Anda di halaman 1dari 9

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS

TUN ABDUL RAZAK, KOTA SAMARAHAN, SARAWAK

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

AMBILAN JUN 2016


SEMESTER 2 TAHUN 3

KOD KURSUS : SCES 3113

NAMA KURSUS :
OPTIK DAN KEELEKTRIKAN

TUGASAN 3:

LAPORAN AMALI 1: BUNYI

NAMA : MUHAMMAD NURSHAZLIE BIN ALI


ANGKA GILIRAN : 2016312340037
NO. KAD PENGENALAN : 970205125673
KUMPULAN/UNIT : PISMPSN1616
NAMA PENSYARAH : ENCIK MANOGARAN A/L SUBRAMANIAN
TARIKH HANTAR : 15 FEBRUARI 2019

1|
Amali 1: Bunyi

Tujuan:

Untuk menentukan frekuensi arus ulang alik menggunakan sonometer dengan menentukan
frekuensi asas dan frekuensi resonan bagi satu model petikan bertali.

Teori:

Sonometer adalah alat yang digunakan untuk mengkaji getaran melintang pada yang
diregangkan.

Sonometer digunakan untuk menentukan frekuensi sesuatu arus ulang alik (Cutnell, 2012).
Arus ulang alik yang dipasang akan melalui transformer injak turun kerana voltan yang tinggi
iaitu 240V akan diturunkan kepada 6V. Voltan yang tinggi berbahaya kepada manusia (Balaji,
2015). Wayar kuprum direntangkan di atas sonometer manakala magnet diletakkan di tengah-
tengah sonometer supaya medan magnet yang terbentuk akan berserenjang dengan medan
magnet yang akan terhasil oleh wayar sonometer pada satah mendatar.

Setiap objek seperti wayar kuprum mempunyai frekuensi asli bagi getarannya. Jika suatu
tenaga kinetik dikenakan kepada wayar kuprum tersebut yang mana ia sama dengan
frekuensi asasnya, resonan akan terhasil dan objek tersebut akan bergetar/berayun. Apabila
arus ulang alik melalui wayar kuprum tersebut, interaksi antara medan magnet dan konduktor
terjadi. Suatu daya yang bertindak pada konduktor pada arah berserenjang kepada kedua-
dua medan dan arah arus. Apabila magnet didekatkan dengan wayar sonometer, wayar

2|

h
sonometer akan berayun kerana interaksinya dengan medan magnet bar yang diletakkan.
Apabila kadar ayunan ini sama dengan frekuensi asli wayar tersebut, resonan akan terhasil
menyebabkan ia bergetar dengan kuat. Oleh kerana kedua-dua hujung wayar sonometer
ditetapkan menggunakan baji, suatu gelombang pegun terjadi dengan panjang gelombang λ
= 2𝑙 (yang mana 𝑙 adalah panjang wayar sonometer). Apabila wayar sonometer ditegangkan
dengan daya tegangan T maka halaju perambatan gelombang melintang melaluinya, v
dirumuskan sebagai:

𝑇
v = õ

𝑚
µ adalah jisim per unit panjang wayar iaitu µ = 𝑙
.

v boleh dihubungkan dengan panjang 𝑙 dari wayar yang berayun tersebut sebagai:

v = f λ = 2𝑙 f

yang mana λ = 2𝑙 ialah panjang gelombang di dalam wayar. Apabila panjang “l” bagi wayar
sonometer yang bergetar dengan amplitud yang maksimum, frekuensi AC adalah sama
dengan frekuensi asas wayar tersebut.

1 𝑇
Frekuensi AC, V = 2𝑙 √µ

yang mana T = Mg, ketegangan wayar dan “µ” ialah ketumpatan linear wayar tersebut. Jika
satu arus ulang alik melalui elektromagnet, pemagnetan terjadi pada teras magnet adalah
berkadar dengan nilai arus. Jika elektromagnet didekatkan pada tengah wayar sonometer,
wayar akan tertarik dua kali setiap kitaran terhadap magnet. Daya tarikan yang dialami oleh
wayar akan berkadar dengan pemagnetan yang dihasilkan oleh teras elektromagnet. Pada
setiap kitaran, wayar akan ditarik dua kali dan pada resonan, ia akan berayun pada frekuensi
yang dua kali ganda frekuensi arus ulang alik (National Council of Educational Research and
Training, 2018). Oleh itu, jika f ialah frekuensi arus ulang alik, maka

𝑛 1 𝑇
f= = õ
2 4𝑙

1
4𝑛2 𝑙 2 𝑚 = 𝑇 atau 𝑙 2 = 4𝑛2 𝑚
×𝑇
1
Satu graf l2 kepada T diplotkan. Kecerunan bagi garisan lurus ialah 4𝑛2 𝑚
, oleh itu,

3|
1
𝑛2 =
4𝑚 × 𝑘𝑒𝑐𝑒𝑟𝑢𝑛𝑎𝑛
1 1
𝑛=
2 √𝑚 × 𝑘𝑒𝑐𝑒𝑟𝑢𝑛𝑎𝑛

𝑛 1 1
Frekuensi arus ulang alik, 𝑓 = = boleh dikira menggunakan nilai kecerunan
2 4 √𝑚 ×𝑘𝑒𝑐𝑒𝑟𝑢𝑛𝑎𝑛

yang boleh didapati dalam graf l2 kepada T

Radas:

Sonometer yang mempunyai wayar kuprum yang diregangkan di atasnya, transformer injak
turun, magnet, dua baji, penyangkut slot pemberat, pemberat, takal, penimbang dan
pembaris meter.

Pemboleh ubah

Pemboleh ubah dimanipulasi: Ketegangan wayar

Pemboleh ubah bergerak balas: Frekuensi

Pemboleh ubah dimalarkan: Voltan arus ulang alik

Prosedur:

1. Wayar AB diregangkan di atas sonometer menggunakan pemberat yang diletakkan di atas


penyangkut pemberat.
2. Magnet bar diletakkan di kiri dan kanan yang didekatkan ke tengah wayar sonometer.
3. Wayar merah dan hitam disambung ke kiri dan kanan sonometer yang bersambung dengan
transformer injak turun yang telah ditetapkan kepada 6V.
4. Transformer injak turun dipasang suisnya.
5. Panjang wayar AB diubahsuai dengan menggerakkan baji C atau C’ sehingga amplitud
ayunan wayar AB menjadi maksimum.
6. Panjang wayar AB yang berayun diukur dan direkodkan amplitud maksimum beserta
dengan nilai ketegangan wayar tersebut.
7. Langkah 1 hingga 5 diulang dengan menggunakan nilai pemberat yang berbeza.
8. Suis bekalan kuasa transformer injak penurun ditutup dan ikatan wayar sonometer
ditanggalkan.

4|
9. Jisim wayar kuprum tersebut diukur dengan penimbang dan panjang wayar kuprum itu juga
diukur menggunakan pembaris untuk menentukan nilai jisim per unit panjang wayar
sonometer dengan rumus tersebut, u = m / l

Keputusan:

Pemberat/beban Ketegangan Panjang wayar AB ketika Min Frekuensi


termasuk wayar AB resonans, l dalam
wayar AB
penyangkut, T = mg (N) l (cm) meter
m (kg) ketika
Bacaan 1 Bacaan 2 Min resonan, n =
1 𝑚𝑔
2𝑙
√ µ

(Hz)
0.05 0.49 19 19 19 0.19
47.854
0.10 0.98 20 20 20 0.20
64.292
0.15 1.47 21.5 21.5 21.25 0.21
74.991
0.20 1.96 22 22 22 0.22
82.657
0.25 2.45 23 22.5 22.75 0.23
88.396
0.30 2.94 24 24 24 0.24
92.798
0.35 3.43 25 25 25 0.25
96.224
0.40 3.92 26 26 26 0.26
98.911
0.45 4.41 27 27 27 0.27
101.025
0.50 4.90 28 28 28 0.28
102.687
Min
84.9835
Graf l2 lawan T diplot untuk menentukan frekuensi arus ulang alik

l2 t
0.036 0.49
0.040 0.98
0.041 1.47
0.048 1.96
0.053 2.45

5|
0.056 2.94
0.062 3.43
0.068 3.92
0.073 4.41
0.078 4.98
Contoh pengiraan bagi ujian pertama dengan jisim beban seberat 0.05 kg.

Berat wayar = 1.63 gram = 0.00163 kg


Panjang wayar = 1.1 m
p = m/l
= 0.00163 kg / 1.1 m
= 1.4818 X 10-3 kg m

1 𝑚𝑔
Frekuensi wayar AB ketika resonan, n (Hz) = õ
2𝑙

1 0.49
= 2(0.19) √1.4818 X 10−3

0.49
=2.631578947 ∗ √1.4818 X 10−3

= 47.854 Hz

𝑛 84.9835
Frekuensi AC dari pengiraan, 𝑓 = 2
= 2

= 42.49 Hz

Kecerunan = 0.0099 (rujuk graf)


1 1
Frekuensi AC dari kecerunan, f = 4
√𝑚 ×𝑘𝑒𝑐𝑒𝑟𝑢𝑛𝑎𝑛
1 1
=4
√1.4818 ×10−3 ×0.0099

= 65.27 Hz

6|
Perbincangan:

Eksperimen ini telah dijalankan untuk menentukan frekuensi arus ulang alik dengan
menggunakan sonometer. Dua magnet bar telah digunakan bagi menghasilkan getaran
terhadap wayar. Wayar kuprum telah digunakan di dalam eksperimen kerana wayar besi tidak
menunjukkan sebarang tindak balas kepada eksperimen ini. Eksperimen ini telah dijalankan
dengan menentukan panjang wayar sonometer antara baji, 𝑙 dengan jisim beban yang
berbeza-beza. Jisim beban tersebut menentukan ketegangan wayar tersebut, T yang akan
mempengaruhi frekuensi asas wayar tersebut.

Keputusan yang diperoleh bagi eksperimen ini ialah 65.27 Hz daripada graf. Bagi keputusan
yang diperoleh daripada frekuensi resonan wayar ialah 84.984 Hz. Pada setiap kitaran, wayar
akan ditarik dua kali dan pada resonan, ia akan berayun pada frekuensi yang dua kali ganda
frekuensi arus ulang alik. Oleh itu, frekuensi AC daripada frekuensi resonan wayar ialah 42.49
Hz. Hal ini berbeza berkemungkinan berlaku ralat semasa membuat eksperimen dan memplot
graf. Seperti yang diketahui, frekuensi AC bagi Malaysia ialah 50Hz (Sarawak Energy, 2013).
Hal ini menunjukkan keputusan yang diperoleh tidak sama dengan frekuensi AC yang
sebenar. Hal ini boleh berlaku oleh beberapa perkara yang menyebabkan berlakunya ralat.

Perkara yang pertama yang menyebabkan berlakunya ralat ialah wayar berkemungkinan tidak
tegar dan tidak sekata luas keratan rentasnya. Hal ini menyebabkan ayunan wayar tidak
sekata dan frekuensi yang sebenar tidak dapat ditentukan dengan tepat. Selain itu, frekuensi
AC utama kemungkinan tidak stabil menyebabkan berlakunya frekuensi yang tidak sekata
(fluctuate). Hal ini menyebabkan data yang diperoleh tidak jitu.

Selain daripada itu, berlakunya ralat paralaks oleh pemerhati semasa mengukur panjang
wayar AB semasa resonan. Semasa mengambil bacaan, kedudukan mata pemerhati perlu
betul-betul tegak di depan tanda skala untuk mengelakkan ralat paralaks daripada berlaku.

Ketika menjalankan eksperimen ini, terdapat beberapa masalah yang dihadapi seperti
transformer injak penurun adalah tidak stabil. Oleh itu, saya terpaksa menutup dan membuka
suis semasa mengubah baji dengan perlahan-lahan. Transformer injak penurun juga
mengeluarkan bunyi semasa ia dipasang. Oleh itu, saya menutup semasa tidak
menggunakannya untuk memastikan wayar pada sonometer tidak panas yang boleh
menyebabkan keputusan yang diperoleh tidak jitu.

7|
Antara langkah berjaga-jaga yang telah kami ambil semasa melaksanakan eksperimen ini,
kipas angin di makmal fizik telah ditutup. Hal ini demikian adalah untuk mengelakkan faktor
luar tidak mempengaruhi keputusan yang diperoleh. Selain itu, baji juga ditinggikan
menggunakan “cardboard” untuk memastikan ia menyebabkan wayar tersebut tegang.

Tambahan pula, jarak antara baji diubah secara perlahan-lahan supaya titik resonan mudah
dijumpai dan tidak terlepas. Titik resonan merupakan titik yang mana wayar akan berayun
dengan amplitud yang tinggi.

Kesimpulan:

Frekuensi arus ulang alik yang diperoleh daripada pengiraan ialah 42.49 Hz manakala
frekuensi arus ulang alik yang diperoleh daripada graf ialah 65.27 Hz yang mana ia agak
berbeza sedikit dengan frekuensi AC yang sebenar iaitu 50 Hz diakibatkan beberapa ralat
yang berlaku semasa eksperimen dijalankan.

8|
Rujukan

Balaji, A. (2015). Effect of High Voltage Transmission Lines on Human Health, Plant Life,
Effect of High Voltage Transmission Lines on Human Health, Plant Life,. International
Research Journal of Engineering and Technology (IRJET).

Collin College Physics Department. (2018, Januari 30). Retrieved from Static & Kinetic
Friction:
http://iws.collin.edu/mbrooks/physics/experiments/PHYS%202425%20Exp%206%20
Manual.pdf

Cutnell, J. D. (2012). Physics. Hoboken, NJ: Wiley.

Knight, R. (2017). Physics for scientists and engineers. San Franciso, CA: Pearson Education.

National Council of Educational Research and Training. (2018, April 24). National Council of
Educational Research and Training :: Home. Retrieved from Experiment 8:
http://ncert.nic.in/ncerts/l/lelm307.pdf

Nor Sabirin Mohamed, Z. A. (2012). College Physics. Selangor Darul Ehsan: IPTA
Publications.

Sarawak Energy. (2013, June 28). Sarawak Energy. Retrieved from Sarawak Energy Assures
Public And Business That Power Supply And Stability Has Been Fully Restored:
https://www.sarawakenergy.com/media-info/media-releases/2013/sarawak-energy-
assures-public-and-business-that-power-supply-and-stability-has-been-fully-restored

Serway, R. &. (1999). College Physics. Thomson Learning.

9|