Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI

PRAKTIKUM 1

NAMA : MOHD ZULAMZAR ABD GHAFAR

KELAS : BIMBINGAN DAN KAUNSELING B

SEKOLAH : SK PADANG BESAR SELATAN

PENSYARAH : EN. ABDUL RAHMAN KHALID


Alhamdulillah bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnianya
saya telah berjaya menjalani praktikum selama 3 bulan. Banyak ilmu dan pengalaman yang
telah saya perolehi sepanjang saya melaksanakan tugasan ini.

Saya Mohd Zulamzar bin Abd Ghafar telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan
Padang Besar Selatan yang terletak di Kuala Perlis, Perlis untuk menjalani praktikum selama
3 bulan di sini bersama dengan pasangan saya iaitu saudara Izzudin Sukiat dari Jabatan
Bimbingan dan Kaunseling IPG Kampus Perlis. Kami berdua diselia oleh pensyarah
pembimbing yang sama iaitu En. Abdul Rahman Khalid. Penyeliaan dari guru sekolah pula
dijalankan oleh Pn. Rosnani bt Desa yang merupakan kaunselor di sekolah ini.

Saya dan pasangan telah memfokuskan kepada penyediaan bilik kaunseling terlebih
dahulu bagi bulan yang pertama. Saya rasa bersyukur kerana sekolah ini terdapat satu bilik
kaunseling yang amat selesa dan cantik walaupun kedudukannya yang kurang strategik
kerana berada di bangunan baru di aras 4. Walaubagaimanapun, iainya tidak menjadi satu
halangan kepada kami, kami menghias dan mengemaskan bilik tersebut sehingga menjadi
satu tarikan kepada murid-murid untuk hadir ke bilik tersebut. Pelbagai perubahan telah kami
lakukan bersama, contohnya, kedudukan setting yang diubah, langsir, perhiasan-perhiasan
dan banyak lahi yang boleh saya katakan bilik tersebut berubah seratus peratus. Saya dan
pasangan sangat berpuas hati dengan usaha yang telah kami lakukan kerana sememangnya
bilik ini menjadi satu tarikan dan dapat membantu kami mendapatkan klien untuk perjalanan
sesi kaunseling individu dan juga kelompok.

Secara keseluruhannya, praktikum kali yang pertama ini merupakan satu cabaran
yang besar terhadap saya kerana belum pernah ada pengalaman menjalankan praktikum di
mana-mana sekolah sebelum ini disebabkan perubahan struktur pendidikan di IPG.
Walaubagaimanapun, tidak dinafikan saya telah belajar banyak perkara selama 3 bulan saya
di sekolah ini. Pertama dalam aspek pembinaan hubungan dengan guru-guru. Saya amat
gembira kerana kebanyakan guru-guru di sekolah ini menerima baik kehadiran saya dan
rakan-rakan. Kami dianggap seperti adik-adik. Mereka juga bnyak membantu dan
membimbing kami dalam setiap perkara-perkara baru yang kami tidak tahu. Ketika kami
diberikan tugas untuk melaksanakan satu-satu program di sekolah, guru-guru inilah yang
paling bnyak membantu kami. Kedua, dalam aspek perjalanan sesi kaunsleing di sekolah,
saya sebelum ini tidak pernah menjalankan sesi kaunseling secara amali di medan yang
sebenar. Jesteru, tempoh praktikum 3 bulan ini telah mendedahkan kepada saya pelbagai
perkara yang dapat menambahkan ilmu serta memperbetulkan kekurangan-kekurangan yang
ada sepanjang saya melaksanakan sesi kaunseling. Pada masa ini jugalah saya dapat
mengaplikasikan segala teori yang telah dipelajari sebelum ini. Sememangnya terdapat
banyak perbezaan yang dapat saya lihat ketika belajar melalui teori dan melaksanakannya
secara amali.

Kesimpulannya, praktikum kali ini sememangnya memberikan saya seribu satu makna
dan saya amat bersyukur kerana ditugaskan di sekolah ini yang boleh saya katakana sebagai
sekolah yang terbaik, guru-guru yang terbaik serta murid-murid yang terbaik. Saya
mencadangkan sekolah ini dijadikan sebagai pilihan sekiranya pihak IPG ingin menempatkan
pelajar bagi menjalani praktikum di sini.

Anda mungkin juga menyukai