Anda di halaman 1dari 5

SJK(T) TAMAN TUN AMINAH,

JALAN PERKASA 1, 81300 SKUDAI, JOHOR

KERTAS KERJA

Anjuran
Unit Bimbingan Dan Kaunseling

Tarikh
04,05,06 & 07.03.2018

Tempat
SJK(T) Taman Tun Aminah
1.0 PENGENALAN

Sejak kebelakangan ini, isu moral di kalangan murid sekolah masakini sering
diperkatakan samada oleh individu atau masyarakat dan sering dipaparkan samada di media
cetak atau elektronik. Masyarakat sering menuding jari mengatakan perkara ini terjadi kerana
kegagalan pihak tertentu membendung gejala tersebut khasnya pihak guru di sekolah serta
ibubapa atau penjaga di rumah. Ini ditambah pula dengan suasana persekitaran yang menjadi
pemangkin perkara tersebut berlaku secara berleluasa seperti pengaruh rakan sebaya, media
cetak dan elektronik serta kekurangan pengetahuan agama di kalangan remaja tersebut.

Semua pihak harus berganding bahu membendung perkara ini dari terus berlaku. Oleh
yang demikian, kita sewajarnya menyusun pelbagai program dan aktiviti bagi mencegah
perkara tersebut dan tidak hanya menyalahkan orang lain apabila berlaku sesuatu perkara
yang berkaitan dengan sahsiah murid di sekolah.

Unit Bimbingan Dan Kaunseling merasa terpanggil untuk mengadakan ceramah


disiplin ini agar perkara tersebut dapat di atasi secara berperingat-peringkat sejak dari bangku
sekolah lagi. Adalah diharapkan dengan terlaksananya ceramah disiplin ini, sedikit sebanyak
akan dapat mengatasi masalah disiplin murid di sekolah.

2.0 MATLAMAT

Bertujuan untuk memberi kesedaran kepada murid-murid ke arah perubahan sikap dan
tingkah laku bagi membangunkan sahsiah dan disiplin para murid secara menyeluruh.

3.0 OBJEKTIF

Tujuan utama program ini adalah untuk meningkatkan akhlak dan disiplin dalam kalangan
murid di samping memberi kefahaman dan kesedaran kepada murid-murid supaya:

i. Mengubah tingkahlaku murid menjadi lebih baik dan meningkatkan disiplin murid.
ii. Mengamalkan sikap bertanggungjawab terhadap diri sendiri
iii. Dapat membimbing diri ke arah yang lebih positif dan rasional
iv. Dapat membezakan antara yang baik dan buruk
v. Berpegang teguh kepada ajaran agama masing-masing
vi. Mengamalkan nilai-nilai murni seperti semangat bekerjasama, saling menghormati
dan lain-lain
4.0 SASARAN

Semua murid tahap 1 dan Tahun 6

5.0 PENGANJUR
Unit Bimbingan Dan Kaunseling

6.0 JANGKA MASA : 4 hari


 Tahun 1-04.03.2018 (1.00pm-2.00pm)
 Tahun 2-05.03.2018 (1.00pm-2.00pm)
 Tahun 3-06.03.2018 (1.00pm-2.00pm)
 Tahun 6-07.03.2018 (Jam 9.00 am - 10.30 am)
(Jam 11.00 am - 12.30 pm)
7.0 TEMPAT : SJK(T) Taman Tun Aminah

8.0 TENTATIF PROGRAM

AHAD - Tahun 1-04.03.2018 (1.00pm-2.00pm)


ISNIN - Tahun 2-05.03.2018 (1.00pm-2.00pm)
SELASA- Tahun 3-06.03.2018 (1.00pm-2.00pm)
RABU -Tahun 6-07.03.2018
9.00 am – 10.30 am : Ceramah dan Pameran- AADK
10.30 am – 11.00 am : Rehat/ Minum Pagi
11.00 am – 12.30 pm : Ceramah dan Pameran- Penjara Reman Johor Bahru
12.30 pm -1.00 pm : Majlis Penutupan Program dan
Penyampaian Cenderahati
9.0 STARTEGI PELAKSANAAN

i. Menyediakan Kertas Kerja


ii. Perbincangan dengan Jawatankuasa Kerja
iii. Perlaksanaan Program
iv. Post Mortem dan Penyediaan Laporan
v. Hantar laporan ke pejabat

10.0 AHLI JAWATANKUASA :

Sila rujuk lampiran 1

PENUTUP:

Semoga Ceramah Disiplin Murid Tahun 2018 yang menggabungjalinkan sumbangan tenaga
dari guru-guru dan pihak luar berupaya memantapkan lagi akhlak dan disiplin murid supaya
menjadi seorang insan yang dihormati dan disegani kerana memiliki budi pekerti yang tinggi.

Disediakan : Disemak : Disahkan :

……………………… ……………………. ………………………


LAMPIRAN 1

AHLI JAWATANKUASA

CERAMAH DISIPLIN MURID TAHUN 2018

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

AHLI JAWATANKUASA

Penaung : En.N.Revindran (Guru Besar)


Penasihat : Cik.S.Ganeswari (GPK HEM)
Pengerusi : En.R.Vishnu (Guru B&K)
Setiausaha : Cik.S.Archana (Guru B&K)

JAWATAN KUASA INDUK

Program & Jemputan Disiplin Murid


Cik.S.Archana Semua Guru Kelas Tahun 6 dan Guru Subjek

Laporan Fotografi
En.R.Vishnu En.R.Vishnu

Cenderahati Dewan dan Alat PA


Cik.S.Archana En.V.Poonchelvan

Anda mungkin juga menyukai