Anda di halaman 1dari 10

A. Baca soalan dengan teliti. Kemudian bulatkan jawapan yang betul.

1. Suraya merupakan rakan kamu yang berbangsa Melayu dan beragama Islam.
Apakah perayaan yang disambut olehnya?
A. Krismas C. Hari Raya Aidilfitri
B. Deepavali D. Tahun Baru Cina

2. Vanessa beragama Kristian dan sering ke tempat ibadat pada hari Ahad. Ke
manakah tempat ibadat yang perlu dia pergi?
A. Kuil C. Masjid
B. Surau D. Gereja

3. Kamu terlihat beberapa orang murid sedang membantu guru membersihkan


makmal sains di sekolah. Apakah tindakan yang sepatutnya kamu lakukan?
A. Berdiri dan memandang sahaja.
B. Membantu mereka membersihkan makmal sains.
C. Berpura-pura tidak perasan apa yang sedang mereka lakukan.
D. Bertanyakan apa yang sedang mereka lakukan dan berlalu pergi.

4. Kamu telah dipilih mewakili sekolah dalam pertandingan bercerita peringkat


negeri.
A. Menggalas tanggungjawab sambil lewa.
B. Berlatih bersungguh-sungguh.
C. Berpuas hati dengan pencapaian kamu.
D. Merasakan diri lebih hebat berbanding rakan-rakan yang lain.

1
Soalan 5 adalah berdasarkan gambar di bawah.

5. Jika kamu terlihat rakan-rakan kamu melakukan perkara di atas, apakah


tindakan yang sepatutnya kamu lakukan?
A. Melaporkan kepada guru.
B. Memarahi mereka dengan kata-kata kesat.
C. Menyertai mereka melakukan perkara tersebut.
D. Memulaukan mereka sebagai balasan terhadap perbuatan tersebut.

6. Kamu merupakan pengawas sekolah. Rambut rakan karib kamu panjang.


Apakah tindakan yang patut kamu lakukan?
A. Melepaskan rakan kamu.
B. Memuji rambutnya begitu menawan.
C. Membawanya berjumpa dengan guru disiplin.
D. Menggunting rambutnya kerana kamu mempunyai kuasa.

2
Soalan 7 dan 8 adalah berdasarkan gambar di bawah.

7. Berdasarkan gambar di atas, apakah nilai yang paling tepat dapat kamu lihat
yang dimiliki oleh murid-murid di kantin tersebut?
A. Penyayang C. Kejujuran
B. Berhemah tinggi D. Keberanian

8. Sekiranya murid-murid dalam gambar di atas tidak mengamalkan nilai


tersebut, apakah yang akan berlaku?
A. Makanan yang dijual akan cepat habis.
B. Hasil jualan pihak kantin akan terus meningkat.
C. Disiplin murid-murid lebih mudah untuk dikawal.
D. Kantin akan menjadi kotor dan kesihatan murid terjejas.

3
Soalan 9 adalah berdasarkan gambar di bawah.

9. Apakah dialog yang sesuai dikatakan jika seseorang telah membantu kamu
seperti gambar 3 di atas?
A. “Kamu tidak perlu membantu saya. Saya boleh bangun sendiri”.
B. “Terima kasih kerana kamu telah membantu saya”.
C. “Aduh, sakit betul kaki saya. Kamukah yang menolak saya?”.
D. “Mengapa begitu malang nasib saya pada hari ini?”.

10. Apabila pelawat ingin berjumpa dengan guru besar, saya akan
A. memintanya berjumpa sendiri.
B. berpura-pura tidak perasan kehadiran pelawat.
C. membawanya ke pejabat dan berjumpa guru besar.
D. membawanya berjumpa guru besar dan meminta upah.

20

10

4
B. Jawab semua soalan. Gariskan jawapan yang betul.

1. Kita mestilah ( menghormati , mengejek ) perayaan yang disambut oleh rakan-


rakan di sekolah.

2. Kita dapat hidup aman dan ( sengketa , harmoni ) jika kita saling menghormati
kepelbagaian perayaan yang terdapat di negara kita.

3. Murid yang baik hati ( dibenci , disayangi ) oleh semua warga sekolah.

4. Apabila setiap murid memberikan bantuan, setiap kerja akan menjadi


( mudah , sukar ).

5. Persekitaran sekolah akan menjadi ( bersih , kotor ) apabila semua murid


bersama-sama bergotong-royong.

6. Kita perlu ( menghargai , melupakan ) sumbangan setiap warga sekolah.

7. Bercakap dengan sopan boleh memupuk sikap ( kasih sayang , berbangga diri )
antara satu sama lain.

8. ( Sayangilah , Sukailah ) sekolah dengan mengamalkan perlakuan dan


pertuturan yang sopan semasa berinteraksi dengan pihak luar.

9. Hormatilah pelawat dengan memberi ( sokongan , layanan ) yang baik kepada


mereka.

10. Ketika perhimpunan rasmi sekolah, murid-murid perlu menyanyikan lagu


Negaraku dengan ( penuh semangat , sambil lewa ).

10

10
5
C. Jawab semua soalan.Tuliskan BETUL atau SALAH dalam ruangan yang
disediakan pada pernyataan-pernyataan yang berikut.

1. Kamu menghadiri sambutan Deepavali di rumah rakan kamu yang beragama


Hindu sebagai tanda menghormati perayaannya.

2. Saya membantu pekerja sekolah mengutip sampah dan menyusun pasu bunga
di luar bilik darjah.

3. Guru menegur kamu kerana tidak memakai pakaian sukan ketika Pendidikan
Jasmani dan kamu menunjukkan sikap tidak puas hati terhadap guru.

4. Kamu memberikan sokongan kepada rakan kamu yang mewakili sekolah dalam
pertandingan berpidato.

5. Kita hanya perlu menghormati warga sekolah yang lebih tua daripada kita.

10

10

6
D. Tandakan (/) pada pernyataan yang betul dan tandakan (x) pada pernyataan
yang salah.

1. Adik boleh memukul abang atau kakak jika tidak berpuas hati
dengannya.

2. Kita dibenarkan mentertawakan cara penganut agama lain


beribadat.

3. Jika kita bersalah terhadap anggota keluarga, kita haruslah


meminta maaf.

4. Anak-anak perlu diajar untuk berdikari sejak dari kecil lagi.

5. Atan menutup telinganya apabila ibunya sedang menasihatinya.

6. Kempen Penjimatan Air dan Elektrik akan berjaya jika


mendapat sokongan masyarakat sepenuhnya.

7. Kempen Antirokok bertujuan untuk menggalakkan


masyarakat merokok.

8. Engkamat mentertawakan Daniel yang terjatuh dari basikal.

9. Kerosakan peralatan di taman permainan membahayakan


kanak-kanak yang menggunakannya.

10. Lorentosa rajin belajar kerana dia tahu hanya orang-orang


yang rajin berusaha akan berjaya.

10

10
7
E. Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

bertanggungjawab sopan membantu adil salam

mematuhi bantuan berusaha bukti benar

1. Murid yang ____________________ akan melaksanakan tugas yang diberi


oleh guru dengan baik.

2. Sikap saling ____________________ antara warga sekolah boleh


mengeratkan hubungan.

3. Sebagai murid, kita mestilah ____________________ untuk


mempertahankan nama baik sekolah dengan menjaga perlakuan kita.

4. Apabila murid mempunyai masalah, berjumpalah dengan guru untuk


mendapatkan ______________________ .

5. Pergaduhan boleh berlaku jika kita tidak berkelakuan


_____________________ kepada murid lain.

6. Murid yang bercakap ____________________ tidak akan menipu apabila


ditanya oleh guru.

7. Gunakanlah bahasa yang baik dan __________________ semasa bercakap


dengan rakan, murid dan guru.

8
8. Murid yang sayang kepada sekolahnya akan _________________________
peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh sekolah.

9. Hormatilah warga sekolah dan pelawat dengan memberi


_________________ dan bertanya khabar.

10. Janganlah kita menuduh murid lain tanpa sebarang ________________ yang
sahih.

20

10
F. Tandakan pada pernyataan yang menunjukkan kamu setuju dan
pada pernyataan yang menunjukkan kamu tidak bersetuju.

1. Kamu merasa gembira apabila rakan kamu memenangi


tempat pertama Pertandingan Tenis.

2. Kamu ketawa dengan kuatnya apabila melihat upacara


keagamaan rakan kamu.

3. Rakan kamu mencuri pensil di dalam kelas ketika waktu


rehat. Kamu melaporkan kepada guru disiplin.

4. Kita tidak perlu memberi salam kepada guru yang tidak


mengajar kita.

5. Bersikap sombong dan suka menunjuk-nunjuk perlu


diamalkan untuk mendapat lebih ramai kawan.

6. Tanpa sikap menghormati, pergaduhan akan berlaku dan


boleh menjejaskan keharmonian sekolah.

9
7. Kita tidak perlu menghormati pelawat kerana kita tidak
mengenali mereka.

8. Kita perlu meminta kebenaran sebelum meminjam buku


daripada rakan.

9. Kita tidak perlu memberikan bantuan kepada rakan


apabila mereka berada dalam kesusahan.

10. Bercakap dengan sopan boleh memupuk sikap


menghormati antara satu sama lain.

10

10

10

Anda mungkin juga menyukai