Anda di halaman 1dari 1

َّ ْ‫من ا‬

.‫لر ِحيْم‬ َّ ْ‫بِس ِْم هللاِ ا‬


ِ ‫لر ْح‬
. َ‫ص َحا ِب ِه أ َ ْج َم ِعيْن‬
ْ َ‫علَى آ ِل ِه َوأ‬ َ ‫علَى‬
َ ‫س ِيِّ ِدنَا ُم َح َّم ٍد َو‬ َ ‫سالَ ُم‬ َّ ‫ َوال‬،‫ب ْال َعالَ ِميْن‬
َّ ‫صالَة َُوال‬ ِ َّ ِ ‫ا َ ْل َح ْم ُد‬
ِ ِّ ‫َلِل َر‬

Ya Rahman, Ya Aziz, Ya Ghaffar

Pada saat dan detik yang bersejarah ini, kami menghulurkan tangan pengharapan, memohon ihsan dan RahmatMu,
agar Engkau anugerahkan kesejahteraan, taufiq dan hidayah, juga kesabaran, ketabahan dan kekuatan kepada
Pengetua _________________________________________ yang akan bersara, menamatkankan perkhidmatannya
pada tahun ini dan juga kepada PK _____________________ yang akan berpindah ke _______________________
tahun hadapan. Moga bagi Pengetua selepas bersara nanti, kehidupan yang penuh gembira, ceria dan bahagia,
serta dikurniakan dengan kesihatan, kesejahteraan, ketenteraman dan ketenangan.

Allahumma Ya MunzilarRahmah wa Ya FatihalBarakah

Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada mereka berdua dengan ganjaran, syafaat dan keredhaan atas segala
jasa dan pengorbanan yang telah beliau curahkan sepanjang bergelar sebagai seorang guru. Kau limpahkanlah
Rahmat dan BerkatMu, sebagai ganjaran kepada semangat juang yang tidak pernah mengenal erti putus asa, di
dalam memikul tanggungjawab sebagai pendidik, pemimpin dan ibu yang sentiasa berusaha menyumbang tenaga,
idea dan kepakaran, demi kecemerlangan anak bangsa. Mudah-mudahan segala jasa, pengorbanan, dan semangat
beliau menjadi pendorong untuk kami meneruskan perjuangan sebagai seorang insan pendidik.

Allahumma Ya `Aalim wa Ya QadhialHajat

Jadikanlah kami Ya Allah, daripada kalangan hamba-hambaMu yang taat dan bersyukur. Jauhkanlah kami Ya Allah,
daripada melanggari perintahMu. Kurniakanlah kepada kami kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan yang
sempurna, fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang beriman serta
kurniakanlah kepada kami segala kebaikan di dunia dan juga di akhirat.

Ya Zal Jalali Wal Ikram

Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah pertemuan ini sebagai pertemuan yang diRahmati, dan jadikanlah perpisahan ini
sebagai perpisahan yang diBerkati.

َ‫ َوالَ ت َ ْج َع ِل اللَّ ُه َّم فِ ْينَا َوال‬،‫ص ْو ًما‬ ْ ‫اَللَّ ُه َّم‬


ُ ‫ َوتَفَ ُّرقَـَنَا ِم ْن بَ ْع ِد ِه تَفَ ُّرقا ً َم ْع‬،‫اج َع ْل َج ْم َعنَا َه َذا َج ْمعًا َم ْر ُح ْو ًما‬
.‫ط ُر ْودًا َوالَ َم ْح ُر ْو ًما‬ ْ ‫ش ِقيًّا َوالَ َم‬
َ ‫َم َعنَا َوالَ َم ْن َيتْ َبعُنَا‬

.ِ ‫اب النَّار‬َ ‫سنَة ًَو ِقنَا َع َذ‬ َ ‫سنَة ً َو ِفي األ َ ِخ َر ِة َح‬ َ ‫َربَّنَا َءا ِتنَا ِفي ال ُّد ْن َيا َح‬
ِ ِّ ‫ َو ْال َح ْمد ِ ََُّلِلِ َر‬،‫سلَّ َم‬
. َ‫ب العَالَ ِميْن‬ َ ‫صلَّى هللاُ َعلَى‬
َ ‫سيِِّ ِدنَا ُم َح َّم ٍد َو َعلَى َءا ِل ِه َو‬
َ ‫ص ْحبِ ِه َو‬ َ ‫َو‬

Anda mungkin juga menyukai