Anda di halaman 1dari 5

SK KAMPUNG MAJU JAYA

LAPORAN PROGRAM IHYA SUNNAH

1440 HIJRAH

UNIT BANTUAN & BIASISWA


LAPORAN PROGRAM

1. NAMA PROGRAM : Program Ihya Sunnah

2. TARIKH : 20 November 2018

3. HARI / MASA : 2 kali sebulan / 1000 – 1030 (waktu rehat)

4. TEMPAT : Kantin SK Kampung Maju Jaya

5. OBJEKTIF : a) Mendidik jiwa murid-murid agar cintakan Rasulullah S.A.W.


b) Murid-murid dapat mengetahui Sunnah Rasulullah S.A.W.
c) Menjadikan Sunnah Rasulullah S.A.W sebagai cara hidup.
d) Mewujudkan semangat kerjasama dari setiap unit dan panitia.

6. SASARAN : Murid RMT SK Kampung Maju Jaya (40 orang)

7. BUTIRAN AKTIVITI : Pengisian program bermula dengan kutipan dermadaripada murid-murid


dan warga SKKMJ dijalankan setiap hari Khamis oleh Unit Kebajikan
bagi mengumpul dana untuk membeli makanan sunnah bagi program
ini.Unit RMT akan mengagihkan makanan sunnah kepada murid-murid
RMT setiap hari Ahad sehingga Khamis.

Usrah berkaitan cara kehidupan Rasulullah S.A.W telah dikendalikan


oleh Panitia Agama Islam dan AJK Musolla Al-Muttaqin kepada muri-
murid RMT ini pada bulan Mei,Julai dan September. Manakala ceramah
motivasi telah dikendalikan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling.

Program ini dapat berjalan dengan jayanya hasil kerjasama yang sangat
baik dari setiap unit.Melalui program ini dapat membantu murid-murid
RMT makan makanan sunnah yang dapat meningkatkan minda
seterusnya memberi kesedaran kepada mereka agar mempertingkatkan
prestasi diri.
8. PENILAIAN :

8.1) Kekuatan Program : a) Murid – murid mengetahui lebih mendalam akan


makanan yang diamalkan oleh Rasullulah s.a.w.
b) Murid – murid lebih peka akan makanan – makanan
yang berkhasiat yang banyak memberi manfaat
kepada mereka.

9. DOKUMENTASI BERGAMBAR :
Disediakan : Disemak Oleh : Disahkan Oleh :

………………………………….. …………………………………. …………………………………

( Ahmad Zakaria bin Mazlan ) ( Hanizah binti Sakiron ) ( Zarina binti Ibrahim )

AJK, Ketua , Guru Besar,

Unit Bantuan & Biasiswa Unit Bantuan & Biasiswa Sk Kampung Maju Jaya

Anda mungkin juga menyukai