Anda di halaman 1dari 4

PK13 – Pengurusan Bimbingan & Kaunseling

PK13/10 (BK31)
SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI
PENGURUSAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

LAPORAN AKTIVITI/ PROGRAM

1. Nama Program : Hari Orientasi Tahun 1 & Prasekolah

2. Tarikh : 31 Disember 2015

3. Masa / Hari : 8.00 pagi / Khamis

4. Tempat : Dewan PIBG SK Damansara Utama

5. Objektif : Objektif program ini adalah seperti berikut:

i) Memberi pendedahan mengenai suasana persekolahan kepada murid-murid


Prasekolah dan Tahun 1.
ii) Mengeratkan hubungan antara pihak ibu bapa dan sekolah.
iii) Mendedahkan murid-murid kepada situasi sebenar menduduki ujian.
iv) Meningkatkan keyakinan diri murid-murid Prasekolah dan Tahun 1.

6. Jumlah Kehadiran Murid dan Ibu bapa :


Bilangan kehadiran
Bil Kelas Melayu/Bumiputera Cina India
Lain- Jumlah
lain
1 Prasekolah 24 - - - -
2 Kelas 1 32 - 1 - 33
3 Kelas 2 28 1 2 - 31
4 Kelas 3 27 - 3 - 30
PK13 – Pengurusan Bimbingan & Kaunseling

7. Butiran Aktiviti :

Bil Masa Aktiviti Personalia Pengisian

1 8.00 Pendaftaran Pn. Hazlinda bt Mat Akil (Kelas 1) Pendaftaran kehadiran


pagi Cik Looi Mi Phik (Kelas 2) murid-murid dan ibu bapa
Pn. Angelie Leong Lai Khuan
(Kelas 3)

8.45 Ucapan En. Ismail b. Awg. Noh Mengalu-alukan kehadiran


2 pagi Pengerusi ibu bapa
Majlis

3 9.00 Taklimat Pn. Rubiah bt. Ahmad Zainal Ariffin Menerangkan mengenai
pagi Guru Besar pencapaian sekolah dan
mengalu-alukan
kedatangan ibu bapa
4
Taklimat Pn. Norbaiti bt. Mahmud
PBS,KSSR Persembahan slaid
dan Program mengenai KSSR,
Transisi Pentaksiran Berasaskan
Sekolah dan Program
Transisi Tahun 1
5 En. Mohd. Shahrizal b. Md Isa
Taklimat Penerangan mengenai
LINUS Program Pemulihan
Literasi dan Numerasi

6 Penerangan mengenai
Taklimat Unit Pn. Tamil Chelvee a/p waktu
Disiplin KovalKrishnan persekolahan,disiplin
sekolah dan pakaian
murid-murid.

Membawa murid ke kelas


Ujian Fasilitator –fasilitator bertugas untuk menduduki Ujian
Saringan Saringan
Tahun 1
PK13 – Pengurusan Bimbingan & Kaunseling

Bil Masa Aktiviti Personalia Pengisian

7 10.00 Ujian Fasilitator- fasilitator bertugas Murid- murid dibawa ke


pagi Saringan Dewan PIBG oleh
tamat Fasilitator -fasilitator

8 10.30 Perjumpaan Guru-guru kelas Pengisian Borang SMM,


pagi ibu bapa pembelian T-Shirt dan
dengan guru stiker nama
kelas

9 11.00 Pengambilan Cik Siti Norafizah bt. Mohd. Ibu bapa mengambil
pagi buku teks di Ali buku teks.
bilik BOSS Pn. Norazizah bt. Abdullah Ibu bapa juga turut
Pn. Sepiah bt. Jaafar membeli buku- buku
berkaitan di Kedai Buku
Sekolah

8. Penilaian Program

8.1. Kekuatan Program :

1) Hari dan tempoh masa yang sesuai dipilih untuk mengadakan Hari Orientasi ini.

2) Susunan program,senarai nama murid yang ditampal mengikut kelas dan


penunjuk arah yang jelas memberikan kemudahan kepada ibu bapa.

8.2. Kelemahan Program :

1) ‘Backdrop’ yang kecil di Dewan PIBG


2) Tidak meletakkan kerusi di Dewan PIBG bagi murid- murid yang sampai awal
menyebabkan mereka berkeliaran dan memenuhi kerusi bahagian ibu bapa
3) Tiada pengiring atau penunjuk arah kepada ibu bapa yang datang lewat sebagai
panduan untuk menghantar anak- anak mereka ke kelas Tahun 1 bagi
menghadapi Ujian Saringan.
4) Buku Peraturan Sekolah tidak direkodkan sebagai buku yang wajib dibeli pada
senarai belian buku di Kedai Buku Sekolah.
PK13 – Pengurusan Bimbingan & Kaunseling

8.3. Langkah-Langkah Penambahbaikan :

1) Membina ‘Backdrop’ yang lebih besar pada program akan datang.


2) Menetapkan kerusi untuk murid- murid yang sampai awal di Dewan PIBG berserta
nama kelas bagi mengelakkan murid- murid berkeliaran.
3) Menetapkan seorang guru pengiring yang akan membantu ibu bapa menghantar
murid-murid ke kelas bagi menduduki Ujian Saringan.
4) Kedai Buku Sekolah perlu menyatakan Buku Peraturan Sekolah sebagai buku yang
wajib dibeli dalam senarai belian buku murid- murid.

Disediakan oleh: .....………………………


(Pn. Ezrieana bt Bahari)
Guru Bimbingan dan Kaunseling,
SK Damansara Utama

Disemak oleh: ...…………………………......


(Pn. Mona Liza bt. Noordin)
Penolong Kanan HEM,
SK Damansara Utama

Disahkan oleh: ...…………………………...................


(Pn. Rubiah bt. Ahmad Zainal Ariffin)
Guru Besar,
SK Damansara Utama

Anda mungkin juga menyukai