Anda di halaman 1dari 1

INFO

BUNGA KEBANGSAAN

Pada akhir tahun 1958, Kementerian Pertanian telah mengemukakan tujuh jenis bunga untuk dipilih
sebagai Bunga Kebangsaan. Bunga-bunga berkenaan ialah bunga raya, bunga kenanga, bunga
melur, bunga cempaka, bunga teratai, bunga mawar dan bunga tanjung.

Untuk memilih bunga mana yang diangkat sebagai Bunga Kebangsaan, satu kajian telah dijalankan
oleh Jabatan Penerangan untuk mendapatkan reaksi orang ramai. Kajian ini dijalankan oleh unit-unit
bergerak Jabatan Penerangan di seluruh bandar dan desa di Semenanjung Malaysia. Hasil kajian
tersebut mendapati bahawa penduduk Pantai Timur memilih bunga mawar manakala penduduk
Pantai Barat memilih bunga melur.

Walau bagaimanapun akhirnya kerajaan membuat keputusan untuk memilih bunga raya
berdasarkan kriteria bunga raya yang sudah terkenal di seluruh negara, warna dan bentuk yang
menarik, nama panggilan yang sama di seluruh negara, mudah didapati di seluruh negara, dan yang
paling penting ia bukan menjadi Bunga Kebangsaan mana-mana negara lain di dunia ketika itu.

Berdasarkan kriteria-kriteria tersebut, pada 28 Julai 1960, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman
Putra Al-Haj telah mengisytiharkan bunga raya sebagai Bunga Kebangsaan. Hari ini, pemilihan
bunga raya sebagai Bunga Kebangsaan kelihatan begitu tepat kerana lima kelopak yang ada
padanya melambangkan lima pecahan prinsip Rukun Negara dan bunga ini juga dilambangkan
sebagai bunga perpaduan

Anda mungkin juga menyukai