Anda di halaman 1dari 1

PENUTUP

Batuk kokol (Whooping Cough) dikenali sebagai Pertussis. Batuk kokol disebabkan
oleh bakteria Bordetella Pertussis. Simptom pada awalnya akan menghasilkan
bunyi “whoop” nyaring bagi kalangan bayi dan kanak-kanak apabila mereka inhalasi
udara selepas batuk. Penyakit ini berpunca daripada jangkitan saluran pernafasan yang
tersekat-sekat. Tanda-tandanya ialah batuk sekali-sekala, melarat berpanjangan dan muntah.
Tempoh batuk berlangsung selama 6 minggu sebelum berkurangan.

Batuk kokol ini mempunyai 3 peringkat iaitu Peringkat Catarrhal tempoh


diantara 1-2/52 dimana pesakit akan mengalami tanda-tanda awal seperti
bersin,konjunktiva merah,batuk pada waktu malam(sederhana) sedikit demam serta
mata berair.Peringkat kedua iaitu Peringkat Paroxysmal tempoh diantara minggu
2-4/52,pesakit akan kerap batuk,dispnea,demam,muntah serta peningkatan tekanan
venous.Peringkat ketiga adalah Peringkat Pemulihan dimana akan bermula setelah
serangan akut,batuk akan berkurangan serta pesakit beransur sembuh.

Bagi mengesahkan pesakit mempunyai jangkitan batuk kokol,doktor biasanya


akan melakukan swab nasofarinks untuk kultur,ujian darah untuk mengesan
leukositosis dan limfositosis dalam badan.Chest x-ray juga dilakukan untuk mengesan
komplikasi pada pesakit.

Bagi mencegah batuk kokol ini,pemberian imunisasi penting untuk tubuh kita
terutama antibodi untuk menentang bakteria bordetilla pertussis.Pemberian imunisasi
sepatutnya dilakukan pada peringkat bayi atau kanak-kanak kerana antibodi pada
peringkat ini sangat rendah dan mudah dijangkiti sebarang penyakit.penolong pegawai
perubatan dan ibu bapa perlu berkerjasama dalam memastikan anak-anak mendapat
suntikan DPT mengikut penjadualan imunisasi.

Rawatan awal untuk mencegah penyakit ini daripada terus berjangkit perlu
dilakukan.Isolasi individu yang positif bakteria bordetilla pertussis agar tidak
ditransmisi kepada individu lain.Beri antibiotik untuk mempercepatkan proses
penyembuhan.Menagamalkan sanitasi yang baik ketika demam dan batuk,iaitu sentiasa
memastikan tangan sentiasa dicuci.

Anda mungkin juga menyukai