Anda di halaman 1dari 6

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SK RANTAU PANJANG KALI KE -44

Tarikh : 3 Mac 2018


Hari : Sabtu
Tempat : Dataran Hj. Shaharudin Sk Rantau Panjang
Masa : 8.30 pagi hingga 11.30 pagi
Kehadiran : 350 orang

1.0 Agenda 1 :Ucapan Pengerusi Majlis-Yang Dipertua PIBG SKRP sesi 2017/2018
1.1 En. Jailani Bin Mahadi@ Mohideen , selaku YDP PIBG sesi 2017/2018
mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan izinNya Majlis
Perasmian Mesyuarat Agung PIBG kali ke-44 dapat dilaksanakan dengan baik
dan jayanya. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak
pentadbir, guru-guru serta AJK PIBG yang lain kerana telah merancang majlis
ini dengan baik .
1.2 En. Jailani Bin Mahadi@ Mohideen berharap mesyuarat pada kali ini dapat
dilaksanakan dengan baik dan sebarang keputusan yang bakal dibuat dapat
memberi manfaat kepeda semua pihak terutama anak-anak yang belajar di
SKRP.
1.3 Beliau mewakili AJK sesi 2017 /2018 memohon maaf atas segala kekurangan
sepanjang melaksanakan tugas yang diamanahkan. Beliau juga mengucapkan
terima kasih kepada semua ibu bapa dan guru-guru yang memberikan
komitmen serta kerjasama dalam menjayakan aktiviti dan program PIBG
sepanjang tahu n 2017 dan awal tahun 2018.
1.4 Akhir sekali, En. Jailani Bin Mahadi@ Mohideen berharap AJK yang bakal
dilantik nanti dapat meneruskan tgas AJK yang lama dan berkhidmat dengan
lebih cemerlang dalam menjayakan visi dan misi PIBG dan sekolah.
Tindakan : Makluman
2.0 Agenda 2 : Membentang dan menerima minit Mesyuarat Agung ke-43
2.1 En. Sayed Mahazan Bin Sayed Daud selaku setiausahaPIBG sesi 2017/2018
membentangkan minit mesyuarat Agung PIBG kali ke-43 dan memohon
seorang pencadang dan penyokong untuk mengesahkan minit mesyuarat
Agung yang lepas
2.2 Cadangan pengesahan oleh : Pn. Salasiah Bt Hamzah
2.3 Disokong oleh : Pn. Juliah Bt Salleh
Tindakan : Setiausaha
3.0 Agenda 3: Perkara berbangkit
3.1 Tiada perkata berbangkit
4.0 Agenda 4: Membentang , menerima dan meluluskan penyata kewangan
4.1 En. Kamarrul Ariffin Bin Shaharuddin selaku bendahari PIBG , membentangkan
penyata kewangan PIBG sesi 2017/2018 yang bermula dari 1 Januari 2017
hingga berakhir pada 31 Disember 2017.
4.2 Cadangan pengesahan oleh : En. Mohd Izham B. Mohd Samad
Disokong oleh : En. Abu Hakim B. Ahmad
Tindakan : Setiausaha
5.0 Agenda 5 :Membentang laporan aktiviti PIBG sesi 2017/2018.
5.1 En. Sayed Mahazan Bin Sayed Daud, membentangkan laporan aktiviti PIBG
sepanjang tahun 2017. Sebanyak 3 kali mesyuarat AJK PIBG telah diadakan
sepanjang sesi . Ahli mesyuarat diminta merujuk laporan aktiviti pada muka
surat 29.
5.2 Cadangan pengesahan : En. Sufian Bin Bahrin dan disokong sebulat suara oleh
ahli mesyuarat.
6.0 Agenda 6 : Pembentangan usul
6.1 En. Sayed Mahazan Bin Sayed Daud , selaku wakil Biro Pendidikan PIBG
mencadangkan supaya kelas Gemilang PIBG SKRP diteruskan pada tahun
2018
6.2 Ahli mesyuarat menyokong sebulat suara
Tindakan : Biro Pendidikan PIBG
6.3 Biro kewangan dan ekonomi PIBG yang diketuai oleh En. Jailani B.
Mohideen@Mahadi mencadangkan supaya sumbangan PIBG untuk sesi 2019
sebanyak RM50.00 dan sumbangan untuk program peningkatan akademik
tahun 4,5 dan 6 dikekalkan seperti tahun sebelumnya iaitu tahun 4 RM 30.00 ,
tahun 5 RM 30.00 dan tahun 6 RM100.00.
Tindakan : Biro Pendidikan PIBG dan pihak pentadbir
6.4 Ahli mesyuarat menyokong sebulat suara
6.5 Pn. Zatul Iffah Bt. Abd Wahab mencadangkan pembelian buku latihan subjek
Bahasa Inggeris tambahan untuk murid tahun 1 dan 2 sebagai latihan sokongan
penggunaan buku CEFR yang baaru diperkenalkan pada tahun 2018. Anggaran
harga buku untuk murid tahun 1 ialah RM 5.00 dan untuk murid tahun 2 ialah
RM 6.00
Tindakan : Guru Bahasa Inngeris
6.6 Ahli mesyuarat menyokong sebulat suara.
7.0 Agenda 7 : Pembubaran Ahli Jawatankuasa dan pemilihan AJK untuk sesi
2018/2019
7.1 En. Jailani Bin Mahadi selaku YDP PIBG sesi 2017/2018 secara rasminya
membubarkan AJK sesi yang lepas dan memohon seorang pencadang dan
penyokong untuk memilih pengerusi sementara.
7.2 En. Jailani B. Mohideen@Mahadi mencadamgkan Tn. Hj. Mohd Khairudin B.
Sumarnak sebagai pengerusi sementara dan mendapat sokongan sebulat
suara oleh ahli mesyuarat.
7.3 Tn. Hj. Mohd Khairudin Bin Sumarnak memohon ahli mesyuarat mencalonkan
nama jawatan Yang Dipertua, Naib Yang Dipertua serta AJK dikalangan ibu
bapa.
7.4 Calon Yang Dipertua PIBG
En. Jailani B. Mahadi
Pencadang : En. Musni B. Sahlan
Sokongan : Disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat
7.5 Calon Naib Yang Dipertua : En. Mohd Ruzaini Bt Mohd Sani
Pencadang : En. Halil B. Mohamad
Sokongan : Syafie B. Saad
Cadangan ditutup : Pn. Lailatun Safinah Bt Tajudin
7.6 AJK Ibu bapa
1. Pn. Megawati Bt. Amir
Pencadang : Pn. Lailatun Safinah Bt Tajudin
Disokong oleh : Pn. Norhasliza Bt Yahaya

2. En. Musni B. Sahlan


Pencadang : En. Jailani Bin Mahadi@ Mohideen
Disokong : En. Rozaidy Bin Mohammed Mokthar

3. En. Rozaidy Bin Mohammed Mokthar


Pencadang : En. Jailani Bin Mahadi@ Mohideen
Diskong oleh : Pn. Lailatun Safinah Bt Tajudin

4. Pn. Norhasliza Bt Yahaya


Pencadang : Pn. Hasnah Bt. Ibrahim
Disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat

5. Saiful Azhar B. Mahmod


Pencadang Pn. Norhasliza Bt Yahaya
Disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat

Juru audit dalaman

Calon : Pn. Hasnah Bt. Ibrahim


Pencadang :En. Mohd Ruzaini Bin Mohd Sani
Sokong : Semua ahli mesyuarat
7.7 En. Mohd Hanapi Bin Mohd Daud mencadangkan supaya AJK dan juru audit
dalaman dikalangan guru dikekalkan dan disokong sebulat suara oleh ahli
mesyuarat.
7.8 Tn. Hj. Mohd Khairudin Bin Sumarnak mengisytiharkan senarai AJK PIBG sesi
2018/2019 adalah seperti berikut :

YDP : En. Jailani Bin Mohideen@Mahadi


NYDP : En. Mohd Ruzaini Bin Mohd Sani
Setiausaha : En. Sayed Mahazan Bin Sayed Daud
Bendahari : En. Kamarrul Ariffin Bin Shaharuddin
AJK Ibu bapa
1- En. Musni B. Sahlan
2- En. Saiful Azhar Bin Mahmud
3- En. Rozaidy Bin Mohammed Mokthar
4- Pn. Norhasliza Bt. Yahaya
5- Pn. Megawati Bt. Amir
AJK Guru
1- En. Irwanshah Bin Hamdan
2- En. Mohd Fariz Bin Hassan
3- Pn. Azmah Bt. Hj. Mohd Satar
4- Pn. Noor Saadah Bt. Arshad
5- En. Badrul Akmal Bin Ishak
6- Pn. Norazlida Bt Azli
Juruaudit dalaman
1- Pn. Hasnah Bt Ibrahim ( Ibu bapa)
2- Pn. Azfa Hanani Bt Ramli ( Guru )
8.0 Hal-hal lain
8.1 YDP memaklumkan segala komen atau cadangan yang diterima oleh pihak
PIBG yang telah dikemukan sebahagian telah diambil tindakan
9.0 Agenda : Ucapan penangguhan mesyuarat
9.1 YDP mengucapkan tahniah kepada semua AJK yang telah dilantik pada hari
ini dan dapat bersama-sama berusaha demi kecemerlangan anak-anak SKRP

9.2 YDP mengucapkan terima kasih kepada semua atas kepercayaan daripada
ibu bapa dan guru.

9.3 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.30 pagi dengan bacaan Surah al-Asr
dan tasbih kaffarah

Disediakan oleh :

(SAYED MAHAZAN BIN SAYED DAUD)


Setiausaha PIBG SK Rantau Panjang sesi 2018/2019

Disemak oleh :

(JAILANI BIN MOHIDEEN@MAHADI)


Yang Dipertua PIBG SK Rantau Panjang Klang sesi 2018/2019

Anda mungkin juga menyukai