Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Remaja merupakan aset yang sangat berharga kepada negara. Sumber manusia
yang berkualiti untuk menjamin kelestarian dan pembangunan negara. Kualiti
sumber manusia bergantung kepada kesejahteraan mental dan psikologi mereka.
Konsep kendiri adalah sangat penting dalam perkembangan manusia.
Kesejahteraan mental dan psikologi dalam kalangan remaja dapat dilihat daripada
keupayaan mereka menangani pelbagai cabaran dalam kehidupan, membina
hubungan baik dengan orang lain dan mempunyai sikap yang positif terhadap diri
sendiri. Artikel yang bertajuk Kesan Pendekatan Kognitif Tingkah Laku Dalam
Kaunseling Kelompok (PKTKK) Terhadap Kebimbangan Sosial Dan Perhatian
Fokus Kendiri Remaja telah membincangkan tentang kesan interaksi antara PKTKK
dengan jantina terhadap kebimbangan sosial dan perhatian fokus kendiri. Selain itu,
kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti situasi sosial yang menyebabkan
kebimbangan sosial remaja serta simptom kebimbangan sosial.
1
IMPLIKASI APLIKASI TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF DALAM
PENCEGAHAN KEBIMBANGAN SOSIAL REMAJA.
Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat kesan Pendekatan Kognitif Tingkah laku
dalam Kaunseling Kelompok terhadap kebimbangan sosial remaja. Oleh itu modul
disediakna dengan bertujuan untuk memberikan rawatan kepada pelajar-pelajar
yang telah dikenal pasti mengalami kebimbangan sosial. Kajian ini dapat
memberikan sumbangan dalam bidang kaunseling malah sebagai langkah proaktif
dengan memberikan tumpuan kepada pencegahan sebelum masalah yang lebih
serius muncul. Kebanyakan pengkaji kaunseling lebih cenderung mengkaji
intervensi pemulihan setelah wujudnya sesuatu masalah tetapi kurang meneroka
langkah pencegahan. Pencegahan awal terhadap remaja yang dikenal pasti
mempunyai simptom kebimbangan sosial dapat membantu membendung
kemunculan masalah lain pada masa hadapan (Kearney, 2010). Kajian ini
mempunyai kelebihan dan kelemahan dalam mencegah kebimbangan sosial remaja
dan perhatian fokus kendiri remaja.
2
teknik bagi menangani kebimbangan sosial berdasarkan kajian yang menunjukkan
latihan relaksasi juga dapat membantu dalam merawat kebimbangan
(Rodebaugh,2004). Sesi kaunseling yang akan dijalankan ialah sebanyak 8 sesi.
3
membuat penyesuaian dan mencegah masalah tingkah laku melalui aktiviti yang
disediakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling. Melalui penggunaan modul
PKTKK ini kaunselor dapat mengajar pelajar tentang sebab sesuatu masalah itu
berlaku. Melalui pendekatan ini pelajar dibantu membina kerangka konsep tentang
kes atau masalah yang dihadapi. Modul berdasarkan Teori Kognitif ini dilihat
mempunyai kekuatan dari segi kolaborasi antara klien dengan kaunselor. Ini dapat
meningkatkan kemahiran pelajar untuk mengenal pasti kesilapan pemikiran, dan
mencabar pemikiran tersebut dengan menstruktur semula pemikiran mereka.
Selain itu, pendekatan ini juga mengajar pelajar tentang kemahiran melatih
diri untuk relaks apabila berdepan dengan sesuatu situasi yang mengancam melalui
latihan relaksasi. Penggunaan modul ini juga dapat membantu kaunselor atau pihak
tertentu menggunakan modul yang telah diuji. Oleh yang demikian, keadaan ini
amat bermakna bagi seseorang kaunselor dan pihak yang berminat untuk
menggunakan modul yang telah diuji kesahihannya agar pekhidmatan yang
diberikan lebih berkesan. Tambahan pula, pihak terbabit seperti sekolah dapat
melatih atau memberikan pendedahan kepada kaunselor supaya dapat
menggunakan modul yang telah diuji keberkesanannya dan kesahihannya agar
amalan kaunseling dapat ditingkatkan.
Selepas mengikut sesi PKTKK remaja dapat berani bercakap dan telah mula
menyedari bahawa dia dan rakan-rakan sama sahaja dan dia tidak sepatutnya
berasa malu. Setiap individu mempunyai keistimewaan masing-masing. Apa yang
penting bagi dirinya sekarang ialah remaja perlu mengubah pemikiran yang negatif
terutama tentang pandangan orang lain terhadap dirinya. Setiap orang mempunyai
kelemahan dan kelebihan masing-masing. Daripada sesi PKTKK, mengikut remaja
telah mula menyedari betapa banyak pemikiran negatif yang menyebabkan
kebimbangan dan memberi kesan kepada perasaan dan tingkah lakunya.
4
Bagaimanapun, setelah membuat latihan dalam sesi PKTKK, remaja mula
mendapat kesedaran dan keyakinan diri lebih-lebih lagi apabila mendapat sokongan
daripada rakan-rakan yang lain.
Dari segi kelemahan pula, kaedah ini bukan sesuai untuk semua individu.
Hal ini kerana setiap individu mempunyai tahap pemikiran dan kesedaran yang
berbeza. Penggunaan teori kognitif dan pendekatan pencegahan dalam kaunseling
kelompok ini kemungkinan besar mempunyai peluang untuk meningkatkan
kebimbangan sosial remaja. Selain itu, konsep kendiri yang rendah dalam kalangan
remaja juga menyebabkan mereka tidak boleh menerima apa yang bincang dalam
kaunseling kelompok. Mengikut Ollendick dan Hirshfeld-Baker (2002) ketakutan
kepada penilaian negatif ialah sebahagian daripada perkembangan yang normal.
Hakikatnya sebaik membesar daripada kanak-kanak hinggalah remaja, penilaian
orang lain terhadap seseorang itu dan cara mereka menampilkan diri semasa
interaksi sosial bersama-sama rakan sebaya, rakan-rakan, dan orang dewasa
dianggap penting. Peningkatan rasa takut untuk mewujudkan interaksi sosial, takut
kepada penilaian negatif, dan interpretasi yang salah tentang reaksi orang lain
menyebabkan mereka yang mengalami kebimbangan sosial tidak sanggup
melibatkan diri dalam pelbagai interaksi sosial.
Selain itu, dalam kaunseling kelompok ini, pengkaji tidak melibatkan ibu
bapa klien. Penglibatan ibu bapa dalam kaunseling kelompok ini dapat memberi
pendedahan kepada ibu bapa tentang jenis-jenis kebimbingan yang dihadapi oleh
remaja dan faktor kebimbangan tersebut. Selain itu, mereka juga dapat mengetahui
tentang cara menangani kebimbangan sosial anak-anak mereka. Melalui ini, dapat
mencegah kebimbangan sosial remaja dan juga impak negative atas kebimbangan
tersebut. Oleh sebab itu, tidak penglibatan ibu bapa dalam kaunseling kelompok ini
kemungkinan akan memberi kesan terhadap perubahan pemikiran remaja.
5
RUMUSAN