Anda di halaman 1dari 2

‘Bahasa Melayu Wahana Perpaduan’

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel Hakim yang arif lagi bijaksana,
para perserta yang saya kagumi, serta para hadirin sekalian.

Jauh berlayar si pedagang Cina ,


Singgah di Melaka menjual sutera.
Bahasa melayu bahasa perantara,
Menjadi wahana perpaduan negara

Hadirin yang dihormati,

‘Bahasa Melayu Wahana Perpaduan’, itulah tajuk pidato saya pada hari ini. Bahasa Melayu
bukan lagi menjadi milik tunggal pribumi Melayu. Malah, bahasa Melayu menjadi milik
kita bersama di seluruh Malaysia. Tidak kira kaum Melayu, kaum Cina mahupun kaum
India, semuanya dapat bersatu di bawah satu bahasa.

Hadirin yang saya hormati,

Pada zaman dahulu, bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa perdagangan di
Melaka. Daripada golongan pendeta sehinggalah ke golongan biasa, semua orang di
Melaka ketika itu, bercakap dengan bahasa Melayu, yang tak lapuk dek hujan tak lekang
dek panas.

Apabila kita melihat masyarakat bertutur dalam bahasa Melayu, sudah terang lagi
bersuluh bahawa mereka ialah bangsa Malaysia. Saya sangat percaya bahawa bahasa
Melayu sedikit sebanyak akan mengurangkan semangat ‘kecinaan’, kemelayuan’ ataupun
‘keindiaan’.

“Haiya, ini balang mana ada halga”

“Tambi, itu worang mau roti satu”

Tidak mengapa, jika kita pelat bercakap bahasa natif, asalkan setiap kaum di
Malaysia dapat bermesra dan bertukar-tukar fikiran dengan menggunakan bahasa
Melayu.

Hadirin yang dirahmati,

Sebagai penutupnya, saya ingin mengajak semua orang untuk berasa bangga
apabila menggunakan bahasa Melayu. Sayangilah bahasa Melayu kita, kerana bahasa
Melayu wahana perpaduan bangsa.

Sekian, terima kasih.