Anda di halaman 1dari 4

BIL PERIBAHASA MAKNA

1 Air beriak tanda tak dalam Banyak bercakap tanda tiada berilmu.

2 Alang-alang berminyak biar licin Berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung.

Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai Kalau sudah terlanjur berbuat sesuatu, biarlah
3
ke pangkal lengan diperoleh hasil daripadanya.

Sangat menderita kesusahan meskipun bergaji besar


Ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati
4 (beristerikan atau bersuamikan orang kaya) atau
kehausan
hidup miskin di negara yang kaya dan makmur.

Berusaha untuk mencari ilmu dengan tidak berhenti-


5 Bagai air mencari jenisnya
henti; usaha dengan tidak mengenal jerih payah.

6 Bagai ayam disambar helang Mati tanpa sakit.

7 Bagai cendawan tumbuh selepas hujan Terlalu banyak pada sesuatu masa.

Pasangan pengantin yang sepadan.


8 Bagai cincin dengan permata
Contoh ayat: Suami isteri itu sama cantik sama
padan seperti cincin dengan permata.
Hidup dalam kemelaratan.
Bagai kerakap tumbuh di batu, hidup segan
9
mati tidak mahu
Kerakap sebangsa sirih tetapi tidak dimakan orang.

Tiada berpedoman. @ sudah putus


10 Bagai layang-layang putus tali
harapan,bergantung pada nasib sahaja.

11 Bagai menatang minyak yang penuh Memelihara anak dengan penuh kasih sayang.

Orang baik kalau duduk dengan orang jahat tidak


12 Bagai minyak dengan air
akan menjadi jahat.

Orang yang suka bercakap.

Perempuan yang suka bercakap banyak.


13 Bagai murai dicabut ekor
Contoh ayat: Suasana di dalam kelas 3P2 riuh oleh
suara Nadiah yang becok bagai murai di-
cabut ekor.

14 Bagai pucuk dilancarkan Amat cepat.

Bagaimana acuan begitulah kuihnya; Perangai anak biasanya mengikut orang yang
15
bagaimana contoh begitulah gubahannya mengasuhnya.

Baik membawa resmi padi daripada resmi


16 Tidak sombong; rendah diri.
lalang
Belayar sambil memapan, merapat sambil Sesekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud
17
belayar tercapai.

Belum memperoleh sesuatu yang dikehendaki, sudah


18 Belum duduk sudah berlunjur
bergirang hati atau gembira lebih dulu.

Betapa berat kita melihat kesusahan yang dialami


Berat mata memandang berat lagi bahu
19 oleh seseorang, berat lagi penderitaan itu pada orang
memikul
yang menanggungnya.

Berjagung-jagung dahulu sementara padi Sementara menunggu apa yang baik, lakukan juga
20
masak perkara-perkara yang berfaedah.

Lebih baik menarik diri terlebih dahulu sebelum


21 Biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempas
diberhentikan dengan tidak terhormat.

22 Biar mati anak jangan mati adat Adat yang tidak boleh dilanggar.

23 Biar putih tulang jangan putih mata Lebih baik mati daripada menanggung malu.

Perselisihan faham antara saudara-mara dan adik-


Carik-carik bulu ayam , lama-kelamaan
24 beradik tidak berpanjangan, akhirnya akan berbaik
bercantum juga
semula.

Orang berilmu yang berdiam diri lebih baik daripada


25 Diam-diam ubi berisi; diam-diam besi berkarat
orang diam tetapi tidak berilmu.

Diibaratkan sebagai condong ditumpil, lemah Memberi pertolongan kepada orang-orang di dalam
26
dianduh kesusahan.

Seseorang yang bercita-cita tinggi akan berusaha


27 Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan
untuk mencapainya.

Membuat sesuatu pekerjaan yang susah, hendaklah


28 Genggam bara api biar sampai jadi arang
sabar sehingga mencapai kejayaannya.

Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat


Harimau mati meninggalkan belang; manusia meninggalkan nama jahat.
29
mati meninggalkan nama Setiap manusia akan dikenang kerana jasa dan budi
yang telah dilakukan semasa hidupnya.

Hendak mengetahui sesuatu perkara bertanyalah


Hendak belajar berenang dapatkan itik,
30 kepada orang yang mahir tentang sesuatu perkara
hendak belajar memanjat dapatkan tupai
itu.

31 Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih Setiap yang berkemahuan, tentu ada jalan.
Tidak ada kebebasan atau kemerdekaan.

32 Ibarat burung, mata terlepas badan terkurung


Contoh ayat: Rakyat di negara jajahan komunis itu
ibarat burung,mata terlepas badan terkurung.

Jika ada kemenyan sebesar lutut pun, jika Kepandaian hendaklah diajarkan kepada orang lain,
33
tidak dibakar tidak akan berbau kerana kalau disimpan akan hilang begitu sahaja.

Tentu ada sebab yang tersembunyi menyebabkan


Kalau tak berada-ada tak akan tempua
34 sesuatu hal terjadi @ Setiap kejadian meninggalkan
bersarang rendah
kesan.

Sesuatu perkara yang dihajatkan sekiranya tidak


35 Kalau tiada rotan akar pun berguna
dapat diperolehi memadai dengan apa yang ada.

Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan


36 Kita tidak akan mendapat hasil jika tidak berusaha.
dapat sagunya

Kalau tidak kerana angin tidak akan pokok


37 Kalau terjadi sesuatu hal tentu ada sebab-sebabnya.
bergoyang

38 Perempuan serasan, lelaki pemalu Pegangan hidup yang tidak serupa.

39 Sebagai gembala diberi keris Orang yang mendapat sesuatu yang tidak berguna.

Sekali membuka pura, dua tiga hilang Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud
40
berbayar tercapai.

41 Semacam besar pacak daripada tiang Belanja lebih besar daripada pendapatan.

42 Seperti air dalam dulang Negeri yang aman sentosa.

Kejahatan yang dilakukan secara diam-diam atau


43 Seperti api di dalam sekam
tanpa disedari

Dua orang yang berkawan rapat dan saling


membantu
44 Seperti aur dengan tebing
Contoh ayat : Kita tidak boleh hidup menyendiri
sebaliknya hiduplah seperti aur dengan tebing.

Pekerjaan atau perkara yang sukar diselesaikan


45 Seperti aur ditarik songsang
kerana sudah tersalah jalan.

46 Seperti embun dihujung rumput Tidak kekal

47 Seperti harimau menyembunyikan kukunya Orang yang menyembunyikan kelebihannya.


Nasihat yang tidak dihargai atau sesuatu pekerjaan
yang sia-sia.
48 Seperti hujan jatuh ke pasir Contoh ayat: Nasihat kaunselor kepada pelajar itu
tidak ubah seperti hujan jatuh ke pasir kerana
kedegilannya.

Meletakkan faedah yang tinggi; menipu dengan cara


49 Seperti lintah menghisap darah
lemah lembut.

50 Seperti lipas kudung Selalu bergerak dengan cepat.

Orang besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh


martabatnya.
51 Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya Contoh ayat : Sekalipun beliau bergaul dengan orang
kebanyakan,namun hal itu bagai ular menyusur akal
takkan hilang bisanya.

Terlalu tamak untuk mencari keuntungan hingga


Yang dikejar tak dapat yang dikendong
52 menyebabkan kehilangan sesuatu yang sudah
berciciran
dimiliki.

Anda mungkin juga menyukai