Anda di halaman 1dari 11

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Dalam ebook ini saya akan kongsikan 3 teknik perniagaan yang mudah,
murah dan memberikan keuntungan yang lumayan untuk anda mulakan
tanpa dibebankan dengan pelaburan wang dan masa yang terlalu banyak.

Sebelum tu izinkan saya perkenalkan diri dulu. Nama saya Norihan Bin
Suhadak.

Kerjaya professional saya adalah sebagai seorang Jurutera merangkap


Pengurus di Jabatan Penyelengaraan. Telah berada dalam bidang
kejuruteraan selama lebih 17 tahun.

Mula menjalankan perniagaan secara konvensional dan online sejak tahun


2012. Dan ye..,sehingga ebook ini ditulis, saya masih menjalankannya
secara part time. Alasannya kerana perniagaan saya hanya memerlukan

|3 Teknik Mudah Berniaga Sambil Bekerja 1


beberapa jam sahaja sehari dan saya ada team yang menguruskan
perniagaan saya tanpa perlu saya sepenuh masa berada di situ.

Baiklah. Berbalik pada tujuan asal ebook ini. Saya akan kongsikan cara
bagaimana anda pun boleh mula memiliki sebuah perniagaan, dengan
mempergunakan beberapa jam masa terluang seiring dengan pekerjaan
atau apa-apa aktiviti seharian anda.

Apa yang akan anda pelajari daripada ebook ini

 3 teknik mudah untuk mula tambah pendapatan

 Kelebihan dan kekurangan setiap teknik tersebut

 Bagaiman untuk bermula

Ebook ini sangat ringkas kerana saya akan sampaikan poin-poin secara
terus. Dan saya akan cuba sampaikannya dengan bahasa yang paling
mudah.

Selamat membaca. Semoga bermanfaat.

|3 Teknik Mudah Berniaga Sambil Bekerja 2


Teknik 1 - Dropship

Definasi perniagaan Dropship

Dropship adalah kaedah pemasaran yang membolehkan anda menjual


secara online tanpa memerlukan anda untuk menyimpan stock produk.

Sebaliknya anda hanya perlu bekerjasama dengan pembekal produk untuk


menghantar produk daripada warehouse mereka secara terus kepada
pelanggan anda.

Dalam kaedah ini, proses jual beli adalah diantara anda dan pelanggan
anda sahaja tanpa melibatkan pihak pembekal. Manakala tugas pembekal
adalah membuat penghantaran terus kepada pelanggan anda setelah
menerima bayaran dari anda.

Bagaimana untuk bermula

1. Buat kajian pasaran tentang produk yang mendapat permintaan


ramai bersesuaian dengan ‘avatar pelanggan’ yang telah anda
sasarkan.

2. Dapatkan pembekal yang menawarkan khidmat dropship terhadap


barangan yang ingin anda jual itu.

3. Gunakan platform seperti Facebook, Instagram, Blog dan sebagainya


untuk mempromosi barangan tersebut.

|3 Teknik Mudah Berniaga Sambil Bekerja 3


4. Setiap kali anda berjaya membuat jualan, anda akan meminta
pelanggan untuk membuat bayaran ke akaun anda mengikut harga
yang anda jual.

5. Sebaik menerima bayaran dari pelanggan, anda perlu terus membuat


bayaran kepada pembekal dengan harga yang dijual oleh pembekal
kepada anda.

6. Berikan sekali alamat pelanggan anda. Pembekal akan membuat


penghantaran terus ke alamat pelanggan anda.

7. Semakin tinggi beza harga yang anda jual berbanding harga yang
dijual oleh pembekal kepada anda, semakin tinggi keuntungan yang
akan anda perolehi

Kelebihan Dropship

1. Tak perlu menyimpan atau menguruskan stok.

2. Tak perlu mengupah pekerja untuk kerja-kerja pembungkusan dan


penghantaran.

3. Hanya perlu fokus pada pemasaran dan jualan produk

Kekurangan Dropship

1. Tak boleh kawal waktu penghantaran. Bergantung pada pembekal.

|3 Teknik Mudah Berniaga Sambil Bekerja 4


2. Tak boleh kawal cara pembungkusan bagi mengelakkan barang
rosak.

Walau bagaimanapun semestinya anda boleh mendapatkan komitmen dari


pembekal untuk mengawal risiko tersebut sebelum bersetuju menjadi agen
dropship mereka

Teknik 2 - Affiliate

Definasi perniagaan affiliate

Affiliate marketing dilakukan dengan cara mempromosikan/memperkenal


produk atau servis kepunyaan orang lain.

Sebagai ganjaran, seseorang itu akan mendapat komisyen dari tuan punya
produk/ servis sebagai tanda penghargaan dan terima kasih diatas
usahanya mendapatkan pelanggan bagi produk atau servis tersebut.

Bagaiman untuk bermula

1. Cari perniagaan yang ada menganjurkan program affiliate.

|3 Teknik Mudah Berniaga Sambil Bekerja 5


2. Beli dan rasai sendiri produk atau servis mereka.

3. Rasai sendiri pengalaman berurusan dan menggunakan produk


mereka.

4. Jikalau anda berpuas hati dan ingin menjadi agen affiliate yang sah,
hubungi semula pemilik produk atau servis tersebut.

5. Pada kebiasaaannya, pemilik produk akan menyediakan borang khas


untuk anda mendaftar sebagai agen affiliate.

6. Sebaik pendaftaran selesai, anda akan mendapat ‘Unik ID’ dan


‘referral link’. Unik ID - Pengenalan diri agen untuk mendaftar masuk
ke website produk untuk menyemak jumlah komisyen.

7. Tugas anda adalah untuk mempromosikan produk tersebut


menggunakan ‘referral link’ yang diberikan.

8. Anda akan mendapat komisyen di atas setiap pembelian yang dibuat


melalui ‘referral link’ tersebut pada bila-bila masa sama ada ketika
anda tidur atau sedang bercuti.

Kelebihan perniagaan affiliate

1. Tak perlu menyimpan stok produk.

2. Tak perlu membuat penghantaran kepada pelanggan. Semuanya


akan diuruskan oleh pemilik produk.

3. Mudah dipromosi sama ada melalui facebook, instagram atau blog.

|3 Teknik Mudah Berniaga Sambil Bekerja 6


4. Kebiasaannya komisyen yang tinggi akan diberikan oleh tuan punya
produk.

5. Boleh menjadi sumber pendapatan pasif yang menjana komisyen


tanpa henti.

Kekurangan perniagaan affiliate

1. Pastikan tuan punya produk bersikap jujur dan memberikan komisyen


seperti yang dijanjikan.

2. Komisyen akan terhenti jika tuan punya produk menghentikan


penjualan produk tersebut di pasaran

Teknik 3 - Consignment / Trading bisnes

Definasi bisnes trading

Membekal produk (milik sendiri atau orang lain) ke organisasi perniagaan


seperti kedai, kantin sekolah, pasaraya dan sebagainya.

|3 Teknik Mudah Berniaga Sambil Bekerja 7


Manakala ‘consignment’ merujuk kepada terma bayaran bagi transaksi jual
beli tersebut. Kebiasaannya pihak kedai akan membuat bayaran setelah
barangan tersebut terjual. Atau ketika anda menambah stok yang kurang,
pihak kedai akan bayar jumlah yang terjual sahaja

Bagaimana untuk bermula

1. Buat kajian pasaran tentang produk dan potensi pelanggan bagi


sesebuah kawasan yang ingin anda sasarkan. Sebagai permulaan,
sasarkan kawasan yang berhampiran dengan urusan seharian anda.

2. Kenalpasti organisasi perniagaan (kedai, kantin , dsb) yang sesuai


dengan produk dan sasaran pelanggan untuk produk tersebut.

3. Dapatkan pembekal. Beli dengan kuantiti yang sedikit dahulu sebagai


percubaan.

4. Letak produk tersebut di kedai yang anda telah sasarkan sebelum ini.

5. Untuk memudahkan urusan anda, gunakan terma consignment ketika


membuat perjanjian lisan dengan tuan kedai. Kebiasaannya tuan
kedai akan terima tanpa banyak persoalan sebab mereka tak perlu
bayar anda sehinggalah apabila produk tersebut terjual.

6. Tetapkan harga jualan dan untung yang kedai akan perolehi


seandainya produk tersebut terjual.

7. Selepas seminggu, datang semula ke kedai tersebut. Periksa stok


dan rekodkan kuantiti yang dah terjual. Selain untuk mengutip
bayaran dan menambah semula stok, rekod jualan ini penting untuk
anda membuat anggaran terhadap tahap kelarisan barangan
tersebut.

|3 Teknik Mudah Berniaga Sambil Bekerja 8


8. Seterusnya anda pasti boleh mencongak berapakah jualannya
seandainya anda mengulangi langkah yang sama di kedai yang lain.

9. Anggarkan berapa kedai yang ingin anda bekalkan dalam sehari,


seminggu dan sebulan.

10. Dapatkan stok produk dengan kuantiti yang bersesuaian


dengan anggaran anda tadi. Cuba dapatkan harga termurah untuk
memaksimakan keuntungan anda.

11. Ulang langkah nombor 4 hingga 6 di kedai-kedai yang


seterusnya.

Kelebihan bisnes trading

1. Tak perlu ada kedai sendiri. Letakkan di kedai-kedai yang anda pilih
dan biarkan kedai tersebut yang menjualnya.

2. Masa kerja yang singkat. Hanya memerlukan beberapa jam sahaja


sehari. Bergantung pada jumlah kedai yang ingin anda tembusi.

3. Semakin banyak kedai yang anda boleh tembusi, semakin banyak


produk yang anda boleh jual dan semakin banyak lah untung yang
akan anda perolehi.

Kekurangan bisnes trading

1. Perlukan modal permulaan untuk di letakkan di kedai-kedai terpilih

|3 Teknik Mudah Berniaga Sambil Bekerja 9


2. Risiko barang rosak jikalau lama terbiar dan tak terjual

3. Memerlukan komitmen masa dan tenaga untuk memastikan produk


yang diletakkan di kedai-kedai dalam keadaan dan susunan yang
baik.

Walau bagaimanapun ianya masih amat berbaloi dengan keuntungan yang


akan anda perolehi selepas barangan tersebut terjual jika dibandingkan
dengan tenaga, masa dan wang yang perlu anda laburkan

Rumusan

Anda baru sahaja didedahkan dengan 3 cara yang boleh dikatakan paling
mudah, paling murah dan yang lebih utama adalah paling rendah risiko,
khususnya untuk memulakan perniagaan pertama anda.

Jikalau anda merupakan seorang pekerja, sudah tentu ketiga-tiga cara


perniagaan tersebut boleh dilakukan tanpa perlu menganggu waktu bekerja
anda.

Secara prinsip, anda adalah dilarang untuk mencampur adukkan masa


kerja di pejabat dengan perniagaan sambilan yang cuba anda usahakan

|3 Teknik Mudah Berniaga Sambil Bekerja 10


itu. Biarlah rezeki yang akan anda perolehi itu berkat dan memberikan
manfaat di dunia dan akhirat.

Diharapkan ianya membuka minda dan mencambahkan idea untuk


mencari peluang-peluang yang membolehkan anda menambah sumber
pendapatan sedia ada.

Teruskan bersama saya, InsyaAllah saya akan terus berkongsi tips-tips


dan peluang-peluang yang boleh anda pertimbangkan dalam email-email
saya yang akan datang

Sekian. Salam hormat dan jumpa lagi.

Terima kasih

Ikhlas,

Norihan Bin Suhadak

|3 Teknik Mudah Berniaga Sambil Bekerja 11