Anda di halaman 1dari 4
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA Director General of Education Malaysia ARAS 8 BLOK £8 Leva @, Book £8 KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E mont Comex Paro! E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN ‘et 2.8804 6077 Federal Government Administrative Cento Fr: 038889 448 62604 PUTRAJAYA Laman Web: wir moe.govy Ruj. Kami: KPM.600-10/22/14 Jid.2 (31) Tarikh: 22-danuari 2019 Semua Ketua Bahagian ‘Semua Pengarah Pendidikan Negeri YBhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan, PENGISIAN DATA DAN MAKLUMAT INSTRUMEN STANDARD KUALITI PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SKPK) BAGI TAHUN 2019 Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 9 Tahun 2015: Pengisian Data Menerusi Instrumen Standard Kualiti Prasekolah Kebangsaan (SKPK) Tahun 2015 dan perkara di atas adalah berkaitan. 2. Semua prasekolah kendalian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan tadika swasta hendaklah melaksanakan penarafan kendiri SKPK menggunakan Instrumen SKPK secara dalam talian melalui laman sesawang https://smpk.moe.qov.my. Semua institusi prasekolah perlu mengisi maklumat dalam Instrumen SKPK berdasarkan data dan maklumat tahun 2018. 3. Pengisian data dan maklumat SKPK bagi tahun 2019 adalah seperti ketetapan dalam Lampiran 1. Ketua Jabatan hendaklah bertanggungjawab: i memastikan Proses Aliran Kerja Pelaksanaan SKPK dipatuhi semasa melaksanakan penarafan kendiri SKPK. Proses Aliran Kerja Pelaksanaan SKPK ini boleh dimuat turun dari portal SKPK; ji, memastikan pengisian data dan maklumat adalah lengkap, betul, tepat dan berintegriti; ji, memastikan pelaksanaan penarafan kendiri SKPK mematuhi tempoh yang ditetapkan; dan iv. memperakukan data dan maklumat penarafan kendiri SKPK bagi institusi masing-masing. 4. Surat ini hendaklah dibaca bersama-sama Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 9 Tahun 2015, 5. Pihak YBhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan dimohon memastikan arahan ini disampaikan kepada pegawai yang bertanggungjawab di Bahagian, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat. Pendidikan Daerah dan semua Pengarah/Pengetua/Guru Besar. di bawah_—_pentadbiran YBhg. Datuk/Dato/Tuan/Puan, Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang mejalankan amanah, Aw DATUK Dr. AMIN BIN SENIN Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia sk: . Menteri Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia . Timbalan Menteri Pendidikan | Kementerian Pendidikan Malaysia ‘Timbalan Menteri Pendidikan II Kementerian Pendidikan Malaysia . Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia . Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Pembangunan Profesionalisme Keguruan) . Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Dasar dan Pembangunan Pendidikan) Kementerian Pendidikan Malaysia '. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan) Kementerian Pendidikan Malaysia . Penasihat Undang-undang Kementerian Pendidikan Malaysia . Pegawai Perhubungan Awam Kementerian Pendidikan Malaysia