Anda di halaman 1dari 18

TINJAUAN CUACA BAGI TEMPOH FEBRUARI HINGGA JULAI 2019

Tinjauan cuaca jangka panjang bagi bulan Februari hingga Julai 2019 ini adalah
berdasarkan hasil konsensus ahli-ahli meteorologi melalui perbincangan dan
penganalisaan model - model tinjauan iklim terpilih seperti NCEP coupled forecast
system model version 2 (CFSv2), JMA Ensemble Prediction System (Tokyo Climate
Centre), European Centre for Medium Range Weather Forecast (ECMWF) dan
Seasonal Climate Forecast, International Research Institute for Climate Society (IRI).
Fenomena global yang mempengaruhi keadaan cuaca semasa seperti El-Niňo
Southern Oscillation (ENSO), Madden-Julian Oscillation (MJO) dan Indian Ocean
Dipole (IOD) juga turut diambilkira dalam membuat jangkaan tinjauan cuaca ini.

Kebanyakan model iklim antarabangsa menjangkakan keadaan El Niño terbentuk


dan berterusan sehingga Mei 2019 dengan kebarangkalian 65%. Pemantauan
anomali purata suhu permukaan laut (SST) iaitu Oceanic Niňo Indeks (ONI) yang
terkini bagi Oktober–November-Disember (OND) adalah 0.9°C berbanding 0.7°C

pada September–Oktober–November (SON) lalu. Manakala anomali SST mingguan


terkini di kawasan pemantauan Niňo 3.4 ialah 0.4°C. Sementara itu, anomali di

kawasan pemantauan Niňo 1+2, Niňo 3 dan Niňo 4 masing-masing adalah 0.2°C,

0.4°C dan 0.7°C.

Keadaan cuaca di negara bagi tempoh Februari hingga Julai 2019 adalah
dipengaruhi oleh Monsun Timur Laut pada bulan Februari hingga Mac 2019,
peralihan monsun pada bulan April 2019, dan Monsun Barat Daya bagi tempoh Mei
hingga Julai 2019. Berdasarkan rekod klimatologi, semasa fasa akhir Monsun Timur
Laut, lazimnya keadaan cuaca lembap dengan taburan hujan yang lebih tinggi boleh
berlaku di negeri Sabah dan Sarawak berbanding negeri-negeri di Semenanjung
Malaysia.

Sepanjang tempoh Februari 2019, kebanyakan tempat di Semenanjung Malaysia


dijangka akan menerima cuaca yang agak kering dengan jumlah taburan hujan yang
kurang daripada 150mm. Negeri Perlis, selatan Terengganu, Pahang, Selangor,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan
Johor dijangka akan menerima jumlah hujan bulanan yang sedikit berkurangan
berbanding purata hujan jangka panjang. Di negeri Sarawak, Bahagian Kuching dan
Samarahan dijangka menerima hujan sedikit melebihi paras purata di antara 600mm
hingga 700mm. Manakala bahagian-bahagian lain di Sarawak dijangka menerima
curahan hujan pada paras purata di antara 200mm hingga 350mm kecuali Bahagian
Miri yang dijangka menerima hujan kurang daripada 200mm. Bagi negeri Sabah,
kebanyakan bahagian dijangka menerima hujan sedikit kurang berbanding paras
purata. Bahagian Kudat dianggarkan menerima jumlah sekitar 100mm hingga
150mm. Manakala Bahagian Sandakan dijangka akan menerima jumlah hujan di
antara 150mm hingga 200mm. Sementara itu, Bahagian Tawau, Pedalaman, Pantai
Barat, serta Wilayah Persekutuan Labuan pula dianggarkan menerima hujan kurang
daripada 100mm.

Negara akan memasuki fasa akhir Monsun Timur Laut pada bulan Mac. Lazimnya,
kebanyakan kawasan kurang menerima hujan semasa penghujung Monsun Timur
Laut. Pada bulan Mac 2019, kebanyakan tempat di Semenanjung Malaysia dijangka
menerima jumlah hujan pada paras purata. Negeri-negeri di Pantai Barat
Semenanjung dijangka menerima jumlah hujan di antara 100mm hingga 350mm.
Manakala negeri-negeri lain dijangka menerima jumlah hujan kurang daripada
250mm. Sementara itu, kebanyakan bahagian di negeri Sabah masih lagi dijangka
menerima jumlah taburan hujan yang kurang berbanding purata bulanan iaitu di
antara 50mm hingga 150mm. Di negeri Sarawak, Bahagian Kuching dan Samarahan
masih lagi dijangka menerima jumlah hujan sedikit melebihi paras purata bulanan
iaitu sekitar 400mm hingga 450mm. Manakala Bahagian Pedalaman Sarawak juga
dijangka akan menerima jumlah hujan bulanan sehingga mencecah 450mm, namun
masih berada dalam paras purata. Bahagian Miri dianggarkan menerima hujan pada
paras purata di antara 100mm hingga 150mm. Lain-lain bahagian di Sarawak
dijangka menerima hujan pada paras purata di antara 200mm hingga 350mm.

Tempoh peralihan monsun bagi negara lazimnya akan berlaku pada bulan April
sehingga ke pertengahan bulan Mei. Sepanjang tempoh ini, keadaan atmosfera
adalah tidak stabil serta kelajuan angin adalah lemah dan dari pelbagai arah.
Keadaan ini boleh meningkatkan berlakunya aktiviti perolakan. Kejadian ribut petir
boleh berlaku di kebanyakan negeri di sebelah Pantai Barat dan Pedalaman
Semenanjung Malaysia, Pantai Barat Sabah serta kawasan barat dan tengah
Sarawak. Bagi tempoh April 2019, kebanyakan tempat di Semenanjung Malaysia
masih lagi dijangka menerima hujan pada paras purata kecuali di utara negeri
Kelantan dan Terengganu yang dijangka menerima taburan hujan kurang daripada
100mm iaitu sedikit bawah daripada paras purata hujan bulanan. Lain-lain kawasan
di Semenanjung Malaysia dijangka menerima jumlah hujan di antara 100mm hingga
400mm. Bagi negeri Sarawak, hujan lebih tertumpu di kawasan Pedalaman Sarawak
dengan jumlah mencecah 350mm. Bahagian Kuching, Samarahan, Sri Aman,
Betong, dan Sibu pula dianggarkan menerima hujan kurang daripada 350mm.
Manakala lain-lain bahagian seperti Bahagian Miri dan Limbang masing-masing
dianggarkan menerima jumlah hujan kurang daripada 200mm dan 300mm. Di
Sabah, kebanyakan bahagian dijangka menerima hujan pada paras purata kecuali di
Bahagian Kudat, Sandakan dan Tawau yang dianggarkan menerima curahan hujan
kurang daripada 100mm iaitu sedikit kurang berbanding nilai purata hujan bulanan.
Sementara itu, Bahagian Pedalaman Sabah serta Wilayah Persekutuan Labuan
dijangka menerima hujan sehingga 250mm. Manakala Bahagian Pantai Barat
dijangka menerima jumlah hujan di antara 100mm hingga 150mm.

Pada bulan Mei 2019, kebanyakan tempat di negara dijangka akan menerima jumlah
hujan pada paras purata. Di Semenanjung Malaysia, kebanyakan tempat di sebelah
pantai timur dijangka menerima curahan hujan kurang daripada 200mm. Manakala
tempat-tempat lain di Semenanjung dijangka menerima curahan hujan sekitar
100mm hingga 300mm. Di negeri Sarawak, bahagian Pedalaman Sarawak dijangka
menerima hujan lebih tinggi berbanding bahagian lain sehingga mencecah 350mm.
Manakala lain-lain bahagian dianggarkan menerima hujan di antara 200mm hingga
300mm. Di negeri Sabah, Bahagian Pedalaman, Kudat, Sandakan dan Tawau
dijangka menerima jumlah hujan kurang daripada 200mm. Sementara itu, Bahagian
Pantai Barat pula dianggarkan menerima curahan hujan di antara 150mm hingga
250mm. Manakala Wilayah Persekutuan Labuan pula dijangka menerima taburan
hujan di antara 250mm hingga 350mm.

Kebanyakan tempat di negara masih lagi dijangka akan menerima taburan hujan
pada paras purata bagi bulan Jun 2019. Di Semenanjung Malaysia, kebanyakan
tempat dijangka menerima jumlah hujan di antara 100mm hingga 200mm kecuali
Pulau Langkawi dijangka menerima jumlah hujan yang lebih tinggi berbanding
tempat lain dengan jumlah sekitar 200mm hingga 300mm. Di negeri Sarawak,
Bahagian Bintulu dan Pedalaman dijangka menerima hujan sekitar 200mm hingga
300mm. Manakala lain-lain bahagian dianggarkan menerima taburan hujan pada
paras purata di antara 150mm hingga 250mm. Bagi negeri Sabah, Bahagian
Pedalaman Sabah dijangka akan menerima curahan hujan kurang daripada 150mm.
Sebaliknya, Bahagian Pantai Barat Sabah dianggarkan menerima taburan hujan di
antara 200mm hingga 350mm. Manakala taburan hujan di Wilayah Persekutuan
Labuan pada bulan Jun 2019 dijangka di antara 250mm hingga 350mm. Lain-lain
bahagian di negeri Sabah dianggarkan menerima jumlah hujan 100mm hingga
200mm.

Negara masih lagi dijangka menerima taburan hujan pada paras purata bagi
sepanjang tempoh Julai 2019. Di Semenanjung Malaysia, kebanyakan tempat
dianggarkan menerima jumlah hujan bulanan di antara 100mm hingga 250mm.
Sementara itu di negeri Sarawak, Bahagian Pedalaman dijangka menerima cuaca
lebih lembap berbanding bahagian lain iaitu di antara 250mm hingga 350mm.
Manakala Bahagian Bintulu dijangka menerima jumlah hujan bulanan di antara
200mm hingga 300mm. Lain-lain bahagian dianggarkan menerima curahan hujan di
antara 150mm hingga 250mm. Di negeri Sabah pula, Bahagian Pantai Barat
dijangka akan menerima taburan hujan di antara 200mm hingga 300mm. Bahagian
Sandakan dan Tawau pula dianggarkan menerima jumlah hujan sekitar 150mm
hingga 250mm. Bahagian Pedalaman dan Bahagian Kudat dijangka menerima
taburan hujan yang sedikit berbanding bahagian lain iaitu di antara 100mm hingga
150mm. Manakala Wilayah Persekutuan Labuan dianggarkan menerima jumlah
curahan hujan bulanan di antara 200mm hingga 350mm.

Lampiran 1 dan Lampiran 2 berikut menunjukkan ringkasan dan keterangan


terperinci tinjauan cuaca bagi tempoh Februari hingga Julai 2019 bagi keseluruhan
Malaysia.
Lampiran 1
Lampiran 2

Ringkasan Tinjauan Cuaca dari Februari hingga Julai 2019

Jangkaan
Negeri/Wilayah Tinjauan Cuaca
Tempoh Jumlah Hujan
Persekutuan (Pengkelasan)
Bulanan (mm)

Februari 30-40 Sedikit Bawah Purata


Mac 100-150 Purata
April 140-210 Purata
Perlis
Mei 130-200 Purata
Jun 100-150 Purata
Julai 140-210 Purata

Februari 50-70 Purata


Mac 110-160 Purata
April 160-240 Purata
Alor Setar
Mei 170-260 Purata
Jun 130-200 Purata
Julai 160-230 Purata
Kedah
Februari 110-160 Purata
Mac 160-250 Purata
Sungai April 230-350 Purata
Petani,
Kulim Mei 200-300 Purata
Jun 120-180 Purata
Julai 120-190 Purata

Februari 20-40 Purata


Mac 90-130 Purata
April 160-240 Purata
Langkawi
Mei 180-270 Purata
Jun 190-280 Purata
Julai 210-320 Purata

Februari 70-110 Purata


Mac 120-180 Purata
April 170-250 Purata
Pulau Pinang
Mei 190-280 Purata
Jun 140-200 Purata
Julai 160-240 Purata
Jangkaan
Negeri/Wilayah Tinjauan Cuaca
Tempoh Jumlah Hujan
Persekutuan (Pengkelasan)
Bulanan (mm)

Februari 70-100 Purata


Mac 120-180 Purata
April 150-230 Purata
Hulu Perak
Mei 140-220 Purata
Jun 90-130 Purata
Julai 90-140 Purata

Februari 90-130 Purata


Kuala Mac 120-180 Purata
Kangsar, April 150-230 Purata
Larut dan Mei 100-150 Purata
Matang Jun 100-150 Purata
Julai 100-140 Purata
Perak
Februari 130-190 Purata
Mac 160-240 Purata
Kinta,
April 220-330 Purata
Perak
Mei 180-270 Purata
Tengah,
Jun 120-180 Purata
Julai 130-190 Purata

Februari 100-150 Purata


Mac 110-160 Purata
Hilir Perak, April 120-180 Purata
Manjung Mei 100-150 Purata
Jun 70-100 Purata
Julai 80-120 Purata

Februari 100-140 Sedikit Bawah Purata


Mac 200-300 Purata
April 230-350 Purata
Selangor
Mei 170-250 Purata
Jun 110-160 Purata
Julai 110-170 Purata

Februari 130-170 Sedikit Bawah Purata


Mac 240-360 Purata
April 270-410 Purata
W. P. Kuala Lumpur
Mei 210-310 Purata
Jun 120-180 Purata
Julai 120-190 Purata
Jangkaan
Negeri/Wilayah Tinjauan Cuaca
Tempoh Jumlah Hujan
Persekutuan (Pengkelasan)
Bulanan (mm)

Februari 80-100 Sedikit Bawah Purata


Mac 120-180 Purata
April 140-210 Purata
W. P. Putrajaya
Mei 110-160 Purata
Jun 90-140 Purata
Julai 120-180 Purata

Februari 80-110 Sedikit Bawah Purata


Mac 170-250 Purata
April 200-310 Purata
Negeri Sembilan
Mei 160-240 Purata
Jun 110-160 Purata
Julai 130-200 Purata

Februari 60-70 Sedikit Bawah Purata


Mac 110-170 Purata
April 150-220 Purata
Melaka
Mei 140-200 Purata
Jun 130-200 Purata
Julai 150-220 Purata

Februari 80-120 Purata


Tanah Mac 90-130 Purata
Merah, Jeli, April 80-120 Purata
Gua
Musang, Mei 130-190 Purata
Kuala Krai Jun 130-200 Purata
Julai 130-190 Purata
Kelantan
Februari 50-70 Purata
Mac 90-140 Purata
Tumpat, Sedikit Bawah Purata
April 50-70
Kota Bharu,
Mei 90-140 Purata
Bachok
Jun 100-150 Purata
Julai 130-190 Purata

Februari 80-120 Purata


Mac 130-200 Purata
Gong April 60-80 Sedikit Bawah Purata
Terengganu Kedak,
Besut Mei 130-190 Purata
Jun 140-210 Purata
Julai 160-230 Purata
Jangkaan
Negeri/Wilayah Tinjauan Cuaca
Tempoh Jumlah Hujan
Persekutuan (Pengkelasan)
Bulanan (mm)

Februari 60-80 Purata


Mac 150-220 Purata
Kuala April 80-120 Purata
Terengganu Mei 90-130 Purata
Jun 90-130 Purata
Julai 100-150 Purata

Februari 60-90 Sedikit Bawah Purata


Mac 130-190 Purata
Dungun, April 110-160 Purata
Kemaman Mei 130-190 Purata
Jun 120-170 Purata
Julai 100-150 Purata

Februari 90-120 Sedikit Bawah Purata


Mac 140-200 Purata
April 120-190 Purata
Kuantan
Mei 150-220 Purata
Jun 130-190 Purata
Julai 120-190 Purata

Februari 90-120 Sedikit Bawah Purata


Mac 160-240 Purata
Pekan, April 110-160 Purata
Rompin Mei 100-160 Purata
Jun 100-150 Purata
Julai 120-180 Purata
Pahang
Februari 60-80 Sedikit Bawah Purata
Mac 120-180 Purata
Maran, April 140-210 Purata
Temerloh Mei 140-210 Purata
Jun 100-140 Purata
Julai 90-140 Purata

Februari 70-100 Sedikit Bawah Purata


Mac 180-270 Purata
Cameron April 220-330 Purata
Highlands Mei 220-330 Purata
Jun 140-220 Purata
Julai 150-220 Purata
Jangkaan
Negeri/Wilayah Tinjauan Cuaca
Tempoh Jumlah Hujan
Persekutuan (Pengkelasan)
Bulanan (mm)

Februari 70-90 Sedikit Bawah Purata


Mac 130-190 Purata
Batu
Embun, April 140-200 Purata
Jerantut, Mei 150-220 Purata
Lipis Jun 110-170 Purata
Julai 120-180 Purata

Februari 80-110 Sedikit Bawah Purata


Mac 110-170 Purata
Mersing, April 90-140 Purata
Kota Tinggi Mei 120-170 Purata
Jun 110-170 Purata
Julai 130-200 Purata

Februari 60-80 Sedikit Bawah Purata


Kluang,
Mac 160-240 Purata
Pontian,
Batu Pahat, April 180-270 Purata
Johor
Segamat, Mei 150-230 Purata
Muar, Jun 110-160 Purata
Tangkak
Julai 110-170 Purata

Februari 70-100 Sedikit Bawah Purata


Mac 160-250 Purata
Kulai,
April 190-290 Purata
Johor
Bahru, Mei 170-260 Purata
Nusajaya Jun 120-190 Purata
Julai 140-220 Purata

Februari 610-710 Sedikit Melebihi Purata


Mac 410-480 Sedikit Melebihi Purata
Kuching April 230-350 Purata
Samarahan Mei 200-310 Purata
Jun 180-260 Purata
Julai 160-240 Purata
Sarawak
Februari 190-280 Purata
Mac 240-360 Purata
Sri Aman April 210-320 Purata
Betong Mei 200-300 Purata
Jun 160-240 Purata
Julai 160-230 Purata
Jangkaan
Negeri/Wilayah Tinjauan Cuaca
Tempoh Jumlah Hujan
Persekutuan (Pengkelasan)
Bulanan (mm)

Februari 240-360 Purata


Mac 250-380 Purata
April 230-340 Purata
Sibu
Mei 190-280 Purata
Jun 160-230 Purata
Julai 140-220 Purata

Februari 220-340 Purata


Mac 210-320 Purata
April 210-310 Purata
Bintulu
Mei 190-280 Purata
Jun 200-310 Purata
Julai 200-300 Purata

Februari 250-380 Purata


Mac 310-470 Purata
Kapit, April 260-380 Purata
Belaga Mei 250-380 Purata
Jun 190-290 Purata
Julai 240-360 Purata

Februari 130-200 Purata


Mac 120-180 Purata
Miri April 140-210 Purata
Mei 160-240 Purata
Jun 180-270 Purata
Julai 160-240 Purata

Februari 260-380 Purata


Mac 200-310 Purata
April 200-290 Purata
Limbang
Mei 220-320 Purata
Jun 170-250 Purata
Julai 180-270 Purata

Februari 70-90 Sedikit Bawah Purata


Mac 80-100 Sedikit Bawah Purata
April 170-250 Purata
W. P. Labuan
Mei 240-350 Purata
Jun 240-360 Purata
Julai 230-350 Purata
Jangkaan
Negeri/Wilayah Tinjauan Cuaca
Tempoh Jumlah Hujan
Persekutuan (Pengkelasan)
Bulanan (mm)

Februari 40-60 Sedikit Bawah Purata


Mac 50-60 Sedikit Bawah Purata
Pantai April 100-150 Purata
Barat Mei 180-260 Purata
Jun 230-350 Purata
Julai 220-330 Purata

Februari 60-80 Sedikit Bawah Purata


Mac 70-90 Sedikit Bawah Purata
April 170-260 Purata
Pedalaman
Mei 140-210 Purata
Jun 80-120 Purata
Julai 90-140 Purata

Februari 110-140 Sedikit Bawah Purata


Mac 80-100 Sedikit Bawah Purata
April 50-60 Sedikit Bawah Purata
Sabah Kudat
Mei 90-130 Purata
Jun 90-140 Purata
Julai 100-150 Purata

Februari 170-230 Sedikit Bawah Purata


Mac 120-150 Sedikit Bawah Purata
April 70-100 Sedikit Bawah Purata
Sandakan Purata
Mei 110-160
Jun 150-230 Purata
Julai 160-240 Purata

Februari 60-80 Sedikit Bawah Purata


Mac 70-90 Sedikit Bawah Purata
April 70-90 Sedikit Bawah Purata
Tawau Purata
Mei 120-170
Jun 130-200 Purata
Julai 160-240 Purata
PENGKELASAN JUMLAH HUJAN BULANAN

Pengkelasan Jumlah Hujan Bulanan


Peningkatan melebihi 60% daripada purata jumlah
Sangat Melebihi Purata
hujan jangka panjang
Peningkatan sebanyak 40% hingga 60% daripada
Melebihi Purata
purata jumlah hujan jangka panjang
Peningkatan sebanyak 20% hingga 40% daripada
Sedikit Melebihi Purata
purata jumlah hujan jangka panjang
Peningkatan atau pengurangan lebih/kurang daripada
Purata
20% daripada purata jumlah hujan jangka panjang
Pengurangan sebanyak 20% hingga 40% daripada
Sedikit Bawah Purata
purata jumlah hujan jangka panjang
Pengurangan sebanyak 40% hingga 60% daripada
Bawah Purata
purata jumlah hujan jangka panjang
Sangat Bawah Daripada Pengurangan melebihi 60% daripada purata jumlah
Purata hujan jangka panjang

Nota: Jabatan Meteorologi Malaysia akan sentiasa mengemaskini tinjauan cuaca


sekiranya berlaku sebarang perubahan ketara terhadap tinjauan jangka panjang ini.

Dikeluarkan oleh:

Pusat Iklim Nasional


Jabatan Meteorologi Malaysia
Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim
Dikemaskini Pada: 31 Januari 2019