Anda di halaman 1dari 14

MINIT MESYUARAT HAL EHWAL MURIDBil 1 / 2018

PERKARA : MESYUARAT HEM BIL 1/ 2018


TARIKH DAN MASA : 05.01.2018/ 12.30 – 2.00 PTG
TEMPAT : BILIK GURU
KEHADIRAN GURU :
VIJAYA KUMARI A/P SUBRAMANIAM GURU BESAR
UMAH DEVI A/P THANDAVARAYAN PK HEM
VISUNATHAN A/L SUPPIAH PK KURIKULUM
EN.VICTOR A/L ASIRVATHAM PK KOKURIKULUM
PN.VASUKI A/P M. KARUPPANAN
PN.JAYAGOWRI A/P SUBRAMANIAM
EN.YASSER ALI BIN ZOLKARNAINI
PN.MOHGENAVALLI A/P MOORTHY
EN.PUSPARAJAH A/L NABARAJAB PN.
PN.ANUSHIYA A/P NEDUNGELIAN
PN.PARAMESRANI A/P KRISHNAN
CIK.PREMA A/P MAHAMANEY
PN.CLARA VENERATA A/P JEVEAR
VIMALESWARI A/P ANTHONYSAMY
EN.MOGAN A/L MARAPEN
EN.YOGESWARAN A/L MINISAMY
PN.MAHALETCHUMI A/P ARAJONA
PN.S.VIMALA A/P SUBRAMANIAM
PN.KOMALA A/P MUNUSAMY
PN.B.SUGUNA A/P BALAKESNA
PN.GATHERINE MARY A/P MANIKKAM
PN.AMMUTHA A/P SOKAYAH
PN.KASTURI A/P INDRAN
PN. BARATHI A/P JAYARAMAN
Hadir Bersama :-
Tidak Hadir Bersebab : -
Tidak Hadir Tanpa Sebab : -

1
1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Tuan guru besar, selaku pengerusi mesyuarat, mengalu-alukan kehadiran semua guru ke
Mesyuarat pertama bidang HEM bagi tahun 2018.
1.2 Pengerusi memaklumkan ahli mesyuarat bahawa mesyuarat ini harus berfokus kepada
penambahbaikan pengurusan program-program hal ehwal murid dan menekankan fungsi
sekolah dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
1.3 Guru Besar mengucapkan tahniah kepada semua guru yang memberikan kerjasama dalam
melaksanakan segala aktiviti yang dirancang sepanjang tahun 2017 dan mengharapkan
kerjasama yang sama pada tahun 2018
1.4 Guru Besar juga meminta semua guru menberikan kerjasama dengan
melaksanakan tanggungjawab yang diberikan di bawah Unit HEM .

Tindakan:Makluman

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

2.1 Setiausaha Pn.Anushiya membentangkan minit mesyuarat HEM Bil 3/2018 dan telah
diterima sebulat suara dengan cadangan Pn.Gatherine dan disokong oleh Pn.Vasuki.

Tindakan : Urusetia

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 Tiada perkara- perkara berbangkit

Tindakan: Makluman

2
4.0 PERKARA-PERKARA BARU
4.1 PEMBENTANGAN VISI ,MISI ,PELAN STRATEGIK DAN KPI BIDANG HEM

4.1.1 PK Hem telah menerangkan dengan jelas hala tuju bidang hem berdasarkan
pada KPI yang ditentukan.
4.1.2 Beliau juga telah mengulas kembali Perancangan Strategik Unit Hem yang telah
diubahsuai mengikut SPECT 2018.
4.1.3 Pelan Strategik Bidang HEM bertumpu kepada isu kehadiran, kes salah laku murid dan
keselamatan.
Tindakan:Makluman

4.2 PEMBENTANGAN LAPORAN KEWANGAN


4.2.1 Guru Penolong Kanan HEM membaca dengan terperinci tentang perbelanjaan
Bidang HEM bagi tahun 2017. Baki di tangan pada 1.1.2018 adalah sebanyak
RM252.25.
Tindakan:Makluman

4.4 BUKU KEDATANGAN MURID


4.4.1. Guru Penolong Kanan HEM menegaskan bahawa buku kedatangan harus
dilengkapkan pada hujung setiap bulan iaitu sebelum atau pada 31 haribulan Kelewatan
akan menyebabkan laporan bulanan dihantar lambat ke PPD.
4.4.2 Liquid paper tidak boleh digunakan.Guru kelas harus memastikan maklumat bukan
warganegara harus ditulis menggunakan pen merah di mukasurat belakang buka
kedatangan tersebut.
4.4.3 Guru Penolong Kanan HEM menyatakan bahawa Guru tahun satu boleh mengambil
selama 1 bulan untuk melengkapkan semua maklumat dalam buku kedatangan murid.
Manakala Guru Kelas tahun 2- tahun 6 perlu menghantar buku kedatangan murid pada
minggu ketiga.
4.4.4 Guru kelas perlu mengisi maklumat murid dengan betul dan tepat.
Tindakan.Guru Kelas

3
4.5 RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN
4.5.1 Kelulusan untuk murid tahun 2 ingga 6 adalah seramai 70 orang. Tahun satu
masih tidak diketahui. Namun sekolah telah memohon untuk 20 orang pelajar.
Tindakan.Pn.J.Barathi
4.6 SPBT
4.6.1 Guru SPBT menyatakan bahawa semua buku teks berada dalam keadaan baik.
4.6.2 Aktiviti pemantauan buku teks harus dilakukan dengan lebih kerap oleh semua guru
matapelajaran.
4.6.3 Guru kelas perlu memastikan semua murid telah membalut buku teks dengan baik.
4.6.4 Guru kelas perlu memastikan semua murid menulis nama dan kelas di dalam buku teks.
4.6.5 Semua guru adalah guru SPBT.
4.6.6 Guru - guru dilarang untuk mengumpul wang dari murid yang hilang dan koyak.

Tindakan:Pn.Paramesrani
4.7 BADAN PENGAWAS

4.7.1 Ketua Pengawas sekolah ialah Anna Praise dari 6 Vivekananthar.


4.7.2 PK HEM meminta guru pengawas dan ketua darjah perlu merancang Kursus Kepimpinan
Pengawas dalam bulan Februari.
4.7.3 Pemilihan Pengawas sekolah berdasarkan peperiksaan dan temuduga perlu digalakkan.
4.7.4 Aktiviti yang dirancang untuk badan pengawas harus dilaksanakan mengikut
takwim yang telah ditetapkan.
Tindakan:Makluman

4.8 UNIT KESIHATAN

4.8.1 Guru Penolong Kanan HEM mengingatkan guru kesihatan untuk menjalankan aktiviti
yang dirancang untuk tahun ini terutamanya ‘Program Pencegahan Denggi.
4.8.2 Program khas untuk menanggani masalah obesiti berdasarkan pada analisa BMI
perlu diberi penekanan.
4.8.3 Aktiviti berkaitan pencegahan kebersihan gigi perlu diberikan tumpuan.

Tindakan:AJK Kesihatan

4
4.9 UNIT KEBERSIHAN

4.9.1 Guru Penolong Kanan HEM telah memaklumkan bahawa kebersihan kelas adalah
tanggung semua guru.
4.9.2 Murid tidak perlu membersihkan kelas pada waktu terakhir.
4.9.3 Semua kelas akan dibersihkan oleh pekebun sekolah.
Tindakan:Makluman

4.10 UNIT KESELAMATAN

4.10.1 Guru Penolong Kanan HEM mengingatkan aktiviti keselamatan harus dijalankan seperti
dirancang kepada ketua unit keselamatan.
4.10.2 Guru Penolong Kanan HEM menyatakan bahawa aktiviti “fire drill” harus dijalankan
lebih kerap.
4.10.3 Ceramah keselamatan harus ditingkatkan.Jawatankuasa keselamatan harus mewujudkan
kerjasama sekolah dengan pihak polis.
4.10.4 Peraturan sekolah perlu sering diingatkan kepada murid pada tahun hadapan. Guru
Penolong Kanan HEM akan memastikan alat pencegah kebakaran mencukupi dan
berfungsi.
4.10.5 Buku sekolah selamat juga harus dirujuk untuk perancangan tahun 2018.
4.10.6 Tindakan untuk memastikan sekolah selamat daripada gangguan monyet, musang, ular,
tikus dan anai-anai juga perlu diberi penekanan.
4.10.7 Pintu masuk di kantin akan ditutup pukul 8.00pagi dan dibuka semula pukul 1.00petang.
Tindakan : Guru Keselamatan

4.11 PERHIMPUNAN

5
4.11.1 Tuan guru besar menyeru guru bertugas menggunakan mikrofon supaya semua murid
boleh mendengar ucapannya.
4.11.2 Guru bertugas harus bersedia dengan maklumat yang lengkap.terkini dan terperinci untuk
disampaikan kepada semua murid.

Tindakan:Makluman

4.12 UNIT KANTIN


4.12.1 Buku Laporan Kendiri Kantin dan laporan harian kantin harus diisi.
4.12.2 Jawatankuasa Kantin harus memastikan keceriaan kantin.
4.12.3 Aktiviti yang dirancang harus dilaksanakan.
4.12.4 Keputusan muktamad telah diambil untuk tidak menyajikan nasi lemak selang sehari.

Tindakan:Makluman

4.13 UNIT DISIPLIN


4.13.1 Semua guru adalah guru disiplin maka guru yang mengajar waktu terakhir perlu
mengikut murid-murid sehingga ke tempat menunggu bas untuk mengawal disiplin
mereka.
4.13.2 Pas keluar bagi setiap kelas akan disediakan oleh Pn. Anushiya dan meminta
guru-guru memastikan murid memakai pas keluar semasa keluar dari kelas.
4.13.3 Guru Penolong Kanan HEM mengingatkan penggunaan Buku Kawalan Kelas iaitu yang
disediakan oleh En.Yogeswaran mengikut kesalahan ringan,sederhana dan berat.
4.13.4 Masalah disiplin di kalangan murid harus diberi perhatian oleh guru kelas yang berada
dalam kelas pada ketika berlaku sesuatu masalah dan menulis dalam borang khas yang
disediakan.Sekiranya kes tersebut memerlukan perhatian kaunselor maka akan dirujuk
kepada beliau untuk tindakan selanjutnya.
4.13.5 SSDM perlu diisi seperti biasa oleh Pn.Kasturi.

6
4.13.6 Pelajar yang sering tidak hadir ke sekolah perlu diberi surat peringatan pertama dalam
masa 3 hari,peringatan kedua dalam masa 7 hari dan peringatan ketiga dalam masa 30
hari. Setiap peringatan harus dicatat dalam buku khas surat amaran yang disediakan oleh
Pn.Suguna.Surat amaran oleh pihak pentadbir hanya akan dikeluarkan setelah 3
peringatan dikeluarkan
4.13.7 Pn.Clara mencadangkan untuk mengamalkan amalan khas untuk menangani masalah
disiplin dikalangan murid.
4.13.8 Amalan ketuk ketapi telah dibincangan untuk mendenda murid selain merotan dan
sebagainya.

4.14 PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH(Ppda)


4.14.1 Pn.Jayagowri selaku Penyelaras PPDa harus memastikan kelancaran program ini.
Tindakan:Makluman
4.15 UNIT SARANA IBUBAPA
4.15.1 Sudut saranan ibubapa juga harus disediakan.Sokongan ibubapa harus digunakan dengan
sepenuhnya pada tahun ini.
4.15.2 Aktiviti melibatkan ibubapa,pihak swasta dan NGO perlu dirancang untuk membantu
sekolah mencapai visi dan misi sekolah.
Tindakan:Makluman
4.16 UNIT KEBAJIKAN
4.16.1 Bagi unit kebajikan, yang terdiri daripada KWAMP,RMT,E-Kasih dan bantuan daripada
pihak luar perlu memastikan kelanjaran program masing-masing.

4.16.2 Bantuan Seri Sinar sebanyak RM6000 akan disalurkan kepada 30 orang pelajar pada
suatu tarikh yang akan ditetapkan oleh Dato Eng iaitu pengasas Pertubuhan Amal Seri
Sinar.
Tindakan :Pn.Gatherine
4.17 UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
4.17.1 Program-program yang dirancang di bawah unit ini perlu diteruskan memandangkan satu
unit yang besar dan penting.

7
Tindakan:Makluman
4.18 UNIT SMM
4.18.1 Guru kelas harus mengemaskini semua maklumat mengenai murid dalam SMM setiap
bulan.
Tindakan:Makluman
4.19 UNIT KECERIAAN
4.19.1 Persekiran sekolah harus ceria untuk mengujudkan suasana kondusif.Unit keceriaan perlu
bertindak untuk membuat sesuatu untuk menceriakan sekolah.
Tindakan:AJK Keceriaan
4.20 INVENTORI
4.20.1 Inventori setiap kelas harus dipaparkan di dalam setiap kelas.Inventori harus direkodkan
didalam buku inventori.
4.20.2 Myspata perlu diisi oleh ketua unit Aset dan satu salinan harus disimpan dalam fail.
Tindakan:Pn.Kasturi
4.21 PROGRAM SUSU DAN VITAMIN 1MALAYSIA
4.21.1 Akan dimaklumkan kemudian.
Tindakan : AJK Susu
5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 ISU KEHADIRAN


5.1.1 KPI kehadiran masih tidak dicapai iaitu hanya 89% sahaja .Maka pada tahun ini KPI
akan terus dikekalkan kepada 95%.

5.1.2 Pelajar yang sering tidak hadir ke sekolah perlu diberi surat peringatan pertama dalam
masa 3 hari,peringatan kedua dalam masa 7 hari dan peringatan ketiga dalam masa 30
hari. Setiap peringatan harus dicatat dalam buku khas surat amaran yang disediakan oleh
Pn.Suguna.Surat amaran oleh pihak pentadbir hanya akan dikeluarkan setelah 3
peringatan dikeluarkan.

8
5.2 PELAN STRATEGIK
5.2.1 Perancangan strategik sentiasa perlu dirujuk dan harus dilksanakan untuk
mencapai visi dan misi sekolah.
5.3 Program Transisi
5.3.1 Program Transisi telah berjalan dengan lancar seperti yang dijadualkan.
Matlamat Program Transisi tercapai dan murid-murid telah menyesuaikan
diri dengan baik.
5.4 APDM
5.4.1 Maklumat murid dalam APDM harus dikemaskini dari semasa ke semasa.
5.4.2 Buku Kedatangan Murid perlu diisi dengan kemas dan dihantar ke unit HEM
setiap akhir bulan untuk semakan HEM.

Tindakan:Makluman
6.0 PENUTUP
6.1 Guru Penolong Kanan HEM mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru yang
telah hadir ke mesyuarat pada kali ini. Mesyuarat ditangguhkan dengan rasminya pada
pukul 2.00 petang.
Urusetia : Pn.N.Anushiya
Tarikh : 5.1.2018

9
MINIT MESYUARAT HAL EHWAL MURIDBil 2/2018

PERKARA : MESYUARAT HEM BIL. 2/2018


TARIKH DAN MASA : 25.05.2018 / 1.15-4.30 PTG
TEMPAT : BILIK GURU
KEHADIRAN GURU :
VIJAYA KUMARI A/P SUBRAMANIAM GURU BESAR
UMAH DEVI A/P THANDAVARAYAN PK HEM
VISUNATHAN A/L SUPPIAH PK KURIKULUM
EN.VICTOR A/L ASIRVATHAM PK KOKURIKULUM
PN.VASUKI A/P M. KARUPPANAN
PN.JAYAGOWRI A/P SUBRAMANIAM
EN.YASSER ALI BIN ZOLKARNAINI
PN.MOHGENAVALLI A/P MOORTHY
EN.PUSPARAJAH A/L NABARAJAB PN.
PN.ANUSHIYA A/P NEDUNGELIAN
PN.PARAMESRANI A/P KRISHNAN
CIK.PREMA A/P MAHAMANEY
PN.CLARA VENERATA A/P JEVEAR
VIMALESWARI A/P ANTHONYSAMY
EN.MOGAN A/L MARAPEN
EN.YOGESWARAN A/L MINISAMY
PN.MAHALETCHUMI A/P ARAJONA
PN.S.VIMALA A/P SUBRAMANIAM
PN.KOMALA A/P MUNUSAMY
PN.B.SUGUNA A/P BALAKESNA
PN.GATHERINE MARY A/P MANIKKAM
PN.AMMUTHA A/P SOKAYAH
PN.KASTURI A/P INDRAN
PN.BARATHI A/P JAYARAMAN
PN.RAJASURIA A/P SUBRAMANIAM
Hadir Bersama :-
Tidak Hadir Bersebab : -
Tidak Hadir Tanpa Sebab : -

10
1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Puan guru besar, selaku pengerusi mesyuarat, mengalu-alukan kehadiran semua ahli
Mesyuarat bagi kali kedua bidang HEM untuk tahun 2018.

Tindakan: Makluman
1.2 Guru Besar juga meminta semua guru menberikan kerjasama dengan
melaksanakan tanggungjawab yang diberikan di bawah Unit HEM .

1.3 Terdapat perubahan dalam ahli jawatankuasa HEM sebab pertukaran guru dan
penambahan seorang guru baru.
1.4 Pn.S.Rajasuria akan memegang unit 3K dari bulan ini.

Tindakan:Makluman

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

2.1 Setiausaha Pn.Anushiya membentangkan minit mesyuarat HEM Bil 1/2018 dan telah
diterima sebulat suara dengan cadangan Pn.Clara dan disokong oleh Pn.Paramesrani
Tindakan : Urusetia

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 Isu Keselamatan murid perlu diberikan tumpuan kerana kawasan sekolah tidak selamat.
Ini di sebbakan oleh masalah ular dan sebaganiya.

4.0 PERKARA-PERKARA BARU

4.1 PEMBENTANGAN VISI ,MISI ,PELAN STRATEGIK DAN KPI BIDANG HEM

4.1.1 PK Hem telah menerangkan dengan jelas hala tuju bidang hem berdasarkan
pada KPI yang ditentukan.
.
Tindakan:Makluman
4.2 PEMBENTANGAN LAPORAN KEWANGAN

4.2.1 TIADA

4.3 BUKU KEDATANGAN MURID

11
4.3.1. Guru Penolong Kanan HEM menegaskan bahawa buku kedatangan harus
dilengkapkan pada hujung setiap bulan iaitu sebelum atau pada 31 haribulan Kelewatan
akan menyebabkan laporan bulanan dihantar lambat ke PPD.Liquid paper tidak boleh
digunakan.Guru kelas harus memastikan maklumat bukan warganegara harus ditulis
menggunakan pen merah di mukasurat belakang buka kedatangan tersebut.
Tindakan.Guru Kelas

4.4 RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN

4.4.1 Jumlah murid yang mendapat RMT bagi tahun ini ialah seramai 102 orang
4.4.2 Menu bagi murid RMT seperti dalam laporan.
4.4.3 Guru bertugas perlu menulis laporan dalam buku kantin sekolah sekiranya terdapat
kekurangan dalam pemberian RMT.
Tindakan.Pn.J.Barathi

4.5 SPBT
4.5.1 Guru kelas perlu memantau keadaan buku teks murid-murid dari semasa ke semasa dan
memberitahu murid untuk menjaga buku teks dengan baik.
4.5.2 Pesanan buku secara atas talian akan dibuat.
4.5.3 Guru SPBT harus memastikan semua buku teks berada dalam keadaan baik.
4.5.4 Aktiviti pemantauan harus dilakukan dengan lebih kerap.

Tindakan:Makluman

4.6 BADAN PENGAWAS

4.6.1 En.M.Mogan menyatakan tetang kursus kepimpinan pengawas.


4.6.2 Peranan Pengawas sekolah masih tidak memuaskan hati kerana masih ada beberapa
orang pengawas yang tidak menjalankan tugas yang diberikan dengan baik.
4.6.3 PK HEM menyatakan bahawa semua aktiviti yang dirancang untuk badan pengawas
harus dilaksanakan mengikut takwim yang telah ditetapkan.
Tindakan: Guru Pengawas

4.7 UNIT KESIHATAN

4.7.1 Lawatan dari Unit Kesihatan akan dijalankan pada hari 30.5.2018.
4.7.2 Aktiviti lawatan akan direkod dalam Buku Rekod Kesihatan Murid.
4.7.3 Terima kasih diucapkan kepada semua guru kelas kerana telah mengemaskini Buku
Rekod Kesihatan Murid.
4.7.4 Tarikh bagi pemeriksaan gigi masih tidak diketahui kerana Pihak sekolah tidak dapat
menghubungi Pegawai pergigian. Masalah ini bukan disebabkan oleh sekolah. Masalah
dari Klinik Kesihatan yang masih tidak memberikan tarikh.
4.7.8 Guru Penolong Kanan HEM mengingatkan guru kesihatan untuk menjalankan
aktiviti berkaitan pergigian iaitu diberi tunjuk ajar tentang cara penjagaan gigi.

12
Tindakan:AJK Kesihatan

4.8 UNIT KEBERSIHAN

4.8.1 Guru Penolong Kanan HEM telah memaklumkan bahawa kebersihan kelas adalah
tanggungjawab semua guru.
4.8.2 Guru yang berada di kelas pada waktu terakhir perlu memastikan kebersihan kelas.
4.8.3 Pertandingan Kebersihan Kelas tidak diadakan bagi tahun ini, kerana semua kelas
dibersihkan oleh pekebun sekolah.
Tindakan:Makluman

4.9 UNIT KESELAMATAN

4.9.1 Tahniah diucapkan kepada Pn.S.Ammutha kerana berjaya menjalankan aktiviti


pencegahan kebakaran dibawah unit keselamatan.

4.9.2 Guru Penolong Kanan HEM menyatakan bahawa aktiviti “fire drill” harus dijalankan
lebih kerap.

4..9 Ceramah keselamatan akan dijalankan selepas UPSR dengan kerjasama sekolah dengan
pihak polis.
Tindakan:Makluman

4.12 UNIT KANTIN


4.12.1 Buku Laporan Kendiri Kantin dan laporan harian kantin harus diisi.

4.13 UNIT DISIPLIN


4.13.1 Semua guru adalah guru disiplin maka guru yang mengajar waktu terakhir perlu
mengikut murid-murid sehingga ke tempat menunggu bas untuk mengawal disiplin
mereka.

. Tindakan.AJK Disiplin
4.13.2 Amalan ketuk ketapi telah dibincangan untuk mendenda murid selain merotan dan
sebagaiyna.

4.16 UNIT KEBAJIKAN


4.16.1 Bagi unit kebajikan, yang terdiri daripada KWAMP,RMT,E-Kasih dan bantuan
daripada pihak luar perlu memastikan kelanjaran program masing-masing.
Tindakan :Pn.Gatherine

13
4.17 UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
4.17.1 Program-program yang dirancang di bawah unit ini perlu diteruskan memandangkan
satu unit yang besar dan penting.

Tindakan:Makluman
5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 ISU KEHADIRAN


5.1.1 KPI kehadiran masih tidak dicapai iaitu hanya 89% sahaja .Maka pada tahun ini KPI
akan terus dikekalkan kepada 95%.

Tindakan:Makluman

6.0 PENUTUP
6.1 Guru Penolong Kanan HEM mengucapkan ribuan terima kasih
kepada guru-guru yang telah hadir ke mesyuarat pada kali ini. Mesyuarat
ditangguhkan dengan rasminya pada pukul2.00 petang.
Urusetia : Pn.N.Anushiya
Tarikh : 5.1.2018

14

Anda mungkin juga menyukai