Anda di halaman 1dari 8

Bilangan Jurnal : Ke - 1

Minggu Internship : Pertama


Tarikh Peristiwa / Kejadian : 8 Julai 2014
Tajuk Jurnal : Persekitaran Sekolah

1. Masalah / Peristiwa
Pada hari ini, 8 Julai 2014, saya telah melawat persekitaran sekolah bersama semua guru-guru
pelatih IPG bagi memudahkan kami merancang projek untuk tujuan program Internship yang akan
dijalankan selama sebulan di SK Salak, Sepang. Melalui pemerhatian kami sepanjang melawat
persekitaran sekolah tersebut, kami mendapati bahawa terdapat banyak tempat atau sudut yang
memerlukan tenaga kerja untuk tujuan kebersihan, keceriaan dan sebagainya.

2. Analisis
Masalah ini timbul kerana sekolah tersebut mempunyai bilangan tenaga kerja yang kurang untuk
melakukan aktiviti-aktiviti keceriaan. Selain itu juga, kekangan masa yang wujud dalam kalangan
guru-guru sekolah itu menyebabkan mereka tidak dapat melaksanakan program keceriaan secara
sepenuhnya pada masa persekolahan. Hal ini berlaku disebabkan ramai guru yang terikat dengan
jumlah waktu pengajaran dan pembelajaran murid di dalam kelas serta mempunyai waktu yang
singkat dalam menambahbaik kemudahan sekolah.

3. Cadangan Tindakan Susulan

a. Saya boleh memilih tempat-tempat seperti tandas atau makmal komputer untuk menjalankan
projek keceriaan bersama rakan-rakan guru pelatih saya sebagai salah satu kriteria bagi
memenuhi garis panduan program Internship kami.

b. Saya boleh merancang kertas kerja bersama rakan-rakan guru pelatih yang lain bagi
membolehkan Guru Besar meluluskan permohonan pelaksanaan projek sekolah agar
kerjasama yang padu terhadap komuniti sekolah dapat dibentuk dengan erat.
4. Tempoh Masa Tindakan Susulan
Saya akan cuba mengatasi masalah ini sepanjang tempoh sebulan berada di sekolah bagi program
Internship dengan kerjasama rakan-rakan guru pelatih yang lain.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Guru Besar

Tandatangan : Tandatangan :
Nama : Nama :
Tarikh : Tarikh :
Bilangan Jurnal : Ke - 2
Minggu Internship : Kedua
Tarikh Peristiwa / Kejadian : 16 Julai 2014
Tajuk Jurnal : Pelaksanaan Bengkel KBAT

1. Masalah / Peristiwa
Pada hari ini, 16 Julai 2014, saya bersama rakan-rakan guru pelatih yang lain telah mengendalikan
bengkel KBAT untuk murid-murid Tahun 3 hingga 5 di bilik surau sekolah. Saya mendapati bahawa
kehadiran murid pada hari tersebut agak kurang memuaskan kerana bilangan murid yang hadir
pada hari tersebut sangat kurang iaitu dalam 80 orang sahaja. Selain itu, bilik surau yang agak kecil
juga tidak mampu untuk memuatkan semua murid bagi menjalankan aktiviti secara berkumpulan.

2. Analisis
Masalah ini timbul kerana bengkel tersebut telah dijalankan pada sebelah petang semasa waktu
kokurikulum. Tambahan pula, bengkel tersebut telah dilaksanakan pada bulan puasa
menyebabkan ramai murid yang tidak menghadirkan diri untuk aktiviti petang yang berlangsung
pada hari tersebut. Selain itu, kami terpaksa menjalankan bengkel KBAT itu di dalam bilik surau
atas sebab dewan telah digunakan untuk aktiviti murid Tahun 6 walaupun kami telah menempah
dewan tersebut pada minggu sebelumnya lagi.

3. Cadangan Tindakan Susulan

a. Saya bersama rakan-rakan guru pelatih boleh mengadakan bengkel tersebut pada tarikh dan
masa lain yang dianggap sesuai dengan budi bicara Guru Besar sekolah agar semua murid
dapat melibatkan diri dalam bengkel yang diadakan.

b. Saya boleh berbincang bersama rakan-rakan guru pelatih untuk meminta izin daripada Guru
Besar sekolah bagi menggunakan kelas-kelas yang berdekatan dengan dewan agar aktiviti
murid secara berkumpulan dapat berjalan dengan lebih lancar. Namun, cadangan ini haruslah
dikemukakan lebih awal agar penggunaan bilik darjah dapat diuruskan dengan baik.
4. Tempoh Masa Tindakan Susulan
Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam projek yang berikutnya supaya semua masalah
yang melibatkan pelaksanaan projek dapat diuruskan dengan baik.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Guru Besar

Tandatangan : Tandatangan :
Nama : Nama :
Tarikh : Tarikh :
Bilangan Jurnal : Ke-3
Minggu Internship : Ketiga
Tarikh Peristiwa / Kejadian : 21 Julai 2014 – 25 Julai 2014
Tajuk Jurnal : Persekitaran i-THINK

1. Masalah / Peristiwa (Huraian)


Pada 22 Julai 2014, projek komuniti sekolah sudut i-THINK mula dilaksanakan oleh
seramai dua belas orang guru pelatih dari dua institut iaitu Institut Pendidikan Guru
Kampus Pendidikan Teknik dan juga Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam,
Bangi. Saya mendapati bahawa kami menghadapi masalah kekangan masa untuk
menyiapkan projek ini.

2. Analisis (Kenapa, Bagaimana?)


Masalah ini timbul kerana kami perlu menunggu masa yang sesuai untuk membina sudut
i-THINK ini kerana murid sering berada di makmal komputer bagi subjek Teknologi
Maklumat dan Komunikasi. Sekiranya ia dibuat pada waktu tersebut, kemungkinan akan
mengganggu tumpuan murid semasa proses pdp mereka. Selain itu, saya juga
mempunyai satu lagi projek yang perlu dilaksanakan disamping tugasan-tugasan IPG dan
kajian tindakan yang perlu disiapkan sepanjang tempoh internship ini.

3. Cadangan Tindakan Susulan


a) Saya akan menguruskan masa dengan lebih efisien lagi dengan membahagikan kerja
mengikut masa yang telah ditetapkan dan peluang sewaktu murid tidak berada di dalam
makmal komputer akan saya gunakan sepenuhnya untuk menyiapkan sudut i-THINK.
b) Saya akan bergilir-gilir dengan rakan saya bagi menyiapkan kedua-dua projek dan saya
akan memberikan kerjasama yang jitu serta komitmen yang tinggi dalam projek ini juga
agar projek dapat disiapkan dengan jayanya.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan


Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam projek yang berikutnya supaya semua
masalah yang melibatkan pelaksanaan projek dapat diuruskan dengan baik.
Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Guru Besar
Tandatangan: Tandatangan:
Nama: Nama:
Tarikh: Tarikh:
Bilangan Jurnal : Ke-4
Minggu Internship : Keempat
Tarikh Peristiwa / Kejadian : 4 Ogos 2014 – 8 Ogos 2014
Tajuk Jurnal : Program Tandas Bersih 2014

5. Masalah / Peristiwa (Huraian)


Pada minggu ini, projek komuniti sekolah ‘Program Tandas Bersih 2014’ mula
dilaksanakan oleh guru pelatih di Sekolah Kebangsaan Salak. Objektif program ini ialah
bagi mewujudkan budaya tandas bersih dan ceria dalam kalangan warga sekolah serta
meningkatkan kefahaman tentang tatacara penggunaan tandas dengan betul. Saya
mendapati bahawa masalah tandas yang berbau sewaktu kami melaksanakan program
ini sedikit sebanyak menggangu konsentrasi kami untuk menceriakan tandas. Selain itu,
murid yang kerap berulang-alik masuk ke tandas turut menggangu kelancaran program
ini.

6. Analisis (Kenapa, Bagaimana?)


Masalah ini timbul kerana sejak awal pagi lagi tandas belum dibersihkan kerana terdapat
banyak tandas di sekolah ini yang menyebabkan masa yang lebih lama telah diambil untuk
membersihkan kesemua tandas. Murid juga telah memasuki tandas seawal jam 7.00 pagi
kerana mereka sudah berada di sekolah pada waktu tersebut.

7. Cadangan Tindakan Susulan


a) Saya perlu mencari masa yang sesuai dan keadaan tandas yang memuaskan sebelum
memulakan projek ini agar konsentrasi dapat diberikan sepenuhnya dalam menghias
tandas agar ceria dan bersih.
b) Saya perlu menghalang beberapa orang murid daripada menggunakan tandas yang
sedang kami gunakan agar proses menghias tandas berjalan dengan lancar. Murid boleh
menggunakan tandas-tandas lain yang terdapat di sekitar sekolah.

8. Tempoh Masa Tindakan Susulan


Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam projek yang berikutnya di sekolah saya
kelak agar semua masalah yang melibatkan pelaksanaan projek dapat diuruskan dengan
baik.
Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Guru Besar
Tandatangan: Tandatangan:
Nama: Nama:
Tarikh: Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai