Anda di halaman 1dari 3

1.

0 NAMA PROGRAM
Program Merentas Desa Sempena Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah 2017.

2.0 PENGENALAN
Dasar Sukan Negara merupakan dasar pembangunan sukan ke arah pembentukan
budaya sukan dan pemantapan integrasi nasional menerusi penglibatan masyarakat
secara menyeluruh dan pencapaian kecemerlangan di peringkat antarabangsa.

Oleh sebab itu, hasil Mesyuarat Jemaah Menteri pada 28 Januari 2015 telah
bersetuju dengan memorandum daripada Menteri Belia dan Sukan, pelaksanaan
Sambutan Hari Sukan Negara akan diadakan pada hari Sabtu minggu kedua bulan
Oktober setiap tahun. Justeru, pada tahun ini sambutan tersebut akan diadakan
pada 10 Oktober 2015 (Sabtu).

3.0 RASIONAL
Sambutan Hari Sukan Negara telah diisytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu
kedua bulan Oktober setiap tahun. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan
suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif
didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai
sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation).

Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara di jadikan agenda nasional yang selari
dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020. Pada tahun 2016 ini, sambutan
Hari Sukan Negara bakal diisi dengan pelbagai aktiviti sukan dan riadah untuk
memastikan setiap lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam meraikan
Sambutan Hari Sukan Negara tersebut yang akan diraikan secara serentak di
seluruh pelusuk tanah air. Semua pihak melalui penglibatan sektor awam, swasta
dan rakyat keseluruhannya akan berganding bahu menganjur dan menyertai
program dan aktiviti sukan dan kecergasan pada hari berkenaan.

Hari Sukan Negara ini adalah penting di dalam usaha kerajaan menggalakkan rakyat
menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan
masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah iaitu pada kadar sekitar
40 peratus berbanding dengan 50 hingga 60 peratus di negara maju. Budaya sukan
melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif pada masa yang sama dapat membantu
menurunkan kadar penyakit kronik dikalangan rakyat Malaysia.

4.0 OBJEKTIF
Pada akhir program ini para peserta akan dapat:
4.1 Menerapkan budaya sukan dikalangan rakyat,
4.2 Mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan peserta, dan ibubapa dengan
ahli jawatankuasa penganjur,
4.3 Memupuk keyakinan dan sikap tidak berputus asa dalam diri para peserta,
4.4 Membentuk peserta agar sentiasa berfikiran positif,
4.5 Meningkatkan pengetahuan sukan dikalangan rakyat.
4.4 Memberi peluang kepada peserta dalam menunjukkan bakat masing –
masing,
4.5 Melahirkan nilai – nilai murni dalam diri seperti kerjasama, rajin dan
bertanggungjawab.
5.0 TARIKH

6.0 KUMPULAN SASARAN

 Murid-murid Pra Sekolah hingga Tahun 6 SK Ulu Kabo.


 Ibu bapa murid.
 Guru-guru dan Staf-staf Sekolah

7.0 LOKASI

1. Padang Sekolah (Pendaftaran & Senaman Ringan)


2. Laluan sehingga Jambatan Meruji Kabo

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Tiada peruntukan bagi menjalankan program ini. Sumber kewangan adalah melalui
kutipan yuran RM10 di kalangan para guru, staf-staf sekolah, AKS, pengawal
keselamatan dan pekerja swasta.

9.0 TENTATIF PROGRAM

 Pendaftaran (Ambil kedatangan/ kehadiran murid-murid)


 Ketibaan murid-murid, ibu bapa, para guru, staf-staf sekolah
 Nyanyian Lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku
 Ucapan aluan Guru Besar SKUK
 Senaman Ringan
 Simbolik Perlepasan Merentas Desa
 Aktiviti merentas desa bermula (Flag Off)
 Jamuan ringan
 Bersurai

10.0 CADANGAN LALUAN MERENTAS DESA

Padang Sekolah SKUK


Jambatan Meruji
Ke Lempa
Mula/ Tamat
Check Point
Cooling station
Setiap selekoh sepanjang laluan akan diawasi oleh Marshall
12.0 AHLI JAWATANKUASA PROGRAM
12.1 Jawatankuasa Induk
Penaung : En. Lem Ak Riji (Guru Besar SK Ulu Kabo)
Penasihat 1 : En. Menga Ak Bana (PK 1 SK Ulu Kabo)
Penasihat 2 : Cik Repah Ak Ungan (PK HEM)
Ahli-ahli : Semua guru & AKS

12.2 Jawatankuasa Kerja


Pengerusi : En. Sabeni Bin Ulis (PK Kokurikulum)
Setiausaha : En. Desmond Daniel Ak Copta
Bendahari : Cik Fatehah Faezah
Pengacara : Pn. Doreen
Instruktor Senaman Ringan : En. Desmond Daniel & Muridnya
Persiapan Tempat dan PA : En. Zulhairie
Jurufoto : Cik. Nur Azreen
Makanan dan minuman : Pn. Madeline (K)
: Pn. Anna
: Pn. Esther
Pendaftaran Peserta : Semua guru kelas dan guru Pra Sekolah
Keselamatan : En. Ngelingkong (K) dan ahli-ahli
Marshall @ Lalu Lintas : En. Desmond Daniel : En. Aman Bundak
: En. Jit Dugat : En. Telajan Sulau
: En. Zulhairi : En. Menga Bana
: En. Ngelingkong : En. Galau
: En. Jamba

Penutup
Diharapkan program seumpama ini dapat mencapai objektif dan matlamat yang
dirancangkan serta akan dapat mewujudkan kerjasama yang erat dan persefahaman
yang seiringan antara pihak sekolah dan ibu bapa dalam misi kecergasan negara.