Anda di halaman 1dari 1

Aku dilahirkan di sebuah kilang televisyen Panasonic di Shah Alam.

Badanku
berbentuk leper dan kebanyakan bahagian badan ku diperbuat daripada plastik. Aku
dicipta untuk membolehkan manusia menonton berita, cerita dan sebagainya. Walau
bagaimanapun, selalunya aku digunakan untuk berhibur. Oleh itu ramai manusia
ingin memiliki ku bagi menghiburkan mereka di rumah dan sebagainya.

Setelah aku selesai dipasang dan diuji, aku diletak di dalam kotak yang
selesa untuk dihantar ke kedai-kedai elektrik di seluruh Malaysia. Aku dihantar ke
sebuah kedai di Bandar Kuala Lipis, Pahang. Kemudian, aku dipamerkan di dalam
almari kaca di kedai tersebut.

Setiap kali pengunjung datang ke kedai itu, mereka pasti melihat-lihat aku.
Ramai yang bertanya-tanya tentang harga ku dan memuji-muji akan kecantikan dan
kecanggihan aku. Walau bagaimanapun mereka tidak mampu membeli ku kerana
harga aku agak mahal berbanding dengan televisyen-televisyen yang lain.

Pada suatu hari, aku dikunjungi oleh seorang lelaki muda. Dia mungkin
sangat berminat untuk memiliki aku apabila dia dilihat tawar-menawar harga ku
kepada tuan kedai. Akhirnya dia bersetuju membeli ku dengan harga RM4000.00.

Selepas itu aku dibawa balik ke rumahnya di Kampung Merapoh dan


diletakkan di ruang tamu. Aku lihat isteri dan anak-anaknya sangat gembira
memperolehi aku. Sejak dari hari itu, aku sering digunakan oleh keluarga Encik Ali
tanpa mengira waktu. Walaupun aku berasa penat, namun aku terpaksa
menunaikan tanggungjawab ku kepada mereka. Kadang-kadang aku terus dipasang
walaupun pada waktu hujan dan kilat sambar-menyambar menyebabkan aku berasa
sedih kerana mereka kurang menjaga keselamatan diri ku.

Kebimbangan ku itu akhirnya berlaku juga. Semasa hujan pada suatu malam,
aku terpadam akibat kilat. Aku tidak boleh dibetulkan lagi kerana kerosakan ku amat
teruk. Akhirnya aku dibuang ke tempat pelupusan sampah. Walau bagaimanapun
aku berasa bangga kerana dapat juga aku berbakti kepada manusia di dunia ini
semasa hayat ku.