1

PEMBUKA BICARA
Salam untuk semua, Tahun ini adalah tahun ketiga www.keklapis.com di alam siber Alhamdulillah, kerana diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk membuat peningkatan pada laman web, penemuan teknik terbaru dalam penyediaan kek lapis biasa, kek lapis sarawak & membuat bengkel-bengkel kek lapis sarawak. Dalam masa dua tahun kebelakangan ini, saya telah banyak mencuba resipi kek lapis yang terdapat di dalam buku kek lapis yang terdapat di pasaran. Antara buku yang menjadi sumber saya ialah buku yang ditulis oleh Puan Rabiah Amit dan Cik Deja Moss. Ada juga resipi-resipi lain yang peroleh dari alam siber dan bila cuba membuatnya, hasilnya tidak mengecewakan. Proses menulis ebook kali ini agak mencabar disebabkan oleh kecuaian saya sendiri. Gambar-gambar yang telah diambil telah “gone with the wind”, bila notebook saya diserang virus. Hampir putus asa saya dibuatnya. Bagaimanapun, minat saya terhadap seni pembuatan kek lapis sarawak ini begitu mendalam. Dengan kekuatan minat saya itu, saya teruskan usaha saya. Sehubungan itu, saya mohon maaf atas kelewatan mengeluarkan ebook ini. Saya berharap ebook membuat pelbagai jenis kek lapis ini mampu memberikan anda semua idea berkenaan seni pembuatan kek lapis sarawak yang begitu unik ini. Saya boleh dihubungi ditalian 016-2951473 & juraiza@keklapis.com, sekiranya anda memerlukan kefahaman lebih lanjut lagi. Segala maklum balas amatlah saya hargai dan ucapkan ribuan terima kasih. Akhir kata dari saya, KESABARAN ANDA MEMANG BERBALOI! Salam dari saya Nomie Aziz www.keklapis.com

1 Langkah Demi Langkah Membuat Pelbagai Kek Lapis Hakcipta : www.keklapis.com & Piqa Bakery

2

KANDUNGAN EBOOK LANGKAH DEMI LANGKAH MEMBUAT PELBAGAI JENIS KEK LAPIS
Resipi Resipi 1 Resipi 2 Resipi 3 Resipi 4 Resipi 5 Kek Lapis Rempah Kek Lapis Tikar Piqa Kek Lapis Prune Kek Lapis Keju Kek Lapis Keju Bercoklat Tajuk Mukasurat 4 – 22 23 - 28 27-39 39 -44 44 - 65

2 Langkah Demi Langkah Membuat Pelbagai Kek Lapis Hakcipta : www.keklapis.com & Piqa Bakery

3 LANGKAH DEMI LANGKAH MEMBUAT PELBAGAI KEK LAPIS Kek Lapis Rempah Kulit Kayu Manis Hanya menggunakan 9 biji telur! Kek Lapis Tikar Piqa Kek Lapis Buah Prune Kek Lapis Keju Kek Lapis Keju Bercoklat 3 Langkah Demi Langkah Membuat Pelbagai Kek Lapis Hakcipta : www.com & Piqa Bakery .keklapis.

keklapis. Saya suka memanggilnya asas kerana bahan-bahan yang saya gunakan ini adalah yang paling ringkas.4 Resipi Kek Lapis Rempah Kayu Manis Berat terhasil: 1 kg dengan saiz 8” x 8” Suhu membakar: 150º c Di sini saya akan jelaskan secara asasnya bahan-bahan yang akan diperlukan dalam membuat kek lapis.mudah didapati dengan kos yang murah.com & Piqa Bakery . Bahan A Bahan B 4 biji telur kuning 5 biji telur 175g gula castor 25g gula icing 1 sudu besar ovellette ½ sudu teh serbuk penaik 200g tepung cake atau hong kong flour 300 gram pure butter 2 sudu besar susu pekat manis 1 ½ sudu teh serbuk kulit kayu manis ½ sudu vanilla 1 ½ sudu besar sirap perang 4 Langkah Demi Langkah Membuat Pelbagai Kek Lapis Hakcipta : www.

5 Proses mengadun Mengadun Bahan A Bahan a Bahan a (timbangan) 4 biji telur kuning 5 biji telur 175g gula castor 25g gula icing 1 sudu besar ovellette ½ sudu teh serbuk penaik 80g telur kuning 300g telur 175g gula castor 25g gula icing 15g ovellette 2g serbuk penaik 200g tepung cake atau hong kong flour 200g tepung kek atau hong kong flour Berat adunan 797gram (anggaran) 5 Langkah Demi Langkah Membuat Pelbagai Kek Lapis Hakcipta : www.com & Piqa Bakery .keklapis.

keklapis. Gula aising + gula halus + ovalette 6 Langkah Demi Langkah Membuat Pelbagai Kek Lapis Hakcipta : www. Ini adalah untuk memudahkan anda mengasingkan putih dan kuning telur 5 biji telur (jangan keliru ya!) Ia bermaksud putih dan kuning telur.6 4 biji kuning telur Pastikan telur disimpan di dalam peti sejuk sebelum digunakan.com & Piqa Bakery .

Pukul dengan kelajuan rendah terlebih dahulu (nanti tepung berterbangan pulak kalau laju sangat) 7 Langkah Demi Langkah Membuat Pelbagai Kek Lapis Hakcipta : www.com & Piqa Bakery .keklapis.7 Campurkan telur + gula aising + gula halus + ovalette + vanilla essence Tepung hong kong + baking powder diayak supaya tidak berketul Campurkan tepung hong kong + telur + gula aising + gula halus + ovalette + vanilla essence.

Teruskan memukul. Langkah Demi Langkah Membuat Pelbagai Kek Lapis Hakcipta : www.com & Piqa Bakery 8 . Adunan a masih lagi kelihatan kekuningan dan semakin pekat. Teruskan memukul. tinggikan kelajuan mesin pengadun. Adunan akan bertukar warna seperti gambar di bawah Adunan a masih lagi kelihatan kekuningan.8 Bila nampak sudah sebati.keklapis.

keklapis.com & Piqa Bakery .9 Apabila adunan a. statik aje. bolehlah perlahankan dan hentikan mesin pengadun anda. Mulakan adunan B pula 9 Langkah Demi Langkah Membuat Pelbagai Kek Lapis Hakcipta : www. So. kelihatan keputihan seperti di bawah dan pekat. Ataupun bila dikaut adunan tepung tidak jatuh.

keklapis.com & Piqa Bakery .10 Proses mengadun Mengadun Bahan B Adunan B Adunan B (secara timbang) 300 gram pure butter 2 sudu besar susu pekat manis ½ sudu vanilla 1 ½ sudu besar sirap perang 300 gram pure butter 30 gram susu pekat manis 2 gram sudu vanilla 6 gram sudu besar sirap perang 1 ½ sudu teh serbuk kulit kayu manis 6 gram sudu teh serbuk kulit kayu manis Berat adunan 344 gram (anggaran) 10 Langkah Demi Langkah Membuat Pelbagai Kek Lapis Hakcipta : www.

com & Piqa Bakery . kalau tak suka rasa rempah-tapi kek yang terhasil memang kurang rasa rempah) 11 Langkah Demi Langkah Membuat Pelbagai Kek Lapis Hakcipta : www.keklapis.11 Mengadun Bahan B Mentega haruslah lembut dan tidak terlalu keras semasa hendak memukul Mentega + serbuk kayu manis + susu manis (tak payah letak serbuk kayu manis.

Bila mahu memukul adunan A.com & Piqa Bakery .keklapis.12 Mentega + serbuk kayu manis + susu manis dipukul sehingga kembang (warnanya akan berubah kepada warna coklat yang cerah disebabkan oleh serbuk kayu hitam) (warnanya akan berubah kepada warna coklat yang cerah) Adunan B ini boleh dipukul terlebih dahulu dan boleh disimpan di dalam peti sejuk. adunan b ini hendaklah dikeluarkan lebih awal dan dibiarkan lembut menteganya. 12 Langkah Demi Langkah Membuat Pelbagai Kek Lapis Hakcipta : www.

Untuk adunan ini ianya adalah dari 15 – 20 minit.keklapis.13 Adunan A + Adunan B Berat adunan a Berat adunan b Jumlah Adunan A 797 gram 344 gram 1.com & Piqa Bakery . Sekiranya anda menggunakan mixer tangan masa yang diambil ialah antara 25 – 40 minit.141gram @ 1kg 141 gram Adunan B Adunan a dan adunan b dicampur Adunan digaul hingga sebati. Adunan akan jadi begini setelah digaul sebati Proses mengadun adunan kek lapis ini bergantung kepada kekuatan mesin adunan anda. 13 Langkah Demi Langkah Membuat Pelbagai Kek Lapis Hakcipta : www.

Adunan kek lapis yang sudah sedia untuk dibakar.14 Proses membakar Panaskan oven anda pada suhu 180°c. Acuan yang saya gunakan adalah 8” x 8” x 3”. Gunakan api atas bawah. Panaskan sekurang-kurangnya 10 minit sebelum memulakan proses membakar. Anda boleh menggunakan shortening untuk dialas pada acuan anda. Senang digunakan. Langkah Demi Langkah Membuat Pelbagai Kek Lapis Hakcipta : www. Saya suka menggunakan spray yang diperbuat dari canola oil. Ada berbagai jenis di pasaran.com & Piqa Bakery 14 .keklapis.

dilipat ke bawah.keklapis.com & Piqa Bakery . letak kertas minyak di dalam acuan. Lebihkan kertas minyak. Tujuannya untuk memudahkan kita mengeluarkan kek lapis yang sudah dimasak.15 Selepas disapu shortening atau canola oil spray tadi. 15 Langkah Demi Langkah Membuat Pelbagai Kek Lapis Hakcipta : www. supaya ia mudah ditarik dari kek anda nanti.

16 Langkah Demi Langkah Membuat Pelbagai Kek Lapis Hakcipta : www.16 Cara Melapis Kek Lapis Ada dua cara yang anda boleh buat.keklapis. Tujuannya agar senang untuk kita ratakan adunan kek lapis ini. Seeloknya dibuat seperti di dalam gambar. Cara kedua Berat adunan ialah 1kg 91 gram.com & Piqa Bakery . Jadi anda akan mendapat lebih kurang 10 lapisan kek @ 19 lapisan kek Saya cadangkan anda menggunakan kaedah kedua kerana kek lapis yang terhasil akan lebih cantik. Ini kerana lapisan kek tersebut akan lebih tersusun dan jelas lapisannya. Timbangkan setiap adunan sebanyak 100 gram (maksima) ataupun 60 gram (minima). 1 sudu besar= 20 gram adunan 4 sudu besar = 80 gram adunan untuk setiap lapis. Cara pertama Letakkan 4 sudu besar adunan kek lapis tadi.

lapisan pertama kek anda telah siap.bakarkan ia dengan api atas dengan suhu 150c dan bakar sehingga perang. Kalau tak percaya cubalah anda meratakan adunan tersebut dengan sudu anda memang leceh – ini berdasarkan pengalaman sayalah. 17 Langkah Demi Langkah Membuat Pelbagai Kek Lapis Hakcipta : www. Anda akan suka sangat menggunakan alat perata ataupun “comb scraper” ini.17 Ratakan ia. Ok.keklapis. Tukarkan suis ke api atas (top).com & Piqa Bakery . anda boleh menggunakan sudu untuk meratakan adunan kek lapis. Tapi setelah anda sudah biasa. Kemudian masukkan ke dalam oven anda. Alat ini sungguh menyenangkan kerja anda.

keluarkan.18 Ok. lapisan pertama kek anda telah siap dibakar. Kek lapis anda perlu mempunyai warna seperti ini. Selalunya masa yang diambil ialah dari 8 minit hingga ke 10 minit. Ini penting kerana warna inilah yang membentuk lapis – lapis pada kek lapis anda. Ok. lapiskan lagi seperti masa mula-mula tadi.com & Piqa Bakery .keklapis. 18 Langkah Demi Langkah Membuat Pelbagai Kek Lapis Hakcipta : www.

tukarkan suhu oven kepada 180°c.keklapis. bakar 10 minit dan sekiranya anda melihat kek lapis anda tidak begitu perang. Kek lapis yang dibakar pada suhu yang rendah iaitu dari 140°c-160°c biasanya mengandungi kandungan mentega yang tidak banyak dan telur tidak banyak.19 Ratakan dan bakar gunakan api atas sehingga habis adunan kek lapis anda. (jangan terhangus ya) Keluarkan kek lapis anda dari oven. Tutupkan acuan kek tersebut dengan 19 Langkah Demi Langkah Membuat Pelbagai Kek Lapis Hakcipta : www. tukarkan kepada api atas sahaja dan bakar sehingga kek lapis berwarna coklat keperangan. Ini untuk memastikan bahawa kek lapis ini lembut dan lembab. gunakan api atas dan bawah. Suhu bakar hanyalah 150°c .com & Piqa Bakery .160°c. Sekira anda membakar lebih dari suhu yang ditetapkan kek lapis akan menjadi kering Pada adunan yang terakhir.

Jangan risau.. Setelah memotong anda akan dapat melihat lapisan kek. Kek Lapis siap untuk dimakan Tahniah untuk kek lapis anda yang pertama 20 Langkah Demi Langkah Membuat Pelbagai Kek Lapis Hakcipta : www. Kek lapis yang sudah siap dan sejuk .com & Piqa Bakery .keklapis. melainkan anda memotongnya. Untuk itu kita memanggilnya Kek Lapis ☺. Ini untuk memastikan kek lapis anda lembut dan lembab. Kek lapis yang telah dikeluarkan dari acuan tidak akan menampak lapisanlapisan kek yang kita buat tadi.20 aluminium foil. Lapisnya memang tidak akan nampak.

Boleh ditambah. Kek lapis prune Buah prune: 120 gram prune (dicincang halus) 30 gram (di potong bulat untuk hiasan) Kek lapis asam manis Asam manis haw kar: 2 bungkus (berat 100 gram setiap satu) Kek lapis coklat cip Coklat cip : 200 gram Anda hanya perlu menambah perasa dengan mengikut berat yang sama untuk serbuk kayu manis 21 Langkah Demi Langkah Membuat Pelbagai Kek Lapis Hakcipta : www. beratnya adalah seperti berikut.keklapis. badam cincang dan lain-lain. tetapi jangan terlalu banyak. Anda boleh tidak meletakkan rempah serbuk kulit kayu manis sekiranya anda tidak suka akan rasanya. coklat cip.com & Piqa Bakery . “cappuccino paste” dan banyak lagi. tersebut iaitu 6 gram @ 2 sudu kecil. Antara kek lapis yang mendapat sambutan ialah kek lapis buah prune dan kek lapis asam manis. Anda boleh menambah rasa seperti meletakkan rasa ‘chocolate paste”. nanti “over pulak” dan sudah tentu kos membuatnya meningkat. asam manis ataupun coklat cip ke atas kek lapis anda. asam manis.21 Mempelbagaikan kek lapis anda Dengan menggunakan resepi yang sama anda boleh meletakkan buah prune. Sekiranya anda ingin meletakkan prune.

buah prune ataupun coklat cip ke atas adunan tersebut. asam manis @ coklat chip ke dalam kek lapis Setelah adunan kek lapis diratakan.keklapis.22 Cara meletakkan prune. letakkan asam manis.com & Piqa Bakery . 22 Langkah Demi Langkah Membuat Pelbagai Kek Lapis Hakcipta : www.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful