Anda di halaman 1dari 1

Bahasa Melayu dinobatkan sebagai bahsa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa pengantar

ilmu sejak kemerdekaan negara pada tahun 1957. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa rasmi diwartakan di dalam Perlembagaan Persekutuan, sementara
kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi khusus diwartakan dalam Akta Kebangsaan
1967 dan sebagai bahasa pengantar ilmu pula diwartakan dalam Akta Pendidikan 1961 san
kemudian dalam Akta Pendidikan 1996.

Istilah lingua franca perlu diambil kira apabila mmeperkatakan tentang bahasa kebangsaan,
bahasa rasmi dan bahasa pengantar. Tanpa berlatarbelakangkan lingua franca, tidak mungkin
bahasa Melayu boleh menjadi utama hingga masa kini. Hal ini demikian kerana lingua franca
berkait rapat dengan ketiga-tiga elemen bahasa yang dinyatakan di atas.

Linguistik merupakan satu bahasa yang terdiri daripada pelbagai bahasa, termasuk bahasa
Itali yang bercampur dengan Bahasa Perancis, Sepanyol, yunani dan Arab dan dipakai di
Pelabuhan-pelabuhan Lautan Mediterranean. Lingua franca juga dikenali sebagai campuran
bahasa lain ( seperti Swahili, yang sekarang dituturkan di tanzania) dipakai sebagai bahasa
pertama atau bahasa perdagangan atau bahasa perniagaan antara bangsa yang berbeza
bahasanya. Menurut kamus Webster’s collegiate dictionary 919810, lingua franca merupakan
sesuatu yang memperlihatkan bahasa bersama.

Pada zaman sekarang, pengertian lingua franca menjadi umum dan dipakai untuk apa sahaja
bahasa yang fungsinya adalah sama. Jadi ini bermaksud semua bahasa boleh menjadi lingua
franca asalkan boleh diterima oleh masyarakat setempat, tidak kira di dalam negara, negeri,
daerah atau sesebuah kawasan. Bahasa Inggeris disebut sebagai lingua franca dunia dewasa
ini. Kira-kira 300 juta manusia berbahasa ibunda bahasa inggeris dan menuturkannya bukan
sahaja sebagai bahasa pertama tetapi menuturkannya juga sebagai lingua franca dengan
masyarakat lain. Bahasa Perancis juga pernah disebut sebagai lingua franca dalam arena
diplomatik. Manakala bahasa Latin dan bahasa Yunani sisifat sebagai lingua franca yang
berkembang ketika agama kristian tersebar meluas di Barat dan di timur.Lebih jelas lagi
adalah lingua franca lebih mirip sebagai bahasa perniagaan atau trade language.

Anda mungkin juga menyukai