Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH KEBANGSAAN 2 TAMAN SELAYANG

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK PUSAT SUMBER


BILANGAN 1 TAHUN 2019

Tarikh : 10 JANUARI 2019


Masa : 12.30 TGH HARI – 2.00 PTG
Tempat : PUSAT SUMBER SK 2 TAMAN SELAYANG

Kehadiran :
.
Bil Nama Jawatan
1. PUAN SABANI BINTI YAHAYA PENGERUSI ( GPM)
2. AJK PSS ( RUJUK LAMPIRAN)
3.

Tidak Hadir (Bersebab)

1. TIADA

Urus Setia Mesyuarat :


1. SABRINA AYU BINTI ABDULLAH SETIAUSAHA JAWATANKUASA PUSAT SUMBER SEKOLAH

1 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1. Pengerusi mesyuarat, Puan Sabani binti Yahaya memberikan kata-kata aluan
dan terima kasih kepada ahli jawatankuasa yang hadir ke mesyuarat

1.2. Pengerusi memaklumkan ini merupakan mesyuarat kali pertama bagi


jawatankuasa induk.

1.3. Perjumpaan adalah untuk membincangkan perjalanan program yang akan


dilaksanakan sehingga akhir tahun.

1.4. Aktiviti utama yang akan dilaksanakan ialah mengemaskini pusat sumber

1.5. Pengerusi menerangkan jawatankuasa pusat sumber bukan hanya


melibatkan perpustakaan, tetapi melibatkan semua bilik khas yang
mengandungi bahan dan sumber PdP di sekolah

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1 Tiada. Perjumpaan kali pertama

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT:

3.1. Tiada. Perjumpaan Kali Pertama


4 PEMBENTANGAN PERANCANGAN TAHUNAN

4.1 Puan Sabani menerangkan tentang perancangan tahunan 2019. Untuk bulan
Januari ada majlis watikah perlantikan pengawas PSS seramai 22 orang pada
Isnin 21 Januari 2019.

Tindakan: GPM, PN NIK FARRA

4.2 Program Nilam akan bermula pada bulan Februari. Pelancaran akan diadakan
pada 28 Januari. Bermula tahun 2019, buku nilam ditempah khas seperti
ketetapan PKG. Untuk pembaca Nilam terbanyak setiap aliran, data perlu
dikutip sebulan sekali, ataupun 3 bulan sekali. Hadiah akan disampaikan pada
Hari Kanak-kanak. Data nilaim i-Nilam Tarantula telah ditutup tahun lepas.
Tahun 2019 akan ada data baru IQ-Nilam.

Tindakan: Penyelaras Nilam

4.3 Bermula Februari, Puan Sabani meminta AJK PSS untuk membantu menulis dan
mengemaskini buku Stok Perolehan. AJK akan menulis buku tersebut
berpandukan slip kerja proses buku tahun lepas.

Tindakan: AJK PSS

4.4 Kem kepimpinan pengawas PSS dijangka akan dilaksanakan pada bulan
Februari dengan kerjasama kaunselor yang baru.Kem tersebut merupakan
kerjasama bersama pengawas disiplin,Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
pengawas PPDa dan Skuad Denggi

Tindakan: GPM, KAUNSELOR, AJK PSS

4.5 Di Pusat Sumber akan diadakan Sudut Pameran Bertema. Sekiranya guru-guru
ada bahan, boleh beri pada PSS untuk Pameran Perayaan.

Tindakan: Makluman

4.6 Bagi Program Bengkel Teknik Proses Bahan Pusat Sumber untuk pengawas
PSS, Puan Sabani cadangkan untuk dilaksanakan sebagai salah satu slot
semasa Kem Kepimpinan Pengawas.

Tindakan: AJK PSS

4.7 Kem Membaca 1 Malaysia merupakan program tetap PKG. Pihak sekolah telah
memilih tarikh pada hujung bulan April untuk aktiviti ini. PSS akan menjemput
Trak Buku PTS supaya murid-murid boleh membeli buku. Pihak PTS juga akan
menyediakan aktiviti yang bersesuaian.

Tindakan: AJK PSS,


GPM

4.8 Bulan Bahasa dan Bulan Panitia akan dilancarkan mengikut takwim. Puan Sabani
telah menerangkan kepada Ketua Panitia semasa mesyuarat bersama ketua
panitia. Setiap panita perlu menghantar laporan ringkas program untuk fail PSS.
Laporan ringkas tersebut menggunakan 2 muka surat dan 4 keping gambar
sahaja untuk setiap aktiviti.Template laporan ringkas aktiviti telah diupload oleh
Puan Sabani ke dalam laman web Frog Vle Sekolah.

Tindakan: KETUA PANITIA

4.9 Bagi bulan Patriotisme, panitia sejarah, muzik dan kesenian akan berkolaborasi
dengan penyelaras program. Laporan aktiviti tersebut perlu dihantar ke PSS.

Tindakan: KETUA PANITIA SEJARAH, MUZIK DAN KESENIAN

4.10 Literasi Maklumat khusus untuk pusat akses kerana pusat akses di bawah
bidang kuasa PSS. Perlu capai KPI Frog Vle.
Tindakan: GPB

4.11 Inovasi Panitia. Sekiranya ada bahan BBM yang direka cipta, berbentuk seperti
carta, buku skrap atau apa-apa ciptaan baru boleh dihantar ke PSS untuk
dipamerkan.

Tindakan: Makluman

5 HAL – HAL LAIN

5.1 Harga buku nilam adalah RM 2. AJK yang akan membantu jualan:
Tahun 1 : Hasliana
Tahun 2 : Khairul Anuar
Tahun 3 : Ezrin
Tahun 4 : Sabrina Ayu
Tahun 5 : Nik Farra
Tahun 6 : Sabani
Tindakan: AJK PSS

5.2 Bermula 23 Januari, Puan Sabani akan edar bakul buku untuk kelas. Untuk tahun
ini, bakul tersebut akan dilabelkan mengikut nama setiap kelas. Sekiranya
murid sudah membaca semua buku dalam bakul tersebut, boleh bawa bakul ke
PSS untuk menukar buku kepada yang lain.

Tindakan: Makluman

5.3 Jadual Penggunaan PSS akan diedarkan mengikut kelas masing-masing.


Tindakan: Makluman

PENUTUP
6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua AJK yang hadir.
6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.00 pagi

Urus Setia
Jawatankuasa Pusat Sumber
SK 2 Taman Selayang
Tarikh : 15 JANUARI 2019

Anda mungkin juga menyukai