Anda di halaman 1dari 10

SCES 3113 GELOMBANG, OPTIK & KEELEKTRIKAN

AMALI 1: MENENTUKAN FREKUENSI ASAS DAN FREKUENSI RESONAN BAGI SATU


MODEL PETIKAN BERTALI

TAJUK
Menentukan frekuensi asas dan frekuensi resonan bagi satu model petikan bertali
TUJUAN
Menentukan frekuensi arus ulang alik menggunakan sonometer.

PENGENALAN
Arus ulang alik yang mengalir melalui gegelung elektromagnet akan menghasilkan medan
magnet di sekeliling gegelung. Seterusnya apabila elektromagnet tersebut didekatkan di
bahagian tengah wayar sonometer, wayar sonometer akan ditarik dan berayun mengikut kitaran
kemagnetan elektromagnet tersebut. Oleh itu jika frekuensi asli wayar sonometer bersamaan
dengan frekuensi arus ulang alik mengalir melalui gegelung elektromagnet maka wayar
sonometer akan berayun dengan amplitud yang paling besar yang dikenali sebagai resonans.
Oleh kerana kedua-dua hujung wayar sonometer ditetapkan, maka akan terjadi suatu gelombang
pegun dengan panjang gelombang λ = 2l ( di mana l adalah panjang wayar sonometer). Apabila
wayar sonometer ditegangkan dengan daya tegangan T maka halaju perambatan gelombang
melintang melaluinya, v dirumuskan sebagai:
𝑇
v = õ

di mana µ adalah jisim per unit panjang wayar. v boleh dihubungkan dengan panjang l dari wayar
yang berayun tersebut sebagai:

v = f λ = 2l f

di mana λ = 2l ialah panjang gelombang di dalam wayar. T adalah bersamaan dengan berat
beban, W. Oleh itu rumus untuk frekuensi resonans f diberikan sebagai:

1 𝑚𝑔
f = 2𝑙 √ µ

1
SCES 3113 GELOMBANG, OPTIK & KEELEKTRIKAN

RADAS DAN BAHAN


 Sonometer dengan wayar besi keluli yang diregangkan di atasnya
 elektromagnet,
 transformer injak turun, penyangkut slot pemberat,
 penimbang, dua baji, takal
 sekotak pemberat/beban.

5.0 PEMBOLEH UBAH

Dimanipulasi Ketegangan wayar

Bergerak balas Frekuensi

Dimalarkan Jumlah arus ulang alik

2
SCES 3113 GELOMBANG, OPTIK & KEELEKTRIKAN

6.0 PROSEDUR

Rajah 1.0 : Susunan Radas Untuk Mencari Frekuensi Bagi Arus Ulang Alik Menggunakan
Sonometer

1. Sonometer disediakan dengan wayar AB diregangkan oleh pemberat atau beban yang
diletakkan di atas penyangkut pemberat.
2. Satu kutub elektromagnet didekatkan ke tengah wayar sonometer.
3. Suis bekalan kuasa ulang alik dihidupkan
4. Panjang wayar AB diubahsuai dengan menggerakkan baji w atau w’ sehingga amplitud
ayunan wayar AB menjadi maksimum.
5. Panjang wayar AB yang berayun diukur dengan amplitude maksimum beserta dengan
nilai ketegangan wayar tersebut.
6. Langkah 1 hingga 5 diulang dengan menggunakan nilai pemberat/beban yang berbeza.
7. Suis bekalan kuasa ditutup dan ikatan wayar sonometer ditanggalkan. Jisim wayar
tersebut diukur dengan penimbang untuk menentukan nilai jisim per unit panjang wayar
sonometer.

3
SCES 3113 GELOMBANG, OPTIK & KEELEKTRIKAN

KEPUTUSAN

Pemberat/beban Ketegangan Panjang wayar AB ketika resonans, Min f


termasuk wayar AB
l (cm) l dalam (Hz)
penyangkut,
T = mg (N) meter
Bacaan 1 Bacaan 2 Min 1
( 2𝑙 √
𝑚𝑔
)
m (kg) µ

0.05 0.49 19 19 19 0.19 47.90Hz

0.10 0.98 20 20 20 0.20 64.33Hz

0.15 1.47 21.5 21.5 21.25 0.21 75.05Hz

0.20 1.96 22 22 22 0.22 82.70Hz

0.25 2.45 23 22.5 22.75 0.23 88.46Hz

0.30 2.94 24 24 24 0.24 92.85Hz

0.35 3.43 25 25 25 0.25 96.28Hz

0.40 3.92 26 26 26 0.26 98.98Hz

0.45 4.41 27 27 27 0.27 101.09Hz

0.50 4.90 28 28 28 0.28 102.75Hz

Min 75.41Hz

Jadual 1.0 : Pemerhatian Menentukan Nilai Frekuensi Arus Ulang Alik

4
SCES 3113 GELOMBANG, OPTIK & KEELEKTRIKAN

Graf I2 lawan T diplot untuk menentukan frekuensi arus ulang alik

I2 t
0.036 0.49
0.040 0.98
0.041 1.47
0.048 1.96
0.053 2.45
0.056 2.94
0.062 3.43
0.068 3.92
0.073 4.41
0.078 4.9

5
SCES 3113 GELOMBANG, OPTIK & KEELEKTRIKAN

Berat wayar = 1.63 gram = 0.00163 kg


Panjang wayar = 1.1 m
p = m/t =
= 0.00163 kg/1.1 m
= 1.4818 X 10-3 kgm
= 1.48 X 10-3 kgm

Frekuensi arus ulang alik ialah (rujuk pembuktian di bahagian perbincangan):


𝑛 1 1
f=2=4
√𝑚 x kecerunan

Kecerunan graf yang di perolehi ialah 0.0102


1 1
f=4
√ 1.48x10−3 x 0.0102

Frekuensi arus ulang alik, f = 64.34 Hz

6
SCES 3113 GELOMBANG, OPTIK & KEELEKTRIKAN

PERBINCANGAN

Sonometer adalah alat yang digunakan untuk mengukur frekuensi resonan dengan
menyelaraskan ketegangan dan jisim wayar. Penggunaan sonometer membolehkan getaran
melintang yang terhasil dari wayar yang diregang dikaji. Sonometer adalah sebuah alat yang
digunakan untuk menunjukkan hubungan di antara frekuensi sesuatu bunyi yang dihasilkan
daripada petikan wayar, ketegangan wayar dan jisim per unit panjang wayar tersebut. Hubungan
ini disebut sebagai hukum Mersenne. (Rossing, 2010).
Berdasarkan keputusan yang diperolehi dalam jadual 1.0 semakin tinggi ketegangan
wayar semakin tinggi frekuensi arus ulang alik. Keputusan ini sekaligus membuktikan hukum
Mersenne yang ketiga yang menyatakan semakin tinggi ketegangan wayar semakin tinggi
frekuensi wayar. Maka frekuensi wayar adalah berkadar terus dengan ketengangannya.
(Rossing, 2010).
Selain itu, kami juga mendapati dalam graf 1.0 semakin panjang jarak tumpuan wayar
semakin rendah frekuensi arus ulang alik. Hal ini juga membenarkan hukum Mersenne yang
pertama iaitu semakin panjang jarak tumpuan wayar semakin rendah frekuensi wayar. Maka
frekuensi wayar adalah berkadar songsang dengan density wayar.(Rossing, 2010). Berdasarkan
jadual 1.0 juga min bagi frekuensi arus ulang alik yang kami perolehi ialah 75.41Hz. Frekuensi
arus ulang alik yang kami perolehi adalah 63.34 Hz.

𝑛 1 1
Pembuktian f = 2 = 4 adalah seperti berikut :
√𝑚 x kecerunan

1 𝑚𝑔
Diberi f = √
2𝑙 µ

1 𝑇
Maka f = 2𝑙 √µ

1 𝑚𝑔
f = 2𝑙 √ µ

Oleh kerana dalam setiap kitaran wayar akan ditarik dua kali dan dengan itu terjadinya resonans,
𝑛
ia akan bergetar dengan frekuensi yang dua kali. Oleh itu, f = 2 . (Harris,1963).

𝑛 1 𝑇
Maka f = = õ
2 4𝑙

4n2l2 𝑚 = T atau
1
l2 = 4𝑛2 𝑚 X T

7
SCES 3113 GELOMBANG, OPTIK & KEELEKTRIKAN

Oleh kerana graf yang ditulis adalah garis lurus. Maka kecerunan garis lurus dari graf l2 melawan
T boleh di tulis sebagai :
1
4𝑛2 𝑚
Maka,
1
n2 = 4𝑚 x kecerunan
1 1
n= x
2 √𝑚 x kecerunan
𝑛 1 1
f= =
2 4 √𝑚 x kecerunan

m = berat wayar dibahagikan dengan panjang wayar.

Menurut Treehouse Cityguide, (n.d.). Malaysia merupakan negara yang menggunakan


220 – 240 Volt dengan frekuensi 50 Hz. Keputusan frekuensi arus ulang alik yang kami perolehi
adalah melebihi dari nilai frekuensi yang sepatutnya iaitu 63.34 Hz. Hal ini kerana terdapat ralat
semasa melakukan eksperimen ini. Antaranya, panjang wayar AB yang berayun diukur dengan
amplitude maksimum diambil semasa penyangkut pemberat masih lagi berayun dan tidak berada
dalam keadaan pegun. Hal ini kemudian mempengaruhi ukuran jarak yang sebenar. Selain
daripada itu ialah faktor angin. Sewaktu eksperimen dijalankan di dalam makmal kipas angin tidak
ditutup menyebabkan kertas yang diletakkan di antara dawai sonometer terbang dengan sendiri.
Antara langkah bagi mengelakkan ralat ini adalah dengan memastikan bahawa tiada kipas yang
dihidupkan atau tiada sumber angin di sekeliling kawasan eksperimen.

Langkah berhati-hati yang diambil semasa melakukan eksperimen :


 Panjang wayar AB ketika resonans, l (cm) diambil sebanyak 2 kali dan bacaan purata
dikira.
 Semua wayar penyampung diketatkan.
 Matikan suis setiap kali bacaan diambil supaya wayar penyambung tidak cepat panas
kerana suhu meningkat ataupun rintangan meningkat.
 Elakkan ralat paralaks dengan memastikan kedudukan mata berserenjang dengan
pembaris.

8
SCES 3113 GELOMBANG, OPTIK & KEELEKTRIKAN

9.0 KESIMPULAN

Berdasarkan eksperimen yang dilakukan semakin tinggi ketegangan wayar semakin tinggi
frekuensi wayar. Maka frekuensi wayar adalah berkadar terus dengan ketengangannya. Selain
itu, semakin panjang jarak tumpuan wayar semakin rendah frekuensi wayar. Maka frekuensi
wayar adalah berkadar songsang dengan density wayar. Min bagi frekuensi arus ulang alik
adalah 75.41 Hz. Manakala frekuensi arus ulang alik yang diperolehi adalah 63.34 Hz.

9
SCES 3113 GELOMBANG, OPTIK & KEELEKTRIKAN

RUJUKAN

Frequency and Plug/Outlet Type in Malaysia - Treehouse Cityguide. (n.d.). Retrieved from

http://treehouse.ofb.net/go/en/voltage/Malaysia

Harris, N. C. (1963). Experiments in Applied Physics for Colleges and Technical Institutes.

Jeans, S. J. (2012). Science and Music. North Chelmsford, MA: Courier Corporation Voltage,

Moravcsik, M. J. (2012). Musical Sound: An Introduction to the Physics of Music. Berlin,

Germany: Springer Science & Business Media.

Neena Sinha; R Rangarajan; R P Manchanda; R K Gupta; Rajesh Kumar. (n.d.). Physics Lab

Manual. Saraswati House Pvt.

Rossing, T. D. (2010). The Science of String Instruments. Berlin, Germany: Springer Science &

Business Media.

10