Cerita saya pada pagi yang indah ini bermaudukkan Kisah Nabi Ibrahim dengan Raja
Namrud.
Tanggal 2295 Sebelum Masihi, Kota Babylon telah menjadi saksi, lahirlah utusan illahi
yang diberi nama Ibrahim as. Ketika penduduk Babylon rancak menyembah patung-
patung berhala mereka, detik itulah Azar, seorang pengukir berhala yang terkenal
gembira menyambut cahaya mata. Mereka semua lupa akan segala kenikmatan dan
kebahagian duniawi. Syukur nikmat Allah, muncullah Al-Khalil pembawa berita gembira.
Baginda dilahirkan pada tahun 2295 Sebelum Masihi di Babylon. Baginda adalah orang
yang disayangi Allah dan digelar al-Khalil yang bermaksud kesempurnaan dan
kedalaman cinta.
Firman Allah:
َ َ١٢٥َٱّللهَإِ ۡب َٰر ِهيمَخ ِل ايٗل
ََّ ََوَٱتَّخذ
“Dan Allah menjadikan Nabi Ibrahim kesayanganNya.”
Sejak dari kecil lagi, Nabi Ibrahim telah mendapat petunjuk daripada Allah swt. Baginda
musykil dengan aqidah anutan ayahandanya yang menyembah berhala. Terfikir
olehnya mungkin ada kuasa lain yang menjadikan alam ini.
Sehinggakan Allah merakamkan kisah bagaimana Nabi Ibrahim mencari tuhan di dalam
surah al An’am ayat 76-79. Pada mulanya Nabi ibrahim melihat bintang ketika malam
yang gelap, lalu baginda menyatakan bahawa inilah tuhanku. Namun, apabila bintang
itu hilang di siang hari, Nabi Ibrahim terfikir, “Mustahil tuhan aku akan hilang.”
Kemudian Nabi Ibrahim melihat pula bulan purnama terang benderang dalam suasana
malam yang gelap. Dengan cahaya yang dapat menerangi malam, baginda
menyatakan inilah tuhanku. Namun begitu, bulan juga turun menghilang pada siang
harinya. Lantas Nabi Ibrahim berkata, “Mustahil tuhan aku akan hilang seperti itu.”
Kemudian Nabi Ibrahim melihat pula matahari yang gah menerangi alam ini pada siang
hari. Dengan kehebatan cahaya matahari yang tiada bandingan, Nabi Ibrahim berkata,
“Inilah tuhanku.” Namun begitu, apabila matahari tenggelam pada malam hari, Nabi
Ibrahim menjadi bingung. “Adakah tuhan aku tidak kekal?”
Akhirnya, Nabi ibrahim berdoa kepada tuhan yang menciptakan langit dan bumi agar
tidak menjadikannya dalam golongan orang yang menyekutukan Allah.
Firman Allah :
.
َ َ١٥ََههوََٱلَّذِيَجعلَل هك همَ ۡٱۡل ۡرض
“Dialah Yang menjadikan bumi bagi kamu.”
(Surah Al-Mulk ayat 15 )
Rakan-rakan sekalian,
Dalam segala hal yang kita lakukan kita mesti bijak berfikir. Contohnya, kita lihat
pada masa kini, kebijaksaan yang ditonjolkan oleh Dato Seri Najib bin Tun Abdul
Razak dalam menyatupadukan masyarakat Malaysia dengan mencipta slogan 1
Malaysia perlu sama-sama kita ikuti. Hasilnya, masyarakat berbilang kaum
sentiasa bersatu padu dan saling bekerjasama dalam mempertahankan
kedaulatan negara yang tercinta.
Kota Babylon dahulunya telah diperintah oleh seorang raja yang sangat zalim. Beliau
bernama Raja Namrud.
Namrud mendakwa dirinya paling berkuasa. Beliau memerintahkan agar dibawa dua
orang banduan di hadapan Nabi Ibrahim. Seorang dibunuhnya, sementara seorang lagi
dibiarkan hidup.
“Lihatlah Ibrahim, aku berkuasa dalam menghidup dan mematikan manusia!” kata
Namrud dengan angkuhnya.
Lalu Nabi Ibrahim mencabar Namrud dengan kuasa yang ada padanya supaya
menjadikan matahari terbit dari sebelah barat. Marahnya Namrud dengan cabaran Nabi
Ibrahim kerana perkara tersebut amatlah mustahil baginya.
Firman Allah :
Ya kawan-kawan,
Janganlah kita sesekali menyombong diri kerana orang yang sombong selalu
rugi. Usahlah kita bersikap sombong seperti si arnab yang tidur di pertengahan
jalan, akhirnya dia juga tewas dengan kura-kura yang lembab itu.
Firman Allah:
Kawan-kawan sekalian,
Dalam menegakkan agama Allah kita haruslah berani seperti Nabi Ibrahim.
Lihatlah Pencetus Ummah Rahmat, kerana keberanian dan kepetahannya, beliau
telah dinobatkan sebagai juara pencetus ummah musim pertama.
Namrud berasa sangat marah lalu mengarahkan Nabi Ibrahim segera ditangkap dan
dibunuh. Tetapi Allah telah mengirimkan tentera nyamuk untuk menghapuskan tentera
Namrud. Akhirnya Namrud mati diserang seekor nyamuk sebagai balasan kekejaman
dan kezalimannya.
Firman Allah :
Terima kasih.