Anda di halaman 1dari 2

MUHAMAD AZFAR BIN MARZUKHI

PISMP PEND. KHAS 1

SEM 4

IPGM KOTA BHARU

REFLEKSI

PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL

Pertandingan permainan tradisional merupakan suatu acara yang dianjurkan


oleh PISMP Pendidikan Khas 1, Pendidikan Khas 2 dan Matematik untuk semester
ini. Pertandingan kali ini pada kali ini telah dikelolai oleh guru pelatih ambilan Januari
2010 untuk melengkapkan tugasan Pengurusan Kokurikulum pada semester ini. guru
pelatih dari 3 kelas tersebut telah berjaya melaksanakan pertandingan ini dengan
jayanya bermula dengan pelantikan AJK sehingga berakhirnya pertandingan ini pada
28 April 2010.

Sebelum menjalankan kejohanan ini, kami telah mengadakan beberapa


mesyuarat. Perjumpaan yang pertama melibatkan aktiviti pelantikan ahli
jawatankuasa tertinggi seperti pengerusi dan sebagainya. Perlantikan ini adalah
bertujuan bagi pengurusan hari kejohanan akan berjalan dengan lancar. Mesyuarat-
mesyuarat seterusnya diadakan bagi mengemaskini aktiviti serta perkara-perkara yg
berkaitan dengan pertandingan ini. Melalui aktiviti seperti ini, Saya dapat melatih diri
saya supaya lebih memahami akan aspek pengurusan dan juga mengelolakan
sesuatu program yang diberikan sebagai amanah untuk disempurnakan.

Saya telah berada di bawah ahli jawatankuasa teknikal. Antara tugasan yang
perlu disempurnakan ialah menguruskan peralatan untuk beberapa acara dalam
dewan dan padang seperti permainan ceper dan permainan baling selipar. Selain itu,
tugasan ini juga memerlukan kami untuk member penerangan awal mengenai aspek
peralatan dan teknikal kepada semua urusetia yang terlibat. Semasa hari kejohanan
berlangsung, saya masih menjalankan tanggungjawab yang diberi sebagai Pegawai
Teknikal selain sebagai pengadil untuk permainan baling selipar dan lain-lain.
Kerjasama yang ditunjukkan sesama jawatankuasa penganjur juga melibatkan
aspek persiapan tempat daripada awal pertandingan sehinggalah kepada akhir
pertandingan. Persiapan ini melibatkan aspek yang memerlukan tenaga sehinggalah
kepada aspek yang memerlukan kreativiti contohnya aspek persiapan gimik
perasmian kejohanan. Secara tuntasnya, kejohanan ini telah banyak membantu
membina jati diri sebagai seorang guru yang bakal mendidik anak bangsa pada
masa akan datang. Kejohanan ini juga turut mendidik diri kami dalam melakukan
pengurusan dari segi pelbagai aspek yang akhirnya dapat menyempurnakan sesuatu
program. Kesimpulannya, Pertandingan Sukan Tradisional yang dijalankan serta
dikelolakan oleh kami memberikan impak yang positif dalam melahirkan modal insan
guru yang beraspirasi tinggi lantas menjayakan hasrat melahirkan insan yang
cemerlang, gemilang dan terbilang.