Anda di halaman 1dari 8

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR : AISSWARYA A/P SIVA SUBRAMANIAM

PROGRAM : PISMP SEM 8

NAMA SEKOLAH : SK BUKIT GELUGOR

NAMA AKTIVITI (KUMPULAN) : KATAKAN TIDAK KEPADA BULI

TARIKH PELAKSANAAN : 4 MAC 2019 – 7 MAC 2019

OBJEKTIF : 1. Murid-murid mengetahui tentang apa itu buli.


2. Murid-murid dapat mengetahui tentang jenis-
jenis buli.
3. Murid dapat mengetahui tentang faktor-faktor
yang menyebabkan berlakunya kegiatan buli.
4. Murid-murid dapat panduan dan bimbingan
bagi menangani isu buli.

STRATEGI PELAKSANAAN :

1. Perbincangan dengan Guru Besar dan Guru Kaunseling Sk Bukit Gelugor


Berjumpa dan berbincang dengan Encik Edi Osman bin Ahmad serta Cik
Farawahida untuk menerangkan dan mendapatkan kebenaran tentang intipati
projek yang akan menjalankan. Tarikh yang dirancangkan ialah 4 Mac 2019 – 7
Mac 2019 yang melibatkan semua murid SK Bukit Gelugor.

2. Membuat perancangan dan persediaan.


Saya dan rakan-rakan telah membuat kertas kerja untuk mendapatkan
tandatangan persetujuan daripada Guru Penolong Kanan dan Guru Besar Sk Bukit
Gelugor. Selepas kertas kerja disahkan, kami membuat perbincangan dan
mengagihkan tugasan antara kami bertiga. Kami telah menyediakan risalah untuk
diedarkan kepada setiap kelas di mana risalah itu mengandungi bar code untuk
diimbas untuk mereka menonton video tentang buli.

1
Kami juga menyediakan soalan kuiz Kahoot kepada murid-murid untuk dijawab
dalam aktiviti yang akan dijalankan nanti. Sebelum pengedaran risalah dilakukan,
saya selaku wakli kepada program buli telah memberikan sedikit penerangan dan
informasi kepada semua murid dan warga sekolah tentang pelaksanaan program
di perhimpunan sekolah pada 4 Mac 2019 bersamaan dengan hari Isnin.

3. Menjalankan aktiviti di makmal komputer SK Bukit Gelugor.


Kami telah menjalankan aktiviti ini selama tiga hari berturut-turut di mana kami
mengagihkan program ini mengikut tahun dan kelas masing-masing. Kuiz ini dalam
berbentuk pengunaan teknologi ICT di mana soalan akan dipaparkan di skrin besar
di hadapan. Murid-murid perlu menjawab kuiz tersebut dengan menekankan
jawapan yang betul di komputer masing-masing dalam had masa yang ditetapkan.
Prosedur kuiz ini ialah siapa yang jawab pantas dan betul dalam waktu yang
ditetapkan. Langkah ini akan diulangi bagi semua dua puluh soalan yang
dtetapkan. Pada hari Selasa iaitu 5 Mac, murid-murid Tahun 1 dan Tahun 2 telah
menjalani kuiz tersebut. Setiap kelas diberi masa selama 30 minit untuk menjawab
kuiz tersebut. Sebelum kuiz dijalankan, murid-murid diberi sedikit pendedahan dan
diimbas kembali tentang apa yang mereka menonton dalam video tersebut. Kami
juga telah menayangkan ketiga-tiga video yang dapat mereka menonton setelah
diimbas menggunakan telefon bimbit yang canggih itu. Aktiviti ini telah pun berjaya
dilakukan pada hari pertama dan diteruskan lagi pada dua hari yang seterusnya
dengan murid Tahun 3 , 4, 5 dan 6.

4. Pemberian hadiah kepada pemenang kuiz


Setelah program tamat, kami telah memberi hadiah kepada para pemenang
sebagai tanda penghargaan kepada mereka dalam melibatkan diri secara aktif dan
menyeluruh dengan mengimbas dan menonton video yang diberikan.

2
REFLEKSI:

KEKUATAN PROJEK / AKTIVITI

Antara kekuatan yang saya dapati melalui projek ini ialah memberi satu peluang yang
baik kepada guru pelatih untuk mempelajari prosedur-prosedur mengendalikan
sesuatu program meningkatkan disipin dan sahsiah diri yang melibatkan banyak
murid iaitu dari Tahun 1 sehingga Tahun 6. Projek ini juga mampu menggalakkan guru
pelatih berinisiatif dan aktif dalam melakukan sesuatu aktiviti dengan semangat
berpasukan dan bekerjasama yang baik dengan rakan-rakan guru lain. Selain itu
program ini juga menyediakan satu peluang yang sangat baik kepada murid-murid
untuk mempelajari apa itu buli, jenis-jenis buli, faktor-faktor yang menyebabkan buli
serta langkah-langkah mengatasi gejala buli. Murid tahap 1 terutamanya gembira dan
teruja kerana pertama kali video berbentuk animasi.

Melalui program buli ini, hubungan antara para guru pelatih dengan murid-murid dapat
dieratkan lagi. Semua ahli jawatankuasa telah memainkan peranan mereka masing-
masing dan tidak membantah. Program ini tidak akan berjalan lancar tanpa sokongan
dan komitmen semua guru-guru yang lain. Program ini juga telah memberi satu
peluang yang baik kepada guru pelatih untuk mempelajari cara menulis kertas kerja
dan melaksanakan sesuatu projek dengan rakan-rakan lain demi memupuk semangat
kerjasama dan berpasukan di sekolah. Saya juga telah tahu bagaimana untuk
menguruskan peruntukan yang diberikan untuk mengendalikan sesuatu pertandingan.
Bajet untuk projek buli ini ialah RM 180.00 mengikut kata Guru Besar. Namun saya
telah dapat mengurangkan kepada RM 150.00 sahaja kerana banyak bahan dan
alatan boleh diperolehi di kedai yang murah. Projek ini juga telah dapat memberi kesan
motivasi dalaman kepada murid untuk mengelakkan dan mengatasi gejala buli dalam
kalangan mereka.

3
KELEMAHAN PROJEK / AKTIVITI

Kebanyakan aktiviti seperti ini memerlukan dana dan modal yang menjadi penghalang
setiap kali mahu menjalankan pertandingan. Jadi semasa internship saya mengambil
peluang untuk mengadakan pertandingan ini walaupun dengan mendapat modal yang
sedikit daripada pihak sekolah. Masa untuk mengadakan pertandingan singkat dan
terlalu terhad kerana saya mengikut waktu pengajaran dan pembelajaran dalam jadual
mereka. Segalanya perlu dilakukan tepat pada masa bagi mengelakkan masa
pengajaran dan pembelajaran seterusnya tergangu atau terlewat.

Penyediaan tempat kurang saya titik beratkan di mana kurangnya kerusi dan juga
komputer menyebabkan murid tidak dapat untuk duduk dan diminta untuk berkongsi
satu komputer dua atau tiga orang. Saya terpaksa mencari kerusi dari tempat lain.
Hal ini menyebabkan masa pertandingan terpaksa dimulakan lewat 10 minit.
Walaubagaimanapun pertandingan berlangsung seperti yang dirancang Kebersihan
semasa tamat pertandingan adalah kurang memuaskan walaupun telah dipesan
supaya mengemaskan meja kumpulan masing-masing khususnya kelas-kelas yang
masuk dalam makmal komputer selepas waktu rehat. Plastik makanan dan penyedut
minuman yang berlebihan masih bersepah di bawah meja keadaan ini agak kotor.
Mereka berbuat demikian walaupun mereka tahu bahawa mereka dilarang membawa
makanan dan minuman ke dalam makmal komputer. Langkah keselamatan kurang
dititikberatkan kerana terdapat murid yang bermain dengan wayar elektrik komputer
dan ini boleh mendatangkan kecederaan dan bahaya terhadap murid tersebut.
Seharusnya aspek keselamatan hendaklah saya utamakan semasa berlakunya
sesuatu pertandingan.

Semasa melakukan pertandingan berlaku ganguan bekalan internet menyebabkan


murid terpaksa membuat kerja lambat dan juga segelintir murid perlu bermula dari
awal dalam menjawab kuiz tersebut. Kelemahan projek ini juga apabila terdapat
beberapa orang murid tidak mengimbas bar code yang terdapat dalam risalah itu yang
menyebabkan mereka untuk tidak dapat menjawab soalan kuiz yang sediakan. Selain
itu, ada juga murid yang tidak hadir ke sekolah semasa taklimat dan penerangan
diberikan dan akibatnya mereka tidak mendapat risalah itu dan juga tidak mengetahui
tentang kandungan dan perjalanan program yang dirancang.
4
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:

Kami berharap agar mendapat masa yang lebih untuk mengadakan pertandingan ini
pada peringkat sekolah pula. Hal ini kerana penganjuran pada semua murid mendapat
sambutan yang sangat menggalakkan dan kami beranggapan bahawa jika dibuat
demikian suasana pasti akan menjadi lebih meriah.

Sokongan daripada guru-guru terhadap pelaksaan juga penting jika saya mahu
mengadakan pertandingan yang melibatkan semua tahap. Sebagai contoh untuk
tahap 2 guru-guru sekolah berasa kurang minat kerana kami mengambil waktu
pengajaran dan pembelajaran murid-murid tersebut. Mereka mencadangkan kepada
kami untuk menjalankan aktiviti tersebut selepas waktu persekolahan. Kami tidak
dapat berbuat demikian kerana aktiviti ini melibatkan semua murid Tahun 1 sehingga
Tahun 6. Jika kami meminta murid-murid untuk tinggal di sekolah selepas waktu
persekolahan, kami mungkin akan hadapi masalah dari pihak ibu bapa. Oleh itu, guru-
guru sekolah perlu memberi sokongan dan komitmen kepada kami dalam
menjalankan program ini dengan berjaya.

Di samping pelaksanaan yang baik, saya akan meningkatkan mutu pengadilan dan
pembelian bahan dan alatan. Hal ini kerana saya tidak tahu bagaimana untuk
menguruskan sesuatu kos yang diberikan untuk sesuatu pertandingan. Kos yang
digunakan untuk pertandingan kuiz yang saya jalankan ialah RM 150.00 sahaja. Jika
saya mahu melaksanakan pertandingan pada peringkat sekolah, peruntukan yang
diperlukan juga akan bertambah besar dan saya haruslah cekap dalam menguruskan
kewangan yang telah diberikan.

Pengurusan masa juga akan ditingkatkan kerana masa permulaan sesuatu


pertandingan akan memainkan peranan yang penting. Jika lewat maka guru akan
tergangu emosinya kerana banyak lagi perkara lain yang harus dilakukan selepas itu.
Persediaan yang rapi haruslah dirangka dahulu sebelum memulakan sesuatu
pertandingan. Pada pertandingan tersebut saya telah memulakan pertandingan
tersebut 10 minit lewat kerana mahu mengaturkan kedudukan murid semasa dalam
bilik makmal komputer. Kesannya pertandingan tersebut telah tamat lewat dan murid

5
terpaksa balik lewat. Namun segalanya berjalan seperti yang dirancang tetapi
pengurusan masa saya terhadap sesuatu pertandingan haruslah ditingkatkan.

KESIMPULAN

Melalui program Katakan Tidak Kepada Buli ini, saya rasa bersyukur kerana telah
memperoleh banyak pengalaman dan pengetahuan yang baru dalam mengandalikan
sesuatu aktiviti senamrobik yang melibatkan banyak murid. Yang pentingnya, saya
dapat memahami betapa pentingnya semangat saling tolong-menolong dan
bekerjasama dengan rakan-rakan guru lain untuk menyiapkan sesuatu projek. Tanpa
semangat ini, mastilah tidak berjaya aktiviti dijalankan dengan begitu lancar. Dengan
selesainya aktiviti ini, murid-murid mendapat ilmu pengetahuan dan pemahaman
tentang kepentingan menjaga kesihatan dan aplikasikan kecergasan pada kehidupan
seharian. Di samping itu, aktiviti menonton video serta kuiz ini juga mempertingkatkan
kesedaran murid kepentingan mengatasi gejala buli dalam kalangan murid-murid.

Secara umumnya program seperti ini memberi satu peluang yang baik kepada guru
pelatih untuk mempelajari prosedur-prosedur mengendalikan sesuatu program
kecergasan yang melibatkan banyak murid. Selain itu, program ini juga menggalakkan
guru pelatih berinisiatif dan aktif dalam melakukan sesuatu aktiviti dengan semangat
berpasukan dan bekerjasama yang baik dengan rakan-rakan guru lain.

Hasil projek ini telah dapat memberi satu peluang yang baik kepada guru pelatih untuk
mempelajari cara menulis kertas kerja dan melaksanakan sesuatu projek dengan
rakan-rakan lain demi memupuk semangat kerjasama dan berpasukan di sekolah.
Beberapa bantuan yang diberikan, dapat mengeratkan lagi hubungan dengan murid-
murid sekolah ini. Selain itu, guru pembimbing, staf sekolah serta pekerja-pekerja turut
membantu dalam proses lengkapkan projek kami ini. Mentor kami juga telah banyak
membantu kami semasa melaksanakan tugas kami. Kami sentiasa merujuk beliau jika
menghadapi masalah walaupun beliau kurang sihat dan sering kali masuk keluar wad.

Melalui projek ini, saya dapat mengetahui tugas seorang guru kerana ini bukan suatu
kerja yang senang. Saya juga mendapat banyak pengalaman seperti menguruskan
perbelanjaan membeli barangan miual. Saya juga telah belajar cara untuk berinteraksi

6
dengan pembekal. Saya berharap agar dapat meningkatkan pengurusan masa saya
dalam mengendali sesuatu projek kerana pengurusan masa adalah berbeza jika
dibandingkan dengan masa semasa saya mengurus pengajaran dan pembelajaran.

Saya juga mempelajari sesuatu bahawa penyediaan tempat hendaklah dilakukan awal
kerana perkara tersebut akan memakan masa dan menyebabkan pertandingan
bermula lewat. Pada pertandingan tersebut kerusi dan kompter untuk murid tidak
cukup dan saya terpaksa mengambil kerusi dan juga meminta murid-murid untuk
berkongsi satu komputer dua atau tiga orang dalam satu kelas. 10 minit telah berlalu
untuk mengaturkan murid sahaja.

Walaupun masa yang ditetapkan tidak banyak namun kami berjaya


menyiapkan projek ini dengan berjaya dan lancar atas kerjasama serta semangat
berpasukan yang diberi oleh semua warga SK Bukit Gelugor dan rakan-rakan saya.
Dengan itu, saya akan mengguna dan mengaplikasikan pengalaman serta
pengetahuan yang dipelajari pada masa yang akan datang. Saya juga ingin
merakamkan jutaan terima kasih kepada semua warga sekolah SK Bukit Gelugor
dalam membantu kami dalam menjayakan program ini.

7
Disediakan oleh,

………………………………………

AISSWARYA A/P SIVA SUBRAMANIAM

(GURU PELATIH IPG KAMPUS PULAU PINANG)

Disemak Oleh,

………………………………………

ENCIK EDI OSMAN BIN AHMAD

(GURU BESAR SK BUKIT GELUGOR)

Anda mungkin juga menyukai