Anda di halaman 1dari 2

ANNOTATION…

KEBAIKKAN BERSUKAN…
Masih ramai ibu bapa yang tidak menggalakkan anak mereka bergiat aktif
dalam sukan kerana melihat bidang itu tidak memberikan manfaat dan lebih
membimbangkan, jika pelajaran anak terabai atau keciciran.
Pandangan seumpama itu tidak sepatutnya ada kerana pembabitan individu
dalam sukan sebenarnya membawa banyak kebaikan kepada mereka. Mereka
tidak sedar bahawa bersukan dapat membantu kita untuk menjaga kesihatan.
Penyampai berita ntv 7, Adriana Aris,39, atau lebih dikenali sebagai Ade,
yang aktif bersukan sejak di bangku sekolah rendah turut bersetuju dengan
pandangan itu. Katanya,sukan boleh meningkatkan keyakinan diri bagi setiap
individu. Keyakinan diri akan meningkatkan semangat seseorang untuk melakukan
kerja-kerja harian.
Ade yang juga Pengarang Eksekutif Berita Produksi dan Pemasaran Kreatif
berkata, jika anak suka dan menunjukkan minat tinggi menyertai sukan, ibu bapa
sepatutnya tidak menghalang. Sebaliknya, ibu bapa harus memberikan galakan
tetapi pada masa yang sama memantaunya supaya mereka dapat menyeimbangkan
antara aktiviti sukan dan pelajaran. Hal ini seterusnya dapat menyerap semangat
kental dalam kalangan anak-anak muda.
“Bersukan adalah antara cara untuk membentuk gaya hidup sihat, oleh
itu jangan halang minat anak-anak anda. Lebih-lebih lagi, menjalani gaya hidup sihat
pada masa kini adalah penting terutama dalam penjagaan kesihatan. Malah, amat
membimbangkan kerana sejak kebelakangan ini kita sering mendengar ada individu
baru berusia 30 tahun, diserang penyakit jantung berikutan amalan gaya hidup dan
corak pemakanan yang tidak sihat.
“Lagipun, masyarakat Malaysia sememangnya suka makan dari pagi hingga
malam dan bersambung ke lewat pagi. Ditambah dengan kemewahan pelbagai
makanan, ada yang langsung tidak menjaga serta mengawal corak pemakanan
mereka. Makan banyak tetapi tidak bersukan, jadi tiada keseimbangan dalam
kehidupan seharian.
“Justeru, apabila anak meminati sukan, ia sesuatu yang baik kerana ketika
usia masih kecillah kita perlu pupuk mereka mengamalkan gaya hidup sihat.
Apabila meningkat dewasa, amalan seumpama itu diharapkan agar berterusan.
Tambah-tambah lagi, bersukan boleh memupuk kerja dalam kumpulan serta
memberi peluang belajar bergaul dengan ramai orang,” katanya ketika ditemui
baru-baru ini.
(dipetik dan diubahsuaikan daripada “Sibuk bukan halangan bersukan”, oleh Nor
Affizar rta Ibrahim, Berita Harian, 9 Jun 2011)