Anda di halaman 1dari 1

PENGENALAN

Remaja merupakan sumber manusia yang sangat berharga kepada negara. Sumber
manusia yang berkualiti menjamin kelestarian dan pembangunan negara. Kualiti sumber
manusia bergantung kepada kesejahteraan mental dan psikologi mereka. Konsep kendiri
adalah sangat penting dalam perkembangan manusia. Kesejahteraan mental dan psikologi
dalam kalangan remaja dapat dilihat daripada keupayaan mereka menangani pelbagai
cabaran dalam kehidupan, membina hubungan baik dengan orang lain dan mempunyai
sikap yang positif terhadap diri sendiri. Artikel yang bertajuk Kesan Pendekatan Kognitif
Tingkah Laku Dalam Kaunseling Kelompok (PKTKK) Terhadap Kebimbangan Sosial Dan
Perhatian Fokus Kendiri Remaja membincangkan tentang kesan interaksi antara PKTKK
dengan jantina terhadap kebimbangan sosial dan perhatian fokus kendiri. Selain itu, kajian
ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti situasi sosial yang menyebabkan kebimbangan
sosial remaja serta simptom kebimbangan sosial.