Anda di halaman 1dari 8

MENITI WAKTU

SINOPSIS

Aku merasa resah dan takut kerana memikirkan banyak hal. Aku menyembunyikan segala
perasaannya dari isterinya. Aku tidak merasa bahagia, walaupun memiliki kemewahan material.
Aku yakin dengan berbuat kebajikan boleh mendatangkan kebahagiaan. Tetapi ini tidak berlaku
pada diri aku. Fikiran aku bertambah kusut dengan tabiat Sherry yang bersifat materialistik.
Sherry mahu mengubahsuai kamar mandi dengan harga tak sampai seratus ribu ringgit. Aku
menurut saja. Aku terfikir untuk berkahwin dengan Ana. Aku dan Sherry tidak punya anak. Tapi,
aku takut Sherry tidak setuju dan aku tidak mahu kehilangan Sherry. Pagi itu Aku menemui
doktor peribadi. Doktor Kaz menasihatkan Aku membuat senaman ringan, mengawal berat
badan, berpantang makan dan merehatkan fikiran. Aku menghidap penyakit asthma, obesity,
hypertension, diabetis dan gastritis. Aku merasa tidak bebas dan rasa terkongkong. Aku tidak
bebas memakan makanan yang lazat-lazat dan rasa terkongkong untuk memiliki Ana. Petang
itu Aku memandu menuju pantai. Aku bertemu nelayan miskin yang hidup bahagia walaupun
kematian isteri dan tidak mempunyai anak. Nelayan misikin merasa syukur ke atas segala nasib
yang menimpa dirinya. Aku merasa dunia ini tidak adil dan menyesali nasibnya. Aku mencari
erti kewujudanku di dunia ini.

WATAK DAN PERWATAKAN

Dalam cerpen ini watak-wakatnya ialah Aku, yang menjadi watak utama, Sherry, Doktor Kaz,
Nelayan misikin adalah watak sampingan. Manakala watak Ana, Bahrum dan jururawat adalah
watak latar.

1. AKU
 Aku adalah seorang lelaki yang mempunyai kedudukan dan kemewahan.
 Aku berbadan gemuk dan mempunyai pendidikan tinggi.
 Aku berasal dari keluarga susah. Berkat kegigihannya dia dapat mengangkat
kedudukannya.
 Aku menghidap pelbagai penyakit.
 Aku selalu menuruti kemahuan isterinya.
 Aku tidak punya anak.
 Aku mengalami konflik dalam dirinya kerana memikirkan masalah kesihatan, keluarga
dan material.
 Aku ingin berkahwin dengan Ana.
 Aku tidak dapat memakan makanan yang lazat-lazat.
 Aku gemar bersendirian di kamar studinya atau di meja rehatnya dengan membaca buku
sambil menikmati “green tea”.
 Aku sering mempersoal erti kebahagiaan dan merasa dunia ini tidak adil kerana dia yang
baik hati ini ditakdirkan menghidap berbagai penyakit.
 Aku yakin dengan membuat kebajikan dapat membawa kebahagiaan. Tapi ternayata
tidak. Inilah yang dialaminya sekarang.
 Aku masih mencari-cari tentang kewujudannya di dunia ini.

2. SHERRY
 Sherry adalah isteri kepada watak Aku.
 Dia merupakan seorang isteri yang materialistik .
 Dia berwajah dan bersuara lembut. Pancaran matanya tajam, berkulit lembut dan putih,
berbadan sederhana,tinggi, berambut perang dan berhidung pipih.
 Dia suka memasak dan rajin mencuba pelbagai resepi baru yang dipelajarinya dari buku
dan majalah.
 Kehidupannya Sherry dilimpahi dengan kemewahan material.
 Dia tidak mempunyai anak.
 Sherry menghabiskan masanya dengan bersenang-senang mengecapi kemewahan.
 Dia tidak perlu membuat kerja rumah kerana mempunyai dua orang pembantu dan dua
orang tukang kebun.
 Kadang-kadang Sherry suka berleter melihat tabiat suaminya yang banyak menghabiskan
masa di meja rehat.
 Dia pandai merayu dan suaminya sering tuduk kepadanya.
 Sherry bersimapti dengan masalah wanita yang dimadukan. Adakalanya ia berfikir tidak
rasional.

3. DOKTOR.
 Doktor yang diketengahkan dalam cerpen ini merupakan doktor peribadi Aku.
 Dia dikenali sebagai Doktor Kaz.
 Doktor Kaz digambarkan sebagai doktor yang baik dan prihatin mengenai pesakitnya.
 Dia begitu teliti membuat pemeriksaan dan sentiasa memberi nasihat kepada pesakitnya.

4. NELAYAN MISKIN
 Nelayan miskin adalah watak yang ditemui Aku ketika berada di pangkalan.
 Walaupun sudah tua dia tetap sihat dan kuat.
 DIa selalu turun ke laut selepas Zuhur.
 Waktu pagi dia menjual hasil dusunnya.
 Walaupun isterinya telah lama meninggal dunia dan dia tidak mempunyai anak, dia tetap
merasa bahagia.
 Dia tidak mudah menerima pemberian orang.

5. ANA.
 Ana muncul diingatan Aku.
 Aku ingin berkahwin dengan Ana.
 Ana memiliki sepasang mata yang bersinar, berkulit putih, cantik, ketinggian sederhana,
berbadan kurus, berambut perang dan gaya memikat.

6. SAI TAN
 Sai Tan muncul melalui dialog aku dan Sherry.
 Sai Tan berunding dengan Sherry untuk mengubahsuai kamar mandi dengan harga tidak
sampai seratus ribu ringgit.
 Sai Tan menyakinkan Sherry kamar mandi itu akan lebih cantik.
7. BAHRUM.
 Bahrum kawan Aku.
 DIa lebih tua dari Aku.
 Dia mempunyai dua orang isteri.

LATAR

1. Latar tempat
a) Ruang Tamu

Cerpen ini mengambil latar utamanya di ruang tamu di sebuah rumah banglo dua tingkat.
Aku berada di meja rehat yang terletak di sudut ruang tamu di tingkat bawah. Aku sering
menghabiskan masanya membaca buku sambil menikmati “green tea”. Di atas meja terdapat
beberapa buah buku, majalah, suratkhabar, sebiji teko dan mangkuk-mangku kecil. Aku
selalu melamun dan memikirkan masalah dirinya.

b) Bilik Studi
Sudah dua malam berturut-turut Aku berkurung di dalam bilik studinya. Aku meneliti
fail-fail dalam “flopy disk” yang bersusun di atas meja panjang berbentuk U. Di sinilah
watak Aku terbayangkan wajah Sherry dan Ana. Aku membanding-bandingkan
kecantikan mereka. Aku teringin untuk memiliki Ana. Sayangnya Aku tidak dapat
membuat keputusan kerana tidak mahu kehilangan Sherry.

c) Latar Bilik di Sebuah Pusat Perubatan.


Pengarang juga menggunakan latar bilik di sebuah pusat perubatan yang terletak di ibu
kota. Di sini Aku membuat temujanji dengan Doktor Kaz untuk membuat pemeriksaan
mengenai penyakit yang dihadapinya. Dalam bilik itu terdapat katil tempat pesakit
berbaring yang mempunyai tabir. Di samping mereka berdua seorang jururawat juga
ditugaskan untuk membantu Doktor Kaz.
d) Pantai Putih
Aku memandu kereta mewahnya ke tepi pantai untuk menikmati angin laut. Pantai ini
mempunyai hamparan batu yang luas. Suasana pantai menyenangkan. Burung
berterbangan, udara segar dan dingin. Di pangkalan pantai inilah Aku bertemu dengan
nelayan tua yang miskin. Beberapa orang nelayan juga ada berada di situ. Dari dialog
Aku dan nelayan itu, pembaca dapat mengetahui mengenai latar belakang nelayan tua
dan perwatakannya.

2. LATAR MASA
Dalam cerpen ini penulis menggunakan latar masa yang cukup jelas dengan
menggunakan teknik deskriptif.
a) Dua Malam
Sudah dua malam berturut-turu Aku berkurung di dalam bilik studinya. Aku tidak tidur
hingga ke subuh kerana kesibukan meneliti fail-fail di samping memikirkan banyak hal
iaitu tentang kemungkinan-kemungkinan yang terpaksa dihadapinya.

b) Waktu Pagi
Pagi itu Aku bertemu dengan Doktor Kaz untuk membuat pmeriksaan ke atas
penyakitnya. Seluruh tubuh Aku diperiksa oleh Doktor Kaz dan Aku dinasihati untuk
berpantang makan, mengawal berat badan dan mengelakkan diri dari tekanan mental.

c) Waktu Petang.
Aku berada di tepi pantai menikmati ombak dan udara laut. Di sini Aku bertemu dengan
nelayan miskin

3. LATAR MASYARAKAT
Terdapat dua latar masyarakat. Pertama keluaraga Aku yang kaya, berkedudukan dan
mewah dari segi material. Tapi Aku tidak bahagia. Kedua adalah kehidupan nelayan
miskin dan serba kekurangan tetapi hidup bahagia.

TEKNIK
Antara teknik-teknik yang digunakan dalam cerpen ini ialah imbas kembali, dialog,
teknik deskriptif dan konflik dalaman.
a) Imbas Kembali.
Teknik ini dapat kita lihat di manaa watak Aku mengimbas kembali mengenai Sherry.
Teknik ini juga boleh kita lihat apabila Aku teringat kata-kata Sherry mengenai
perkahwinan Bahrum. Sherry bersimpati pada Eton kerana dimadukan oleh Bahrum.
Kisah keadaan Aku waktu di bangku sekolah juga diceritakan melalui imbas kembali.
Aku bukanlah terdiri dari orang senang. Masa itu Aku sukar untuk mendapatkan wang.
Segala usaha gigih orang tuanya tidak dapat mengubah kehidupan mereka. Mujurlah Aku
bernasib baik, dengan usahanya ia dapat mengangkat kedudukannya sehinggalah dalam
keadaan sekarang, ada kedudukan dan kemewahan.

b) Dialog
Teknik dialog dalam cerpen ini digambarkan antara waktu Aku dengan Sherry, Aku
dengan Doktor Kaz dan Aku dengan nelayan miskin. Melalui teknik ini, kita mengetahui
persoalan-persoalan yang menjadi konflik dalam diri Aku. Setiap dialog itu juga dapat
membayangkan perwatakan wataknya. Misalnya watak Sherry dengan AKu yang
membincangkan masalah pengubahsuaian kamar mandi. Tabiat isterinya ini
menambahkan lagi konflik dalam diri AKu. Dialog AKu dengan nelayan miskin
membincangkan mengenai soal kehidupan dan perasaan.

c) Deskriptif
Teknik ini banyak digunakan oleh pengarang cerpen ini. Melalui teknik ini pembaca
memahami masalah-masalah asas yang menjadi konflik dalam diri Aku. Pembaca juga
dapat mengetahui mengenai watak secara terperinci. Antara perkara lain yang digunakan
ialah ketika penulis menerangkan mengenai penyakit Aku. Keadaan latar tempat,
malahan teknik ini kita temui di awal perenggan cerpen ini.

d) Konflik
Watak aku menghadapi konflik dalam dirinya. Aku berdepan dengan masalah keluarga,
kesihatan dan material. Konflik asas ialah mengenai penyakit-penyakit yang dihadapinya
dan masalah berpantang makan. Tabiat isterinya juga menambahkan konflik dalam
dirinya dan masalah perkahwinannya yang tidak mempunyai anak. Aku juga
mempersoalkan tentang nasibnya. Ia tidak bahagia walaupun mewah dari segi material. Ia
terasa tidak bebas dan perasaannya terkongkong.

PERSOALAN
1. Aspek Kesihatan
Masalah kesihatan yang diperlihatkan dalam cerpen ini ialah:
a) Aku menghadapi berbagai penyakit seperti asthma,obesity, hypertension,diabetis
dan gastritis. Aku terpaksa berpantang makan disebabkan penyakit yang
dihadapinya.
b) Aku dinasihatkan oleh doktor untuk melakukan senaman ringan, mengawal berat
badan dan mengelakkan daripada tekanan mental.
c) Doktor melarang Aku mengambil gula, makanan berlemak, makanann berminyak
dan yang mengandungi asid.
d) Doktor menasihatkan Aku supaya memakan buah-buahan, sayur-sayuran dan
ikan.

2. Aspek Kebahagian
a) Setiap orang berlainan pendapat/pandangan mengenai aspek kebahagian.
b) Aku yakin dengan kebajikan atau menderma wang ringgit kepada yang kurang
mampu boleh mendatangkan kebahagian.
c) Seseorang sanggup menipu ,membunuh, memeras, merompak dan
menyalahgunakan kuasa demi mendapatkan kemewahan hidup untuk mencapai
kebahagian.
d) Nelayan miskin yang kematian isteri dan tidak mempunyai anak hidup bahagia.
e) Aku membenarkan pendapat Aristotle bahawa kemewahan bukanlah sumber
kebahagiaan.
f) Soal kebahagiaan bergantung kepada penghayatan dan penerima seseorang,
misalnya ada yang bahagia dalam duka.

3. Masalah berkeluarga
a) Aku merahsiakan keresahan dan ketakutannya dari pengetahuan isterinya kerana
Aku mahu isterinya bahagia.
b) Isteri Aku Sherry begitu mementingkan kemewahan hidup.
c) Aku menuruti pemintaaan isterinya kerana itulah cara yang terbaik untuk
menyenangkan hati isterinya.
d) Aku ingin kahwin dengan Ana disebabkan perkahwinannya dengan Sherry tidak
mempunyai anak.

Anda mungkin juga menyukai