VIDEO

Sekian sahaja perkongsian itinerari untuk trip di Jeju (musim spring)


selama 5 hari 4 malam. Sebenarnya ada banyak tempat dan aktiviti lagi yang
boleh diterokai di Jeju ni. Terima kasih kepada Jeju Tourism
Organisation atas peluang berharga ini. InsyaAllah, aku akan datang lagi
kalau ada rezeki.

Anda mungkin juga menyukai