Anda di halaman 1dari 7

TEKS PENGACARA

MAJLIS PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN


SMK PINAWANTAI KUDAT SABAH

Nota ( untuk dibaca oleh juruacara majlis ) :

1. Arahkan pelajar beratur mengikut kelas.


2. Arahkan beg diletakkan disebelah kanan.
3. Arahkan pelajar untuk diam, meluruskan barisan dan bersedia.

Sila beratur dalam barisan kelas masing-masing.


Pelajar yang lewat sampai, sila masuk baris dengan kadar
segera.
Semua pelajar diminta beratur mengikut kelas masing-masing.
Pengawas yang bertugas…sila jalankan tugas anda
Pelajar diminta meluruskan barisan kelas anda.

Mengumumkan ketibaan
Yang Berusaha Tuan Pengetua SMK Pinawantai
En. Junik bin Bajit.

NYANYIAN DAN IKRAR

Majlis perhimpunan pada pagi ini dimulakan dengan nyanyian Lagu


Negara Ku dan Lagu Sabah Tanah Air Ku. Semua guru dan pelajar
diminta berdiri tegak dan bersedia untuk menyanyi bersama dengan
iringan muzik.

Nyanyian Lagu Negara Ku ( dengan iringan muzik )

Nyanyian Sabah Tanah Air Ku ( dengan iringan muzik )

Seterusnya, bacaan ikrar akan diketuai oleh saudari Aefialtira Denius.

Semua guru diminta bersedia menerima lafaz ikrar pelajar.

1
LAFAZ IKRAR PELAJAR

Seterusnya, Lafaz Ikrar Pelajar, ( semua pelajar diminta bersedia…up )

Bahawasanya kami /, pelajar-pelajar SMK Pinawantai /


berikrar dan berjanji / :

Mematuhi undang-undang / dan peraturan sekolah,


Memberi komitmen jitu / terhadap pelajaran,
Menghormati guru dan ibubapa /,
Menjaga dan menaikkan / nama serta imej sekolah,
Merealisasikan Falsafah / Pendidikan Kebangsaan.

LAFAZ IKRAR RUKUN NEGARA

Seterusnya Lafaz Ikrar Rukun Negara ( semua guru dan pelajar


diminta bersedia….up )

Bahawasanya kami / rakyat Malaysia, / berikrar dan berjanji /


akan mendukung cita-cita / berdasarkan atas / prinsip-prinsip yang
berikut / :

Kepercayaan Kepada Tuhan


Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara
Keluhuran Perlembagaaan
Kedaulatan Undang-Undang
Kesopanan Dan Kesusilaan

Terima kasih kepada guru-guru dan para pelajar atas ikrar yang
dilafazkan sebentar tadi. Semua guru dan pelajar dipersilakan duduk.

2
SALAM SMK PINAWANTAI JUARA DAN SALAM SEJAHTERA.

Yang Berbahagia Yang Dipertua PIBG, En Rosmin Manggong,

Yang Berusaha Tuan Pengetua, En Junik bin Bajit

Yang Berusaha Barisan Kepimpinan Pentadbir Sekolah

En Juas Ingkat – Penolong Kanan Pentadbiran

En Fakaruddin Hj Mamat – Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

En Lamsudi Sarnika – Penolong Kanan Kokurikulum

En Jamison Bisara – Penolong Kanan PRA-U

En Jeffrin Marinda - Penolong Kanan Kokurikulum PRA-U

Yang Dihormati Guru-Guru Kanan Matapelajaran dan Guru-Guru


Cemerlang.

Yang Dikasihi lagi Disayangi, para pendidik dan rakan-rakan


pelajar.

Setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Illahi kerana


dengan izinNYA, maka dapat kita berhimpun dan berkumpul pada
pagi yang indah ini.

DOA

Untuk memberkati perhimpunan kita pada pagi, majlis


mempersilakan saudara Jairullizwan bin Jinuddin untuk melafazkan
doa.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada saudara Jarullizwan


bin Jinuddin atas bacaan doa sebentar tadi.

3
LAPORAN GURU BERTUGAS

Seterusnya, majlis mempersilakan Yang Dihormati Guru Bertugas


Minggua untuk memberikan Laporan Bertugas Mingguan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Encik/Puan


____________________________atas laporan yang disampaikan
tadi.

M10MP

Majlis diteruskan lagi dengan slot M10MP. Dengan itu, majlis


menjemput En. Kenny Jool Ketua Bidang Sains dan Matematik untuk
meneruskan majlis. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

UCAPAN PK HEM

Seterusnya, majlis majlis dengan segala hormatnya menjemput En.


Fakaruddin Hj Mamat Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK
Pinawantai untuk menyampaikan ucapan. Maljis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

Majlis diteruskan lagi dengan penyerahan watikah pelantikan


pengawas sekolah. Dengan itu, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan Tuan Pengetua diiringi para pentadbir sekolah untuk
menyampaikan watikah kepada pengawas sekolah.

Seterusnya kita akan mendengar lafaz ikrar pengawas sekolah yang


akan diketuai oleh Mohamad Firdaus bin Lukman merangkap Ketua
Pengawas SMK Pinawantai Tahun 2019.

4
Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas lafaz ikrar yang telah
dilayangkan oleh pengawas-pengawas sekolah sebentar tadi.

UCAPAN PENGETUA

Seterusnya, majlis mempersilakan En. Junik bin Bajit Pengetua SMK


Pinawantai untuk menyampaikan ucapan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas ucapan yang


disampaikan oleh En. Junik bin Bajit Pengetua SMK Pinawantai
sebentar tadi. Semoga nasihat, teguran, amanat itu dapat kita jadikan
panduan untuk merealisasikan tradisi kecemerlangan.

Majlis diteruskan lagi dengan penyerahan Polisi FoDisTent kepada


ketua-ketua kelas. Dengan itu majlis sekali lagi menjemput Tuan
Pengetua En Junik bin Bajit untuk menyerahkan polisi ini kepada
ketua-ketua kelas.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Tuan Pengetua atas


penyerahan polisi itu sebentar tadi.

UCAPAN YDP PIBG

Seterusnya, majlis mempersilakan Yang Berbahagia Yang Dipertua


PIBG SMK Pinawantai En Rosmin Manggong untuk menyampaikan
ucapan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas ucapan yang


disampaikan oleh Yang Dipertua PIBG sebentar tadi.

5
PELANCARAN PROGRAM MAGAVI-AVI

Seterusnya majlis menjemput Dr. George Tamaki untuk


mengendalikan Pelancaran Program Magavi-Avi PT3, SPM dan STPM.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

PENYERAHAN INSENTIF KEPADA PARA ATLIT

Majlis diteruskan lagi menjemput Yang Dipertua PIBG sekali lagi


untuk menyempurnakan penyampaian sumbangan insentif dari pihak
PIBG kepada para atlet sekolah. Majlis dengan segala hormatnya
menjemput wakil atlet sekolah ____________ untuk menerima
sumbangan daripada Yang Dipertua PIBG.

Majlis diteruskan lagi menjemput Yang Berusaha Tuan Pengetua En


Junit bin Bajit sekali lagi untuk menyempurnakan penyampaian
sumbangan insentif pihak sekolah kepada para atlet sekolah. Majlis
dengan segala hormatnya menjemput wakil atlet sekolah
____________ untuk menerima sumbangan daripada Yang Dipertua
PIBG.

Sebagai tanda terima kasih kepada Yang Dipertua PIBG, majlis


diteruskan lagi menjemput Yang Berusaha Tuan Pengetua En Junit bin
Bajit untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang Dipertua PIBG.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada YDP PIBG atas


penyerahan sumbangan insentif itu tadi.

PENGUMUMAN

Perhimpunan kita sampai dipenghujungnya, sebelum bersurai, ada


beberapa pengumuman yang ingin disampaikan :

1. Guru Bertugas pada minggu ini ialah : ( Rujuk Jadual Guru


Bertugas )
6
2. Lain-lain perjumpaan___________________ ( sebutkan jika
ada)

MAJLIS PERHIMPUNAN BERSURAI

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yang


Berbahagia Yang Dipertua PIBG, Yang Berusaha Tuan Pengetua, Yang
Berusaha semua Penolong Kanan, dan Yang Dihormati semua guru
yang hadir dalam perhimpunan ini. Majlis perhimpunan diakhiri
dengan Nyanyian Lagu Sekolah.

Nyanyian Lagu Sekolah ( dengan iringan muzik )

Majlis perhimpunan bersurai. Para pelajar boleh bergerak masuk ke


kelas masing-masing dalam barisan.

Semua pelajar diminta bersurai mengikut kelas masing-


masing.

Sila keluar dari dewan dalam barisan kelas masing-masing.


Pengawas yang bertugas…sila jalankan tugas anda.

Sekian dan terima kasih.