Anda di halaman 1dari 2

SUSU SOYA

Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dan lain-lain.
Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu
sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan
matlamat untuk melariskan barangan mereka.

Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang


mengandungi nutrien penting dan protein. Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi
kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita.

Antara keburukan kacang soya:

•Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.

•Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.

•Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan
kanak-kanak.

Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai
hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan
mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development.

FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk
mengubah masa kitaran haid wanita!

Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia iaitu komponen yang aktif secara
biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan yang mengagumkan, dan susunan yang
paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (komponen sebatian kimia
yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan
kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)

Walaubagaimanapun, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak


dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang
lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan
sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya
yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan
isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.

Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama phytic
acid yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Phytic acid mampu menghalang
penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan
perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil
kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan. Malah,
kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.

Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin yang membentuk jaringan
virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya dan perencat tripsin yang merencatkan
pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan
dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses
penapaian ialah tempe .

Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu
berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan
susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka. Menurut Dr Jill
Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania,
bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu
keadaan yang berbahaya.

Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak
sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses
tumbesaran tikus makmal. Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak
seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang
cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang
sepatutnya.

Anda mungkin juga menyukai