Anda di halaman 1dari 5

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI PERTAMA 2019

TARIKH: 3 JANUARI 2019

MASA: 2.00 PETANG

TEMPAT: Makmal Komputer

KEHADIRAN:

Encik Md Izzuddin bin Mohd Shah (Guru Besar)

Encik Azmi Bin Yunus (GPK Kokurikulum)

Puan Sinra Hanyi

Encik Ahmad Fadhil bin Ramza

Encik Kasrul bin Hamzah

Encik Mohd Ridzuan bin Rahamat

Puan Siti Khadijah binti Talha

Encik Faizulnizam bin Ramli

Encik Mohd Fauzee bin Ali

Puan Zainah Binti Kadiman

AGENDA MESYUARAT:

1. UCAPAN GURU BESAR


2. UCAPAN PENGERUSI
3. HAL-HAL LAIN
1. UCAPAN GURU BESAR
1.1 Guru besar mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang dapat hadir ke mesyuarat
panitia bahasa melayu kali pertama untuk tahun 2019.
1.2 Mengucapkan syabas dan tahniah diatas segala usaha keras guru untuk meningkatkan
pencapaian bahasa melayu pada tahun lalu.
1.3 Menekankan mata pelajaran bahasa melayu sebagai mata pelajaran paling penting sebagai
tunjang utama mata pelajaran yang lain.
1.4 Guru perlu merangka perancangan untuk penambahbaikan tahun lalu.
1.5 Harapan guru besar agar guru-guru dapat meningkatkan prestasi subjek bahasa melayu
untuk tahun 2019.
1.6 Tahun 2020 menjadi sasaran utama dalam mencapai kejayaan dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu. Sehubungan itu, Panitia Bahasa Melayu perlu pengisian yang lebih mantap pada
tahun 2019.
1.7 Guru Besar memberi ruang kepada ketua panitia untuk berehat pada 25 hingga 31 Disember
setiap tahun bagi menyambut perayaan Hari Krismas bersama keluarga. Oleh itu, ahli Panitia
Bahasa Melayu perlu meneruskan terlebih dahulu mesyuarat tanpa kehadiran ketua Panitia.
1.8 Bahasa Melayu merupakan teras kepada SK Pasir Panjang setelah ketiadaan ujian untuk
murid di tahap 1. Justeru, Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) untuk semua murid tahap 1 perlu
lebih mantap dan diberi penekanan yang lebih oleh setiap guru. Guru Besar juga menasihati
setiap guru supaya lebih mengenali murid-murid mereka.
1.9 Dengan pemansuhan program linus oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia bermula
tahun 2019. Panitia Bahasa Melayu perlu merangka program untuk murid mudah membaca,
menyebut, menulis & menaakul untuk murid bermasalah dalam pembelajaran.
1.10 Berdasarkan hasil peperiksaan pada tahun 2016, 2017 dan 2018 menunjukkan
kelemahan & kemerosotan murid dalam Bahasa Melayu Penulisan. Ini jelas menunjukkan
murid SK Pasir Panjang lemah dari segi penulisan karangan. Justeru guru besar menyarankan
supaya ahli panitia merangka program dalam menulis unuk membantu murid yang lemah
dalam bidang penulisan.
1.11 Bilangan murid mendaftar di Pra semakin meningkat dengan ini memerlukan guru
Pra untuk lebih kreatid & inovatif dalam Pdpc supaya murid lebih berminat untuk belajar
1.12 Oleh itu, guru Bahasa Melayu perlu lebih kreatif & inovatif untuk menggalakkan
murid supaya lebih berminat dalam Pdpc Bahasa Melayu.
1.13 Program khas perlu dilaksanakan oleh ahli Panitia Bahasa Melayu bagi membantu
murid yang masih lemah dalam membaca, menyebut, menulis & menaakul bermula dari
tahap 1 & tahap 2
1.14 Tahun 1 bermula dari bulan 3 hingga bulan 6
1.15 Tahun 2,3 & 4 bermula dari bulan bulan 1
1.16 Guru Bahasa Melayu perlu lebih mengenali murid-murid mereka dengan lebih
mendalam. Perkara pertama para guru perlu mengetahui nama murid mereka seterusya
mengenalpasti kelemahan murid yang perlu dibantu.
1.17 Guru digalakkan untuk menghasilkan lirik & lagu dalam Pdpc ketika aktiviti didik hibur
bagi menambahkan lagi minat murid kepada Pdpc guru
2. UCAPAN PENGERUSI
2.1 Mengucapkan terima kasih kerana dapat hadir ke mesyuarat kali pertama bagi panitia
bahasa melayu tahun 2019.
2.2 Pelantikan ajk panitia bahasa melayu 2019
Pengerusi: Puan Sinra Hanyi
Setiausaha: Encik Ahmad Fadhil Bin Ramza
Penyelaras Tahun 1: Puan Siti Khadijah Binti Talha
Penyelaras Tahun 2: Encik Ramesh Kumar
Penyelaras Tahun 3: Encik Mohd Ridzuan Bin Rahamat
Penyelaras Tahun 4: Encik Kasrul Bin Hamzah
Penyelaras Tahun 5: Encik Zulimi Bin Mat Daud
Penyelaras Tahun 6: Encik Ahmad Fadhil Bin Ramza & Puan Sinra Hanyi
2.3 Penyelaras pentaksiran bilik darjah
Penyelaras Tahap 1: Puan Siti Khadijah Binti Talha (K)
Encik Faizulnizam Bin Ramli (SU)
Penyelaras Tahun 4 & 5 : Encik Kasrul Bin Hamzah (K)
Penyelaras Tahun 6 : Encik Ahmad Fadhil Bin Ramza (K)
Puan Sinra Hanyi (SU)
2.4 Semua guru perlu menyediakan dan melengkapkan rancangan pengajaran harian, dskp dan
rancangan pengajaran tahunan. Semua guru diminta menghantar buku rph bersama rpt dan
dskp sebelum 31 januari 2019. Guru bebas menggunakan fail atau buku rekod.
2.5 Penetapan buku tulis
A) Tahap 1 sebanyak 4 biji (kefahaman, penulisan, tatabahasa, tulisan)
B) Tahap 2 sebanyak 3 biji (kefahaman, tatabahasa, penulisan)
2.6 Semakan buku latihan murid
Penetapan 2 kali seminggu untuk menyemak buku latihan dan buku kerja murid. Guru-
guru perlu menggunakan penandaan yang telah ditetapkan, serta ruang pembetulan
perlu disediakan untuk penambahbaikan murid.
2.7 Pkjr- bermula 2 Januari apabila buku selesai di agihkan oleh guru SPBT kepada setiap murid.
Perlaksanaan selama 30 minit seminggu bersamaan 2 jam sebulan. Murid perlu bercaka,
menulis dan melukis gambar dalam buku aktiviti yang akan diedarkan. Pengajaran perlu
dimasukkan dalam RPH guru.
2.8 Program nilam-
 Guru-guru bahasa melayu perlu membawa murid ke pusat sumber untuk
menjalankan program ini. Waktu yang ditetapkan ialah 2 masa(1 jam ) seminggu.
 Guru pusat sumber akan menyediakan jadual penggunaan pusat sumber.
 Murid yang tiada buku nilam boleh membeli buku nilam dengan guru pusat
sumber dengan harga rm3.
 Guru perlu menerangkan kepada murid-murid cara penggunaan buku nilam
tersebut dengan jelas.
 Murid tahap 1 ulasan dalam buku nilam digalakkan menulis lima ayat daripada
buku yang dibaca atau membuat ulasan melalui kaedah lukisan.
 Murid tahap 2 membuat ulasan bahan bacaan dengan menulis rumusan atau
sinopsis bahan bacaan.
 Murid-murid dibenarkan menggunakan pusat sumber pada waktu rehat.
2.9 Penetapan latihan 1 minggu 1 peribahasa yang terdapat dalam buku teks perlu murid ingat. 1
minggu 2 penulisan perlu dibuat 1 karangan berpandu & 1 karangan tidak berpandu. Setiap
hari perlu ada latihan bertulis di rumah atau di sekolah yang sesuai dengan tahap
kemampuan murid.
2.10 Penulisan rancangan pengajaran harian-
 Perlu mengikut aras dan tahap kemampuan murid.
 Penulisan refleksi/ impak adalah wajib
 Penulisan refleksi mestilah ditulis dalam bentuk bilangan murid yang menguasai
dan tidak menguasai.
2.11 Program plc 2019- untuk meningkatkan kualiti pdp guru akan diteruskan. Program ini
menggalakkan perkongsian idea dan bertukar-tukar pendapat untuk kepentingan guru-guru.
Guru Besar menggalakkan PLC secara formal atau tidak formal. Setiap guru perlu
merekodkan PLC yang dijalankan dalam Buku RPH.
2.12 Penggunaan wang panitia- perlu isi nota minta. Semua pgoram dibawah panitia
bahasa melayu perlu menyediakan kertas kerja. Sebarang barang/ keperluan yang perlu
dibeli perlu dirujuk kepada guru besar selepas mengisi nota minta. 16 kamus dewan telah
dibeli pada tahun 2018 untuk menanggani masalah lemah perbendaharaan kata murid-
murid.
2.13 Perlaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah – Tahap 1 perlu dijalankan PBD dengan teliti
kerana tiada lagi ujian peperiksaan. Tahap 2 peperiksaan perlu mengikut JSU sebelum
menyediakan kertas soalan peperiksaan. Setiap guru ada borang markah PBD murid yang
diajar untuk menilai dari segi pemerhatian & latihan.
2.14 Perancangan Strategik - perlu melihat kepada pencapaian tahun lepas sama ada
tercapai atau tidak. Guru perlu baiki kelemahan tahun 2018 dan membuat penambahbaikan
pada tahun 2019. OPPM perlu dihantar pada 15 Februari 2019.

3. HAL-HAL LAIN
3.1 Pembentangan keputusan upsr untuk subjek bahasa melayu berlaku penurunan dalam
penulisan Bahasa Melayu
3.2 Tahun 1 akan menggunakan instrumen linus bagi menanggani murid yang lemah dalam
Bahasa Melayu
3.3 Murid di Pra 6 tahun perlu ditingkatkan dengan program membaca bagi mengelakkan
masalah pada arus perdana.
3.4 Harapan pengerusi- semua cikgu dapat berkongsi pendapat dan masalah bersama-sama
secara tidak langsung dapat meningkatkan peratus upsr 2019 dan kekal cemerlang.

Mesyuarat ditangguh pada pukul 3.30 petang.

DISEDIAKAN OLEH, DISEMAK OLEH,

....................................... ......................................

Ahmad Fadhil Bin Ramza Sinra Hanyi

SETIAUSAHA PANITIA BAHASA MELAYU PENGERUSI PANITIA BAHASA MELAYU

DISAHKAN OLEH,

.......................................

Md Izzuddin bin Mohd Shah

GURU BESAR SK PASIR PANJANG

Anda mungkin juga menyukai