Anda di halaman 1dari 4

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran / Tahun : Pendidikan Kesihatan Tahun 4

Kelas : 4C

Bilangan murid : 27 orang

Tarikh : 28 / 8 / 2018 (Selasa)

Masa : 12.05 tengah hari – 12.35 tengah hari (30 minit)

Modul : Modul 2 : Kesihatan Mental, Emosi dan Sosial – Perhubungan

Standard Kandungan : 2.3 Mengetahui dan mengaplikasi kemahiran interpersonal serta


komunikasi berkesan dalam kehidupan harian.

Standard Pembelajaran : 2.3.1 Menjelaskan kepentingan menyayangi diri sendiri dan ahli
dalam keluarga.
2.3.2 Menyatakan cara meluahkan perasaan kasih sayang dalam
keluarga.
2.3.3 Mempamerkan cara meluahkan perasaan yang sesuai
dalam pelbagai situasi.

Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat:


1. Menjelaskan satu kepentingan menyayangi diri sendiri dan
ahli dalam keluarga.
2. Mempamerkan cara yang sesuai untuk meluahkan perasaan
bagi situasi yang diberi.

Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah mempelajari kepentingan hubungan kekeluargaan.

EMK : Kreativiti dan Inovasi

Sumber / Bahan Bantu


Belajar : Kad Situasi, slaid yang disediakan oleh murid

Penilaian PdP : Perbincangan dalam kumpulan, lakonan


Langkah / Isi Pelajaran Aktiviti PdP Catatan / BBB
Masa
Slaid yang bertajuk
Permulaan 1. Membantu murid bersedia BBB:
(10 minit) untuk pembelajaran. “Menyayangi diri sendiri”
Slaid
2. Menarik minat murid
1. Murid diminta sediakan
terhadap sesi pengajaran dan
pembelajaran. slaid sebagai penilaian akhir
Teori Pembelajaran:
3. Menyediakan murid agar tahun.
mereka dapat memberi -
2. Murid yang menyediakan
perhatian kepada topik slaid tersebut akan
tersebut. membentangkan hasil Strategi PdP:
kerjanya.
Berpusatkan bahan
3. Guru akan membuat
rumusan dan membuat
pembetulan sekiranya
terdapat kesalahan dari segi
isi kandungannya.

Perkemban- 1. Murid-murid akan Langkah 1: (6 min) BBB:


gan dibahagikan kepada lima Kad situasi
(16 minit) kumpulan. Murid akan membuat
perbincangan terhadap Teori Pembelajaran:
2. Kad situasi akan diberi.
situasi yang diberi dan Konstruktivisme
mempamerkan cara yang
Brainstorming
dapat menunjukkan kasih
sayang dalam situasi
tersebut melalui lakonan. Strategi PdP:

Berpusatkan bahan
Lakonan

Lakonan. Langkah 2: (10 min)


Setiap kumpulan diberi 2
minit untuk berlakon.

Guru memberi maklum balas


terhadap lakonan murid-
murid.
Penutup Membuat rumusan. Guru membuat rumusan Strategi PdP:
(4 minit) terhadap pengajaran dan
Berpusatkan guru
pembelajaran dan
mengaitkan kepentingan
menyayangi diri sendiri
dengan kekeluargaan.

Refleksi:

Kekuatan

Kelemahan

Cadangan penambahbaikan

Ulasan Pensyarah/Guru Pembimbing


Refleksi:
Saya telah menjalankan pengajaran dan pembelajaran(pdp) pada kelas 4C. Terdapat
pelbagai kebaikan dan keburukan yang telah saya dapati. Saya perlu membuat
penambahbaikan supaya pdp saya lebih berkesan.

Kekuatan pdp saya pada hari ini ialah aktiviti yang melibatkan lakonan murid-murid
amat menarik dan setiap murid mengambil bahagian untuk berlakon.

Namun, saya mendapati bahawa murid-murid tidak serius semasa berlakon dan
mengambil masa yang lama. Selain itu, slaid yang disediakan oleh murid kurang tepat
maklumatnya.

Penambahbaikan yang perlu dibuat adalah saya perlu menyediakan aktiviti yang boleh
menerapkan pengetahuan yang sebenar dan pastikan mereka memahami tajuk tersebut.

Kekangan yang saya hadapi ialah permintaan sekolah untuk menilai prestasi murid
berdasarkan slaid dan pembentangan yang dilakukan oleh setiap murid.

Kesimpulannya, saya perlu mengambil langkah untuk mengatasi segala kekangan dan
cabaran yang dihadapi. Saya perlu sentiasa belajar dari kesilapan dan membuat
penambahbaikan supaya pdp akan menjadi lebih baik.

Anda mungkin juga menyukai