Anda di halaman 1dari 13

1.

0 Pengenalan

Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum yang
hidup secara aman dengan mengamalkan pelbagai budaya. Dengan itu, pendidikan
telah dijadikan pemangkin untuk mencapai perpaduan. Oleh itu, persekitaran yang
mesra budaya perlu diwujudkan bagi melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran
yang kondusif di bilik darjah. Hal ini kerana, bilik darjah merupakan satu tempat
dimana murid-murid terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai amalan budaya
dan kepercayaan yang berbeza. Oleh itu, bagi mewujudkan suasana pembelajaran
yang kondusif, guru harus membina persekitaran bilik darjah yang mesra budaya.

Pengurusan bilik darjah yang mesra budaya merupakan suatu persekitaran


bilik darjah yang selesa, gembira dan ceria yang telah diwujudkan oleh guru melalui
amalan yang telah diterapkan dalam pengajarannya. Guru harus membina
persekitaran bilik darjah yang penyayang, menyokong serta inklusif bagi
membolehkan murid-murid berasa selesa untuk belajar dan sudi menerima perbezaan
terhadap rakan-rakan sekelasnya. Dengan ini, pembinaan bilik darjah yang mesra
budaya membolehkan murid berasa selesa untuk belajar dan guru dapat mencapai
matlamat pengajarannya. Oleh itu, melalui pembelajaran dalam persekitaran bilik
darjah yang mesra budaya, guru boleh melahirkan murid-murid yang seimbang dari
segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial tanpa mengira latar belakang sosio
budaya yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

2.0 Elemen-elemen utama dalam pengurusan bilik darjah yang mesra budaya

Keselesaan dan kegembiraan di dalam bilik darjah diwujudkan oleh guru dan
murid melalui perlakuan yang positif sewaktu berlakunya proses pengajaran dan
pembelajaran. Kernyataan ini selaras dengan pendapat Woolfolk (2001) yang
menyatakan pengurusan bilik darjah adalah perlu untuk mengekalkan persekitaran
pembelajaran yang positif dan produktif. Dengan itu, terdapat pelbagai elemen utama
dalam pengurusan bilik darjah yang mesra budaya.

1
Pengurusan
persekitaran
fizikal

Elemen-elemen
utama dalam
Sosiolinguistik
pengurusan Pengurusan
Sosial
bilik darjah
yang mesra
budaya

Pengurusan
Emosi

2
2.1 Pengurusan persekitaran fizikal

Suasana fizikal bilik darjah adalah penting bagi pembelajaran kerana suasana
bilik darjah yang teratur merupakan sebahagian daripada pengajaran yang berkesan.
Persekitaran fizikal di dalam bilik darjah merangkumi aspek-aspek seperti susunan
dan reka bentuk fizikal di dalam bilik darjah, ruang pada dinding, ruang atau sudut
pembelajaran, sumber bahan pembelajaran dan hiasan bilik darjah. Sehubungan
dengan itu, pengurusan persekitaran fizikal akan mempengaruhi murid dan suasana
pengajaran dan pembejaran mereka serta dapat mengekalkan persekitaran
pembelajaran yang positif dan bermakna kepada murid.

Susunan kerusi dan meja murid merupakan antara perkara yang perlu diberi
perhatian oleh guru untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya.
Menurut Lambert (1994) aspek persekitaran fizikal seperti susunan kerusi dan meja
murid dimana murid bercampur gaul dapat membantu dalam interaksi antara murid
dari latar belakang linguistik dan kebudayaan berbeza. Dengan itu, suasana mesra
budaya wujud apabila murid-murid yang berlainan bangsa dicampurkan kedudukan
mereka semasa berada dalam suasana pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

2.2 Pengurusan Sosial

Menurut Kamus Pelajar Edisi Ketiga sosial bermaksud segala yang berkaitan
dengan masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan. Oleh itu, pengurusan
sosial yang berkesan akan menjadi perangsang yang membangkitkan kemahiran
berinteraksi murid dengan orang lain, pembentukan kendiri untuk mula menghargai
dan mengawal diri sendiri. Kernyataan ini adalah selaras dengan Teori Erik Erikson
yang menekankan kepentingan hubungan sosial dengan individu-individu di
persekitaran kanak-kanak. Dengan ini, pengurusan persekitaran sosial yang positif di
dalam bilik darjah perlu disedari oleh setiap guru.

Guru perlu merancang pengurusan persekitaran sosial yang positif dalam


usaha menjamin pembinaan bilik darjah yang mesra untuk murid-muridnya. Meraikan
hari jadi ahli kelas dan mengadakan aktiviti mencipta kad ucapan hari jadi merupakan
antara aktiviti yang dapat mewujudkan jalinan persahabatan yang mesra dalam
kalangan murid serta murid dengan guru. Selain itu, pembelajaran koperatif juga

3
merupakan kaedah pembelajaran yang membolehkan murid memahami rakan-rakan
yang berbeza etnik. Contohnya, aktiviti kumpulan yang mendedahkan murid-murid
daripada pelbagai latar belakang budaya untuk bekerjasama memberi pengalaman
kepada murid untuk memahami orang lain dan cuba bertingkah laku agar disenangi
dan diterima oleh kumpulannya. Secara tidak langsung suasana mesra budaya ini
dapat meningkat perpaduan antara murid-murid yang berlainan bangsa.

Guru bertanggungjawab untuk menyediakan persekitaran yang memberikan


peluang kepada murid-murid untuk berinteraksi dengan rakan-rakan tanpa mengira
latar belakang bangsa dan agama. Hal ini kerana, penyediaan persekitaran yang
mendedahkan pengalaman murid dalam berkomunikasi dengan rakan-rakan
merupakan pengalaman awal yang dilalui dalam memastikan murid mampu
membezakan bentuk komunikasi yang disenangi oleh orang lain terhadap dirinya.
Apabila sejak kecil lagi mereka telah didedahkan dengan berkomunikasi dengan rakan
yang berlainan etnik, maka perpaduan dan kerjasama antara rakan yang berlainan
bangsa dan agama dapat ditingkatkan.

2.3 Pengurusan Emosi

Selain itu, pengurusan emosi merupakan salah satu elemen dalam pengurusan
bilik darjah yang mesra budaya. Emosi merupakan tindak balas atau kebangkitan
yang ditonjol keluar sebagai rangsangan kepada perasaan emosi. Oleh itu, guru perlu
mengurus emosi murid-murid di dalam bilik darjah dengan mengambil kira beberapa
perkara. Layanan yang adil kepada semua murid murupakan perkara yang perlu
dititikberatkan oleh guru kerana murid terdiri daripada pelbagai etnik dan latar
belakang budaya di dalam bilik darjah. Oleh itu, guru harus melayani muridnya dengan
adil tanpa sikap pilih kasih supaya murid akan mengasihi guru.

Selain itu, guru harus peka dengan perkembangan murid-muridnya kerana


sekirannya murid berasa terancam dan takut, murid tidak akan berasa gembira dan
tidak dapat memberi tumpuan dalam pembelajarannya. Oleh itu, guru harus pantas
bertindak dan memastikan muridnya selamat sekirannya terdapat perubahan dalam
diri muridnya.

4
Seterusnya, guru yang bersikap periang, pemarah dan penyayang dapat
mewujudkan suasana bilik darjah yang mesra. Hal ini kerana, guru yang penyayang
mudah didekati dengan murid dan menjadikan mereka berasa gembira berada di
dalam bilik darjah. Contohnya, guru sentiasa bertanya masalah yang dihadapi oleh
muridnya di bilik darjah.

Guru memainkan peranan penting bagi mendidik murid dengan nilai-nilai


persefahaman, saling mengerti dan saling menghormati walaupun terdapat
perbezaan budaya dan kepercayaan. Dengan ini, guru boleh mendedahkan unsur
kepelbagaian budaya rakyat Malaysia, menghormati kepercayaan dan amalan agama
rakan serta mengelakkan diri daripada menyentuh isu-isu sensitif yang menyakitkan
rakannya semasa merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini,
pengurusan emosi merupakan elemen yang perlu diberi perhatian oleh guru bagi
mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya.

2.4 Sosiolinguistik

Sosiolingusitik merupakan kajian interdisiplin yang mempelajari pengaruh


budaya terhadap suatu bahasa yang digunakan dan bidang ini melibatkan interaksi
sosial dan bahasa sesuatu budaya. Malaysia merupakan negara yang terdiri daripada
pelbagai etnik, bahasa dan budaya. Oleh itu, sosiolinguistik Malaysia dipengaruhi oleh
beberapa faktor seperti faktor sejarah, faktor geografi, perbezaan kelas dan latar
belakang sosial murid dan kepelbagaian jenis sekolah di Malaysia. Dengan ini,
perancangan pendidikan dirangka dengan menjadikan bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar di sekolah. Namun, Akta Pendidikan 1996 memberikan peluang
kepada semua etnik untuk mempelajari bahasa ibunda di sekolah sekiranya
memenuhi syarat yang ditetapkan.

Sosiolinguistik merupakan antara elemen dalam pengurusan bilik darjah yang


mesra budaya. Guru harus memartabatkan bahasa kebangsaan di bilik darjah supaya
setiap etnik tidak berasa tersisih semasa pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, guru
boleh mengadakan pelbagai aktiviti bahasa, menyelitkan unsur-unsur warisan budaya
etnik-etnik lain dengan menggunakannya sebagai sumber pengajaran dan permainan
tradisional milik etnik-etnik lain dapat digunakansebagai pendekatan ‘games based

5
learning’ dalam pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini, guru dapat mewujudkan
pengurusan bilik darjah yang mesra budaya.

3.0 Langkah-langkah untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya
dari aspek pengurusan persekitaran fizikal

Guru bertindak sebagai pengurus dalam mengurus, mengelola serta menyusun


atur bilik darjah untuk menjadikan persekitaran fizikal bilik darjah yang mesra budaya.
Oleh itu, pelbagai cara boleh dilaksanakan oleh guru yang bertindak sebagai pihak
yang menguruskan bilik darjah bagi menjadikan suasana bilik darjah yang mesra
budaya.

Susunan kerusi
dan meja

Perpustakaan
Meluki Mural
mini

Langkah-langkah
untuk mewujudkan
persekitaran bilik
darjah yang mesra
budaya dari aspek
pengurusan
persekitaran fizikal

Sudut
Hiasan bilik
pembelajaran
darjah
dan bacaan

Sudut ruangan
tambahan di
meja murid

6
3.1 Susunan kerusi dan meja murid

Guru perlu menyusun tempat duduk murid-murid dalam bilik darjah supaya
terdapat kesamarataan taburan di antara murid-murid dari pelbagai kumpulan etnik
supaya murid bercampur gaul dan belajar bersama-sama tanpa sebarang halangan.
Dalam penyusunan tempat duduk pelajar, guru harus menyusun sesuatu kumpulan
itu terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India, Sikh dan kaum-kaum lain. Contohnya,
Ravi duduk bersebelahan dengan Christy, sementara Chong pula duduk
bersebelahan dengan Syukri. Susunan kerusi dan meja merupakan salah satu
perkara utama yang perlu dititikberatkan oleh guru supaya tidak hanya satu kumpulan
etnik dikelompokkan dalam satu kumpulan.

Penglibatan semua murid yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu,
India, Cina dan Kristian boleh diterapkan menerusi susunan kerusi dan meja di dalam
kelas. Contohnya, semasa guru melaksanakan perbincangan kumpulan atau aktiviti-
aktiviti kumpulan, ahli-ahli kumpulan akan terdiri daripada pelbagai kaum etnik.
Dengan ini, murid-murid dapat berkomunikasi dengan ahli kumpulan yang berlainan
etnik tanpa mengira latar belakang agama dan dapat memupuk nilai kerjasama dan
tolong menolong antara murid dari pelbagai latar belakang dan budaya. Oleh itu,
kepelbagaian kumpulan etnik dalam satu kumpulan secara tidak langsung dapat
mewujudkan satu suasana mesra budaya serta memupuk hubungan sosial yang
harmoni antara murid.

Tempat duduk murid yang bercampur gaul semasa melakukan aktiviti

7
3.2 Melukis mural

Seterusnya, guru boleh melaksanakan aktiviti melukis mural-mural di dinding


kelas oleh murid-murid. Guru harus memilih tema lukisan mural mengenai perayaan-
perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Hari Deepavali dan perayaan
lain serta kebudayaan pelbagai etnik di negara ini. Aktiviti melukis mural-mural seperti
ini merupakan aktiviti yang sesuai dan boleh dilakukan oleh murid-murid dari pelbagai
latar belakang kumpulan etnik supaya dapat memupuk perasaan kekitaan dalam
kalangan murid. Aktiviti ini juga membolehkan murid mengetahui perayaan dan
kebudayaan rakan dari etnik lain. Perbincangan antara murid untuk lukisan mural
dapat meningkatkan sikap kerjasama dan toleransi antara murid dari pelbagai kaum.
Dengan ini, secara tidak langsung guru telah berjaya untuk mewujudkan persekitaran
mesra budaya di dalam bilik darjah.

Melukis mural di dinding tentang budaya pelbagai kaum di Malaysia

8
3.3 Hiasan bilik darjah

Selain itu, guru perlu memberi kebebasan kepada murid untuk menghias bilik
darjah dengan nasihat guru. Dengan ini, murid-murid berasa dipercayai dan dihargai
apabila guru memberi kebebasan kepada murid untuk memilih dan menentukan
hiasan di dalam bilik darjah. Semasa menghias bilik darjah murid dari pelbagai latar
belakang etnik akan bekerjasama dan dapat meningkatkan perpaduan antara mereka.
Murid-murid boleh menghias bilik darjah dengan lukisan yang menggambarkan
budaya etnik, pakaian tradisional, makanan tradisional dan potret pemimpin
masyarakat. Murid juga boleh menghias bilik darjah sempena hari perayaan.
Contohnya, pada bulan Tahun Baru Cina, murid-murid boleh menghias bilik darjah
dengan mengantung kertas ‘angpau’, kad ucapan, gambar pakaian tradisional kaum
Cina dan kuih-muih kaum Cina. Dengan ini, murid-murid yang beragama lain dapat
mengenali dan mengetahui tentang budaya masyarakat Cina. Secara tidak langsung
ini akan mewujudkan satu suasana mesra budaya dalam bilik darjah

Hiasan bilik darjah sempena Hari Kemerdekaan

9
3.4 Sudut ruangan tambahan di meja murid

Guru boleh meletakkan sudut ruangan tambahan di meja murid dengan


melekat lukisan atau nota ringkas dalam bentuk grafik kepelbagaian kaum berkaitan
dengan Kemerdekaan, perjuangan tokoh untuk kemerdekaan, pembentukan Malaysia
dan sejarah Malaysia. Contohnya, murid boleh melekatkan lukisan Tunku Abdul
Rahman, Tun Tan Cheng Lok dan Tun V.T Sambanthan dalam memperjuang untuk
kemerdekaan. Dengan ini, murid dapat mengetahui bahawa perpaduan dan
kerjasama antara kaum amat penting dalam negara yang terdiri daripada pelbagai
kaum seperti negara ini Malaysia. Oleh itu, guru harus kreatif dalam mewujudkan
persekitran fizikal bilik darjah yang mesra budaya.

Gambar-gambar ini dapat dilekat pada di meja murid

3.5 Sudut pembelajaran dan bacaan

Selain itu, guru juga boleh menitikberatkan tentang sudut-sudut pembelajaran


dan bacaan di dalam bilik darjah. Guru harus mewujudkan sudut-sudut .seperti sudut
budaya, sudut patriotik dan sudut sejarah untuk mendedahkan murid-murid kepada
pelbagai agama, adat resam, kebudayaan serta kepercayaan pelbagai kaum. Melalui
kewujudan sudut ini, secara tidak langsung murid-murid dapat mengenali agam lain
dan dapat memupuk nilai-nilai murni untuk mewujudkan perpaduan kaum. Contohnya,
di sudut budaya, Lim dapat mengetahui budaya Rahman dan Raj yang dapat memberi
pengetahuan tentang budaya rakan sekelasnya. Oleh itu, mewujudkan sudut-sudut
pembelajaran disokong oleh Morrow dan Weinstein (1982) yang menyatakan bahawa

10
‘ingat untuk memasuk sudut bacaan di dalam kelas anda untuk membolehkan murid-
murid untuk meneroka, menyiasat dan mendapat pengenalan’. Dengan ini, sudut-
sudut pembelajaran dalam bilik darjah dapat mewujudkan persekitaran mesra budaya
di dalam bilik darjah.

Sudut pembelajaran dan bacaan di sekolah

3.6 Perpustakaan mini

Guru harus mewujudkan perpustakaan mini di dalam bilik darjah dengan


memenuhkan perpustakaan dengan koleksi buku, majalah dan bahan bacaan budaya
masing-masing yang dibawa dan diuruskan oleh murid sendiri. Dengan ini, semasa
masa lapang atau sementara menunggu guru tiba di kelas, murid-murid boleh
membaca buku-buku tentang kepelbagaian budaya. Pembacaan buku-buku seperti
ini dapat meningkatkan pengetahuan murid tentang budaya masyarakat lain dan
menjaga sensitiviti sesuatu kaum etnik. Contohnya, semasa Siti membaca tentang
buku tentang budaya masyarakat India, dia dapat mengetahui bahawa masyarakat
India menghargai lembu dan tidak akan makan lembu. Pengetahuan ini membolehkan
Siti mengetahui sensitiviti agama yang dianuti oleh Amutha yang rakan sekelasnya.

11
Perpustakaan Mini

12
4.0 Penutup

Kesimpulannya, guru perlu bijak dan mahir dalam mengendalikan pengurusan


bilik darjah yang mesra budaya. Amalan budaya yang berjaya diterapkan di dalam
bilik darjah dapat mengurangkan jurang perbezaan antara murid yang terdiri daripada
pelbagai kaum. Oleh itu, elemen mesra budaya dilihat sebagai suatu keperluan yang
perlu diberi perhatian oleh guru-guru kepada murid-murid. Justeru itu, sebagai
seorang guru yang afektif perlu memiliki sahsiah yang mulia dalam menerapkan
elemen mesra budaya dan mengambil langkah-langkah tertentu untuk mewujudkan
persekitaran bilik darjah yang mesra budaya.

13

Anda mungkin juga menyukai