Anda di halaman 1dari 10

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS HARI ANUGERAH KO KURIKULUM DAN HEM 2018


2 NOV 2018

AGENDA Teks

INDAH MOHON PERHATIAN KPD SEMUA HADIRIN,

MAKLUMAN BAGI MELANCARKAN MAJLIS KITA PADA PAGI INI, HADIRIN DIMINTA
BERDIRI KETIKA TETAMU KEHORMAT MASUK DAN SAMA SAMA
MENYANYIKAN LAGU NEGARAKU, LAGU NEGERI SELANGOR DAN LAGU
SEKOLAH.

HADIRIN JUGA DIIGATKAN SUPAYA MEMASTIKAN TELEFON BIMBIT DALAM


KEADAAN MODE SENYAP SEPANJANG MAJLIS BERLANGSUNG.
TERIMA KASIH.

MENGUMUMKAN KETIBAAN PN.MONA ASIFAH BINTI ABDULLAH


KHAIREE DIIRINGI YDP PIBG DAN BARISAN PENTADBIR GURU-GURU SMK SG KERTAS.

KETIBAAN #PEMERIKSAAN PERBARISAN : UNIT UNIFORM


TETAMU
#PERSEMBAHAN SILAT : BUAT MAKLUMAN HADIRIN,
3 ORANG AHLI PASUKAN SILAT INI TERPILIH DALAM SUKAN
SUKMA BAGI TAHUN INI.

***HADIRIN DIMINTA BERDIRI


***DIF DIF KEHORMAT DIJEMPUT MASUK KE DALAM DEWAN

INDAH SEBAGAI TANDA CINTAKAN NEGARA, MAJLIS DIMULAKAN DENGAN


NYANYIAN LAGU NEGARAKU, LAGU NEGERI SELANGOR DAN LAGU
NYANYI LAGU SEKOLAH.

#NYANYIAN LAGU NEGARAKU, LAGU NEGERI SELANGOR DAN LAGU


SEKOLAH.

*** SIDANG HADIRIN DIJEMPUT DUDUK.


TEKS PENGACARA MAJLIS
MAJLIS HARI ANUGERAH KO KURIKULUM DAN HEM 2018
2 NOV 2018

“INDAH BERBALAM SI AWAN PETANG,


BERARAK DICELAH PEPOHON ARA,
KHAIREE PEMANIS KALAM SELAMAT DATANG,
AWAL BISMILLAH PEMBUKA BICARA”,
PEMBUKA KATA

BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM.
ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA

YANG DIHORMATI PN.MONA ASIFAH BINTI ABDULLAH SELAKU


PENOLONG PPD SAINS DAN MATEMATIK (MENENGAH)

YANG BERUSAHA PN SITI ‘AIDA BT JONED SELAKU PENGETUA SMK


SUNGAI KERTAS,

YANG BERUSAHA EN.MOHD ALI BIN REDUAN SELAKU YDP PIBG

YANG BERUSAHA PN.NOORULHUDHA BT MUSTAFA SELAKU PENOLONG


KANAN PENTADBIRAN

YANG BERUSAHA EN.ROSLAN BIN HUSSAIN SELAKU PENOLONG KANAN


HAL EHWAL MURID

YANG BERUSAHA PN.SAIMAH BT MOHD SAID SELAKU PENOLONG KANAN


KOKURKULUM

YANG BERUSAHA PN.SALMIAH BT HASSAN SELAKU PENOLONG KANAN


PETANG

SETERUSNYA BARISAN GURU KANAN MATAPELAJARAN, GURU- GURU,


IBU BAPA PENJAGA DAN PARA HADIRIN YANG DIRAHMATI SEKALIAN.

SELAMAT DATANG KE HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN KO-


KURIKULUM DAN HEM BAGI TAHUN 2018.

KAMI SELAKU PENGACARA MAJLIS INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN INI,


MENGUCAPKAN RIBUAN TAHNIAH DAN TERIMA KASIH KHASNYA, KEPADA
PARA IBU BAPA YANG TURUT HADIR BAGI MERAIKAN HARI ANUGERAH
KECEMERLANGAN KO-KURIKULUM DAN HEM BAGI TAHUN 2018.

ALHAMDULILLAH , BERSYUKUR KITA KEPADANYA KERANA PADA HARI INI


KITA DIBERIKAN KESIHATAN DAN KELAPANGAN WAKTU BAGI SAMA-
SAMA MERAIKAN KEJAYAAN PARA PELAJAR DAN GURU DALAM MAJLIS
INI.
TEKS PENGACARA MAJLIS
MAJLIS HARI ANUGERAH KO KURIKULUM DAN HEM 2018
2 NOV 2018

MAJLIS TERLEBIH DAHULU MERAKAMKAN SEKALUNG PENGHARGAAN


DAN TERIMA KASIH KEPADA YANG DIHORMATI PN.MONA ASIFAH BINTI
ABDULLAH KERANA SUDI MELUANGKAN MASA UNTUK SAMA-SAMA
MENJAYAKAN MAJLIS KITA PADA HARI INI.

BUNGA MAWAR CANTIK TERSEMAT,


DIPETIK GADIS DI TEPI TITI,
INDAH DOA DIBACA MEMOHON RAHMAT,
MOGA MAJLIS SENTIASA DIBERKATI.
BACAAN DOA
BAGI MENAMBAH KEBERKATAN MAJLIS, MARILAH KITA MENADAH
TANGAN MENGAMINKAN BACAAN DOA YANG AKAN DIPIMPIN OLEH
USTAZ SUKRI BIN ABDULLAH.

DIPERSILAKAN.

*** AMIN, AMIN YA RABBAL ALAMIN….,


MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA USTAZ SUKRI BIN
ABDULLAH ATAS BACAAN DOA SEBENTAR TADI.

KHAIREE HADIRIN SEKALIAN,


MARILAH SAMA-SAMA KITA MENGHAYATI BACAAN AYAT AL-QURAN BAGI
BACAAN SURAH AR RAHMAN AYAT 1 – 20 , YANG AKAN DIBACAKAN OLEH ADIK
AL-QURAN MUHAMMAD ANAS BIN MOHD NASIR.

*** MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA


ADIK MUHAMMAD ANAS BIN MOHD NASIR ATAS ALUNAN AYAT-AYAT
SUCI AL-QURAN SEBENTAR TADI.

INDAH SETERUSNYA MAJLIS AKAN DITERUSKAN DENGAN TAYANGAN


MULTIMEDIA YANG MEMAPARKAN AKTIVITI - AKTIVITI YANG DIJALANKAN
TAYANGAN OLEH PIHAK SEKOLAH DAN PIBG SEPANJANG TAHUN 2018.
MULTIMEDIA MARILAH SAMA-SAMA KITA SAKSIKAN.

*** UNTUK MAKLUMAN HADIRIN SEKALIAN,TAYANGAN MULTIMEDIA


SEBENTAR TADI TELAH DISEDIAKAN OLEH PN.MARDIANA BT OMAR
DENGAN KERJASAMA SEMUA WARGA SMK SUNGAI KERTAS.
TERIMA KASIH DAN TAHNIAH DIUCAPKAN.
TEKS PENGACARA MAJLIS
MAJLIS HARI ANUGERAH KO KURIKULUM DAN HEM 2018
2 NOV 2018

MAJLIS DITERUSKAN DENGAN MEMPERSILAKAN YANG BERUSAHA


KHAIREE PUAN SITI ‘AIDA BT JONED , PENGETUA SMK SUNGAI KERTAS UNTUK
MEMBERIKAN UCAPAN.
UCAPAN
PENGETUA MAJLIS DENGAN INI MEMPERSILAKAN.

***********

DEMIKIAN TADI, UCAPAN PENUH PENGHARAPAN OLEH PUAN PENGETUA.


MAJLIS MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH DI ATAS UCAPAN TADI.

INDAH “ SUDILAH TUAN JALAN BERLAPAN,


JALAN BERLAPAN DI MALAM KELAM,
UCAPAN SUDILAH TUAN BERI UCAPAN,
PERASMIAN KATA ALUAN PEMANIS KALAM ”.

DENGAN INI MAJLIS MEMPERSILAKAN PN.MONA ASIFAH BINTI ABDULLAH


BAGI MENYAMPAIKAN UCAPAN DAN SETERUSNYA MERASMIKAN MAJLIS
HARI ANUGERAH KOKURIKULUM DAN HEM BAGI TAHUN 2018.

DENGAN SEGALA HORMAT, DIPERSILAKAN.

*********SIMBOLIK GONG

MAJLIS MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA


KASIH KEPADA PUAN MONA ASIFAH BINTI ABDULLAH ATAS KESUDIAN
MERASMIKAN MAJLIS SEBENTAR TADI.

KHAIREE MAJLIS DITERUSKAN DENGAN MENAMPILKAN 2 ANAK MUDA YANG


MERUPAKAN WAKIL PASUKAN BOLA SEPAK SEKOLAH DALAM
PERSEMBAHAN 1 PERSEMBAHAN TIMBANG BOLA.
DENGAN INI, MAJLIS MENJEMPUT ADIK MOHAMMAD RAFIQUE BIN
MOHD JONI DAN AMINUR RASYID BIN MOHAMAD .

DIPERSILAKAN.

***
TEKS PENGACARA MAJLIS
MAJLIS HARI ANUGERAH KO KURIKULUM DAN HEM 2018
2 NOV 2018

SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KAMI DARI PIHAK


MAJLIS, SUDILAH KIRANYA PN.MONA ASIFAH BINTI ABDULLAH MENERIMA
SEDIKIT CENDERAMATA YANG AKAN DISAMPAIKAN OLEH PUAN
PENGETUA, PN SITI AIDA BT JONED, .

******

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA PUAN PENGETUA DI ATAS


PENYAMPAIAN CENDERAMATA ITU TADI.

INDAH TIBALAH MASA YANG DINANTI-NANTIKAN, PENYERAHAN ANUGERAH


KEPADA PENERIMA ANUGERAH HEM 2018 .
PENYAMPAIAN
ANUGERAH HEM DENGAN INI, MAJLIS MENJEMPUT
_________________________________

DIIRINGI OLEH
_________________________________________________

BAGI MENYAMPAIKAN ANUGERAH.

MAJLIS MEMPERSILAKAN.

***

MAJLIS DIMULAKAN DENGAN PENYAMPAIAN


ANUGERAH KETUA & PENOLONG KELAS
TEKS PENGACARA MAJLIS
MAJLIS HARI ANUGERAH KO KURIKULUM DAN HEM 2018
2 NOV 2018

-RUJUK LAMPIRAN-

*****
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA ____________________________
DAN ____________________________________DIATAS PENYAMPAIAN
ANUGERAH ITU TADI.

HADIRIN SEKALIAN,
KHAIREE
MAJLIS AKAN BERHENTI REHAT SEKETIKA.
PERSEMBAHAN 2
MARILAH SAMA-SAMA KITA NIKMATI PERSEMBAHAN
NYANYIAN SOLO YANG BERTAJUK ROAR - KATY PERRY YANG AKAN
DIPERSEMBAHKAN OLEH MUHAMMAD ZULFEKA BIN NASRUN.

untuk makluman hadirin, adik zulfeka mendapat tempat ke-3 dalam


pertandingan nyanyian solo peringkat kebangsaan.

DIPERSILAKAN

*******

TERIMA KASIH DIUCAPKAN DIATAS PERSEMBAHAN YANG SUNGGUH


BERSEMANGAT ITU TADI.
TEKS PENGACARA MAJLIS
MAJLIS HARI ANUGERAH KO KURIKULUM DAN HEM 2018
2 NOV 2018

PENYAMPAIAN ANUGERAH DITERUSKAN LAGI DENGAN MENJEMPUT


KHAIREE __________________________________________________DIIRINGI
PENYAMPAIAN _____________________________________________ BAGI
ANUGERAH PENYAMPAIKAN ANUGERAH KOKURIKULUM 2018.
KOKURIKULUM
DIPERSILAKAN.

- UNTUK MAKLUMAN HADIRIN Anugerah gangsa diberikan kepada


pasukan/individu yang mewakili sekolah ke peringkat daerah dan
mendapat sekurang-kurangnya tempat ketiga.

- UNTUK MAKLUMAN HADIRIN Anugerah perak diberikan kepada


pasukan/individu yang mewakili daerah ke peringkat negeri

- UNTUK MAKLUMAN HADIRIN Anugerah emas diberikan kepada


pasukan/individu yang mewakili negeri ke peringkat kebangsaan

Anugerah pencapaian pasukan terbaik

UNTUK MAKLUMAN PARA HADIRIN, PASUKAN KOMPANG FORMASI menjadi


johan peringkat MSSD pertandingan kompang formasi dan MEMBUAT
PERSEMBAHAN DI ACARA PEMBUKAAN SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH ASIAN KE 10
TAHUN 2018

*********

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA ___________________________DAN


__________________________DI ATAS PENYAMPAIAN ANUGERAH
KOKURIKULUM ITU TADI.
TEKS PENGACARA MAJLIS
MAJLIS HARI ANUGERAH KO KURIKULUM DAN HEM 2018
2 NOV 2018

SIDANG HADIRIN,
INDAH MAJLIS BERHENTI REHAT SEKETIKA..
MARILAH KITA SAMA-SAMA MENYAKSIKAN PERSEMBAHAN DARI
PERSEMBAHAN 3 ____________________________ DENGAN PERSEMBAHANNYA YANG
BERTAJUK __________________________________________

DIPERSILAKAN.

*******

MAJLIS MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA __________________________


DI ATAS PERSEMBAHANNYA SEBENTAR TADI. SEMOGA HADIRIN TERHIBUR.

MAJLIS DITERUSKAN DENGAN PENYAMPAIAN ANUGERAH TOKOH BAGI


KHAIREE TAHUN 2018.

ANUGERAH
TOKOH DENGAN INI, MAJLIS MEMPERSILAKAN _____________________________
DIIRINGI OLEH _________________________________________________BAGI
MENYEMPURNAKAN ANUGERAH TOKOH KOKURIKULUM BAGI TAHUN 2018 .

DIPERSILAKAN.

HADIRIN SEKALIAN,
INDAH BAGI ANUGERAH TOKOH KOKURIKULUM, ELOKLAH KIRANYA KAMI
BACAKAN SERBA SEDIKIT BIODATA DIRI PENERIMA TOKOH KOKURIKULUM.
BIODATA TOKOH

*****

DENGAN INI, MAJLIS MENGUMUMKAN PENERIMA ANUGERAH TOKOH


KOKURIKULUM BAGI TAHUN 2018, DISANDANG OLEH….
___________________________________________________

KAK INDAH
TEKS PENGACARA MAJLIS
MAJLIS HARI ANUGERAH KO KURIKULUM DAN HEM 2018
2 NOV 2018

KHAIREE
BIODATA TOKOH Muhammad Zulfeka bin Nasrun dillahirkan di Hospital Selayang pada 13
Disember 2001. Anak ke 5 kepada pasangan puan
______________________ dan Encik ____________________________
Merupakan pengawas sekolah, pengerusi kelab georgrafi dan sejarah dan
naib pengerusi kadet polis.

Pencapaian beliau dalam kokurikulum sepanjang di smk Sungai Kertas


ialah..

**baca kat kertas

KHAIREE

Nurul Izzah binti Zuraini dillahirkan di Country Homes, Rawang pada


06/01/2001. Anak ke 3 kepada pasangan puan Wan Zubaidah bt Wan Ali
dan Encik Zuraini bin Nasir
Merupakan Pengerusi Persatuan Silat dan Penolong ketua kelas

Pencapaian beliau dalam kokurikulum sepanjang di smk Sungai Kertas

1.pertandingan silat seni sekolah-sekolah daerah gombak 2014


kategori jurus silat puteri(emas)

2.Pertandingan silat seni sekolah-sekolah negeri SELANGOR 2014 kategori


jurus silat puteri(emas)

3. Pertandingan Silat Seni Sekolah-sekolah peringkat kebangsaan 2014


kategori jurus silat puteri (gangsa)

4. Pertandingan Silat Seni sekolah-sekolah daerah gombak 2016 kategori


seni tempur puteri

5.Pertandingan Seni Silat Sekolah-Sekolah Daerah Gombak 2017 kategori


seni tempur puteri (johan)
seni jurus silat puteri (johan)

6.Pertandingan Silat Remaja Kebangsaan ke-9 di Kedah 2017


kategori seni tempur puteri(perak) dan kategori
regu puteri(gangsa)

7.Sukan Selangor (SUKSEK) 2017 kategori regu puteri (perak)


TEKS PENGACARA MAJLIS
MAJLIS HARI ANUGERAH KO KURIKULUM DAN HEM 2018
2 NOV 2018

8. pertandingan silat seni skolah2 daerah gombak 2018 kategori jurus silat
puteri (emas)

9. Wakili ke SUKMA di Perak 2018 kategori ganda puteri

10.Sofball MSSD (ketiga)

11.Forum Remaja Bahasa Melayu di Smk Lembah Keramat

12.MSU Infohunt anjuran MSU Library &Resourse Center

13. Wakili Malaysia utk persembahan kompang formasi di ASEAN SCHOOL


GAMES 2018

PENUTUP DENGAN INI BERAKHIRLAH SUDAH MAJLIS KITA PADA HARI INI. MAJLIS
INGIN MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN KEPADA SEMUA
TETAMU DAN HADIRIN YANG SUDI MELUANGKAN MASA BERSAMA-SAMA
BAGI MENJAYAKAN HARI ANUGERAH KOKURIKULUM DAN HEM BAGI
TAHUN 2018.

DI KESEMPATAN INI JUGA, KAMI MEMOHON RIBUAN KEMAAFAN ANDAI


ADA SALAH DAN SILAP SEPANJANG MAJLIS BERLANGSUNG.

PERGI KE DUSUN MEMETIK KELAPA,


KELAPA BALI KEKAL DI BATANG,
JARI DISUSUN MAAF DIPINTA,
BERSUA KEMBALI DI MAJLIS YANG AKAN DATANG.

SEKIAN, TERIMA KASIH.