Anda di halaman 1dari 2

‫الر ِح ْي ِم‬

َّ ‫مـن‬ ِ ْ‫الرح‬ َّ ‫هللا‬ ِ ‫س ِم‬ ْ ‫ِب‬


‫علَى‬َ َّ‫ان ِإال‬ َ ‫ع ْد َو‬ ُ َ‫ب ا ْلعَالَ ِم ْي َن َوا ْلعَاقِبَةُ ِل ْل ُمت َّ ِق ْي َن َوال‬ ِ ِ ‫ا ا َ ْل َح ْم ُد‬
ِ ‫هلل َر‬
‫علَى‬
َ ‫س ِل ْي َن َو‬ ِ َ‫ف اْأل َ ْن ِبي‬
َ ‫اء َوا ْل ُم ْر‬ ِ ‫علَى أَش َْر‬ َ ‫سالَ ُم‬ َّ ‫صالَةُ َوال‬ َّ ‫ظا ِل ِم ْي َن َوال‬ َّ ‫ال‬
‫ َءا ِل ِه َوصَحْ بِ ِه أَجْ َم ِع ْي َن‬.
‫س‬ ُ ‫يَا اَهلل ُ يَا َما ِلكُ يا َ قُد ُّْو‬

Ya Allah kami menadah tangan memohon restu-Mu, kurniakanlah kepada kami iman yang kamil, ilmu
yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh, rumah tangga yang bahagia, usia yang
berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar,
keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

‫َيا اَهلل ُ َيا َك ْري ُم‬


Jadikanlah Kursus KEMAHIRAN MEMBACA SITUASI & KRISIS DALAM KONTEKS “BLIND SPOT” Selama 2
Hari ini bermula 12.Nov SEHINGGA 13.Nov 2018 ini sebagai wasilah ke arah mempereratkan hubungan
antara kami. Ya Allah, perkukuhkan azam dan iltizam kami bersama demi mencurahkan usaha dan
tenaga kepada agama, bangsa dan negara. Sempurnakan khidmat bakti kami ini sebagai satu ibadah
yang dicontohi dan disegani, eratkanlah kasih sayang di kalangan kami, limpahkanlah cahaya petunjuk
untuk kami terus melaksanakan tanggungjawab dengan adil demi kesejahteraan masyarakat dan negara.

‫ش ُك ْو ُر‬
َ ‫َيا اَهلل ُ َيا‬
Kami memohon agar satukan dan perteguhkanlah hati-hati kami, siramilah hati kami dengan cahaya
ketaqwaan, jadikanlah kami di bawah lindungan-Mu. Kami memohon kesejahteraan dan kebahgiaan
berkekalan untuk kami di dunia dan akhirat.

‫َيا اَهلل ُ َيا َر ِشيْد‬


Suburkanlah sifat-sifat yang mulia di dalam jiwa-jiwa kami, dengan sentiasa merasa redha di atas nikmat
dan rahmat yang telah dikurniakan kepada kami, mesrakanlah di antara hati-hati kami,tunjukkanlah
kami jalan yang selamat, hindarilah diri kami dari sifat-sifat mazmumah dan siramilah kami dengan sifat-
sifat mahmudah.

ْ ‫اَللَّ ُه َّم‬
ُ ‫اج َع ْل َج ْمعَنَا َه َذا َج ْمعًا َم ْر ُح ْو ًما َوتَفَ ُّرقَنَا ِم ْن بَ ْع ِد ِه تَفَ ُّرقًا َم ْع‬
‫ص ْو ًما‬
‫ط ُر ْودًا َوالَ َم ْح ُر ْو ًما‬ ْ ‫ش ِقيًّا َوالَ َم‬ َ ‫والَ تَ ْج َع ْل ِف ْينَا َوالَ َم َعنَا‬.
َ
Ya Allah, jadikanlah kursus kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan perpisahan kami pula
selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi. Ya Allah permudahkanlah pegawai-
pegawai kami dalam menyelesaikan tugas-tugas hakiki mereka. Jauhkanlah kami dari segala bala
bencana kebinasaan dan kerosakan dan apa-apa jua perkara yang menjauhi kami daripada rahmat-Mu.

{‫اب النَّار‬َ ‫سنَةً َو ِقنَا َع َذ‬ ِ ْ‫سنَةً َو ِفى ا‬


َ ‫آلخ َر ِة َح‬ َ ‫}ربَّنَا َءا ِتنَا ِفى ال ُّد ْنيَا َح‬ َ
َ‫ب ْالعَالَ ِميْن‬
َّ ‫ار يَا َر‬ُ َّ‫َوأ َ ْد ِخ ْلنَا ْال َجنَّةَ َم َع اْألَب َْر ِار يَا َع ِزي ُْز يَا َغف‬
َ‫ص ْح ِب ِه أ َ ْج َم ِعيْن‬
َ ‫س ِي ِدنَا ُم َح َّم ٍد َو َعلَى َءا ِل ِه َو‬َ ‫صلَّى هللا ُ َعلَى‬
َ ‫َو‬
َ‫ب ْال َعالَ ِميْن‬
ِ ‫هلل َر‬ِ ِ ‫ َو ْال َح ْم ُد‬.

Anda mungkin juga menyukai